Searching...
Sabtu, 16 Maret 2013
01.06 0

SAYU DAN PILU - SURAT TERBUKA ISTERI ANGGOTA KESELAMATAN



SAYU DAN PILU - SURAT TERBUKA ISTERI ANGGOTA KESELAMATAN | Tersentuh hati apabila membaca surat terbuka dari seorang wanita yang menjadi isteri kepada anggota polis. Benar apa yang diluahkan oleh wanita ini. Berat mata memandang, berat lagi dirinya yang memikul bebanan itu.


Assalamialaikum wbt.
lapan orang perajurit negara telah terkorban demi menjaga keamanan negara. aku? bukanlah sebahagian dari ahli keluarga,
bukanlah sebahagian dari anggota yang bertugas bersama mereka,
bukan juga seorang yang pemimpin, artis atau orang politik. aku cuma seorang manusia dan juga isteri kepada anggota polis.
ya, bukan anggota polis yang berpangkat tinggi....cuma anggota bawahan. seorang isteri anggota keselamatan. yang sering ditinggalkan suami,sebulan,dua bulan dan pernah hampir tiga bulan tak bertemu empat mata.

begitu ramai yang bercerita tentang kejadian di sulu,selepas itu mengajar polis dan tentera cara-cara untuk menjaga keamanan negara. mungkin teori tersebut di ambil dari filem filem perang,jenayah sahaja. ya,selepas melihat filem tersebut anda memang fasih tentang nama senjata,tentang teknik itu teknik ini.
baju kalis peluru,bom itu bom ini. wah, sungguh layak kalian mengajar anggota tentera dan polis bukan? tapi sayang,kalian hanya hebat setakat di dalam facebook,blog atau kedai kopi. tapi, kenapa kalian tidak melawan pengkhianat bangsa? kenapa kalian tidak menghimpun semua orang sama seperti penghimpunan bersih,demokrasi atau mana-mana majlis politik untuk membantu anggota polis kita? ataupun kalian hanya mampu bercerita di mulut sahaja?

sekadar bercakap,siapa pun mampu,buka mulut luas luas hembus sahaja perkataan yang hendak dikeluarkan. cuba kami jemput anda berada di barisan hadapan untuk menjaga keamanan, berada di tempat kami sebagai isteri anggota yang berjauhan dengan suami yang belum pasti pulang antara hidup dan mati bila keluar bekerja.
berada di dalam diri anak kecil yang menanti ayahnya pulang di pintu rumah,sambil berlari-lari memeluk...tapi akhirnya...yang dipeluk cumalah sekujur badan yang membisu tanpa kata-kata.

Ini kisah anggota PDRM dan ATM........

yang gaji sudahlah tak seberapa, kerja tanpa mengira waktu,
cuti bukanlah hak mereka, anak isteri cuma suku dari kehidupan,
tapi hidupnya di sumpah seranah setiap hari...tak ada seorang yang sudi berbaik sangka kepada mereka. buat roadblock dikatakan mencari duit kopi. tahan kereta ditepi jalan yang mencurigakan dikatakan tahan nak minta habuan. bila ada demokrasi,mereka mengawal keselamatan dikatakan sengaja hendak menimbulkan huru hara...kalau kes dalam penyiasatan dikatakan tidur tidak buat kerja.

bukankah itu sebahagian dari menjaga keselamatan diri anda?
diri anak isteri anda? paling menyedihkan....yang celakanya.... kisah ini sebahagian dari modal politik!! apa mungkin kau ingat nyawa manusia ini sama seperti kisah-kisah celaka kau kah? siapa suka,berdiri di tengah hujan dan terik matahari semata-mata untuk memastikan keselamatan negara, tinggal anak isteri dirumah tanpa pemerhatian berbulan-bulan lamanya, sakit anak isteri sendiri tidak mampu diuruskan berbanding sakit anak isteri orang awam.

kau suka? kalau suka mohon kerja polis.
cubalah rasa bagaimana peritnya. bagilah pula anak isteri,ibumu berada ditempat kami yang mana setiap kali suami,anak,adik lelaki berkerja kami akan sentiasa tidak tenang dan tenteram. jika nampak kereta peronda polis masuk ke halaman rumah,perasaan berdebar bagai mahu gugur jantung bimbang jika dibawa berita cumalah tentang kematian atau kecederaan ahli keluarga.

aku punya anak, sejujurnya...aku sentiasa mengatakan kepada anakku. bila besar nanti jangan jadi polis dan tentera...bonda tidak mahu rasa perit ditinggalkan lagi nanti diwarisi oleh saudara mara kita.
kalau mati nanti berapa kerat sahajalah yang peduli, sudahla tiada masa untuk anak,isteri dan keluarga gaji pula sangatlah tidak setimpal dengan kerja tapi, jika sudah darah perwira yang mengalir di dalam tubuh tiada apa yang mampu melawan setiap takdirnya dan, aku terfikir sejenak. mungkin suatu hari nanti, anak anggota tentera dan polis hanya mengenali ayahnya cuma melalui gambar dan suara sahaja.

wahai kalian keturunan perajurit kita,kuatlah!! tidak apalah kalau dunia tidak henti mengata dan menghina kita, kita lebih mengetahui dan kenal siapa suami kita, siapa anak kita, siapa adik-adik lelaki kita...

semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi kita.



0 komentar:

Posting Komentar