Searching...
Tampilkan postingan dengan label Hiburan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Hiburan. Tampilkan semua postingan
Senin, 31 Maret 2014
18.13 0

Suami Jue Aziz,Bayu Daniels Akhirnya Didedahkan (8 Gambar)

Suami Jue Aziz,Bayu Daniels Akhirnya Didedahkan (8 Gambar)


Dengar khabarnya, pelakon se k si Jue Aziz sudah berkahwin dengan seorang jejaka bergelar pemuzik bernama Bayu Daniels yang berasal dari Indonesia sekitar awal Mac lalu.

Mengikut portal rotikaya, terdapat dua sumber boleh dipercayai yang memberikan tarikh sama pernikahan mereka berlangsung namun tidak pula dapat dipastikan samada majlis tersebut diadakan di Indonesia atau Pulau Pinang.

Apapun, kalau khabar angin yang disebarkan ini benar, penulis ucapkan tahniah kepada Jue Aziz. Mungkin beliau lebih selesa merahsiakan kisah peribadi dari pengetahuan umum.










Minggu, 30 Maret 2014
18.41 0

Punca Sebenar Kilafairy Ganti Hanez Suraya Dalam Projek Kahwin

Punca Sebenar Kilafairy Ganti Hanez Suraya Dalam Projek Kahwin


Pelakon Kilafairy ditawarkan menggantikan tempat Hanez Suraya dalam pementasan teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan  di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jun ini.

Ia berikutan selepas Hanez membuat keputusan menarik diri daripada pementasan teater tersebut gara-gara kontroversi percintaannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha yang masih bergelar suami.

Penerbit teater tersebut, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, bagaimanapun pihaknya di bawah syarikat Mask Team itu belum 'mengikat' aktres itu menerusi sebarang perjanjian kontrak lagi.

"Tidak dinafikan, Kilafairy antara pelakon yang dimuktamadkan untuk menggalas watak Hanez sebagai Nisa. Tetapi kami belum membuat sebarang ikatan kontrak lagi.

"Dalam pada itu, pihak kami turut membuat senarai pendek beberapa pelakon lain yang sesuai untuk menggalas watak tersebut.

"Pihak kami akan membuat pengumuman rasmi di Istana Budaya pada Selasa ini," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Ahad.


Sementara itu, Shawn berkata, walaupun Hanez menarik diri, namun pihaknya masih belum memberi maklum balas secara hitam putih kepada pelakon itu lagi.

Malah pemilihan pelakon lain yang dilakukan oleh pihak produksi itu sekadar perancangan 'plan B' sekiranya Hanez benar-benar tidak terlibat dengan teater tersebut.

"Setakat ini, Hanez tidak pernah memberi masalah kepada pihak produksi, tetapi kami hormat dengan apa saja keputusannya," ujarnya.

Projek Kahwin yang akan dipentaskan bermula 6 hingga 14 Jun depan turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.

Tiket untuk menyaksikan pementasan teater itu dijual pada harga RM35, RM55, RM85, RM185 dan RM225 dan tempahan tiket boleh dibuat menerusi AirAsiaRedTix.com atau di kaunter Box Office Istana Budaya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Amirul di talian 013-3962612.
Sabtu, 29 Maret 2014
22.09 0

Bukan Salah Saya Tragedi MH370 - Shila Amzah

Bukan Salah Saya Tragedi MH370 - Shila Amzah


TATKALA seluruh dunia masih terkejut dengan tragedi kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) MH370, muncul pula pihak yang seperti mahu mengeruhkan hubungan dua buah negara, Malaysia-China.

Tidak semena-mena, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi, timbul kemarahan dalam kalangan segelintir penduduk China yang tidak berpuas hati dengan pengumuman itu.

Lebih parah, apabila ada rakyat Malaysia yang tinggal di negara itu menjadi bahan tohmahan mereka.

Mungkin angkara perasaan sedih, marah selain belum dapat menerima kenyataan, ada pihak yang mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar seperti yang terjadi dalam industri hiburan di Beijing.

Lebih menyedihkan apabila aktres filem Memoir of Geisha, Zhang Ziyi, turut memuat naik status berunsur negatif apabila menuding jari kepada kerajaan Malaysia.

Pelakon berusia 35 tahun itu memberitahu, dia tidak berpuas hati dengan cara Malaysia mengendalikan operasi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan.

Perkara itu diluahkannya menerusi laman sosial yang popular di China, Sina Weibo.

"Kerajaan Malaysia bersalah. Gagal untuk bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Kerajaan Malaysia lebih mementingkan urusan politik berbanding nyawa mangsa... kami mahukan kebenaran," tulisnya yang dikemas kini sehari selepas penerbangan MH370 disahkan berakhir di Lautan Hindi.

Bukan itu sahaja, ketika Malaysia dan banyak negara lain termasuk China bertungkus-lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengacara televisyen, Yang Lan seolah-olah memperlekehkan usaha tersebut.


ZHANG ZIYI tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Malaysia menangani isu kehilangan MH370.

"Hati saya berbaur dengan rasa sedih dan marah. Apa yang syarikat penerbangan Malaysia dan pihak tentera negara itu cuba sembunyikan?" tulisnya di laman sosial tersebut.

Artis tempatan yang menempa nama di Beijing, Shila Amzah tidak terkecuali daripada menerima tohmahan dan cercaan baru-baru ini.

Komen yang diberikan peminat di sana seolah-olah mahu 'menolak' semua bintang yang datang dari negara ini.

Sudah pasti keadaan itu sedikit sebanyak mengganggu emosi penyanyi berusia 23 tahun ini yang kini sedang menyertai program realiti terbitan saluran Hunan TV, I am a Singer.

Sebelum ini, Shila cukup dikenali dan diterima baik peminat di Beijing, namun keadaan berubah sebaliknya.

Kecewa dengan apa yang berlaku, pelantun lagu Patah Seribu itu kemudian memuat naik sekeping foto yang memaparkan ekspresi wajah sedih dan sayu di laman Instagram miliknya.

Gambar itu disertakan dengan keterangan dalam bahasa Mandarin yang bermaksud: "MH370 bukan salah saya..."

Gambar tersebut mendapat lebih 15,000 maklum balas termasuk komen daripada pengikutnya.

Biarpun dilontar dengan kata-kata nista, masih ada peminat Shila di Beijing yang memberikan kata-kata semangat.

"Shila hanya seorang penyanyi. Dia bukanlah wakil kepada kerajaan Malaysia. Janganlah mengaitkan isu ini dengan dirinya," tulis seorang pengikutnya.

Selain Shila, artis Malaysia lain yang terkena tempias ialah Fish Leong dan Gray Chaw, serta Lee Sinje dan Ah Niu.



22.07 0

Foto Topless Adi Putra Di Instagram Didedahkan Haji Amiruddin

Foto Topless Adi Putra Di Instagram Didedahkan Haji Amiruddin


Haji Amiruddin Osman yang merupakan bekas suami kepada Nooraida Abdul Talib, juga bekas skandal Adi Putra telah mendedahkan sekeping foto topless aktor itu di laman Instagram miliknya.

Foto tersebut mendapat pelbagai respon dari pengikutnya sehingga mula tersebar awal pagi tadi. Motif Haji Amiruddin membuat pendedahan itu tidak pula diketahui namun beliau mungkin mahu membuktikan bahawa Adi Putra memang pernah menghantar gambar separuh lucah kepada bekas isterinya.



09.36 0

Punca Sebenar Shakilla Khoriri Diserang Seorang Wanita

Punca Sebenar Shakilla Khoriri Diserang Seorang Wanita


Pelakon Shakilla Khoriri mendedahkan pernah diserang oleh seorang wanita hanya kerana membenci dengan watak antagonis yang dibawanya dalam sebuah drama sebelum ini.

Shakilla, 25, berkata, ketika kejadian dia sedang sibuk melayan permintaan peminat yang ingin bergambar dengannya sebelum wanita berkenaan menyerangnya dari arah belakang.

"Wanita berkenaan menggunakan tas tangannya untuk memukul bahagian belakang badan saya namun saya tenang kerana tidak mengetahui punca sebenar dia bertindak berkenaan.

"Namun apabila dia memarahi saya dan menyebut watak dalam sebuah drama lakonan saya baru saya sedar punca dia bertindak demikian," katanya.

Shakilla bakal muncul dengan drama bersiri Aku Isterinya disamping Anzalna Nasir dan Izzue Islam yang akan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3.

Drama arahan Fairuz Loy itu disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam.

Tambah Shakilla, dia tidak mengambil hati terhadap wanita berkenaan ekoran kejadian itu kerana menganggap ia perkara kecil selain memandang positif terhadap apa yang berlaku.

"Wanita itu kelihatan begitu bencikan watak yang saya bawa dalam drama itu dan itu menunjukkan lakonan saya berjaya memberi kesan kepada orang lain," jelasnya.

Sementara itu, Shakilla mengakui masih belum popular berbanding aktres seangkatannya biarpun telah bergelar anak seni sejak lapan tahun lalu.

Shakilla bagaimanapun berkata, dia bersyukur biarpun jarang mendapat publisiti namun tawaran lakonan diberikan kepadanya masih banyak.

"Alhamdulillah rezeki saya masih murah dalam bidang lakonan selepas lapan tahun menceburkan diri dalam bidang ini biarpun kurang popular dikalangan peminat," katanya.-mStar Online
Jumat, 28 Maret 2014
11.43 0

Diana Danielle Enggan Anak 'Bekerja'

Diana Danielle Enggan Anak 'Bekerja'


Pelakon Diana Danielle memberitahu terpaksa menolak tawaran iklan yang mahu anaknya iaitu Muhammad menjadi model sesuatu produk kanak-kanak.

Diana atau nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, 23, berkata, dia tidak mahu anaknya yang baru berusia sembilan bulan itu berhadapan dengan tekanan sewaktu penggambaran.

"Setakat ini memang ada banyak tawaran iklan untuk anak saya, namun saya terpaksa tolak semuanya.

"Saya dan suami rasa dia masih terlalu kecil untuk 'bekerja', biar dia membesar dahulu. Saya tidak mahu pembesaran dia terjejas kerana terpaksa bekerja," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Farid Kamil ini berkata, dia akan kembali berlakon pada Mei depan untuk sebuah filem epik mengisahkan soal sejarah negeri Sarawak.

Tambahnya, sudah sampai masa untuk dia kembali semula berlakon bagi meningkatkan pendapatan keluarga selepas berehat panjang untuk membesarkan anak sulungnya itu.

"Zaman sekarang kita kena bekerja untuk bantu ekonomi keluarga. Sudah sampai masanya saya kembali bekerja dan akan berlakon untuk sebuah filem epik tentang negeri Sarawak pada Mei ini.

"Bagaimanapun, saya akan bawa sekali Muhammad ke lokasi kerana dia masih menyusu badan dan saya tidak sanggup berpisah lama dengan dia," ujarnya.

Kata Diana,  Muhammad juga tidak banyak ragam selain cepat selesa dengan orang lain.-mStar Online
11.39 0

Anzalna Serik Tayang Kekasih Kepada Umum

Anzalna Serik Tayang Kekasih Kepada Umum


Pelakon Anzalna Nasir menolak cakap-cakap orang kononnya hubungan dia dengan teman lelaki, Hanif Zaki mempunyai masalah ekoran dia  jarang membawa kekasihnya itu ke mana-mana acara hiburan seperti yang dilakukan sebelum ini.
Anzalna, 26, berkata, ketiadaan pemuda itu menemaninya adalah disebabkan dia tidak mahu terlalu terbuka mendedahkan hubungan mereka kerana bimbang ia akan menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

"Hubungan kami masih baik dan percintaan juga berjalan seperti biasa cuma memang dia tidak lagi menemani saya ke majlis-majlis hiburan.

"Cukuplah dia sering menjadi perhatian sebelum ini kerana kami bimbang ada pihak yang kurang senang apabila dia sering bersama saya," katanya kepada mStar Online.

Anzalna bakal muncul dengan drama terbaharunya berjudul Aku Isterinya  disamping Izzue Islam bermula 31 Mac ini menerusi slot Akasia di TV3.

Drama arahan Fairuz Loy itu akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam.

Dalam pada itu, Anzalna berkata, dia lebih selesa tidak mencampurkan urusan peribadi dengan kerjayanya kerana ia adalah jalan terbaik.

Malah kata Anzalna, Hanif juga sibuk membina kerjayanya sementara dia menumpukan perhatian kepada bidang lakonan.

"Dia adalah pemangkin semangat saya dan dia sentiasa ada apabila saya dalam keadaan susah dan senang. Pun begitu, mencampurkan urusan peribadi dengan kerjaya bukan sesuatu yang baik.

"Biarpun dia sering risau apabila ada kontroversi melanda, saya tidak mahu dia mencampuri perkara itu kerana enggan mengheretnya dalam masalah yang sama," jelasnya.

Kata Anzalna lagi, pengalaman selama beberapa tahun dalam bidang hiburan sedikit sebanyak mematangkannya selain mengajar dia untuk bersikap profesional apabila timbul sesuatu isu.

Terdahulu, Anzalna mengakui mempunyai masalah dengan pelakon Izzue Islam di set penggambaran drama Aku Isterinya namun memilih untuk tidak memanjangkan lagi isu berkenaan.

Kontroversi itu timbul selepas Izzue dikatakan kurang selesa dengan sikap Anzalna yang dikatakan berlebih-lebihan dalam menghayati watak dalam drama tersebut sehingga menyebabkan isterinya cemburu.

Dalam perkembangan lain, Anzalna bakal menjalani penggambaran drama bersiri Kalau Itu Jodoh Kita bersama pelakon Qi Razali dan Pekin Ibrahim untuk siaran TV Al-Hijrah.

Drama itu akan menjalani penggambaran di Istanbul, Turki pada April ini.-mStar Online
11.36 0

'Thank you for the warm welcome...,'- Shila Amzah

'Thank you for the warm welcome...,'- Shila Amzah


NAMA penyanyi terkenal, Shila Amzah, sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat China setelah memenangi pertandingan, Asian Wave 2012 di sana.

Selepas kemenangan itu, Shila sering berulang alik dari Malaysia ke China untuk mengembangkan kerjaya seninya di negara berkenaan.

Tambahan pula, kini Shila kembali beraksi dalam pertandingan realiti, I Am Singer, bersama peserta dari beberapa negara lain.

Malah, Shila turut memberikan komitmen tinggi apabila pelantun lagu, Masih Aku Cinta ini, turut mempelajari bahasa Cina agar senang untuk berinteraksi sesama mereka.

Namun insiden pesawat MH370 sedikit sebanyak memberi kesan kepada China, dan Shila sendiri menerusi laman sosial Facebook, mengenai sambutan yang diterima ketika tiba di Changsha Airport, China.

Selain perkataan, 'Thank you for the warm welcome...,' Shila juga turut memuat naik video yang memperlihatkan sambutan suram daripada peminatnya di sana.- Sinar Harian
05.57 0

Ummi Nazeera Dakwa Ibunya Dianiaya Kes Palsukan Sijil Nikah

Ummi Nazeera Dakwa Ibunya Dianiaya Kes Palsukan Sijil Nikah


Heroin filem 'Hikayat Merong Mahawangsa', Ummi Nazeera mendakwa ibunya usahawati Dato Maziah Musa dianiaya oleh bapanya iaitu usahawan Dato' Zainul Abadin yang mendakwa bekas isterinya itu memalsukan sijil nikah mereka.

Ummi hadir menemani ibunya pada sebutan kes tersebut yang berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada pagi Jumaat (hari ini).

Malah aktres berkulit hitam manis ini dengan yakin berkata ibunya tidak bersalah dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh.

"Saya yakin ibu saya berada di pihak yang benar. Beliau ada bukti-bukti yang kukuh. Malah ibu saya telah merujuk surat nikah beliau itu kepada Majlis Narathiwat dan sijil itu diperakui oleh pihak disana.

"Selain tu saksi yang tampil hari ini tidak relevan. Sebab itu peguam bela kami tidak bertanyakan apa-apa soalan kepada saksi itu tadi", katanya dengan nada tegas.

Laporan sebelum ini menyebut, Dato Maziah telah dituduh pada 20.05.2013 di Mahkamah Majistret Jalan Duta Kuala Lumpur dengan sengaja memberikan keterangan palsu pada perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16.10.2009.

Berdasarkan kepada pertuduhan, beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut semasa perbicaraan di Mahkamah Syariah tersebut dengan menggunakan sijil nikah palsu bertarikh 25.12.1997 yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Narathiwat Thailand sebagai benar.

Pertuduhan dibuat di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 193 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun dan denda jika didapati bersalah.

Dato Marziah diwakili peguam bela, Datuk Zainul Rijal Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Ummi mengakui terkejut mengenai tuduhan terhadap ibunya itu. Bahkan kes yang berlanjutan itu sikit sebanyak mengganggu pelajaran sewaktu dia melanjutkan pengajian dalam jurusan perniagaan di University of Melbourne, Australia.

"Saya terkejut bila berlaku tuduhan terhadap ibu saya. Sebenarnya perkara ni dari tahun lepas lagi tapi dipanjang-panjangkan dan masih tidak selesai lagi. Bapa saya sengaja mahu panjang-panjangkan kes ni sebab mahu menyusahkan ibu saya. Saya akui kes ibu saya ni sikit sebanyak menganggu pembelajaran saya sewaktu di Melbourne.

"Jadi hari ini saya tampil untuk menjelas memperbetulkan beberapa laporan media sebelum ini yang kurang tepat mengenai ibu saya",katanya yang turut mengesahkan yang kini sudah tamat pengajian di sana sejak Disember tahun lalu.

Sementara itu abang Ummi, Nazreem Musa yang juga ditemui diluar mahkamah berkata mereka adik-beradik akan tetap menyokong ibu mereka.

"Sebagai anak-anak kami percaya ibu kami dan sentiasa berada dibelakang ibu kami menyokong beliau", kata Nazreem.

Mahkamah memutuskan perbicaraan kes ini akan bersambung di pada 14 dan 5 Mei depan.


Kamis, 27 Maret 2014
16.53 0

5 Gambar Hot Nora Danish Bercuti Di Bali

5 Gambar Hot Nora Danish Bercuti Di Bali


Kadang-kadang terasa lucu membaca komen-komen peminat artis pujaan mereka di ruangan media sosial. Ianya seringkali berlaku apabila si artis memuat naik foto-foto mereka yang agak kontroversi.

Contoh artis yang sering mendapat komen-komen sedemikian adalah Nora Danish.

Terbaru, beliau memuat naik foto percutiannya ke Bali, Indonesia. Dalam banyak-banyak foto beliau, adalah tiga keping gambar yang memperlihatkan sifat keibuan yang jelas terhadap anak lelakinya.

Namun begitu, bagi peminat fanatik, mereka seolah-olah menjadi pakar forensik untuk fesyen dan pakaian yang dipakai oleh artis kegemaran mereka. Bukan nilai sekeping gambar yang menjadi sasaran, tetapi apa yang dipakainya pada waktu itu.





Foto Nora yang ketiga menjadi sasaran peminat-peminat yang mengikuti perkembangan beliau.

Memang kelihatan agak seksi foto ini kerana baju yang dipakai Nora sedikit terselak hingga menampakkan bahagian perutnya.

Tetapi bukan itu yang menjadi terjahan peminatnya, apa yang menarik perhatian mereka adalah apa yang dipakai oleh Nora di bahagian dalam a.k.a colinya!

Yang sibuk meneka warna pun ada, yang marahkan si peneka pun ada, yang tak puas hati dan pelbagai lagi..memang lucu melihatkan kekalutan peminatnya…

16.49 0

Nur Fazura Ghairah Bercumbu Di KLIA?

Nur Fazura Ghairah Bercumbu Di KLIA?


Ini khabar yang datangnya dari wartawan yang sedang membuat liputan tragedi kehilangan pesawar MH370 yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru baru dan menyaksikan satu adegan drama seorang selebriti tempatan.

Bukan drama apa, menurut wartawan Malaysia Gazette ini beliau dan ramai petugas media lain ternampak seorang selebriti yang sakan melakukan adegan mesra bersama seorang lelaki persis sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta.

“Sekali pandang persis aktres popular Nur Fazura bersama dengan seorang lelaki berkepala botak yang juga deejay popular dari Amerika Syarikat yang sebelum ini mereka mengakui sedang berkawan rapat,” tulis wartawan itu.

Wartawna itu turut menulis mengatakan yang pihak media tidak kisah jika sekadar melihat aksi orang bercinta namun apa yang dipaparkan mereka sedikit keterlaluan dan seakan tidak sensitif dengan orang sekeliling.

“Yang tidak faham kenapa mereka hingga suka sangat buat aksi over di khalayak ramai. Orang lain bercinta juga. Kalau setakat suap-suap makan, tak hairan pun”

“Tapi bila dah mesra lain macam sampai bercium, tangan masuk dalam baju, urut-urut belakang, lentuk kepala di bahu hingga malu pula nak tengok,” dedah wartawan itu lagi hari ini.

Menariknya, wartawan ini mendakwa para jurugambar sempat merakamkan aksi pasangan ini bermesra dan ianya menjadi rebutan untuk dilihat — bukan untuk disebarkan, tetapi untuk menghilangkan bosan buat sementara waktu.

Wait, challenge accepted!


16.22 0

Romantik! Zizan Luah Rasa Cinta Kepada Emma Maembong Semasa Hari Jadinya (3 GAMBAR)

Romantik! Zizan Luah Rasa Cinta Kepada Emma Maembong Semasa Hari Jadinya (3 GAMBAR)


Yeah~~ Tiada “timing” yang lebih tepat dan romantis untuk Zizan Razak meluahkan rasa cintanya kepada Emma Maembong melainkan di hari jadi pelakon comel itu. Kini berusia 22 tahun, Emma Maembong dikejutkan oleh sambutan hari jadi “suprise” yang dirancang oleh Zizan. Sampai menangis-nangis dibuatnya. Romantis sangat!!!

Tambah menarik apabila Zizan meluahkan rasa kasih, cinta dan sayangnya kepada Emma Maembong menerusi akaun Instagramnya. Tulis Zizan:-

Happy birthday to u sayang..hope happy ngn kejutan tadi hehe..sory wat awak ngis..n thanks all of u guys #beby #ee #nana #baba #riz dan mereka yang terlibat credit tuk #flavours terbaik makanan tadi dan sayang semoga panjang umur murah rezki dan sy sayang awk sangat..love u love u n love u…


Nampaknya Zizan dan Emma tidak lagi bersembunyi daripada para peminat mengenai perasaan cinta mereka. Mereka berdua memang sesuai, serasi dan sweet sangat bersama-sama. Diharap percintaan mereka akan berakhir di jinjang pelamin suatu hari. Sama-samalah kita nantikan. Apa-apa pun, selamat hari jadi Emma Maembong.



16.18 0

Punca Sebenar Kematian Ali Mamak

Punca Sebenar Kematian Ali Mamak


Pelawak dan penyanyi veteran Datuk Ali Mamak yang terkenal menerusi sitkom 'Santan Berlada' pada era 80′an meninggal dunia pada pukul 4.20 pagi Khamis di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat penyakit lukemia.

Rakan baik Allahyarham iaitu pelakon dan pelawak Abon ketika dihubungi mStar Online berkata, Ali atau nama sebenarnya Jantan Osman, 63, mengalami pelbagai komplikasi dua hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya.

"Pada asalnya arwah dimasukkan ke hospital akibat penyakit gout yang dihidapinya tetapi kesihatannya tiba-tiba merosot sehinggalah doktor mengesahkan beliau menghidap lukemia.

"Malah beliau sempat menjalani rawatan kimoterapi sebelum mengalami pelbagai komplikasi lain akibat penyakit itu," katanya.

Sementara itu, Abon berkata, Allahyarham masih berada dalam keadaan baik pada Rabu (semalam) selain mampu bercakap dan memberikan isyarat tangan apabila ada tetamu yang datang menziarahinya.

Sebagai sahabat dia tidak menyangka Ali berada dalam keadaan kritikal kerana sebelum dimasukkan ke hospital keadaan beliau sihat selain sempat mengadakan persembahan di Melaka.

"Keadaan arwah semalam (Rabu) masih baik dan mampu memberi respon sekiranya ada tetamu datang menziarah selain masih boleh bercakap seperti biasa walaupun keadaannya lemah.

"Saya balik sebentar untuk solat Maghrib di rumah dan apabila saya kembali ke hospital keluarganya memberitahu dia sudah tidak sedarkan diri dan dipindahkan ke wad CCU (Unit Rawatan Kritikal)," katanya.

Allahyarham yang juga anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun dan telah dianugerahkan Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Selain melawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa.

Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Dusun Tua, Batu 16, Hulu Langat dekat sini dan akan dikebumikan sebelun solat Zohor pada Khamis.- mStar Online
15.01 0

Kenapa Saya Perlu Menangis? - Rita Rudaini

Kenapa Saya Perlu Menangis? - Rita Rudaini


Sudah tentu ramai yang ingin tahu apa perasaan Rita Rudaini apabila bekas suaminya Aidil Zafuan bernikah dengan Zarema Zainal. Biasalah, sengketa antara mereka berlarutan begitu lama sebelum sah bercerai. Menerusi laporan Utusan, Rita akhirnya akur untuk ditemubual oleh wartawan berkenaan.

Awalnya, Rita yang menghabiskan tempoh edahnya pada November 2013, menolak untuk dipotretkan dengan anak-anak. Menurut Rita, dia tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan atas kebahagiaan orang lain ketika ini. Pun, beberapa kali dipujuk, dia akhirnya akur.

Mungkin ramai yang akan terharu membaca penjelasan Rita Rudaini. Bagi admin, wanita ini begitu cekal. Rita mungkin boleh dijadikan pembakar semangat kepada wanita diluar sana yang merasakan diri mereka mengalami masalah sama dengan aktres itu.

Antara soalan yang ditanya wartawan adalah:

Bagaimana sebenarnya perasaan Rita pada hari bekas suami akhiri zaman duda minggu lepas?

Perasaan saya dah tak penting sebenarnya. Saya pernah lalui peristiwa yang lebih ‘dahsyat’ daripada itu. Ditinggalkan pada ketika Rayyan masih kecil, dalam keadaan mengandungkan Arjuna lagi. Apakah ada lagi kesedihan yang lebih teruk daripada itu? Hanya wanita yang pernah mengalaminya sahaja akan tahu bagaimana ‘kesakitan’ saya pada waktu itu. Perkahwinan dia, soal yang sudah agak ‘kecil’ bagi saya. Lagipun, ia sudah dijangka, tidak terkejut pun. Insya Allah, ia tidak akan menjejaskan apa-apa bagi saya. Seronok tengok dia (Aidil) sudah bahagia sekarang ini.

Hari Aidil bernikah, hanya berteman anak-anak?

Ya. Saya kebetulan cuti, tak buat apa-apa pun. Layan anak-anak macam biasa. Saya tak fikir sangat pun dia hendak kahwin ke apa. Kisah dia sudah berakhir, yang ada hanya kisah dia dengan anak-anak sahaja. Perasaan anak-anak lebih penting buat saya ketika ini.

Sedikitpun Rita tidak menangis?

Kenapa saya perlu menangis? Saya sudah puas menangis sebelum ini. Airmata saya pun sudah tidak ada lagi. (Ketawa).

Sebelum berkahwin, Aidil ada berjumpa dengan anak-anak?

Ada, dia datang, jumpa anak-anak. Dia mesej saya mahu datang. Mulanya memang saya terkejut sebab setelah sekian lama, akhirnya dia datang juga untuk jumpa anak-anak. Saya pun tak ada masalah sebab dia sudah lebih sembilan bulan tak jumpa anak. Saya faham perasaan dia sebab dulu dia dan Rayyan memang terlalu rapat. Hati saya pun jadi semakin terbuka. Sebab itu saya menerima kehadiran dia kerana anak-anak sudah lama tidak melihat bapa sendiri.

Bila tu?

Sekitar dua minggu sebelum dia berkahwin. Hampir setiap hari dia habiskan masa dengan anak-anak. Mereka tidur bersama, makan bersama, buat macam-macam aktiviti bersama-sama. Punyalah anak-anak seronok. Melihat keakraban mereka semula, saya sebagai ibu merasa sangat gembira. Saya merasa sebak sangat sebab sebelum ini anak kami, terutamanya Arjuna tak pernah tahu apa itu makna Daddy. Baru sekarang Arjuna tahu yang Daddy tu ayah dan dia ada ayah.

Anak-anak masih kenal Aidil?

Hmmm, masa mula-mula mereka bertemu, Rayyan boleh tanya “Siapa ni Mommy?” Kasihan juga pada Aidil, saya nampak dia sedih. Tetapi dia pun faham sebab sudah lebih sembilan bulan dia tidak berjumpa dengan anak-anak, budak-budak cepat lupa. Dik Mok (Arjuna) pula, langsung tak kenal dia, tidak mahu dekat dengan Aidil dan awalnya buat tak peduli sahaja. Tetapi setelah beberapa jam, akhirnya dia okey dan boleh bermain bersama-sama. Sekarang Dik Mok pun sudah pandai panggil Daddy. Cuma sekarang ni saya susah pula nak menjawab bila anak anak tanya: “Kenapa daddy sudah lama tak datang? Kenapa Daddy tinggalkan Dik Mok semula?”

Apa Rita jawab?

Apa lagi? Saya beritahu, daddy sibuk di padang bola! (Ketawa).

Kononnya Rita menghalang anak-anak daripada bertemu Aidil sebelum ini? Kenapa?

Tidaklah! Itu hanya fitnah. Selama ini saya tidak pernah menghalang Aidil untuk bertemu anak-anak.Sebagai ibu, saya selalu fikir, biarlah anak-anak mendapat kasih sayang daripada seorang bapa sepenuhnya, saya cuba dekatkan mereka. Saya fikir, walaupun ibu bapa telah bercerai, anak-anak ada hak untuk mendapat sepenuh kasih sayang kami berdua. Cuma perkara begini kena buat bersama-sama, kalau saya seorang saja usaha tidak akan menjadi. Mungkin kerana keadaan, ada halangan lain, dia tidak dapat datang jumpa anak-anak sebelum ini.

Apa yang Rita harapkan daripada ‘penyatuan’ semula anak-anak dan bapa ini?

Saya harap, dia akan terus bersama-sama membantu saya demi kebahagiaan anak-anak. Itu juga yang dia janji sebelum dia berkahwin. Dia kata mahu memberikan semula kasih-sayang yang sempurna kepada anak-anak yang selama ini diabaikan. Saya harap dia tunaikan kerana anak-anak sudah faham dan tahu yang mereka juga ada Daddy. Jika kita sudah lama hidup, anak-anak pula baharu hendak kenal dunia. Jadi, dahulukan anak-anak dalam apa juga perkara. Jangan pinggirkan anak-anak lagi, walau apa sekalipun berlaku.

Aidil sudah berkahwin semula, Rita bila lagi? Selagi Rita belum ada pengganti, orang akan bertanya, sampai bila mahu sendiri?

Hmmm… sampai berapa lama boleh hidup sendiri, saya pun tak tahu. Jujur saya katakan, ketika ini tiada hati untuk menjalin hubungan dengan sesiapa pun. Langsung tak ada rasa untuk kembali bercinta. Mungkin sibuk dengan anak-anak, aktiviti harian saya penuh. Walaupun dunia saya hanya di rumah dan di lokasi, ia memang memenatkan. Jadi, saya mahu enjoy menikmati tanggungjawab membesarkan anak-anak ini dengan sebaik-baiknya, tanpa gangguan pihak lain. Solo pun boleh bahagia juga, kan?

Tidak risau orang akan cakap, seolah-olah Rita tidak boleh lupakan dia?

Tak boleh lupakan dia? (Beberapa saat terdiam, mengambil nafas panjang). Beginilah, kisah kami sudah lama berlalu. Kalau orang kata saya tak mahu kahwin lagi sebab tidak boleh lupakan Aidil, itu salah sama sekali. Salah! Untuk menjalin hubungan baharu, kena ada rasa suka, ada keinginan untuk bercinta lagi. Tetapi buat masa sekarang, hati saya masih kosong, tanpa rasa. Kalau kahwin lagi pun, saya selalu fikir, ada ke lelaki yang boleh sayangkan anak aku? Atau dia hanya suka aku? Saya takkan cari ‘lelaki’ lain hanya kerana tanggapan orang yang sebegitu.

Kasih sayang boleh dipupuk, kenapa mahu lari daripada cinta baharu?

Saya fikir anak orang tetap anak orang, berbeza dengan anak sendiri. Ada ke orang hendak sayangkan anak kita, sama macam kasih sayang ibu bapanya sendiri? Saya pasrah dan reda kalau saya akan jadi ibu tunggal sampai ke usia tua. Bukan cakap takbur, tetapi jujur saya katakan ruang sunyi sedikit pun tak ada dalam diri saya ketika ini. Sebab itu saya tak pernah fikir soal lelaki. Kalau hendak kata perempuan tak boleh hidup tanpa suami tu, tak semestinya. Sekarang pun anak-anak sudah semakin membesar, kesusahan sudah hampir berlalu. Masalah pun sudah tak banyak. Jadi, saya tak perlu risau kalau hidup sendirian.

Jangan bohong, tidakkah ada waktu ‘lemah’ seorang Rita Rudaini?

Ada, memang ada. Waktu paling lemah bila malam menjelang, anak-anak sudah tidur, suasana sunyi sepi. Waktu itu saya selalu akan menangis. Saya jadi tak kuat apabila tengok anak tidur, saya sendiri. Rasa bersalah kepada anak-anak datang tiba-tiba. Selalu terfikir, kenapa orang buat kami sampai jadi macam ni? Pernah juga terfikir, kenapa dulu kami tak boleh korbankan perasaan sendiri, tolak ego, berkorban perasaan untuk anak-anak sendiri? Kenapa juga orang di sekeliling hidup kami lebih pentingkan untuk menjaga perasaan mereka sendiri daripada pentingkan kehidupan kami anak-beranak? Sekarang adalah masa untuk kami tebus dosa pada anak-anak.Kesilapan saya, saya akui, kesilapan orang lain saya tak nak ambil tahu lagi.

Apa rancangan untuk anak-anak selepas ini?

Banyak yang saya rancang untuk anak-anak. Memandangkan mereka hanya ada saya sebagai ibu dan bapa seharian, saya fikir perlu kurangkan aktiviti seni. Mereka tidak mempunyai pengasuh atau penghibur hati yang lain.Jadi, dunia saya sepenuhnya untuk mereka. Sekarang saya pun sudah ada perniagaan sendiri, lebih mudah untuk uruskan soal hidup termasuk soal kewangan dan waktu kerja. Saya juga lebih banyak menyimpan untuk anak-anak berbanding diri sendiri, itu pun tujuan saya berniaga. Saya selalu katakan kepada diri sendiri, seorang lelaki pergi, diberikan-Nya kepada saya dua lagi lelaki. Lelaki-lelaki kecil ini adalah dunia yang membuatkan saya mampu terus hidup.

Itulah antara petikan temubual Rita Rudaini dan wartawan Utusan berkenaan. Penjelasan yang cukup padat dan hebat bagi seorang wanita yang pernah dilanda pergolakan rumah tangga yang cukup hebat. Tidak lupa juga pujian untuk Aidil. Sudah tentu beliau tidak akan melupakan anak-anaknya.

Semoga Aidil berbahagia dengan Zarema. Semoga suatu hari nanti juga, hadir seorang lelaki yang baik dalam kehidupan Rita Rudaini…Amin!


Rabu, 26 Maret 2014
14.27 0

Diana Danielle Dedah Pengalaman Cemas Ketika Enjin Pesawat Berhenti Di Udara

Diana Danielle Dedah Pengalaman Cemas Ketika Enjin Pesawat Berhenti Di Udara


Pelakon Diana Danielle sangat terkesan dengan insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 kerana dia turut mengalami saat-saat mencemaskan ketika dalam penerbangan ke Amerika Syarikat tiga tahun lalu.

Diana atau nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, 23, berkata, dalam kejadian itu, pesawat yang dinaikinya mengalami masalah pada bahagian enjin sehingga ia terpaksa mendarat di lapangan terbang terdekat bagi membolehkan penumpang berpindah ke pesawat lain.

"Ia sukar untuk digambarkan keadaan itu kerana saya rasakan seperti pesawat itu menjunam selama enam saat dengan enjinnya berhenti.

"Ketika itu saya dapat rasakan semua penumpang berada dalam keadaan cemas dan saling berpandangan antara satu sama lain," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Dunia Sinema HyppTV, di Menara TM, di sini, Rabu.

Tambahnya, masalah kerosakan enjin itu diberitahu selepas kapal terbang tersebut selamat mendarat bagi memindahkan penumpang ke pesawat lain untuk meneruskan perjalanan ke Amerika Syarikat.

Kata Diana, kejadian itu juga membuatkan dia fobia setiap kali terpaksa menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara untuk ke sesuatu destinasi.

"Kalau boleh saya tidak mahu menaiki kapal terbang terutama jika pergi ke tempat-tempat yang dekat dan ia boleh naiki kereta sahaja."Setiap kali ketika kapal terbang ingin berlepas atau mendarat saya akan rasa terlalu takut sehingga kadang-kala terpaksa memeluk penumpang di sebelah," katanya.

Dalam pada itu, Diana berkata, insiden MH370 sangat menyentuh perasaan, namun jauh di sudut hatinya masih berharap penumpang dan anak kapal itu selamat selagi belum ada bukti kukuh yang mengesahkan ia terhempas di Lautan Hindi seperti dilaporkan.

Tambahnya, sejak insiden yang bermula pada 8 Mac lalu itu, dia antara individu yang tidak terkecuali mahu mendapatkan maklumat terkini tentang pesawat berkenaan.

"Sejak kejadian ini semua orang jadi pakar penerbangan termasuklah saya. Sedikit sebanyak saya belajar tentang penerbangan.

"Namun begitu, jika ingin berkongsi tentang sesuatu maklumat, kita perlu pastikan ia sahih dan tidak menimbulkan provokasi mana-mana pihak," katanya sambil mengecam tindakan media barat yang sering melaporkan berita negatif tentang Malaysia.- mStar Online
14.10 0

Anzalna Dan Izzue Islam Berselisih Faham Dan Bergaduh?

Anzalna Dan Izzue Islam Berselisih Faham Dan Bergaduh?


Baru-baru ini arena hiburan kecoh apabila tersebarnya khabar angin bahawa pelakon Anzalna Nasir dan Izzue Islam berselisih faham. Apabila ditanya pihak media, Anzalna tidak menafikannya. Jelasnyq, memang wujud masalah di antaranya dengan Izzue sepanjang mereka terlibat dalam penggambaran drama bersiri Aku Isterinya.

Anzalna, 26, bagaimanapun berkata, dia enggan memanjangkan isu berkenaan kerana menyifatkan kontroversi itu sebagai remeh dan bersifat kebudak-budakkan.

“Apa yang diperkatakan atau dilaporkan sebelum ini benar tetapi ingin saya tegaskan ia bukan berpunca daripada saya. Saya juga pelik dengan apa yang berlaku kerana tidak pernah menggangu sesiapa atau mahu menimbulkan kemarahan pihak dan hanya menjalankan tugas sebagai pelakon,” katanya.

Anzalna ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri berkenaan di Sri Pentas. Pelakon itu mengulas laporan kononnya kedua-dua pelakon itu dilaporkan bermasam muka gara-gara Izzue dikatakan kurang selesa dengan Anzalna yang dikatakan berlebih-lebihan dalam menghayati watak dalam drama tersebut sehingga menyebabkan isterinya cemburu.

Selain Anzalna dan Izzue, Aku Isterinya turut dijayakan oleh Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Marissa Yasmin dan Syatila Melvin. Ia bakal bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 bermula 31 Mac ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 7 malam. Izzue bagaimanapun tidak hadir pada majlis pelancaran tersebut.

Dalam pada itu, Anzalna menjelaskan dia tidak berhasrat untuk bersemuka dengan Izzue atau isteri pelakon itu ekoran perselisihan faham tersebut. Ini kerana katanya, dia tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian tambahan pula insiden itu bukan ditimbulkan olehnya.

“Tiada sebab untuk saya berbuat demikian dan melayan perkara yang kebudak-budakkan tambahan pula ia isu kecil dan telah pun selesai,” jelasnya.

Sementara itu, Anzalna berkata, walaupun tohmahan yang dilemparkan cukup berat untuk dipikul namun dia sentiasa bersikap positif dalam menangani isu tersebut. Kata Anzalna, dia juga enggan melibatkan pihak lain dalam masalah tersebut terutama kekasihnya namun bersyukur lelaki berkenaan adalah penyokong setianya.

“Biarlah apa pun orang hendak kata kerana saya lebih mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan kejadian sebegini tidak melemahkan semangat saya,” katanya.- mStar Online
07.42 0

9 Gambar Hot Rozita Che Wan Semasa Sambut Ulang Tahun Di Krabi

9 Gambar Hot Rozita Che Wan Semasa Sambut Ulang Tahun Di Krabi


Pasti ada yang senyum bila kami katakan Che Ta nampak se@ksi ketika melancong sambil menyambut hari lahirnya yang jatuh semalam di Krabi, Thailand. Bukan setakat se@ksi, malah macam anak dara pun ada. Heh!

Pasti ada yang senyum bila kami katakan Che Ta nampak seksi ketika melancong sambil menyambut hari lahirnya yang jatuh semalam di Krabi, Thailand. Bukan setakat seksi, malah macam anak dara pun ada. Heh!

“Happy birthday my love. I will love you until the end of our days and love you forever more in Jannah,” demikian ucap Zain Saidin dengan penuh nada romantis.

Jom tengok!











06.23 0

Kisah Sebenar Suhada AF10 Ditangkap Curi Basikal Akhirnya Terbongkar

Kisah Sebenar Suhada AF10 Ditangkap Curi Basikal Akhirnya Terbongkar


Pada 12 Februari lalu, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-10, Suhada atau nama sebenarnya Abdul Suhadah Unding, 22, bersama tiga lagi rakannya ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kerana didakwa mencuri sebuah basikal.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 2.30 petang. Menceritakan detik-detik memalukan tersebut, Suhada yang juga adik kepada KJ Mentor 6 menafikan dia terbabit dalam kegiatan jenayah itu, sekaligus mahu membersihkan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

“"Ketika itu, saya turut membawa seorang lagi rakan lain. Bermaksud, kami semua berempat. Apabila tiba di kedai basikal yang dituju, tiba-tiba kami dikepung oleh polis dan terus menahan kami atas tuduhan menjual basikal yang dilaporkan telah dicuri.

“Saya benar-benar terkejut kerana tidak tahu-menahu bahawa basikal yang berharga ribuan ringgit itu sebenarnya adalah basikal curi. Niat saya hanya mahu membantu dua rakan tersebut atas dasar persahabatan yang telah lama terjalin sejak kecil lagi. Apatah lagi, antara kami hanya saya seorang sahaja yang memiliki kereta.

“Tidak sangka pula insiden ini akan berlaku dan sejujurnya, ketika ditahan polis, ramai yang memerhati dan ia amat memalukan."

Rentetan tangkapan itu, Suhada bersama tiga rakannya dibawa ke balai polis berhampiran dan segala keterangan telah diambil. Menurutnya, pihak polis berpuas hati dengan penjelasan Suhada serta seorang lagi rakannya, lalu membebaskan mereka berdua.

Tambah Suhada, ketika itu, dua lagi rakannya masih ditahan untuk siasatan lanjut, tetapi kini mereka telah dibebaskan setelah perbincangan dilakukan dengan pemilik basikal berkenaan yang baik hati menggugurkan dakwaan.

“"Alhamdulillah, kes ini telah selesai sepenuhnya. Jika tidak, saya amat simpati dengan nasib dua rakan yang telah lama saya kenal. Saya tidak tahu punca mereka boleh melakukan kegiatan itu.

“Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati memandangkan kontrak bersama Astro masih lagi berjalan. Saya juga mahu menjaga maruah keluarga serta perjalanan karier seni saya."



06.20 0

PANAS!!! Isteri Izzue Islam Hasut Peminat Agar Tidak Undi Kumpulan Forteen Dalam ABPBH 2013?

PANAS!!! Isteri Izzue Islam Hasut Peminat Agar Tidak Undi Kumpulan Forteen Dalam ABPBH 2013? (3 GAMBAR)


Nampaknya, kontroversi yang melanda Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin bukan semakin reda malah bertambah-tambah sejak dua minggu kebelakangan ini.

Jika semalam, Anzalna Nasir mendakwa tidak begitu selesa berlakon dengan Izzue kerana sering diperhatikan isterinya di lokasi penggambaran, kini timbul pula dakwaan yang mengatakan Awin Nurin cuba menghasut peminat agar tidak mengundi kumpulan Forteen di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013).

Benarkah dakwaan terbaru ini? Atau mungkinkah Awin kini mempunyai musuh dalam selimut yang sengaja melemparkan tuduhan tersebut dengan niat untuk menjatuhkan nama Izzue di industri hiburan tanah air?



Sukar untuk meneka kebenaran dakwaan peminat ini namun pada penulis, adalah lebih baik kalau kita dengar pula apa respon dan penjelasan dari Awin Nurin dan Izzue Islam. Tiada ribut, tiada angin, takkan pokok bergoyang pula?


01.53 0

Pelakon Ariana Rose Dituduh Jual Anak Melalui FB?

Pelakon Ariana Rose Dituduh Jual Anak Melalui FB?


Pelakon drama Sharisa Haris Chong meminta bekas pembantu jurusolek dan penjaga pakaian sebuah syarikat produksi yang telah menyalahgunakan gambar dan maklumat peribadinya melalui laman sosial Facebook palsu agar berhenti daripada menjalankan kegiatan bagi tujuan menipu pengikut laman sosial itu.

Sharisa, 25, berkata, kegiatan jual beli dalam talian yang dilakukan oleh wanita itu bukan sahaja membabitkan penjualan barangan tertentu malah dia turut menawarkan perkhidmatan menjual bayi.

"Pada mulanya saya anggap ia perkara biasa apabila ada individu membuat akaun palsu menggunakan gambar-gambar dan maklumat peribadi saya, namun saya terkejut apabila dia melakukan urusan jual beli yang salah di sisi undang-undang.

"Saya sedar perkara ini apabila ramai mangsa yang terpedaya menghubungi dan menghentam saya di laman sosial peribadi milik saya yang sebenar.

"Apabila saya siasat melalui nombor akaun bank yang diberikan kepada mangsa dan mendapati wanita tersebut merupakan seorang yang penah bekerja dengan saya dua tahun lalu," katanya pada sidang media bersama Persatuan Karyawan Malaysia, di Plaza Damansara, di sini, Selasa.

Tambah Sharisa, selepas mendapat tahu perkara tersebut, dia cuba menghubungi wanita berkenaan, namun gagal.

Lebih dahsyat lagi, wanita itu telah menyamar kononnya anak Sharisa Haris meninggal dunia untuk meraih simpati orang ramai dengan niat jahat.

"Dia ambil gambar saya bersama seorang anak saudara saya dan memberitahu bahawa kanak-kanak itu adalah anak saya dan baru sahaja meninggal dunia.

"Oleh itu dia minta sesiapa yang simpati agar memberi sumbangan atau sudi untuk mengambil anak-anak saya yang lain sebagai anak angkat dengan bayaran tertentu," katanya.

Dalam pada itu, Sharisa Haris juga telah membuat satu laporan  di Balai Polis Petaling pada 17 Mac lalu.

Sementara itu, pelakon yang membintangi drama Ariana Rose dan Teduhan Kasih ini juga mengakui, perkara tersebut turut menjejaskan reputasinya sebagai pelakon baharu.

"Di sebabkan perkara ini ramai yang memboikot dan tidak mahu menonton lakonan saya dalam drama Ariana Rose baru-baru ini.

"Ada juga yang marah dan maki saya di laman sosial dengan melemparkan kata-kata kesat," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya akan melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  tindakan segera dapat diambil.  -mStar Online