Guru hina pasukan keselamatan dibebas sementara dengan jaminan polis
Guru hina pasukan keselamatan dibebas sementara dengan jaminan polis | KOTA BHARU 21 Mac - Guru yang didakwa menghina pasukan keselamatan di Lahad Datu melalui laman sosial Facebook miliknya dibebaskan sementara hari ini dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, ini berikutan perintah tahanan reman terhadap guru itu selama tujuh hari telahpun berakhir.
"Suspek kini dibebaskan sementara dengan ikat jamin polis sehingga siasatan mengenai kes itu lengkap dan akan merujuk kembali kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Guru berusia 37 tahun yang bertugas di sebuah sekolah di Tok Bali ditahan kira-kira 7 malam Khamis lepas di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat di sini.
Guru sekolah rendah itu dilapor membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai 'anjing' dan menganggap kematian mereka sebagai 'mati kata'" dalam laman sosial Facebooknya. - BERNAMA
0 komentar:
Posting Komentar