Searching...
Selasa, 09 April 2013
02.46 0

Buat Suami,Hati-hati FB Anda Dipantau Isteri!!



Buat Suami,Hati-hati FB Anda Dipantau Isteri!! | Setiap masa, dia rasa tidak keruan dan cemburu membuak-buak membuat­kan Azman Fadil, 33, (bukan nama sebenar) sering memeriksa akaun Facebook isterinya, malah sanggup pula membuang rakan-rakan yang tidak ‘direstuinya’.

Sikapnya yang melampau itu membuatkan isterinya, Zana Ibrahim, 26, (bukan nama sebenar) tertekan namun semakin menerima keadaan kerana enggan bergaduh dengan suami sendiri gara-gara laman media sosial yang menjadi perhatian ramai ketika ini.
Zana akui, suaminya memang kuat cemburu dan memeriksa akaun Facebook miliknya pada setiap masa termasuk waktu tengah malam dan pagi, bagi memastikan tiada ‘hubungan songsang’ berlaku antara isterinya dengan mana-mana lelaki lain.

“Suami menyoal sekiranya dia sangsi mana-mana perkara yang tidak berkenan di hatinya malah ramai kawan lelaki yang ada dalam senarai rakan Facebook saya ­dibuangnya.


“Mulanya saya rasa agak tertekan tetapi saya malas hendak memikirkan perkara itu dan sekarang, saya mengambil pendekatan tidak kisah. Saya biarkan saja dia membuat pemeriksaan sesuka hatinya,” katanya.


Menurut Zana, dia pernah bergaduh besar dengan suaminya kerana merasakan diri tidak dipercayai, namun disebabkan tidak mahu hubungan mereka berantakan, dia mengambil sikap berdiam diri.

Malah, Azman turut membuka laman Facebook isterinya pada telefon bimbitnya setiap masa bagi memantau mesej keluar masuk dan mana-mana lelaki yang ingin menjadi rakan isterinya di laman sosial popular itu.

Setiap permintaan daripada lelaki untuk menjadi rakan Facebook isterinya akan disekat dan dibuang, biarpun ada antara mereka rakan di pejabat atau ketika di universiti.

Kata laluan untuk ­laman Facebook Zana memang diketahui Azman dan sekiranya wanita itu menukar kata laluan, ia boleh menyebabkan perang besar antara mereka.

“Mungkin kerana dia terlalu sayangkan saya dan bersikap mahu melindungi, jadi dia bertindak sebegini. Namun kadang­kala saya rasa rimas dan mahukan sedikit kebebasan.

“Saya tidak salahkan dia 100 peratus cuma saya pinta diberikan kepercayaan. Saya sayangkan dia dan tidak mungkin akan curang,” katanya.

Zana mengakui ketika masih belum berkahwin, dia tidak berhijab dan selepas mengenakan tudung litup, suami meminta­nya membuang semua gambar lama kerana tidak mahu ia dilihat lelaki bukan muhrim.

Namun, permintaan itu tidak dituruti kerana berasa Facebook umpama diari yang menceritakan perjalanan harian seseorang termasuk penghijrahannya kepada wanita yang kini bertudung.

Tidak cukup dengan Facebook, akaun Instagram serta Twitter miliknya juga ­‘diambil alih’ dan dipantau Azman ­sehingga menyukarkannya menggunakan dua
media sosial berkenaan dengan bebas ­kerana sentiasa dipersoalkan suami.

“Biarpun Azman bersikap terlalu mengong­kong dan taksub mengawal semua laman media sosial milik saya, dia seorang yang pe­nyayang dan tidak pernah berkasar pada saya.

“Laman sosial yang ada bukan punca masalah dan sepatutnya memberi faedah kepada semua cuma ia bergantung kepada diri sendiri untuk memahami dan menggunakannya,” katanya.


Layan perasaan 

Ira Yasmin Ali, 30, (bukan nama sebenar) menjadikan laman media sosial Facebook sebagai teman ketika sunyi apatah lagi suaminya sering bertugas di luar kawasan hingga berminggu, membuatkan hatinya meronta kerana ditinggalkan sendirian.

Hubungan dengan suaminya yang renggang kerana jarang menghabiskan masa bersama membuatkan Ira Yasmin melayan rakan lelaki yang ingin menjadi rakan di laman itu hingga membuahkan bibit cinta antara mereka tanpa pengetahuan suami.

Ibu kepada dua anak itu rasa terpinggir dan kesunyian akibat perhatian suami yang lebih fokus kepada kerja dan kurang berbual mesra, menyebabkan dia rasa sudah tidak disayangi.

Sepanjang suaminya bertugas di luar kawasan, dia menghabiskan masa yang panjang setiap hari sehingga berjam-jam untuk melayari laman Facebook dan mengenali ramai rakan baru termasuk lelaki.

Apabila ada lelaki yang sudi memberi perhatian kepadanya, dia mula melayan biarpun rasa bersalah tetap menyelubungi diri dan rasa berdosa pada suami. Semuanya kerana mahukan teman yang dapat mengisi hatinya yang terasa kosong.

“Hubungan kami renggang hingga akhirnya saya meminta cerai kerana rasa sudah tidak serasi. Saya kemudian meneruskan hubungan dengan rakan lelaki malah kami bertemu beberapa kali,” katanya.

Biarpun begitu, tanpa disangka-sangka, bekas suami mula memberi perhatian dan merayu kepadanya untuk berbaik semula demi anak-anak yang masih kecil.

Rasa kasih yang masih ada pada bekas suami dan memikirkan anak-anak, dia kembali mengikat tali perkahwinan bersama suami namun hubungan mereka terus ­diganggu kekasih Ira Yasmin yang tidak dapat menerima hakikat ditinggalkan begitu saja.

Keadaan semakin berserabut apabila lelaki berkenaan mengugut suami Ira untuk menceraikannya kerana mahu Ira Yasmin menjadi miliknya dengan mengungkit kembali sikap suami wanita itu sehingga membawa kepada perceraian.

“Saya masih sayangkan suami dan mahu terus berada di sampingnya apatah lagi dia sudah berubah dan memberi perhatian pada saya. Namun perkenalan saya dengan lelaki itu di Facebook mengganggu kebahagiaan yang ingin saya kecapi sekarang ini.

“Bekas kekasih sanggup menghasut ­suami supaya menceraikan saja saya kerana dia mengatakan mahu menjaga saya. Saya masih berhubung dengannya biarpun hanya sebagai rakan. Mungkin saya masih ada sedikit perasaan kepadanya,” katanya.



0 komentar:

Posting Komentar