Searching...
Rabu, 20 Maret 2013
08.12 0

Kerja Kutip Mayat



Kerja Kutip Mayat | New Delhi: Ravi baru berusia tujuh tahun ketika lari dari rumah, menaiki kereta api dari utara India ke Mumbai. Selepas 25 tahun dia masih berada di landasan kereta api, melakukan kerja yang langsung tidak terlintas di fikiran ketika tiba di bandar raya itu berurusan dengan mayat untuk mencari rezeki.

Memindahkan mayat dari landasan kereta api di bandar raya itu memang tugas menggerunkan tetapi Ravi cukup terdesak untuk melakukannya.

Ramai yang maut ketika cuba menyeberangi landasan. Sebanyak 6,000 maut setahun akibat perbuatan itu di Mumbai, menurut satu kajian.

Segelintir lagi membunuh diri atau jatuh ke atas landasan dan yang lain terkena tiang trek ketika bergantung di luar kereta api yang penuh sesak. Mayat cacat teruk sehingga seseorang itu perlu khayal sebelum mengutipnya.

Kami menghidu sebelum mengutip mayat, jika tidak kami tidak dapat melakukannya, jelas Ravi, 35, yang menghidu pakaian yang direndam dalam cecair pencuci menyebabkan ketagihan.

Duduk dalam gerabak kosong dalam lingkungan stesen Gothic CST, Ravi berkata, dia menghidu tiga botol kecil cecair itu setiap hari, setiap satunya berharga tiga sen Amerika Syarikat (9 sen) dan digunakan untuk membersihkan peralatan pejabat.

Seharian mereka hidup dengan melakukan kerja pengangkut tidak rasmi, berharap kepada ehsan penumpang dan melakukan kerja pelik bagi pihak berkuasa.

Namun apabila mayat atau orang yang cedera dikesan atas landasan berhampiran CST, pegawai stesen memberitahu mereka tugas yang boleh menggandakan pendapatan harian.

Mereka menceritakan bagaimana pindahkan mangsa dari rel dengan pengusung atau kadangkala membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke rumah mayat selain mereka yang masih hidup.
Sebagai balasan, kuli pengusung ini memperoleh sehingga 100 hingga 150 rupee (RM6 hingga RM9).
Agensi

0 komentar:

Posting Komentar