Searching...
Kamis, 04 April 2013
20.57 0

Kahwin Selepas PRU-13 Dapat RM1,000



Kahwin Selepas PRU-13 Dapat RM1,000 | KUALA TERENGGANU – Pengantin baru yang berkahwin selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan menerima wang bantuan RM1,000, manakala mereka yang menimang anak pertama diberi bantuan RM500.

Itu antara kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu yang akan diumumkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Said dalam masa terdekat, bagi menghadapi PRU13.

Amnya BN Terengganu menjanjikan bantuan tambahan kepada rakyat terutama warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya, kata Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad kepada pemberita, di sini hari ini.

Yahya berkata, bantuan kewangan tambahan itu dibuat berdasarkan pendapatan Terengganu yang dianggarkan sebanyak RM2 bilion setahun.

“Walaupun kita akan menambah dana kewangan itu, manifesto BN Terengganu masih realistik dan menepati perumpamaan ‘ukur baju di badan sendiri’,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai tambahan bantuan kewangan berkenaan. – BERNAMA

0 komentar:

Posting Komentar