Searching...
Tampilkan postingan dengan label Sukan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Sukan. Tampilkan semua postingan
Senin, 07 Oktober 2013
16.05 0

Indra Putra Terima Ugutan Bunuh (3 GAMBAR)


Indra Putra Terima Ugutan Bunuh (3 GAMBAR) Kota Bharu: “Korang (anda) semua ada tak lubang-lubang kongsi gelap yang ada pembunuh upahan. Aku nak upah bunuh ref (pengadil) dengan Indra Putra (Mahayuddin, penyerang pasukan bola sepak Kelantan).

“Kalau dapat cacatkan dia pun ok. Harga aku bagi double (dua kali ganda).” Demikian coretan berunsur ugutan diposkan seorang lelaki dipercayai penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) melalui laman sosial Facebook (FB).

Ugutan bunuh itu terpapar dalam laman FB milik lelaki terbabit selepas perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Sabtu lalu yang menyaksikan pasukan The Red Warriors (TRW) membenam JDT 6-1.

Lelaki yang menggunakan nama Boy Nazrie itu membuat kenyataan kononnya mahu mengupah kongsi gelap yang mempunyai pembunuh upahan untuk membunuh pengadil perlawanan malam berkenaan serta Indra Putra.




Difahamkan, lelaki itu tidak puas hati dengan tindakan Indra Putra yang didakwa mengasari penyerang JDT Norshahrul Idlan Talaha sehingga menyebabkan hidung pemain kebangsaan itu berdarah dan diberikan rawatan.-hmetro
Senin, 09 September 2013
02.14 0

Tahniah! Safiq Rahim Dan Zandra Sah Bertunang (6 GAMBAR)


Tahniah! Safiq Rahim Dan Zandra Sah Bertunang (6 GAMBAR) | Pemain bola sepak kebangsaan Safiq Rahim dikhabarkan sudah selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, pemain boling kebangsaan, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi pada Sabtu lepas.

Majlis yang diadakan di Kajang, Selangor itu bagaimanapun tidak dihadiri oleh Safiq yang ketika itu berada di luar negara bersama pasukan bola sepak Malaysia.

Hubungan mereka sebelum ini pernah dilanda kontroversi apabila gambar mesra Zandra bersama penyanyi Anuar Zain dikatakan menimbulkan kemarahan tunangnya itu.

Namun, kontroversi itu nyata tidak mengugat hubungan mereka yang terjalin sejak setahun lepas.

Zandra juga sempat berkongsi beberapa keping gambar majlis pertunangan itu di laman Instagram buat tatapan peminat kedua-dua figura sukan ini.





Rabu, 13 Februari 2013
21.37 0

Real Madrid 1-1 Dengan Manchester United


Real Madrid 1-1 Dengan Manchester United | MADRID - Sempat tertinggal, Real Madrid boleh memaksa keputusan seri 1-1 kepada Manchester United (MU) berkat gol Cristiano Ronaldo, pada leg pertama 16 besar Liga Champions, di Santiago Bernabeu, Rabu (13/2/2013). Bagi MU, satu gol itu bernilai positif mengingat masih ada leg kedua yang akan diadakan di Old Trafford, pada 5 Mac 2013.

MU unggul lebih dulu melalui Danny Welbeck pada minit ke-19. Dari tengah kotak penalti, ia menanduk bola hasil tendangan sudut Wayne Rooney ke sudut kiri bawah gawang Diego Lopez.

Madrid menyamakan kedudukan melalui Cristiano Ronaldo pada minit ke-29. Sebuah umpan silang dari Angel Di Maria di sektor kiri pertahanan MU disundul Ronaldo ke sudut kiri bawah gawang De Gea.

Madrid mengambil inisiatif menyerang dan mampu menekan MU. Namun, mereka kesukaran menyelesaikan serangan dengan pelaksanaan berbahaya.


Memasuki minit-minit akhir, Madrid meningkatkan serangannya dan kembali menguji barisan belakang MU. Luka Modric melepas umpan yang gagal dicapai dengan baik oleh Ronaldo akibat pengawalan Phil Jones.

MU kemudian mendapatkan hadiah tendangan bebas, yang berakhir tembakan Van Persie dari sisi kiri pertahanan Madrid. Namun, Diego Lopez boleh menepis bola ke belakang gawang.

Sebelum MU melaksanakan tendangan sudut, pengadil meniup wisel tanda berakhirnya perlawanan. Sejumlah Pemain MU kelihatan mempersoalkan keputusan itu. Namun, pengadil tetap pada keputusannya.


Kamis, 31 Januari 2013
17.03 0

Nazmi Faiz dilepaskan oleh Beira-Mar?



Nazmi Faiz dilepaskan oleh Beira-Mar? | Pemain sensasi Harimau Muda Nazmi Faiz baru sahaja tiba di Kuala Lumpur dari Portugal untuk bermain di Malaysia.

Pegawai media Beira-Mar Luis Viegas telah mengesahkannya kepada FOXSports.my: “Ya, kami telah memberi kebenaran untuk beliau kembali ke Kuala Lumpur.

“Beliau akan bermain di Malaysia selama enam bulan.”

“Kami juga dalam perancangan untuk membawa beberapa pemain Malaysia untuk bersama kami.

“Saya tidak boleh memberikan nama sesiapapun tetapi kami akan menunggu tindakan dari wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Peningkatan dalam corak permainannya amat jelas dan kami yakin beliau akan kembali ke Beira-Mar, lebih kuat.”

Ia juga telah dikhabarkan bahawa Nazmi akan bermain dengan Selangor PKNS tetapi setiausaha kelab itu Mahfizul Rusydin Bin Abdul Rashid telah berkata: “Setakat ini saya tidak boleh memberi komen.”
Sejak musim perpindahan Liga Super Malaysia belum bermula, ia dijangkakan bahawa Nazmi Faiz akan bermain untuk Harimau Muda atau Harimau Malaya.

Apabila dihubungi, Jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee menafikannya dan berkata: “Saya tidak dimaklumkan tentang Nazmi yang telah kembali ke Malaysia dan tentangnya dilepaskan selama 6 bulan. Jadi saya enggan mengulas lebih lanjut.”-foxsports.my
16.55 0

Annuar: Piya tidak rugi jika tidak bersama Harimau Malaya


Annuar: Piya tidak rugi jika tidak bersama Harimau Malaya |  TINDAKAN ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal tidak menyenaraikan kapten pasukan Kelantan, Badri Radzi atau Piya dalam skuad Harimau Malaya tidak merugikan sesiapa termasuk Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata walaupun tidak dapat bersama skuad kebangsaan, namun pemain itu dapat menimba pengalaman berharga di persada antarabangsa bersama Kelantan.

“Kelantan sendiri terbabit dalam perlawanan antarabangsa dalam saingan Piala AFC dan perlawanan antarabangsa dengan kelab dari luar negara,” katanya kepada pemberita pada majlis memperkenalkan dua pemain import baharu di Kota Bharu, hari ini.


Dua pemain tersebut ialah pemain sayap Salim Arrache dari Perancis dan penyerang Dickson Nwakaemi dari Nigeria.

Kedua-dua pemain import itu akan diuji pada perlawanan persahabatan antarabangsa antara Kelantan dan kelab Liga Perdana Indonesia, Semen Padang, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Sabtu ini.

Bagaimanapun, Annuar berkata, Kafa akan sentiasa terbuka dan akan memberi kerjasama jika Rajagobal memanggil semula Piya untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan. – Bernama
Minggu, 27 Januari 2013
19.47 0

Pemain Tengah Felda United Parah Kemalangan


Pemain Tengah Felda United Parah Kemalangan | HULU SELANGOR : Seorang pemain bola sepak pasukan Felda United, Ahmad Fauzi Saari parah manakala rakannya maut selepas kereta jenis BMW yang mereka naiki terbakar dalam kemalangan di kilometer 407.5, Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara di sini semalam.

Ahmad Fauzi, 30, mengalami kecederaan di badan selain tangan kanannya patah manakala rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dalam kejadian pukul 1.40 pagi itu.

Orang awam yang melalui tempat kejadian sempat menarik kedua-duanya keluar sebelum kereta itu terbakar dan rentung.

Ahmad Fauzi merupakan bekas pemain bola sepak Kedah dan Johor sebelum berhijrah ke Felda United untuk bermain di posisi tengah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, kejadian berlaku apabila kereta BMW dipandu Muhammad Khairul Adnan itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh penghadang jalan.-kosmo
Jumat, 18 Januari 2013
17.06 0

Fakri dapat pujian jurulatih Atletico SC


Pasti ramai yang menantikan berita terkini dari salah seorang pemain kita yang kini sedang diikat oleh kelab Portugal selain dari Nazmi faiz bukan?berita terbaru yang admin perolehi dari fanpage Laman Berita Bolasepak Malaysia & Dunia,mengeluarkan kenyataan bahawasanya pemain kelahiran Kelantan ini mendapat pujian dari jurulatih Atletico SC selepas menjadi perancang kepada gol ketiga .Beliau menambah lagi ada beberapa kualiti tersendiri seperti pantas dan cukup rajin membantu rakan sepasukan di segenap posisi walaupun bertindak sebagai pemain serangan.


Menjadi perancang kepada gol ketiga Atletico SC semasa menang 3-2 ke atas CF ESP Lagos Ahad lalu, Fakri Saarani mendapat pujian daripada ketua jurulatih, Eduardo Almeida.

"Pemain ini mempunyai potensi besar selepas apa yang saya perhatikan pada perlawanan ini dan saya yakin dia mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi pemain yang berjaya.

"Dia ada beberapa kualiti tersendiri seperti pantas dan cukup rajin membantu rakan sepasukan di segenap posisi walaupun bertindak sebagai pemain serangan," katanya.

"Masalah yang Fakri alami di sini ialah dia masih cuba mempelajari sistem bola sepak Eropah dan itu mungkin mengambil sedikit masa.

"Saya yakin lambat-laun dia akan berjaya di sini dan menjadi antara pemain utama kepada kelab ini," katanya.

p/s: Fakri kini sedang belajar bhasa Portugal dan dia sudah boleh memahami serba sedikit bahasa Portugal.
semoga berjaya!!!selamanya Harimau Malaya
Kamis, 17 Januari 2013
19.31 0

Senarai penuh 25 orang pemain HM(A) untuk latihan dan aksi pra-persahabatan di Australia



Senarai 25 Pemain Harimau Muda A yang akan ke Australia untuk latihan dan aksi persahabatan minggu depan :

  • 1. Mohd Farhan Abu Bakar
  • 2. Saarvindran Devandrn
  • 3. Mohd Irfan Fazail
  • 4. Wan Zaharulnizam Zakaria
  • 5. Thamil Arasu
  • 6. Ferris Danial Mat Nasir
  • 7. Shahrul Mohd Saad
  • 8. Nazirul Naim Che Hashim
  • 9. Mohammad Amer Saidin
  • 10. Mohamad Fandi Othman
  • 11. Syahrul Azwari Ibrahim
  • 12. Mohd Izham Tarmizi Roslan
  • 13. Ahmad Hazwan Bakri
  • 14. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham
  • 15. Rozaimi Abdul Rahman
  • 16. Izzaq Faris Ramlan
  • 17. Nurridzuan Abu Hassan
  • 18. Mohamad Firdaus Muhamad
  • 19. Muhammad Syahid Zaïdon
  • 20. Saiful Ridzuan Selamat
  • 21. Kenny Pallraj Davaragi
  • 22. Ariff Farhan Md Isa
  • 23. Adam Nor Azlin
  • 24. Sivanesan Shanmugam
  • 25. Prabakaran Kanadasan


dipetik dari FB FP info bolasepak malaysia
18.15 0

Isu JMF: Kehadiran anggota tentera di Stadium Sultan Muhammad IV


ANTARA enam askar ditempatkan di stadium kawal skuad Johor DT, malam kelmarin. – Foto Fathil Asri

Kota Bharu: Perlukah anggota tentera yang lengkap bersenjata diminta berkawal di pintu masuk padang ketika perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam kelmarin?

Itulah persoalan diajukan penyokong Kelantan terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang menempatkan sekurang-kurangnya enam Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) lengkap bersenjata M-16 untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemainnya di stadium berkenaan.

Ini hanyalah bola sepak bukan medan peperangan. Penyokong Kelantan sudah banyak berubah dan sistem kawalan keselamatan yang dikendalikan KAFA dan polis sebelum ini adalah baik serta tidak pernah mengundang masalah,” Mohd Yahya Jamada Ali, Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan.

Anggota tentera terbabit berkawal di pintu masuk padang berhampiran bilik persalinan dari awal hingga perlawanan tamat.

Mat Yo turut dikawal



Pegawai dan pemain Johor DT termasuk Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo turut dikawal beberapa pengawal keselamatan ketika mereka keluar dari bas untuk memasuki bilik persalinan di stadium terbabit.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood, berkata kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata berkawal di pintu masuk padang malam kelmarin mempengaruhi tindakan penyokong Kelantan yang membuat kecoh selepas perlawanan tamat.



Gambaran penyokong ganas

“Kehadiran anggota tentera terbabit yang kononnya untuk mengawal keselamatan pegawai dan pemain Johor DT seperti menidakkan kemampuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan polis Kelantan menjaga keselamatan di stadium berkenaan.

“Ia juga menggambarkan penyokong Kelantan adalah ganas dan tidak bertanggungjawab. Mereka berasa terhina kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar mengambil tindakan tegas terhadap PBNJ,” katanya semalam.







Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali, berkata kehadiran anggota tentera mengawal keselamatan pegawai dan pemain Johor DT dalam perlawanan malam kelmarin tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh merosakkan imej bola sepak negara.

Beliau berkata, kehadiran anggota tentera terbabit lebih kepada provokasi yang cuba dilakukan Johor DT sekali gus mencabar keegoan penyokong Kelantan sehingga berlaku kekecohan kecil selepas tamat perlawanan.

“Ini hanyalah bola sepak bukan medan peperangan. Penyokong Kelantan sudah banyak berubah dan sistem kawalan keselamatan yang dikendalikan KAFA dan polis sebelum ini adalah baik serta tidak pernah mengundang masalah,” katanya.

Sementara itu, Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim, yang mereka diarah oleh pihak atasan untuk membawa anggota tentera bersenjata pada perlawanan itu.

“Bagi saya kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata api dalam perlawanan bola sepak adalah tidak perlu.

“Ia adalah salah dari segi peraturan. Saya berharap perkara ini tidak berulang dan ia sama sekali tidak patut berlaku,” katanya.

Dalam aksi yang berkesudahan Kelantan dan Johor DT seri 1-1, malam kelmarin, anggota polis terpaksa mengiringi kira-kira 200 penyokong Johor DT masuk ke padang selepas penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman ke arah mereka sebaik perlawanan tamat.

Wajarkah tindakan membawa tentera untuk mengawal pasukan bola sepak JDT? Komen anda…



copy paste dari HMO




Senin, 14 Januari 2013
16.19 0

Khuatir jual beli permainan,Perlis mahu SPRM siasat



KANGAR - Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) telah menyerahkan video perlawanan kedua Liga Perdana membabitkan pasukannya menentang Kuala Lumpur SPA Putrajaya FC pada 11 Januari lalu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis untuk siasatan selepas mendapati ada keraguan.

Pengurus Pasukan Perlis, Shahruddin Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, keputusan perlawanan yang berkesudahan Perlis tewas 4-2 di Stadium Hang Jebat telah mendatangkan keraguan kepada Ketua Jurulatih, Yunus Aliff berikutan jaringan lawan berlaku dengan agak mudah.


“Ketua Jurulatih telah memberitahu perkara tersebut kepada pihak pengurusan PFA kerana keempat-empat gol berkenaan dijaringkan dalam masa yang agak singkat dan mudah selepas Perlis berjaya mendahului terlebih dahulu lawan dengan dua jaringan.

“Maka kami mengambil keputusan untuk menyerahkan sedutan video perlawanan berkenaan kepada SPRM untuk pihak berkenaan membuat siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian.

Enggan membuat andaian awal sama ada perlawanan berkenaan telah diatur, Shahruddin menyerahkan semua perkara berkenaan kepada pihak berkuasa.

Perlawanan berkenaan merupakan salah satu daripada tiga perlawanan awal yang menyaksikan Perlis tewas kesemuanya setakat ini.

Pada perlawanan pertama, Perlis tewas 2-1 kepada Sarawak dan semalam, pasukan berkenaan tewas kepada Kuala Lumpur Sime Darby FC 2-0.

“Kami tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut berhubung perkara ini dan enggan menuduh sesiapa setakat ini,” jelas Shahruddin.

Musim lalu, Singa Utara turut mengesyaki beberapa pemainnya yang beraksi di Liga Perdana mengatur keputusan perlawanan selepas pasukan itu tewas mengejut 2-7 kepada MP Muar pada 9 Januari 2012.-sinar harian
Jumat, 11 Januari 2013
20.09 0

Sultan Ahmad Shah tidak akan berundur selagi diperlukan


Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda tidak akan berundur daripada jawatannya selagi khidmatnya diperlukan oleh badan induk itu.
 
Titahnya, baginda tidak boleh menghalang pihak-pihak tertentu membuat desakan supaya baginda berundur daripada jawatan itu kerana negara ini mengamalkan kebebasan bersuara.
 
"Selagi saya dikhendaki dan ada pihak yang tidak mahu bagi saya berundur diri...saya masih jadi Presiden FAM," titahnya kepada pemberita sebaik kembali dari luar negara di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuantan, semalam.




Kepulangan baginda disambut oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob serta 103 orang yang menamakan diri sebagai 'Penyokong Sultan Ahmad Sebagai Presiden FAM'.
 
Sultan Ahmad Shah bertitah baginda akan mengadakan mesyuarat exco FAM minggu depan bagi membincangkan soal memperbaiki dan meningkatkan kedudukan skuad bola sepak negara di persada antarabangsa.
 
"Mesyuarat exco itu bukan pasal mahukan pengunduran saya tetapi kita nak memperbaiki kedudukan bola sepak negara," titahnya.
 
Baginda bertitah FAM sentiasa berusaha memperbaiki mutu permainan, kualiti pemain, jurulatih serta mencungkil bakat baharu bagi mengangkat semula maruah dan mutu bola sepak negara.
 
"Main bola ada menang, ada kalah, kalau menang saja dengan orang lain tak payahlah kita berlawan, (untuk kejohanan) AFF (Suzuki Cup) baru-baru ini nasib kita tak berapa baik.
 
"I'm a fighter (Saya adalah pejuang)....kita lawan, kita ada ramai pemain yang masih lagi tidak dikemukakan, jangnlah 'kerana nila setitik, rosak susu sebelangga'," titahnya.
 
Baru-baru ini beberapa pihak mendesak supaya baginda meletak jawatan tersebut dan memberi peluang kepada pemimpin baharu yang mempunyai banyak visi dan idea segar dalam memartabatkan bola sepak negara.
 
Perkara itu turut menjadi perhatian beberapa bekas pemain kebangsaan yang meluahkan perasaan sama dengan berharap berlaku transformasi dalam pengurusan bola sepak Malaysia.
 
Dalam pada itu, seramai 103 individu dari seluruh negara telah berkumpul di Pangkalan TUDM Kuantan bagi menyambut kepulangan baginda bagi menzakirkan tanda sokongan mereka kepada kepimpinan baginda dalam FAM.
 
Hafizan Hassan, selaku Pengerusi Badan Bertindak Penyokong Sultan Ahmad Shah itu, berkata tujuan perhimpunan itu adalah untuk menyampaikan tanda sokongan mereka kepada kepimpinan baginda.
 
"Kami tidak mahu Tuanku berundur dengan desakan seperti banyak pihak yang mahukan sekarang ini dan kami yakin Tuanku mampu membawa FAM dengan lebih baik," katanya.
 
Katanya, kumpulan berkenaan turut bercadang mengadakan perhimpunan yang lebih besar bagi melahirkan sokongan kepada Presiden FAM itu.
 
Bagaimanapun, tarikh dan tempat perhimpunan itu masih belum ditetapkan. - Bernama
06.45 0

Surat pertama dari Fakri Saarani selepas ke Portugal



Pejam celik, pejam celik kini sudah hampir dua minggu saya berada di sebuah negara yang pernah menjajah kita suatu masa dahulu.

Nama Malaysia agak sukar untuk orang-orang di sini mengenalinya, tetapi bila sebut nama Melaka maka semua orang akan tahu kedudukannya.

Begitu besarnya nama Melaka di bumi Portugal ini. Secara kebetulan, pengurus peribadi saya Faisal Zakariah orang Melaka, apalah lagi bukan main bangganya dia.

Bak kata pepatah Melayu, 'jauh perjalanan luas pemandangan.'
Inilah yang saya alami sekarang ini, bukan hanya dapat melihat dunia malah dapat mempelajarinya dalam menempuh liku-liku kehidupan disini.

Maklumlah hidup di negara sendiri semuanya mudah tetapi bila kita berada di luar segalanya menjadi susah. Kesukaran inilah yang akan mengajar kita erti kehidupan.

Saya bermain di sebuah kelab yang terpencil yang diberi nama Athletico Sports Clube Reguengos (ASC) yang terletak di sebuah pekan kecil di Reguengos De Monsaraz dan beraksi dalam divisyen tiga, Portugal.
Walaupun kelab ini kecil tetapi saya teruja melihat kelab ini terurus secara professional. Walaupun pada mulanya hati saya berdetik, benarkah aku akan beraksi dengan sebuah kelab yang macam ini?

Maklumlah, melihat pekan yang kecil dan agak jauh terpencil maka tentunya saya akan berfikiran yang bukan-bukan.

Ejen saya, Marco Guimaraes dapat merasakan sesuatu yang tidak kena difikiran saya lantas menerangkan secara lengkap mengenai kemampuan kelab ini.

Memang benar apa yang diterangkan oleh Marco Guimaraes jelas dan nyata.
Hari pertama saya ingin memulakan latihan sahaja saya sudah dapat melihat bagaimana kelab ini terurus dengan rapi.

Bermula dengan mengambil pakaian latihan dan seterusnya ke bilik persalinan, saya telah mula teruja dan seterusnya ke padang latihan.

Beza dan memang amat berbeza, sebaik sahaja latihan memanaskan badan bermula, dapat dilihat semua pemain serius serta memberikan tumpuan dalam latihan yang berintensiti tinggi yang memerlukan tahap disiplin yang tinggi.

Boleh dikatakan tiada rehat, sentiasa dengan bola dan kelajuan serta juga memastikan teknik yang dibuat itu adalah sempurna.

Semua orang bekerja... Dalam erti kata lain tiada siapa yang boleh curi tulang. Begitulah rutin seharian dalam setiap latihan.

Pada 6 Januari yang lalu, pasukan kami tewas 1-2 dengan pasukan Gusmentemor yang merupakan pendahulu liga.

Saya tidak dapat beraksi didalam perlawanan ini kerana sijil perpindahan antarabangsa (ITC) belum dikeluarkan lagi, namun terus terang saya katakan saya belum bersedia untuk beraksi dalam perlawanan tersebut tetapi saya tetap bersama-sama pasukan ke stadium tempat lawan.

Alhamdulillah, ketika saya sedang mengarang catatan ini, saya menerima perkhabaran gembira bahawa ITC saya berjaya diperolehi.

Ini bermakna saya akan berada di dalam senarai pasukan untuk bermain. Sama ada saya akan berada di dalam kesebelasan utama atau pun dalam senarai pengganti tidak dapat saya pastikan.

Namun, saya berkeyakinan tinggi bahawa saya akan dapat beraksi untuk perlawanan tempat lawan pada 13 Januari nanti untuk bertemu pasukan yang menduduki tempat kedua liga pada masa ini iaitu pasukan CF ESP Lagos.

Peluang saya untuk beraksi di dalam perlawanan ini amat cerah kerana berdasarkan kepada petanda di dalam latihan itu sendiri saya telah diberikan tugas untuk menjalani latihan bersama kesebelasan utama.
Pastinya, saya perlu berusaha lebih gigih lagi agar saya terus mendapat perhatian dan kepercayaan pengurus pasukan berdasarkan merit.

Secara keseluruhannya, memang saya dapat rasakan perbezaan yang amat ketara jika dibandingkan dengan negara kita.

Saya memohon kepada Allah, semoga tuhan memberikan saya kekuatan bagi menempuh hari-hari yang mendatang. Sesungguhnya cabaran disini amat tinggi dan bukan tugas yang mudah untuk saya bersaing bersama rakan pasukan yang secara teknikalnya lebih baik dan lebih laju dari saya.

Sayalah orang yang bertubuh paling kecil dan terendah dalam pasukan ini walaupun ketinggian saya adalah 176 sentimeter.

Saya menyeru kepada rakan-rakan dan pemain pemain muda negara untuk mencari peluang menimba ilmu dan bermain di luar negara serta tinggalkan seketika kesenangan dan kemudahan yang ada.

Insya-Allah banyak yang akan dapat kita pelajari dalam kita menjalani kehidupan sehari-hari.
Jadikan ia sebagai satu cabaran bagi menempuh hari-hari yang mendatang. Semoga kita bertemu dilain catatan. Salam buat keluarga saya dan seluruh rakyat Malaysia.


Kamis, 10 Januari 2013
05.28 0

Armand Traore : Saya Muslim wajib buang tattoo




Ketika masih menjadi pemain tengah Arsenal, Armand Traore mempunyai penyesalan terbesar dalam hidupnya, yakni membuat tato di tubuhnya.

Oleh itu pada 2009 lalu, ia memutuskan melawat doktor untuk melakukan operasi penghapusan tatu. Di bawah pembiusan dan pisau bedah doktor, bekas pemain AS Monaco ini menghilangkan tatu kekal.

Ia harus menahan sakit kerana doktor ternyata pada akhirnya harus menggunakan sinar laser untuk menghapuskan tatu besar di belakangnya. Pemain kelahiran Paris, Perancis, 8 Oktober 1989 ini menegaskan, menghapuskan tatu boleh membuatnya tenang dan merupakan keputusan tepat.


Selain itu, kata dia, dalam ajaran Islam, seorang Muslim dilarang mentato setiap bahagian tubuhnya. “Saya adalah seorang Muslim. Saya fikir (mentato tubuh) itu adalah salah satu kesalahan terbesar dalam hidup saya, tapi saya akan cuba memperbaikinya,” kata Traore kepada the Guardian.

Ia menjelaskan, motif operasi penghilangan tato murni kerana ia sedar terhadap agama. Seiring bertambahnya umur, kata dia, sebagai seorang Muslim ia tersadarkan bahawa ada nilai-nilai agama yang tidak boleh dilanggar umat Islam. Atas dasar itu pihaknya lebih mementingkan menyingkirkan ego untuk tampil lebih bergaya dengan memiliki tatu, dengan menjadikanya masa lalu.

Dilahirkan dari orang tua penganut Islam taat keturunan Senegal, Traore percaya seorang Muslim harus menjaga tubuh apa adanya. Kerana itu, ketika memilih melakukan operasi Traore sedar tubuhnya bakal memerlukan masa pemulihan cukup lama.

“Perlu sedikit masa pemulihan jadi saya akan melakukannya pada akhir musim bola sepak.”
Bergabung bersama Arsenal sejak musim 2005/2006, Traore pada awalnya kurang mendapat kepercayaan pelatih Arsene Wenger.

Itu lantaran dia masih sangat muda dan kurang pengalaman sehingga harus kalah bersaing dengan bek senior the Gunners. Alhasil pada musim 2008/2009, ia harus dipinjamkan ke Porstmouth agar mendapat kesempatan tampil di pasukan biasa.

Pada musim lalu, Wenger menjual pemain produk akademi Arsenal ini ke Queens Park Rangers dan mula mendapat tempat utama di kelab milik Tony Fernandez itu.-detik islam

05.09 0

Wak Lan cuma perlu bayar RM299K kepada KAFA




Jawatankuasa Status FAM hari ini mengumumkan Norshahrul Idlan Talaha hanya perlu membayar tebus kontrak dan bukannya yang lain-lain.

Perpindahan penyerang Harimau Malaya itu dari Kelantan ke Johor Darul Takzim telah berlarutan selama berminggu-minggu.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) baru-baru ini menyatakan Norsharul harus melangsaikan bayaran sebanyak RM1 juta kerana penamatan kontrak dia berlaku 13 bulan lebih awal melibatkan nilai lebih RM300,000, yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000, selain insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana penaja menarik diri.


Walaubagaimanapun FAM hari ini memutuskan bahawa penyerang itu hanya perlu membayar tebus kontrak selama 13 bulan berjumlah RM299,000 yang telah pun dibayar oleh Norshahrul.

“Apabila pemain menamatkan kontrak, dia hanya perlu membayar tebus kontrak, bukan tajaan atau lain-lain,” kata pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Takiyuddin Hassan.-espnstar.my

Sabtu, 05 Januari 2013
22.00 0

Sejarah akan berulang selepas 21 tahun


Depan duduk dari kiri: Akmal Rizal, Khairul Helmi, Chayene Santos, Baddrol, Antonio, Mario, Talib, Khyrill, Nelson, Sabree, Fazliata

Tengah berdiri dari kiri: Abd. Razak, Zahari, Amirul, Hariri, Shahrul, Farez, Muhaimin, Abd. Hadi, Khairul Efsan, Wan Shukri, Mohd. Reduan, Shah, Nur'Illya, Zali

Berdiri belakang dari kiri: Mohd. Syamim, Faizal, Arman, Wan Hossein, Mohd. Fiqkry, Hattaphon, Tg. Hasbullah, Zuraindey

SEJARAH yang dilakarkan 21 tahun lalu akan menjadi cabaran utama pasukan Kedah yang beraksi pada Liga Perdana musim ini. Kejayaan pasukan Kedah pada tahun 1992 menjuarai Liga Perdana musim itu dengan rekod cemerlang tidak kalah akan menjadi cabaran utama pasukan musim 2013 bagi mengulanginya ataupun menandingi kegemilangan pasukan yang dibimbing oleh arwah Datuk Paduka Ahmad Basri Haji Akil.


Tahun 1991 pasukan Kedah telah disingkirkan ke Liga Perdana dan pada tahun 1992 berjaya menjuarai pertandingan itu dengan tidak mengalami sebarang kekalahan dan mereka juga berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia tetapi kecundang kepada Pahang dengan jaringan tunggal oleh lawan mereka.

Pada tahun 1992 pasukan yang dilatih oleh Robert Alberts dan dibantu oleh Mohd Azraai Khor Abdullah, manakala pasukan musim 2013 ini dilatih oleh Mario Tot dibantu oleh Antonio Sisic yang berasal dari Croatia, jurulatih penjaga gawang Talib Saidi berasal dari Perak, jurulatih fizikal Mat Zali Lazim serta seorang pengurus yang sudah sinonim dengan permainan bola sepak dan senario bola sepak tempatan, Datuk Jeffery Low Hang Chow iaitu Naib Presiden KFA turut dibantu oleh Amirul Nizam Mahadzir.

Kedua-dua pasukan ini iaitu Kedah musim 1991 dan 2012 disingkirkan ke Liga Perdana bukan kerana kekurangan kemampuan tetapi masalah dalaman dan kedua-dua pasukan ini memiliki barisan pemain yang mantap mampu mengukirkan kejayaan tetapi apa yang telah berlaku kini sudah menjadi sejarah.

Pertama kali sejak beberapa musim lalu jawatankuasa KFA membuat beberapa keputusan bijak yang yang pasti akan manfaatkan pasukan serta menceriakan ribuan pengikut Pasukan Hijau Kuning seluruh Malaysia dan juga memuaskan hati mereka sendiri dengan kejayaan pasukan musim 2013 mencapai matlamatnya melayakkan diri beraksi pada Liga Super musim depan ataupun melebihinya.

Kejayaan mendapatkan khidmat beberapa muka baru yang tidak ternama tetapi menepati keperluan ketara pasukan Kedah memantapkan lagi prestasi Pasukan Hijau Kuning dan kembalinya Nelson Sam Martin yang bukan nama asing kepada ribuan peminat setia pasukan Kedah serta penyerang Chayene Santos dari Brazil yang sudah beraksi di Thailand sejak beberapa tahun lalu pasti akan menjadikan impian KFA menjadi kenyataan pada akhir musim ini.

Kini sudah pasti ribuan peminat setia Pasukan Hijau Kuning tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana musim ini yang akan membuka tirai pada 8 Januari depan bertemu UiTM FC di Stadium Hang Tuah, Melaka dan beraksi buat pertama kali di Stadium Darulaman pada 11 Januari iaitu hari Jumaat menentang KL Pos Malaysia .

Beberapa perlawanan ujian yang dilalui oleh pasukan Kedah berjaya membuktikan kemampuan dan kewibawaan sebenar mereka dengan kejayaan mereka mengikat Kelantan juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim lalu tanpa jaringan di Stadium Darulaman serta keputusan seri 0-0 ketika bertemu Selangor juga di Alor Star.

Ketika ini dua tonggak import Kedah, Nelson dan juga Santos belum mencapai tahap kecergasan yang diperlukan bagi mengharungi 90 minit perlawanan bola sepak tetapi ketika Liga Perdana membuka tirainya pada 7 Januari depan, InsyaAllah mereka pasti akan lebih bersedia dan ribuan peminat setia Pasukan Hijau kuning boleh fikirkan sendiri apa yang mampu dilakukan oleh mereka.

Kini apa yang tinggal ialah bagi pemain-pemain Kedah untuk membuktikan kewibawaan mereka di atas padang bagi membalas kepercayaan KFA yang telah menyediakan perbelanjaan terbesar dalam sejarah mereka iaitu RM8 juta mengharungu musim 2013.

Tidak ada sesuatu yang lebih baik dan berbaloi untuk membalas segala kepercayaan KFA daripada memastikan Kedah beraksi pada Liga Super musim depan dan kalau ditakdirkan dengan membawa pulang beberapa piala daripada tiga pertandingan yang disediakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

END.

#iamhijaukuning


sumber FB Persatuan Bolasepak Kedah - KFA -


08.56 0

Kelab England berminat sambar penyerang sensasi TRW?



Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) sedia berunding dengan mana-mana kelab dari Eropah yang dikhabarkan mahu melamar penyerang baharunya, Dimitrios Pertrators.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa mereka sedia membuka pintu rundingan jika kelab tersebut membuat permintaan untuk menggunakan khidmat prospek muda yang paling menyinar di Australia itu walaupun telah diikat kontrak bersama Kelantan selama setahun.


“Kalau ada (lamaran), kita akan aturkan dengan baik. Biasanya kedua-dua kelab akan berhubung dengan cara baik dan  bukannya sekadar membuat kenyataan di media,” katanya kepada pemberita pada majlis kenduri perkahwinan penjaga gol Kelantan Kahirul Fahmi Che Mat atau Apek di Kampung Cherang, Kota Bharu hari ini.

Annuar turut menafikan dakwaan beliau pernah mengadakan rundingan dengan mana-mana kelab dari Eropah berhubung lamaran terhadap pemain berusia 21 tahun itu.

Akhbar semalam melaporkan laman web bola sepak Australia, au.fourfourtwo.com (Four Four Two), seperti dipetik portal bola sepak espnstar.my melaporkan penyerang muda skuad Bawah 21 ‘Soccerros’ itu kini diintai oleh sebuah kelab dari England.

Ejen penyerang muda tersebut, James Hardy dipetik memberitahu Four Four Two, ada wakil dari Kelantan kini berada di United Kingdom untuk melakukan rundingan berhubung pemain muda tersebut.

Hardy turut dipetik sebagai berkata Pertratos akan ke England hujung bulan ini untuk menjalani ujian.

“Kelantan mempunyai hubungan yang baik di England, sekaligus membuka peluang kepada Pertratos untuk bermain di  sana,” katanya sebagaimana dipetik daripada espnstar.my.

Pertratos, penyerang berbakat dari Sydney FC mengikat kontrak selama setahun bersama ‘The Red Warriors’ pada bulan  lalu dan disenaraikan untuk beraksi pada saingan Piala Konfederasi Asia (Piala AFC) dan bukannya Liga Malaysia.

Kelibat Pertratos dalam enam perlawanan persahabatan pra musim Liga Malaysia 2013 baru-baru ini turut menyaksikan pemain itu menghadiahkan enam gol kepada Kelantan. – Bernama
Jumat, 04 Januari 2013
00.56 0

Mari mengenal pemain Arsenal yang hafal 19 Juz Al-Quran



LONDON – Pentas bola sepak Liga Perdana Inggeris banyak dihuni pemain-pemain beragama Islam yang datang dari luar negeri.

Bintang bolasepak Liga Premier Muslim yang menonjol kebanyakan berasal dari Perancis.

Diantara bintang bolasepak Muslim yang dikenali adalah pemain tengah Arsenal, Abou Diaby. Pemain 25 tahun berkewarganegaraan Perancis ini telah menghafal Al-Quran hingga 19 juz.

Dalam akaun twitter, salah satu pengajar Ebrahim Collage di London, Mufti Muhammad, @ Mufti_Muhammad_ mendedahkan seorang bintang bolasepak yang datang ke Emirates Stadium Arsenal pada tahun 2006 itu hafal 19 juz Al-Quran.

Bagi Diaby, kunjungan ke Ebrahim Collage adalah perkara biasa. Sebab ia berasa selesa berada dalam komunitinya, seperti diterangkan Republika Online.

“In conversation with Arsenal Footballer Abu Diaby @ Ebrahim college dinner tonight, who s memorised 19 ajza of Qur’an! (Dalam perbincangan dengan pemain Arsenal Abu Diaby di Ebrahim Collage pada tiap kali makan malam, siapa yang hafal 19 juz Al-Quran,” sentil Mufti Muhammad kepada Diaby.

Muslim Rohingya

Sifat sosial Abou Diaby yang sangat perhatian terhadap umat Islam yang lain juga ia tunjukkan, apabila dirinya terlibat dalam penggalangan dana untuk Muslim Rohingnya di London Muslim Center.

Dalam acara penggalangan dana itu, Abou Diaby melelong jersey (kostum) Arsenal miliknya untuk Muslim Rohingnya.

Di Arsenal sendiri ada beberapa pemain yang tercatat beragama Islam, antaranya Abou Diaby, Bacary Sagna, dan sebelumnya ada Samir Nasri dan Kolo Toure yang kini mempertahankan Manchester City.

Sementara itu, pemain Muslim Arsenal lain yang komited terhadap Islam adalah bek muda Armand Traore. Namun jebolan Akademi Arsenal kelahiran 8 Oktober 1989 itu kini berpindah kelab di Queens Park Rangers.

Pemain pasport Perancis keturunan Senegal ini telah lama memeluk Islam dan pada 2009 lalu ketika masih mempertahankan Arsenal ia mula “sedar” untuk menghilangkan seluruh tatu yang dilakarkan di tubuhnya.
“Saya rasa ini (tatu) menjadi kesalahan terbesar dalam hidup saya, tapi saya akan cuba meluruskan segalanya,” ungkap Traore.

“Agama saya telah memberi keuntungan kepada kehidupan dan kerjaya saya. Saya selalu menjadi muslim tapi tidak pernah mempraktikannya dan saya hanya berkata ‘saya seorang muslim’,” jelasnya.-detikislam
Kamis, 03 Januari 2013
17.26 0

Senarai penuh pemain import yang diluluskan FAM



JAWATANKUASA Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meluluskan seramai 41 pemain import bagi mewarnai  kancah Liga Malaysia 2013 yang membuka tirai, Sabtu ini.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Tan Sri Dr Aseh Che Mat, dalam kenyataan berkata, mesyuarat jawatankuasa itu hari ini telah menimbang dan meluluskan permohonan dari persatuan dan kelab-kelab yang beraksi di dalam Liga Super dan Liga Perdana.

Bagaimanapun, katanya, pemohonan skuad Kuala Lumpur untuk menguna dua pemain Slovakia iaitu Juraj Kuhajdik dan Vladislav Palsa ditolak kerana Persatuan Bolasepak Wilayah Persekutuan (FTFA) lewat menghantar pemohonan.



Senarai Pemain Import Yang LULUS bermain dalam Liga Malaysia 2013:


  • KELANTAN - Dimitrios Petrators, Keita Mandjou, Obinna Nwaneri, Lek K'cria

  • NEGERI SEMBILAN - William Paul Modebo, Emanuel Matias De Poras

  • SELANGOR - Francis Forkey Doe, Ramez Dayoub

  • PAHANG - Borgi Mohamed, Nikolche Klechkaroski

  • KEDAH - Chayene Medeiros Oliveira Santos, Nelson Marcelo San Martin Arria Gada

  • TERENGGANU - Vincent Bikana, Efa Owana Gean Emmanuel

  • PERAK - Karim Rouani, Rafael Sauza Silva Novais

  • JOHOR - Andre Francisco William, Muriel Juan Orlando

  • SABAH - Koh Traore, Rhys David Weston

  • SARAWAK - Guy Bwelle, Ivan Babic

  • PERLIS - Dennis Agware Antwi, Emmanuel Ayaah Okine

  • ATM - Bruno Sebastian Martelotto, Marlon Alex James

  • T-TEAM - Caled Folan, George Boateng

  • JOHOR DARUL TAKZIM - Simone Del Nero, Daniel Gonzalez Guiza

  • PKNS SELANGOR - Patrick Ronaldinho Wleh, Helmi Loussaief

  • FELDA UNITED - Carlos Toberto Alvis Pareira Junior, Stephen Damalie, Mohamad Ghaddar

  • BETARIA FC - Tomas Chovanec, Hillary Odada Echsa

  • SIME DARBY FC - Karlo Primorac, Goran Perak

  • PDRM - Kaye Edrisar, Mohamadou Sumareh.


- Bernama
17.22 0

Kos tebus talak belum dibayar kepada KAFA



BEKAS penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha belum membayar harga tebus kontrak seperti yang diminta oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) walaupun telah menandatangani kontrak baharu bersama pasukan Johor Darul Takzim.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, mengikut peraturan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Norshahrul atau Mat Yo sepatutnya membayar harga tebus kontrak tersebut dalam tempoh 30 hari selepas didaftarkan dengan pasukan baru.


"Kita tak bantah keputusan beliau untuk menamatkan kontrak secara sebelah pihak, tapi sampai hari ini Mat Yo belum  membayar harga tebus kontrak tersebut sehingga Kafa terpaksa membuat tuntutan kepada Jawatankuasa Status FAM.

"Dalam kes ini kita telah mengemukakan afidavit kepada jawatankuasa berkenaan dan berharap agar mereka dapat  menyelesaikan perkara ini secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi dan barangan rasmi 'The Red Warriors' serta pengumuman penaja musim 2013 di Kota Bharu, hari ini.

Annuar, yang tidak mendedahkan nilai harga tebus kontrak itu, berkata penyerang yang pernah mencipta nama sebagai salah seorang tonggak utama pasukan kebangsaan itu juga masih mempunyai baki kontrak bernilai RM400,000 bersama Kafa.

Beliau berkata, walaupun FAM mempunyai kuasa untuk memutuskan seseorang pemain layak bermain atau tidak dalam  sesebuah liga setelah menebus kontrak, namun perkara itu sepatutnya tidak diambil mudah kerana dibimbangi pemain lain tidak  akan mengikuti peraturan pada masa hadapan.

"Bagaimana anda boleh membenarkan pemain beraksi dalam liga yang mana secara teknikal, kontrak dia belum lepas. Tebus kontrak hanya lepas setelah dibayar. Tak boleh tebus mulut terus pergi bermain, ia tidak betul.

"Kita nak tengok ia sebagai kes pertama. Kali pertama juga perkara ini berlaku (di Malaysia) dan persatuan berharap perpindahan itu mengikut
norma-norma perpindahan yang betul kerana kita perlu berikan sijil pelepasan untuk dia bermain dengan pasukan lain," katanya.

Justeru, Annuar berharap agar badan induk itu dapat menyelesaikan masalah itu dengan segera kerana tidak mahu perkara tersebut berpanjangan
tanpa penyelesaian yang kukuh daripada kedua-dua pihak.

"Perkara ini tak pernah berlaku di liga-liga Eropah dan saya nak tengok keputusan yang akan diambil oleh FAM  berhubung perkara ini," katanya.

Polemik perpindahan Mat Yo menjadi isu hangat diperkatakan dalam kancah sukan bola sepak negara selepas  menamatkan kontrak secara sebelah pihak walaupun masih berbaki 13 bulan bersama Kafa selepas dilamar pasukan dari selatan,  Johor Darul Takzim pada musim lepas. - Bernama
Selasa, 01 Januari 2013
22.53 0

Jersi TRW untuk musim 2013


Inilah sedikit gambaran mengenai jersi The Red Warrior 2013 yang akan dilancarkan esok ?Apapun kita tunggu esok pengumuman rasmi oleh Presiden KAFA di Kelantan Trade Centre pada jam 12 tengah hari. Turut memeriahkan adalah penyanyi Legasi Mat Che Su akan turut hadir, Isey Fazlisyam yang akan menyanyikan lagu tersebut.




sumber dari fb Tee.R.W