Searching...
Senin, 25 Maret 2013
21.54 17

Dihempap Ketika Tidur



Dihempap Ketika Tidur | Tidak menafikan bahawa kebanyakan daripada kita pernah mengalami kejadian pelik ketika kita sedang tidur. Sama ada ianya ialah mimpi pelik, mimpi ngeri, tidur berjalan dan sebagainya.

Tetapi satu topik yang selalu dibicarakan dan menjadi tanda tanya kepada masyarakat umum ialah ‘Dihempap Ketika Tidur‘.

Dihempap Ketika Tidur

Untuk pengatahuan anda, dihimpit ketika tidur merupakan satu fenomena dimana badan kita terasa seperti ditindih atau lumpuh ketika tidur dan dipercayai berkaitan dengan perkara mistik. Tak ramai daripada anda yang akan percaya dengan apa yang akan diceritakan nanti, hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang akan faham kebenaran entri ini.

Satu soalan yang selalu dikemukakan ialah: “Betul ke kalau waktu tidur, kita dihempap dan itu ialah satu jenis gangguan makhluk halus? Atau pun ianya sekadar mainan tidur dan masalah fisiologi dan psikologi sahaja? Kalau benar ianya gangguan makhluk halus, bagaimana kita hendak membezakannya?”

Ini ialah satu persoalan yang mudah penjelasannya. Sejak dahulukala lagi masyarakat Asia telah dimomokkan dengan mitos dan ketahyulan mengenai subjek ini : tiada kaedah dan penjelasan yang jelas. Tidak terkecuali juga perawat perawat tradisional yang tua dan muda, tergagap gagap nak menjawab soalan mudah seperti ini.

Didalam istilah sains, dihimpit atau dihempap ketika tidur ini digelar sebagai ‘sleep paralysis’.. Sleep paralysis nih terjadi akibat tidur kita terlalu lena dimana semua organ badan kita berehat kecuali otak (medulla oblongata), jantung dan paru-paru sahaja..

Ketika kita sedang syok tidur tuh tiba-tiba otak kita teraktif sedikit maka, secara automatiknya kita akan sedikit tersedar ketika masih didalam fasa tidur dimana keadaan anggota badan kita ketika itu masih lagi didalam keadaan rehat (tidur)..

Jadi akibat dari itu, kita akan merasakan badan kita seolah-olah lumpuh dan langsung tidak boleh bergerak serta sedikit lemas, ape lagi.. panik terus la kan?

Akan tetapi sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tidak dapat mengkaji bagaimana mimpi ngeri itu boleh wujud disaat kita kena himpit tu misterikan?

Percayalah pada saat itu kita sebenarnya masih belum tersedar sepenuhnya, tetapi hanya separa sedar sahaja.. sebab itulah kita akan terasa sangat-sangat mengantuk dan juga mamai giler semasa kena himpit tuh..

Apabila kita cuba untuk meronta-ronta, kita akan merasakan bahawa badan kita seolah-olah bergerak sikit-sikit tetapi hakikatnya badan kita sedikit pun tidak bergerak.

Satu lagi, kita juga tidak akan dihimpit apabila kita tidur didalam keadaan duduk, memang sangat-sangat misteri!

Akan tetapi, kita sebagai umat islam memang tak salah untuk percaya bahawa itu adalah gangguan syaitan.

Rasullullah saw pun pernah menyebut tentang perkara ini kalau nak lebih detail lagi sebaiknya rujuk Ustaz ataupun Ustazah.

Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur

Kaedah Islam
Untuk pengatahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:


الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.
Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan.
Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.


Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.

Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring.

Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah.

Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.
Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).

Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.
Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan.

Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.

Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.

Sumber : harianislam.com

17 komentar:

  1. den byk kali kono himpap..
    nauzubillah..

    BalasHapus
  2. aku pon dah byk kali kena.
    masetu telinga berdesing kuat.
    nak gerak badan sume xleh.
    tapi kuatkan diri jugak utk bangun..

    ade gak org2 ckap bnda ni jadi sbb kita x solat..

    BalasHapus
  3. Dan satu lagi... Pasal badan kita ni terlalu kotor benda tu akan himpit kita... Jadi sebelom tidur kalau2 badan tu kotor jgn lah terus tidur... Mak aku selalu pesan kalau nk tidur tu dalam keadaan kotor mesti benda tu akan himpit... Dulu aku pernah kena bnyak kali... Tapi bila aku kena tu aku rasa aku dalam keadaan separa sedar... Sapa yg pernah kena ja tahu ni semua

    BalasHapus
    Balasan
    1. betul 2...sya hampir setiap mlm kene himpap....

      Hapus
    2. tu kne hempap lain tu..huhu

      Hapus
  4. This comment has been removed by the author.

    BalasHapus
  5. aq selalu kena Sleep Paralyse , sampai dah terbiasa , tah aq tak pasti mana satu nak percaya samada Sleep Paralyse atau Dihempap Makhluk , but i most prefer to believe Sleep Paralyse , sebab kadang-2 tidur time tengahari pun aq selalu kena , takkan lha ada hantu time siang LOL

    BalasHapus
  6. Tdo mengiring je konfirm x kene . Dlu aku penah kene gak disbb kn aku ni penakot terus tdo mengiring.

    BalasHapus
  7. dlu aku pernah kne...then aku try tido ngiring bawah kayu melintang...mmg kne hempap tp hempap tepi je..rase cam ade bende jatuh je dr tepi...d nasihatkan jgn tido telentang...klu xleyh sgt tiarap jela....

    BalasHapus
  8. Betullah gangguan syaitan?Selalu kena kat asrama

    BalasHapus
  9. aku pun selalu kena kalau tido lepas pukul 3 pagi + tido terlentang. nak solve kene tido sebelum pukul 3 pagi and mengiring atau tiarap. Tanda2 aku bakal kene hempap bile badan rasa lain macam then telinga mula berdesing. bila dah rasa macam tu,,cepat2 aku duduk. sampai aku sanggup tido sambil duduk. -,-
    Aku ni mmg seorang penakut,bila benda ni asek hempap je sampai aku boleh maki sensorang.geram kottt...haih.

    BalasHapus
  10. aku slalu tido mati then mimpi...dalam mimpi aku msti ade je hantu2 ni..pastu ble aku nk bgun nak bukak mata xleh ibrat mata aku kne gam n aku meronta2 smpai sesak napas aku nk bgun kau.....slalu gak kne cmni tp aku harap x kne lg...serammmm mak....apekah ????

    BalasHapus
  11. Sekiranya badan kena hempap dan sukar nak bangun wp tersedar, cuba gerakkan ibu jari kaki anda. In shaa Allah akan mudah terlepas dan tersedar. Bagi mengelakkan gangguan seelok2nya sebelum tido bacalah ayat kusyi, 3 QUL dan doa tido. in shaa Allah Allah lindungi kita drp gangguan syaitan dan jin sampai ke pagi

    BalasHapus
  12. hum..aq dlu hari2 kena... smpai dah naik bosan..tidur balik.. malas nak layan... tapi pernah kena hempap pastu dengar org ketawa dekat sebelah telinga...mane xnye..tidur besepah2...

    BalasHapus
  13. ad logiknya akal sains tu..tp, sy pnah smpai sy sndiri ssah nk bnafas...kadang2 dhimpap smpai sy dpt rasa yg roh sy cuba bangun,d mana sy bleh mlihat jasad sy msih tdo. xkan mcm ni pun ad kaitannya dgn sains?

    pnah satu ketika waktu sy msih blajar dan mnjalani latihan praktikal,d katil bawah adlah senior sy yg bragama kristian. stelah beliau tamat sesi latihan, sy ambil alih katil dia mmndangkn asalnya, katil sy d atas. mlam prtama sy trus ditindih, smpai sesak nafas, menangis dan brpeluh. dlam keadaan tu sy cuba tendang tangga katil dan mnjerit tp gagal mengejutkan teman lain. hampir 5-10 minit, slapas baca ayat2 suci sy d lpaskn.

    BalasHapus
  14. Seorang kawan saya,yang baru balik bercuti selepas pengambaran drama tv...telah mengalami situasi sebegini di rumah keluarganya.Sekarang beliau berada di dalam keadaan kurang upaya setelah koma hampir 3 bulan,tak sempat menikmati rezeki setelah menerima tawaran sebagai artis selepas mengikuti beberapa program realiti tv dengan gembira bersama2 keluarga.
    Semoga beliau akan sembuh seperti sediakala,semoga Allah akan mengurniakan kesihatan seperti sebelumnya.Aaminn...

    BalasHapus