Searching...
Kamis, 14 Maret 2013
19.29 0

TERKINI : ATM Ambil Alih Sepenuhnya Krisis di Lahad Datu



TERKINI : ATM Ambil Alih Sepenuhnya Krisis di Lahad Datu | Dikhabarkan awal pagi tadi iaitu pada jam 1:45 pagi, satu arahan Eksekutif Telah Dikeluarkan dan Berkuatkuasa serta merta.

Kini ATM mula mengambil alih situasi Insiden di Lahad Datu, Sabah dengan arahan hapus musnah penceroboh tanah air, tiada lagi rundingan.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.

Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.

Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.

Sama-sama kita mendokan supaya kes ini tidak berlarutan, semua penduduk Sabah selamat dari ancaman pemberontak dan juga Pasukan Keselamatan Negara dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang dan selamat.


0 komentar:

Posting Komentar