Dua orang ahli sindiket menghampiri mangsa.
Taktik Jenayah Samun ‘Tepuk Bahu’ di ATM | Azmi sedang mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berhampiran kawasan pejabatnya. Sedang dia mengambil wang yang telah dikeluarkan di ATM terbabit, tiba-tiba bahunya ditepuk daripada belakang oleh seseorang yang tidak dikenali memberitahu duitnya terjatuh.
Selepas mengambil duitnya yang ‘terjatuh’ itu, dia terkejut apabila mendapati duit yang dikeluarkan di ATM tadi sudah lesap. Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini? Jika anda pernah mengalaminya, anda mungkin menjadi antara ribuan mangsa si penyamun yang sentiasa ‘dahagakan’ wang ringgit.
Tahukah anda? Semua orang tanpa mengira jantina, bangsa dan usia berisiko untuk menjadi mangsa kepada pencopet di ATM.
Jenayah samun di ATM
Kekerapan orang ramai menggunakan perkhidmatan ATM untuk mengeluarkan wang atau melakukan lain-lain transaksi memberi peluang kepada sindiket tepuk bahu membuat jenayah.
Walaupun jenayah ‘tepuk bahu’ di ATM jarang dilaporkan berbanding dengan jenayah lain, namun perkara seperti ini perlu dititikberatkan pengguna khususnya golongan wanita dan pelajar.
Jika ingin mengeluarkan wang di ATM, pastikan anda berteman dan pergi ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mengelak jenayah ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, kelalaian segelintir pengguna ATM yang kurang peka untuk mengamalkan ciri keselamatan seperti mengelakkan jarak ketara dengan ATM ketika melakukan pengeluaran wang memudahkan lagi penjenayah menjalankan kegiatan ini.
“Segelintir pengguna kurang peka untuk mengutamakan aspek keselamatan ketika mengeluarkan wang di ATM. Mereka mungkin menyangka selamat apabila merasakan orang tidak tahu nombor pin keselamatan mereka, tetapi sebenarnya kadang kala tindakan menjarakkan diri dari ATM membolehkan nada pada papan kekunci dibaca dengan lebih jelas”, katanya.
Keselamatan nombor pin ATM
Orang ramai dinasihatkan agar jangan menyimpan nombor pin bersama dengan kad ATM dengan cara melekatkan atau menulis nombor pin di atas kad ATM Ini adalah untuk mencegah daripada nombor pin terdedah kepada orang yang menjumpainya jika kad ATM tercicir atau dicuri.
Adalah dinasihatkan agar nombor pin yang dipilih itu bukannya nombor kad pengenalan atau nombor tarikh lahir. Ketika berada di ATM untuk membuat transaksi orang ramai dinasihatkan agar memasukkan nombor pin dengan cara terlindung agar tidak dapat dilihat oleh orang yang berdiri di barisan sebelah atau yang beratur di belakang kita.
Ahli sindiket jatuhkan wang yang ‘kononnya’ milik mangsa.
Ahli sindiket lagi seorang akan bertindak pantas dengan mengambil wang dan menukar kad ATM mangsa.
Terus berlalu pergi
Sasaran mangsa si penyamun
-Orang yang dapat gaji pada hujung bulan
-Golongan wanita
-Mereka yang bersendirian di ATM
-Orang yang ambil wang pada waktu malam
-Orang yang kerap mengambil wang dalam tempoh masa yang tetap seperti ahli perniagaan
-Leka mengira wang tunai di hadapan ATM
-Berbual dengan orang yang tidak dikenali ketika di ATM
Tip pencegahan
-Keluarkan wang ketika waktu ramai orang seperti waktu makan tengahari.
-Bawa teman ketika mengeluarkan wang di ATM.
-Sekiranya anda berasa curiga dengan orang yang berada di kawasan ATM, segera hubungi pihak polis.
-Jangan beritahu maklumat bank anda kepada orang lain.
-Jangan melayan sesiapa semasa membuat transaksi di ATM
-Pastikan nombor pin tidak terdedah ketika membuat transaksi.
0 komentar:
Posting Komentar