Searching...
Tampilkan postingan dengan label Antarabangsa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Antarabangsa. Tampilkan semua postingan
Rabu, 19 Maret 2014
01.59 0

Pakar IT Dari India Dakwa Berjaya Jumpai MH370 Di Pulau Andaman

Pakar IT Dari India Dakwa Berjaya Jumpai MH370 Di Pulau Andaman


Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.

Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.

Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.

Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet.

The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut.

Beliau memuat naik 'penemuannya' bersama penulisan yang menjelaskan perkara itu kepada laman web CNN pada 14 Mac dan sejak itu ia menerima lebih 16,000 pengunjung yang melihatnya dan komen daripada mereka.

"Saya yakin imej itu ialah pesawat yang hilang berkenaan atas pelbagai sebab. Satu daripada penunjuknya ialah imej itu dilihat hanya berada di atas sedikit daripada kawasan hutan dan begitu hampir dengan landasan kapal terbang Shibpur Kepulauan Andaman.

"Landasan kapal terbang itu digunakan secara eksklusif oleh angkatan tentera dan tidak memberikan kebenaran kepada pesawat awam berada di kawasan itu.

"Jika diamati secara teliti terhadap imej itu, akan menunjukkan ia terbang begitu rendah sehinggakan awan berada di atasnya, yang menunjukkan ia dilakukan untuk mengelak daripada dikesan radar.

"Yang paling penting ialah ukuran skala standard dan warna pesawat yang hilang itu berpadanan dengan imej kapal terbang berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata demikian dalam laporan The Hindu itu.

Anoop mendoakan keselamatan penumpang dan merayu kepada mereka yang pakar dalam IT sesebuah pesawat supaya menyiasat lebih lanjut imej itu bagi mengesan kedudukan pesawat berkenaan, menurut laporan itu.-mstar online
Selasa, 18 Maret 2014
22.06 0

Pelajar Universiti Dakwa Imej Pesawat Di Lautan Milik MH370

Pelajar Universiti Dakwa Imej Pesawat Di Lautan Milik MH370


GAMBAR sebuah pesawat yang kelihatan tersadai di lautan telah dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370.

Akhbar di Taiwan dan portal berita antarabangsa melaporkan gambar tersebut dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.

Imej yang jelas menunjukkan sebuah pesawat itu didakwa dirakam menerusi aplikasi Tomnod iaitu sebuah aplikasi peta carian yang digunakan ratusan ribu pengguna internet di seluruh dunia.


Bagaimanapun sehingga kini tiada pihak yang dapat mengesahkan mengenai ketulenan gambar tersebut memandangkan keseluruhan pesawat kelihatan berwarna putih.

Lokasi pesawat tersebut dikesan dikaitkan dengan kawasan ianya dilaporkan hilang dari radar iaitu di perairan Kelantan hingga Vietnam.

Media antarabangsa mengukuhkan dakwaan mengenai imej pesawat itu mungkin benar-benar berada di lokasi tersebut dengan mengaitkan laporan polis yang dibuat oleh sembilan nelayan di Kelantan yang mendakwa terdengar bunyi enjin kapal terbang selain ternampak cahaya lampu pada pagi 8 Mac.



Minggu, 16 Maret 2014
20.51 0

Keluarga Penumpang China MH370 Diberi Pilihan

Keluarga Penumpang China MH370 Diberi Pilihan


Malaysia Airlines (MAS) memberi tiga pilihan kepada keluarga penumpang pesawat MH370 di China.

Pilihan itu ialah mereka boleh terus tinggal di Beijing, yang kedua MAS akan menanggung kos pengangkutan dari Beijing ke rumah mereka dan ketiga, mereka masih boleh terbang ke Malaysia untuk mendapatkan perkembangan semasa yang berlaku tentang kehilangan pesawat itu sejak 8 Mac lalu.

Perkara itu diberitahu seorang pegawai kanan pentadbiran MAS, Ignatious Ong Ming Choy kepada media Malaysia di sini pada Ahad.

Beliau berkata, MAS akan menguruskan soal hotel kepada keluarga berkenaan yang mahu ke Kuala Lumpur.

"Kami akan memaklumkan kepada mereka persiapan seterusnya," katanya dan menambah sesetengah anggota keluarga yang telah berada di Kuala Lumpur mengambil keputusan kembali ke China kerana merasakan tiada makna mereka terus menunggu.

Satu keluarga dari wilayah Xinjiang yang berada di sini berkata mereka akan terus menunggu di Beijing.

Ong berkata, taklimat mengenai operasi mencari dan menyelamat kini hanya akan disalurkan melalui saluran berita yang betul kerana kes kehilangan pesawat sedang disiasat. - Bernama
20.10 0

MH370 Dikaitkan Dengan Serangan 9 September?

MH370 Dikaitkan Dengan Serangan 9 September?


Bekas Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Strobe Talbott mendakwa kehilangan pesawat MH370 yang disyaki angkara pengganas mungkin akan untuk melakukan serangan menyerupai 9 September di India.

Berikut adalah  dakwaannya menerusi Twitter, semalam:

‘Misteri pesawat Malaysia: Faktor arah, kapasiti minyak menjurus kepada rampasan pesawat, perampas mungkin merancang melakukan serangan menyerupai 9 September di India’.

Beliau berkata, pesawat itu mungkin terhempas seperti rampasan pesawat UA 93 pada 2001.

Terdahulu, beliau menjelaskan menerusi tweet bahawa terdapat spekulasi pesawat itu mungkin terhempas dalam perjalanan ke India seperti berlaku pada pesawat UA93.

Pesawat UA93 dirampas di Pennsylvania dengan kesemua 44 anak kapal dibunuh dan dua hari kemudian dua lagi pesawat dirampas sebelum melanggar Pusat Dagangan Dunia. - Times of India
Sabtu, 15 Maret 2014
05.08 0

Petunjuk Baru Beri Harapan Baru Kepada Keluarga

Petunjuk Baru Beri Harapan Baru Kepada Keluarga

Setelah lapan hari dalam keadaan berteka teki mengenai nasib penumpang dan anak kapal pesawat MH370, hari ini anggota keluarga mampu menghela nafas lega dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung petunjuk-petunjuk terbaru lokasi pesawat berkenaan.

Bapa kepada Khairul Amri, 29 Selamat Omar, 60, berkata beliau serta seisi keluarga menganggap pengumuman itu memberikannya harapan cerah mengenai nasib anak ketiga dari empat beradik itu untuk pulang ke pangkuan keluarga.

"Saya berharap operasi ini akan diteruskan dan seterusnya berjaya mengesan pesawat itu kerana saya tahu operasi ini bukan sesuatu yang mudah dan melibatkan banyak negara.
   
"Sekarang kita telah mengetahui maklumat yang sahih mengenai pesawat tersebut dan berharap supaya penumpang juga selamat," katanya.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan sidang media khas oleh Perdana Menteri bersama beberapa anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 di lobi Hotel Everly, di sini, hari ini.

Selamat juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, kerajaan serta kepada negara-negara lain yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat yang hilang sejak Sabtu lepas.
   
Sementara itu, Muhammad Fikri Zamani, 11, adik bongsu kepada seorang daripada penumpang Penerbangan MH370 itu, Muhammad Razahan, 23, turut meluahkan perasaan yang sama selain begitu merindui abang sulungnya itu yang sering membawanya berjalan-jalan menaiki motorsikal.
   
"Saya harap abang akan segera ditemui, selain menaiki motosikal kami juga sering menonton wayang bersama dan berharap filem 'Sejoli' yang kami tonton baru-baru ini bukan filem terakhir yang kami lihat bersama," katanya.

Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing, pada pukul 12.41 pagi Sabtu lalu. - Bernama
05.01 0

Mungkin Seseorang Dalam Pesawat Sengaja Ubah Haluan Penerbangan

Mungkin Seseorang Dalam Pesawat Sengaja Ubah Haluan Penerbangan


Misi mencari dan menyelamat MH370 yang memasuki hari ke lapan hari ini membuat kesimpulan, pesawat yang hilang dari radar sejak Sabtu lalu telah memutuskan transponder dan komunikasi jam 8.11 pagi.

Perdana Menteri dalam sidang media tergempar mengumumkan kemungkinan seseorang dalam pesawat itu sengaja mengubah haluan penerbangan.

Najib berkata, misi mencari dan menyelamat MH370 kini memasuki fasa terbaru apabila lokasi pencarian dialih ke koridor utara dan selatan.

Jelasnya, kemungkinan pesawat berada di koridor utara menghala ke sempadan Khazakstan dan Turkmenistan sebelum menghala ke utara Thailand.

Teori kedua, pesawat tersebut sama ada melalui perjalanan ke Indonesia menuju ke Laut Hindi.

Pelbagai teori sebelum ini bertebaran tentang kehilangan pesawat MH370.

Dalam pada itu, Najib menolak spekulasi berkenaan pesawat itu dirampas.

"Pihak kami masih siasat semua kemungkinan. Berkenaan ia dirampas, kami masih belum mahu mengesahkan apa-apa," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu lepas.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.-sinar harian
Jumat, 14 Maret 2014
22.21 0

MH370 Sah Dirampas?

MH370 Sah Dirampas?


Pesawat Malaysia Airlines MH370 dirampas, menurut laporan agensi AP.

AP melaporkan seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata, rampasan itu bukan setakat teori lagi tetapi ia mencapai tahap ‘konklusif’.

Pegawai berkenaan yang berada dalam pasukan penyiasatan itu, berkata mereka mendapati salah seorang juruterbang atau orang lain yang berpengalaman terbang merampas pesawat yang hilang sejak Sabtu minggu lalu.

Bagaimanapun, setakat ini, motifnya belum diketahui dan lokasi di mana pesawat itu berada belum diketahui dengan jelas.

Difahamkan, kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar dijangka diadakan pada 1 tengah hari ini. – 15 Mac, 2014.

MENYUSUL LAGI


sumber dipetik dari suarainsan
15.13 0

Perbicaraan Kes Pukul Anak Akhirnya Sampai Ke Penghujungnya

Perbicaraan Kes Pukul Anak Akhirnya Sampai Ke Penghujungnya


Mahkamah Daerah Solna hari ini kembali menjadi tumpuan dengan kehadiran ramai pengunjung yang hadir bagi mengikuti hari terakhir perbicaraan kes pasangan Malaysia yang didakwa atas kesalahan melanggar integriti keempat-empat anak mereka secara kasar bermula tahun 2010 hingga 2013.

Pengarah Tourism Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan isterinya, Shalwati Nurshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji ditahan dikediaman mereka 18 Disember tahun lalu kerana dikatakan memukul anak lelakinya yang tidak bersolat.

Perbicaraan yang mendapat perhatian meluas masyarakat dunia khususnya mereka yang beragama Islam, hari ini menyaksikan pelbagai lapisan masyarakat hadir memberikan sokongan. Antaranya ialah kumpulan pelajar, golongan profesional, wakil kerajaan Malaysia, kenalan dan sanak saudara yang menetap ataupun hadir ke Sweden. Selain itu, terdapat juga warga tempatan, pelajar luar negara dan komuniti Muslim di Sweden yang turut datang mendengar perbicaraan.

Dalam perbicaraan yang bermula jam 9 pagi, pegawai pendakwa Anna Arnell memulakan hujah penutupnya dengan membacakan semula semua pertuduhan yang dikenakan ke atas Azizul dan Shalwati. Kertas pertuduhan setebal 11 muka surat itu dibacakan satu persatu bagi memberikan gambaran jelas mengenai dakwaan yang dikemukakan. Antara pertuduhan yang dibacakan termasuklah insiden di mana Azizul dikatakan memukul Ammar sewaktu berada di dalam kereta selain Shalwati yang didakwa memberikan sentuhan fizikal kepada anaknya, Aishah kerana mencuri coklat.

Di akhir penghujahannya, Anna menyatakan keinginannya untuk menambah butiran maklumat kes yang dibawakan namun dihalang Hakim Mattias Moller yang mengatakan proses siasatan telahpun selesai dan kini fokus hanya perlu diberikan kepada hujah penutupan.

Selain Anna Arnell, peguam yang dilantik oleh kerajaan Sweden untuk mewakili anak-anak pasangan terbabit, Johann Karluss dan Clara Hjort turut memberikan penghujahan penutup. Kedua-dua peguam ini bagaimanapun hanya mengulang kembali perjalanan kes dan seterusnya merumuskan keterlibatan Azizul dan Shalwati dalam kesemua pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka. Johann juga dilihat masih cuba mengaitkan rotan yang terpatah dua dengan tuduhan ia disebabkan pukulan-pukulan yang dilakukan pasangan tersebut.

Di akhir penghujahan mereka, Johann dan Clara turut mengemukakan tuntutan ganti rugi ke atas pasangan terbabit kerana telah berkelakuan buruk terhadap anak-anak tersebut.

Perbicaraan bersambung selepas rehat dengan pihak peguam bela diberikan peluang mengemukakan hujah penutupan pembelaan.-sinar harian
15.02 0

#MH370 : "Anda harus bertanya kepada Malaysia."

#MH370 : "Anda harus bertanya kepada Malaysia."


Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Trafik Udara Doan Huu Gia pada Khamis masih bingung berhubung apa yang ditunggu-tunggu oleh kumpulan wartawan di Pulau Phu Quoc.

Pihaknya masih tidak dapat mencari apa-apa petunjuk mengenai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Sabtu.

Ketika diminta mengulas mengenai laporan yang menyatakan bahawa pesawat telah terbang melalui Laut China Selatan di mana pasukan tentera Vietnam telah menjalankan penyiasatan, beliau berkata: "Anda harus bertanya kepada Malaysia."

Tidak lama selepas itu, sidang akhbar berakhir, meninggalkan wartawan tertanya-tanya jika Vietnam akan mengurangkan usaha pencarian kerana usaha pencarian multinasional itu diarahkan menjalankan siasatan ke Lautan Hindi, jauh dari perairan Vietnam.

Justeru, kekuatan di Phu Quoc, sebuah pulau di luar pantai selatan Vietnam menjadi lemah.

Ia adalah kawasan di mana penerbangan MH370 dengan 239 orang penumpang dan anak kapal kali terakhir dikesan pada radar sebelum hilang pada pagi Sabtu.

Awal minggu ini, gerombolan media asing telah turun di lapangan terbang baharu di mana kerajaan Vietnam telah menubuhkan pusat penyelarasan untuk pasukan penyiasat udara dan laut multinasional yang menjalankan usaha mencari berhampiran Laut China Selatan.

Tidak biasa mendapat perhatian seperti itu, media tempatannya telah memberi perhatian terhadap media asing, menulis laporan mengenai ketibaan mereka dan bagaimana kerajaan Vietnam telah melakukan yang terbaik untuk memudahkan kemasukan mereka.

Ia merupakan satu peluang untuk Vietnam untuk menunjukkan sisi kemanusiaannya kepada dunia selepas laporan buruk akhbar baru-baru ini tentang negaranya.

Timbalan Perdana Menteri Hoang Trung Hai telah mengarahkan usaha mencari siang dan malam.

Pegawai tertinggi lain melakukan pencarian di kawasan pergunungan Phu Quoc yang terkenal dengan sos ikannya yang enak dan projek infrastruktur untuk meningkatkan kunjungan pelancong.

Timbalan Menteri Pengangkutan Pham Quy Tieu dan timbalan komander tentera udara Do Minh Tuan serta timbalan komander tentera laut Le Minh Thanh bergilir-gilir memberi taklimat kepada media mengenai selok-belok Laut China Selatan.

Pada Rabu, hampir berlaku rempuhan apabila lebih 50 wartawan bergegas ke dalam bilik taklimat untuk mendapatkan sudut pandangan yang terbaik. Cahaya kamera silih berganti setiap kali kapal terbang laut atau helikopter berlepas dari landasan yang berhampiran.

Tetapi semangat semakin pudar kerana usaha tidak mendatangkan sebarang hasil.

Vietnam, pada suatu ketika memperluaskan pencarian dengan meninjau kawasan pedalaman dan hutan yang meliputi kedua-dua wilayah selatan Ca Mau dan Kien Giang dari udara.

Pada Khamis, Doan diarahkan untuk mengendalikan kubu di Phu Quoc selepas kebanyakan media tempatan telah dihantar keluar dan yang tinggal hanyalah media antarabangsa dan kontinjen China yang besar.

Ditanya berapa banyak yang telah dibelanjakan Vietnam untuk usaha mencari, beliau dengan sedikit emosi berkata: "Kami perlu menanggung kos tertentu, tetapi melakukan ini atas sebab kemanusiaan." - ANN / The Straits Times
14.54 0

Mungkin Transponder MH370 Sengaja Dimatikan

Mungkin Transponder MH370 Sengaja Dimatikan


Bukti baharu yang diperolehi mencadangkan bahawa komunikasi dari pesawat Malaysia Airlines yang hilang mungkin secara sengaja telah dipotong.

ABC News berkata penyiasat AS kini percaya trasponder dan sistem laporan data pesawat yang melaporkan kedudukannya dalam penerbangan kepada radar di darat ditutup secara berasingan.

Fakta menunjukkan peranti nampaknya telah dimatikan selang 14 minit antara satu sama lain, menunjukkan bahawa ia mungkin sengaja dimatikan atau dalam maksud lain ia bukan akibat bencana terhadap pesawat di udara, menurut rangkaian AS.

Transponder itu telah dimatikan 30 minit selepas komunikasi akhir dari kokpit, masa yang hampir sama yang Malaysia percaya pesawat itu mungkin telah berpatah balik, menurut Washington Post.

Turut diambil kira ialah 'cadangan yang menunjukkan bahawa seseorang yang tidak dibenarkan telah mengambil alih kapal terbang itu, seperti penceroboh atau salah seorang daripada juruterbang" Washington Post memetik seorang pakar kemalangan penerbangan AS sebagai berkata.

Menurut data yang diperolehi, sistem laporan telah ditutup pada pukul 1.07 pagi (waktu Malaysia) dan transponder ditutup pada pukul 1.21 pagi.

Pesawat itu terputus hubungan radar kira-kira pukul 1.30 pagi, kurang satu jam selepas berlepas, menurut pegawai-pegawai Malaysia.

Mereka telah mengesahkan bahawa kata-kata terakhir yang didengar dari kokpit ialah: "Alright, good night" yang diucapkan secara santai sebaik sahaja pesawat itu memasuki kawalan trafik udara Vietnam dari Malaysia.

Cuaca pada malam berada dalam keadaan baik. - ANN/The Singapore Straits Times/AFP
Kamis, 13 Maret 2014
11.05 0

Penilik Nasib Nigeria Dakwa Tahu Insiden MH370 (VIDEO)

Penilik Nasib Nigeria Dakwa Tahu Insiden MH370 (VIDEO)


Sebagai orang Islam, menilik nasib hukumnya haram.

Apabila sesuatu perkara yang ditilik benar atau hampir benar, ia bukan menandakan penilik nasi berkenaan memang mengetahui sesuatu berkaitan masa hadapan.

Ia sebenarnya berlaku dengan pertolongan jin setelah diizinkan Allah SWT.

Justeru, bukan sesuatu yang pelik apabila penilik nasib Nigeria, TB Joshua pernah meramalkan sesuatu berkenaan insiden MH370 ini.

Setelah kejadian berlaku, YouTube dibawah mendapat tontonan kembali yang tinggi.

Dalam ramalannya dalam video di bawah bertarikh 28 Julai 2013, TB Joshua menyatakan akan berlaku suatu kemalangan melibatkan ‘belon besar’ di sebuah negara Asia di mana di dalamnya, terdapat lebih 200 penumpang.

Kononnya, dia akan menghantar surat atau sesuatu bagi memberi amaran kepada negara Asia terlibat tetapi nyata, dia tidak berbuat demikian.

Mengapa?

Kemungkinan besar, penjelasannya adalah tidak semua rahsia Allah Taala akan dibuka untuk pengetahuan makhlukNya. Jadi sudah tentu, siapa pun makhluk yang membantu TB Joshua ini mengetahui sesuatu berkaitan masa depan, pengetahuan yang dibisikkan padanya tetap terbatas.


Terbaru menerusi Facebook miliknya, TB Joshua meramalkan MH370 sudah terhempas ke dalam Laut China Selatan dan serpihannya akan ditemui bila-bila masa dari sekarang.

Sekali lagi, kalau pun semua ini benar sekalipun orang Islam pasti maklum bahawa ia adalah dengan bantuan jin.

Dari ‘Aisyah, dia berkata; “Aku pernah bercerita kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar.” Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: ” Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan .” [ Hadis Muslim].

Bagi orang Islam, marilah kita tetap dengan cara terbaik bagi menangani semua musibah ini iaitu berdoa dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT kerana hanya Dia maha mengetahui segala kejadian di langit dan bumi. – REM RAMZI via siakapkeli
11.02 0

MH370 Dilarikan?Date Enjin Menunjukkan MH370 Masih Terbang Diudara Selepas Hilang Dari Radar

MH370 Dilarikan?Date Enjin Menunjukkan MH370 Masih Terbang Diudara Selepas Hilang Dari Radar


Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat MH370 masih berada di udara selama hampir 4 jam selepas ia kali terakhir dapat dikesan melalui radar awam.

Pendedahan itu disiarkan The Wall Street Journal Asia (WSJ) sebentar tadi dengan memetik sumber dua individu yang mempunyai maklumat berkaitan.

Maklumat terbaru itu mewujudkan kemungkinan kapal tersebut telah diterbangkan ratusan batu lagi dalam keadaan yang agak samar.

Penyiasat udara dan pasukan keselamatan kebangsaan (AS) percaya kapal itu telah diterbangkan tambahan 5 jam lagi berdasarkan data yang dimuat turun dan dihantar ke daratan secara otomatik dari enjin kapal Boeing berkenaan bagi tujuan penyelengaraan dan pemantauan.

Kenyataan pakar AS yang terbaru itu konsisten dengan kenyataan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) semalam bahawa usaha mencari pesawat MAS itu diperluaskan ke Lautan Andaman, iaitu ratusan kilometer menghala barat laut dari tempat asal pencarian.

Bukti memperlihatkan DCA juga beranggapan bahawa kapal itu mungkin dilarikan.

Tambah laporan WSJ, pejabat anti keganasan AS kini melihat kepada kemungkinan sama ada juruterbang atau sesiapa yang lain dalam penerbangan itu melencongkan kapal berkenaan menuju ke lokasi yang tidak dinyatakan selepas dengan sengaja mematikan alat transponder b agi mengelak dari dikesan radar.- siakapkeli
10.59 0

#MH370 : Sultan Brunei Titah Rakyat Jelata Adakan Solat Hajat

#MH370 : Sultan Brunei Titah Rakyat Jelata Adakan Solat Hajat


TERHARU rasanya melihat sokongan yang ditunjukkan oleh Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah dan rakyatnya terhadap musibah yang sedang menimpa Malaysia berikutan kehilangan pesawat MH370 sejak enam hari lalu.

Menerusi surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama negara itu hari ini, Sultan Hassanal menitahkan seluruh umat Islam di Brunei untuk melakukan solat hajat beramai-ramai di masjid-masjid di negara itu terutamanya di Masjid Jame’ Asr Hassanal Bolkiah.


Ia sebagai tanda simpati atas kejadian yang menimpa pesawat MH370 selain dengan harapan pesawat itu dapat ditemui dengan izin Allah S.W.T.

Sementara itu, Facebook ‘Fantastic Brunei Issue’ dan ‘Royal Brunei Airlines’, mereka bukan sahaja memuatnaik gambar poster tanda sokongan, malah turut berdoa dan melakukan solat hajat sebagai salah satu usaha pencarian.

Untuk pengetahuan anda, negara ini turut membantu Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 bersama beberapa lagi negara lain.

Ternyata ada hikmah di sebalik apa yang berlaku kerana ia secara tidak langsung menyatukan hati masyarakat di seluruh dunia untuk mendoakan yang terbaik untuk negara kita.

Oleh: ELZA via mynewshub
10.44 0

Tolak Laporan Mengenai Data Enjin Hilang

Tolak Laporan Mengenai Data Enjin Hilang


Laporan berita mengatakan Malaysia Airlines (MAS) MH370 mungkin meneruskan penerbangan beberapa ketika selepas hilang daripada radar adalah tidak tepat.

Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata susulan laporan media berhubung data enjin hari ini, syarikat penerbangan MAS telah bertanya kepada pembuat enjin Rolls-Royce dan Boeing secara khusus mengenai perkara itu.

"Bagi Rolls-Royce dan Boeing laporan itu tidak tepat," katanya dalam sidang akhbar harian mengenai perkembangan operasi mencari dan menyelamat pesawat MAS MH370 yang memasuki hari keenam di sini hari ini.

Media asing melaporkan penyiasat penerbangan dan pegawai keselamatan percaya pesawat itu terbang selama lima jam, berdasarkan data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar ke pangkalan daripada enjin pesawat.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar pada 1.07 pagi Sabtu, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ia dijangka tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.    

Hishammuddin berkata transmisi terakhir daripada pesawat itu pada 1.07 pagi yang menunjukkan semuanya normal.

"Rolls-Royce dan pasukan Boeing berada di Kuala Lumpur dan bekerjasama dengan MAS dan pasukan penyiasatan sejak Ahad. Isu ini tidak pernah dibangkitkan," katanya. - Bernama
07.05 0

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Beri Penjelasan Ritual Yang Dibuat Di KLIA

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Beri Penjelasan Ritual Yang Dibuat Di KLIA


Bomoh Ibrahim Mat Zin, pada Rabu, mengadakan sesi kedua upacara ritual dalam usaha untuk membantu mengesan kapal terbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Ibrahim, yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dengan gelaran Datuk Mahaguru menjalankan acara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dia diiringi oleh beberapa pembantu dan menggunakan air Zam- Zam, dua biji kelapa, tongkat dan karpet ajaib.

Sesi yang telah diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai orang.

Bomoh Ibrahim Mat Zin mengadakan sesi kedua upacara ritual untuk mencari pesawat hilang.

“Tujuan ritual adalah untuk melemahkan semangat buruk supaya penyelamat boleh mencari pesawat jika memang ia telah terhempas,” katanya kepada pemberita.

Ibrahim berkata, ritual-ritual simbolik telah digunakan untuk banyak generasi.

Dia menjelaskan bahawa apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin-pemimpin negara telah mengundangnya.

Pada Isnin, Ibrahim menggunakan teropong diperbuat daripada buluh dan mata kail semasa sesi pertama ritual di KLIA untuk membantu mengesan pesawat yang hilang.

Bernama melaporkan bahawa Ibrahim, yang mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh menjadi popular selepas menawarkan perkhidmatan untuk mencari mangsa-mangsa dalam beberapa kes besar seperti tragedi Highland Towers dan kes Mona Fendy.

Video 25 saat sesi kedua ritual Ibrahim telah tersebar di media sosial.
05.47 0

Aktif Kod Tango Beri Petanda Berlaku Kecemasan Seperti Rampasan Pesawat

Aktif Kod Tango Beri Petanda Berlaku Kecemasan Seperti Rampasan Pesawat


Seseorang juruterbang hanya akan mengaktifkan kod rahsia 'tango' atau 'charlie' apabila berlaku kecemasan seperti rampasan pesawat di udara.

Ia disahkan juruterbang berpengalaman mengenai isyarat tango yang didakwa diaktifkan oleh juruterbang Kapten Zaharie Shah setelah pesawat MH370  hilang dari radar menara kawalan selepas 40 minit di udara.

"Setiap juruterbang akan diingatkan mengenai isyarat-isyarat ini. Ia hanya boleh diaktifkan jika rampasan dan tidak pernah menjadi mainan mana-mana juruterbang sebelum ini. Ini etika kami sebagai juruterbang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, pengaktifan kod tersebut untuk memberitahu Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) bahawa pesawat yang dikendalikan dalam masalah dan unit kawalan akan mengambil tindakan selanjutnya.

"Kita mempunyai kod rahsia masing-masing, tetapi tango atau charlie adalah sebagai pengenalan jika berlakunya rampasan," katanya.

Ditanya sama ada isyarat itu dikeluarkan menerusi komunikasi juruterbang dengan menara kawalan atau menerusi butang khas, beliau enggan mendedahkan mekanisme itu kerana maklumat itu sulit.

Katanya, NATCC akan memantau dan beritahu pihak keselamatan selain  menghubungi juruterbang untuk arahan seterusnya.

"Hanya dua perkataan itu digunakan sebagai isyarat. Ini perkara serius. Jika benar juruterbang telah mengaktifkan isyarat itu, pasti bukan main-main.

"Dua perkataan itu dikhaskan untuk kes-kes rampasan. Isyarat sama juga digunakan pusat kawalan yang akan menghubungi juruterbang jika berlaku kes seumpama itu," katanya.

Berkaitan kes kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari kelima semalam, pelbagai spekulasi ditimbulkan termasuk Kapten Zaharie, juruterbang pesawat itu dikatakan menghidupkan isyarat tango bagi memaklumkan menara kawalan bahawa penerbangannya dalam situasi cemas.

Ia diperkuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai empat aspek tumpuan pihak berkuasa mengenai kehilangan pesawat itu, iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi dan peribadi.

Polis juga tidak menolak kemungkinan berlakunya rampasan ke atas pesawat itu membabitkan perancangan rapi dan berkumpulan.-sinar harian
01.36 0

Pekerja Pelantar Minyak Dakwa Terlihat Pesawat #MH370 Terbakar Dan Menjunam

Pekerja Pelantar Minyak Dakwa Terlihat Pesawat #MH370 Terbakar Dan Menjunam


Seorang pekerja pelantar minyak mendakwa dia melihat kemalangan pesawat #MH370 milik Malaysia Airlines semasa bekerja di luar pantai selatan Vietnam.

Bob Woodruff, seorang wartawan ABC News, memperoleh salinan emel lelaki yang dikenali sebagai Michael McKay berkata dia menghantar surat itu kepada majikannya menyatakan dia menyaksikan kemalangan itu.

"Saya percaya saya melihat kapal terbang Malaysia Airlines menjunam. Ia selari dengan waktu kejadian yang dilaporkan pesawat MH370 hilang dari radar" kata McKay dalam e-melnya itu.

Jelas McKay lagi, "Saya cuba menghubungi pegawai-pegawai Malaysia dan Vietnam beberapa hari lepas. Tetapi saya tidak pasti jika mesej itu telah diterima."

Menurut Woodruff, pegawai Vietnam mengesahkan mereka menerima e-mel McKay. Woodruff juga mengesahkan emel yang dihantar oleh McKay itu juga adalah benar.

BAWAH: Gambar e-mel dari McKay


Dalam e-mel itu, Michael McKay menerangkan pesawat yang disaksikannya itu terbakar pada ketinggian yang sangat tinggi dalam jarak kira-kira 50 hingga 70 kilometer dari tempatnya

Di bawah gambar peta dan koordinat yang dikongsikan oleh McKay yang mendakwa telah menyaksikan pesawat MH370 terjunam.

Pekerja pelantar minyak disediakan GPS Koordinat lokasi dan beliau lokasi anggaran di mana dia melihat kapal terbang. - My Media Hub (kredit to Global News & Astro Awani)
01.30 0

MH370 Terbang Selama 4 Jam Dari Lokasi Terakhir Dikesan

MH370 Terbang Selama 4 Jam Dari Lokasi Terakhir Dikesan


Pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas berkemungkinan terbang selama empat jam daripada lokasi dan waktu terakhir ia dikesan.

Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ), penyiasat penerbangan dan para pegawai keselamatan percaya pesawat itu berada di udara untuk jumlah masa lima jam termasuk sejam daripada lokasi terakhir ia berlepas. Ia berdasarkan data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar oleh enjin pesawat Boeing 777 itu.

Ia adalah sebahagian daripada program peyelenggaraan dan pemantauan rutin syarikat itu.

Masa penerbangan sebanyak lima jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur bererti pesawat itu mampu terbang dengan jarak tambahan kira-kira 2,200 batu nautika . Ia boleh terbang sehingga  Lautan Hindi, sempadan Pakistan atau Lautan Arab , berganttung kepada kelajuan pesawat tersebut.

WSJ turut mengesahkan bahawa juruterbang boleh mematikan transponder, iaitu alat yang memancarkan isyarat pergerakan pesawat.

Laporan itu berkata pihak penyiasat keganasan Amerika Syarikat sedang menyiasat kemungkinan juruterbang pesawat itu atau individu lain yang berada di atas pesawat itu mematikan transponder untuk mengelakkan radar pesawat itu dikesan.

Setakat ini, pegawai keselamatan Amerika Syarikat berkata tiada petunjuk bahawa kejadian itu ada kaitan dengan keganasan walupun mereka tidak mengenepikan kemungkinan itu.

Walaubagaimanapun, persoalan ke manakah pesawat itu menghala dan mengapa ia terbang untuk waktu yang lama tanpa menghidupkan transponder, telah menyebabkan pelbagai teori dikemukakan oleh para penyiasat.

Seorang pegawai yang terlibat dengan penyiasatan itu berkata salah satu teori yang disiasat ialah kemungkinan pesawat itu dialihkan "dengan niat untuk menggunakan pesawat itu kemudian, untuk satu tujuan yang lain.

Sistem pemantauan enjin pada pesawat itu dibekalkan oleh pembuat enjin, Rolls Royce yang secara berkala akan menghantar maklumat berhubung  keadaan enjin, operasi dan pergerakan pesawat serta kemudahan di darat.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelenggaraannya, Penerbangan Malaysia menghantar data enjin secara langsung untuk dianalisa oleh Rolls -Royce.

Sistem ini mengumpul data dari dalam pesawat  777 dengan prestasi enjin berkembar Trent 800 itu.

Menurut laman web Rolls -Royce, data tersebut diproses secara automatik "supaya perubahan kecil pun  boleh dikesan. "

Data enjin tersebut sedang dianalisa untuk membantu menentukan laluan penerbangan pesawat selepas transponder berhenti berfungsi.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut.- astro awani
01.24 0

Jet Li Salah Seorang Dari Penumpang MH370?

Jet Li Salah Seorang Dari Penumpang MH370?


Pelakon lagak ngeri, Jet Li telah dilaporkan telah menjadi salah seorang daripada 227 penumpang yang terlibat dalam insiden misteri kehilangan pesawat MH370.

“Kami sangat sedih dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Ju Kun yang merupakan salah seorang daripada penumpang merupakan sebahagian daripada produksi kami dan seorang yang berbakat. Ingatan dan doa kami adalah bersama keluarganya dalam tempoh yang sukar ini,” dipetik dari Netflix dan The Weinstein Company.

Jet Li dikatakan baru sahaja menghabiskan tugasannya di Pinewood Studios, Johor Bahru dan telah mengambil penerbangan ke Beijing untuk pulang ke rumah.

Seorang pakar seni pertahanan diri, pelakon lagak ngeri dan juga merupakan pembantu koreografer yang sangat berpengalaman ini telah berada di Malaysia untuk siri Marco Polo oleh John Fusco dan terbitan dua syarikat berkenaan yang dijangka memulakan penggambaran dalam tempoh tiga minggu lagi.

“Kami semua di Malaysia sangat sedih dengan penantian ini. Ju Kun adalah seorang yang penting dan disayangi oleh keluarga Marco Polo dan bagi pihak Harvey Weinstein dan Netflix, kami sangat terkejut dengan berita ini. “Buat masa sekarang kami akan bersama isterinya, Li Ping yang berada di Kuala Lumpur bagi memberi sokongan. Doa kami juga diberikan kepada semua penumpang lain dan keluarga mereka,” kata Fusco.-sumber
Rabu, 12 Maret 2014
23.15 0

Satelit China Kesan Kawasan Dimana MH370 Terhempas

Satelit China Kesan Kawasan Dimana MH370 Terhempas


Satelit China yang mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Sabtu menemui “kawasan disyaki pesawat terhempas”, lapor CNN memetik agensi kerajaan China.

Ia dilihat sebagai satu lagi petunjuk baharu dalam misi mencari dan menyelamat yang memasuki hari keenam, hari ini.

Jabatan Sains, Teknologi dan Industri untuk Kementerian Pertahanan China mengumumkan penemuan itu termasuk imej yang dikatakan "tiga objek disyaki terapung dan saiz mereka."

Objek ditemui statelit tidak kecil: 13 x 18 meter (43 x 59 kaki), 14 x 19 meter (46 x 62 kaki) dan 24 x 22 meter (79 kaki x 72 kaki).

Sebagai rujukan, lebar sayap Boeing 777-200 yang hilang adalah kira-kira 61 meter (200 kaki) dan panjang keseluruhannya adalah kira-kira 64 meter (210 kaki).

Imej-imej diambil pada 9 Mac, sehari selepas pesawat hilang, tetapi tidak didedahkan sehingga awal pagi ini.

Agensi China memberikan koordinat longitud timur 105,63, 6.7 latitud utara, yang akan meletakkannya di perairan timur laut di mana ia berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia, dan selatan Vietnam, berhampiran Laut China Selatan bertemu Teluk Thailand.-sinar harian