PANAS : Fitnah Terbaru Dari Sultan Palsu
PANAS : Fitnah Terbaru Dari Sultan Palsu | KUALA LUMPUR, 12 Mac — Konflik bersenjata di Sabah dilihat membuka tembelang Malaysia di mana ratusan rakyat Filipina, sekarang berada di tanah air mereka menceritakan tentang penderaan dan pencabulan seks selama bertahun-tahun terhadap komuniti mereka di sini.
Adik kepada “Sultan Sulu” Jamlul Kiram III (gambar, kanan), Bantilan Esmail Kiram II mengatakan cerita tersebut tidak memeranjatkan beliau kerana pihak berkuasa Malaysia telah dituduh mendera rakyat Filipina di Sabah lama sebelum pencerobohan Sulu berlaku.
Esmail, yang kini sedang berbincang dengan pemerintah Filipina mengenai kemungkinan menarik kembali tentera Sulu di Sabah walaupun pertuduhan deraan adalah “tidak Islamik”, ia menjadi pengetahuan umum di Filipina.
“Mereka telah melayan rakyat Filipina seperti mereka bukan manusia. Apa yang mereka lakukan tidak Islamik dan seperti bukan pengikut Islam,” katanya dalam laporan The Philippine Daily Inquirer hari ini.
0 komentar:
Posting Komentar