Taska Neraka
Taska Neraka | Kenapalah masih wujud manusia macam nie?Mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa, namun pemilik dan pengasuh sebuah taska di Puncak Alam, di sini, tergamak mendera kanak-kanak yang dihantar ke situ untuk melampiaskan kemarahan.
Bukan setakat dipukul dengan pembaris panjang jika mereka ingkar arahan, malah lebih memilukan apabila ada di antara bayi yang diangkat dengan sebelah tangan secara kasar kemudian dicampak ke tilam tempat mereka tidur begitu sahaja.
Akibatnya, ada di antara 30 kanak-kanak dalam lingkungan umur lima bulan hingga lima tahun di taska berkenaan mengalami keadaan trauma dan murung.
Kejadian ini didedahkan oleh dua bekas pengasuh taska berkenaan yang diberhentikan hanya selepas enam hari bekerja kerana majikan pusat jagaan kanak-kanak tersebut dikatakan bimbang rahsia bayi dan kanak-kanak yang diasuh di situ didera, terbongkar.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan mengenai perkara itu dan pihaknya masih menyiasat sama ada kes itu diklasifikasikan sebagai penderaan atau tidak.
Belang majikan terbongkar
Bekas pekerja taska berkenaan, Maya (bukan nama sebenar), 17, memberitahu, ketika mula bekerja di situ bersama sahabat baiknya, Suraya (juga bukan nama sebenar), 18, pada 2 Januari lalu, mereka tidak nampak sebarang perlakuan mencurigakan.
“Pada hari pertama semuanya nampak ok saja. Kami bekerja dari jam 7 pagi hingga 7 malam,” katanya membuka cerita.
Menurut Maya, bagaimanapun, selang beberapa hari, belang majikannya yang berusia lebih 30 tahun itu dan seorang pengasuh mula terserlah.
“Mereka senang-senang saja merotan dan mencubit budak-budak itu. Ada yang sampai lebam-lebam dikerjakan. Marah jangan cakap lagilah, sampai tersedu-sedu mereka dibuatnya. Memang sedih kami tengok,” katanya.
Maya berkata, kanak-kanak dirotan dengan pembaris panjang jika mereka tidak mendengar kata, sementara bayi yang menangis diangkat dan dicampak dengan kasar. Itu macam sudah menjadi rutin di situ.
“Biasalah bayi menangis sebab nak susu. Saya sungguh sedih dan tak faham kenapa mereka buat macam tu,” katanya lagi.
0 komentar:
Posting Komentar