Searching...
Minggu, 03 Maret 2013
02.44 0

Inilah dia ertinya kasih seorang ayah.



Inilah dia ertinya kasih seorang ayah. Bablu Jatav.38 tahun. Itulah nama seorang ayah yang tabah meneruskan sebuah perit kehidupan bersama anakandanya yang tercinta, Damini. Damini yang berumur sebulan terpaksa ‘mengikut’ ayahnya : seorang penarik beca : kemana sahaja destinasi yang penumpang inginkan.

Diikat Damini di dadanya sambil sebelah tangan menapu kasih belakang anaknya itu. Dengan kudrat yang ada, sebelah tangan lagi memegang handle becanya dan kedua-dua belah kakinya menarik kuat pengayuh untuk menggerakkan beca usang yang dinaiki penumpang. Sungguh sayu.

Pernah sekali, Damini demam panas akibat cuaca yang begitu membahang. Kekeringan dan kehausan terpaksa insan kerdil ini tanggung. Manakan tidak.. Bayi seusianya yang lain masih berbedung sedangkan dia sudah ‘bekerja’.

Di manakah ibunya? Mengapa si Ibu tidak menjaga Damini?

Untuk pengetahuan Ibu-Ibu sekalian,, Ibu Damini , Shanti telah pun meninggal dunia ketika melahirkan Damini. Kini, anak kecil itu sudah tidak ada sesiapa lagi melainkan ayahnya. Saudara-mara hilang entah ke mana.

Tanpa mengenal apa itu erti berputus asa, Bablu Jatav, ayah yang begitu pengasih dan penyayang berkata “ Walaupun tiada sesiapa ingin menjaga anak saya, biarkan.. Biarkan tiada. Kerana saya sendiri yang akan menjaganya dengan membawanya bersama biarpun ke akhir usia saya".

0 komentar:

Posting Komentar