Searching...
Senin, 31 Desember 2012
23.42 0

Enam kebaikan mandi sebelum subuh



Menurut Kajian Sains, Kandungan Gas Ozon Pada Waktu Pagi Lebih Tinggi Dari Waktu Lain. Oleh Itu, Gas Ozon Ini Juga Amat Penting Untuk Tubuh Badan Anda. Jika Anda Mandi Sebelum Waktu Subuh, Ia Bukan Sahaja Membersihkan Malah Memberikan Kesegaran Dan Manfaat Untuk Tubuh Badan Anda. Antara Manfaatnya Ialah :

1. Kulit Lebih Lembut Dan Halus
Pada Waktu Pagi Selalunya Anda Akan Memasang “Water Heater” Untuk Mendapatkan Air Yang Hangat Dan Menghilangkan Kesejukan. Selepas Ini, Jika Anda Memiliki Lingkaran Hitam Di Bawah Mata, Mandi Menggunakan Air Sejuk Dapat Mengurangkan Kegelapan Pada Bawah Mata. Begitu Juga Dengan Kuku, Ia Akan Menjadi Lebih Sihat, Kuat Dan Tidak Mudah Retak. Kulit Pula Menjadi Lebih Lembut Dan Halus.

2. Melancarkan Peredaran Darah
Jika Peredaran Darah Anda Lancar Maka Tubuh Badan Anda Akan Menjadi Lebih Sihat Dan Bertenaga. Malah Anda Juga Boleh Melakukan Aktiviti Seharian Tanpa Rasa Letih.

3. Meningkatkan Kesuburan
Kesihatan Tubuh Badan Manusia Akan Mendapat Reaksi Yang Positif Apabila Anda Mandi Pada Waktu Pagi. Ia Dapat Meningkatkan Hormon Testosteron Pada Lelaki Dan Hormon Estrogen Untuk Wanita.

4. Mengurangkan Risiko Darah Tinggi
Untuk Anda Yang Memiliki Penyakit Darah Tinggi, Mungkin Ini Merupakan Salah Satu Cara Untuk Anda Mengurangkan Penyakit Anda. Insya ALLAH, Dengan Izin ALLAH, Jika Ia Diamalkan Selalu, Penyakit Anda Akan Pulih.

5. Mengurangkan Tekanan Serta Tenang
Air Yang Sejuk Akan Melancarkan Kembali Peredaran Darah Setelah Lama Berbaring. Buat Anda Yang Mengalami Depresi, Inilah Cara Yang Terbaik Utk Anda Menghilangkannya. Oleh Itu, Ubahlah Tabiat Kpd Mandi Pagi Sebelum Subuh.

6. Meningkatkan Sel Darah Putih
Mandi Dengan Air Sejuk, Ia Akan Meningkatkan Sel Darah Putih Di Dalam Tubuh Badan. Apabila Sel Darah Putih Banyak, Maka Daya Tahan Penyakit Dan Tubuh Badan Boleh Melawan Virus. Oleh Itu, Anda Tidak Mudah Untuk Dijangkiti Dengan Sebarang Penyakit…


sumber
23.40 0

Kenapa dilarang bernafas semasa minum?



Dalam Islam pelbagai adab dan tatacara ada diajar hatta dalam minum sekalipun. Sebagai umat Islam, kita dituntut supaya sentiasa berada dalam apa jua perkara. Sebagai contoh tentang hikmah larangan bernafas ketika minum air. Mengapakah kita dilarang untuk bernafas ketika sedang minum air? Adakah cara itu salah? Ikuti ulasan di bawah ini.

Sebuah riwayat dari Tsumamah bin Abdullah menyebutkan,

“Dahulu Anas bin Malik RA pernah bernafas di dalam bejana dua kali atau tiga kali, dan dia mengira Nabi SAW pernah melakukan hal itu.” (HR. Bukhari)

Riwayat lain dari Abu Qatadah dan bapanya mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila salah seorang di antara kamu minum, maka janganlah ia bernafas di bejana (gelas).”
“Dan jika salah seorang dari kamu buang air kecil maka janganlah ia memegang dzakar (kemaluannya) dengan tangan kanannya, jika membersihkan maka jangan membersihkan dengan tangan kanannya.” (HR. Bukhari).

Sebahagian ulama mengatakan bahawa larangan bernafas di dalam bejana ketika minum sama seperti larangan ketika makan dan minum, sebab hal itu boleh menyebabkan keluarnya ludah sehingga boleh menjejaskan kebersihan air minum tersebut. Keadaan ini apabila dia makan dan minum dengan orang lain.

Adapun bila ia makan sendirian atau bersama keluarganya atau dengan orang yang tidak terganggu dengan caramu tersebut, maka hal itu tidak mengapa.

Imam Ibn Hajar Al-Asqalani pernah berkata, “Dan yang lebih bagus adalah menguatkuasakan larangan hadis Nabi tersebut, sebab larangan itu bukan untuk menghormati orang yang layak dihormati ataupun untuk mendapat penghargaan dari orang lain.”

Imam Al-Qurtubi menambah pula, makna larangan itu adalah supaya bejana dan air tersebut tidak tercemar dengan air liur atau pun bau yang tidak sedap. (Fathul Bari, 10/94).

Demikianlah penjelasan para ulama kita. Para pakar kontemporari pun telah berusaha mengorek hikmah atas larangan tersebut. Mereka mengatakan ini adalah petunjuk yang indah yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW dalam menyempurnakan akhlak.

Ulasan Admin : Setiap kali apa yang disampaikan oleh ulama, ia umpana satu nasihat dan memberi kita peluang untuk berfikir mengapa. Setiap yang disampaikan terkandung hikmah yang kita sendiri tidak mengetahuinya. Banyak perkara yang kita lakukan pada hari ini adakalanya bertentangan dengan amalan para ulama terdahulu dalam soal penjagaan kesihatan.


sumber
23.38 0

Anggota Polis Tercampak Dirempuh Dua Kenderaan



Seorang anggota Polis Trafik di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Port Dickson maut dalam satu kemalangan di Kilometer 3.5 Jalan Pantai Port Dickson sekitar jam 10.54 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, mangsa Koperal Shah Rizal Abu Bakar, 30, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi maut di tempat kejadian.

Menurutnya,  siasatan awal polis mendapati, mangsa menunggang bersendirian dari arah Port Dickson ke Telok Kemang dirempuh sebuah van dari arah bertentangan yang secara tiba-tiba memasuki lorong kanan jalan.



“Penunggang motosikal tercampak dan jatuh di tengah jalan sebelum dilanggar oleh sebuah lagi kereta dari arah Telok Kemang yang tidak sempat mengelak mengakibatkan mangsa tercampak sejauh kira-kira 20 meter masuk ke dalam kawasan parkir sebuah hotel berhampiran lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi.

Abd Wahab berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian sebelum di bawa ke Bilik Mayat Hospital Port Dickson (HPD) untuk dibedah siasat.

“Pemandu van seorang lelaki yang tidak cedera dipercayai melarikan diri sementara penumpang van tersepit di tempat duduk penumpang hadapan mengalami kecederaan parah dibawa ke HPD untuk rawatan.

“Polis sudah mengenal pasti identiti pemilik van itu dan operasi memburu pemandu tersebut dilakukan serta-merta. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan jalan 1987,” katanya lagi.

Abd Wahab berkata,  sebelum kejadian Shah Rizal baru sahaja selesai bertugas pada jam 7 malam.

Sementara itu, isteri arwah, Mazlinda Ahmad, 32, ketika ditemui di Bilik Mayat HPD berkata, dia masih terperanjat dengan berita kematian suaminya.

“Arwah baru enam bulan berpindah bertugas di sini (IPD Port Dickson). Kami terpaksa duduk berasingan kerana saya menjaga ibu yang uzur di Bahau sementara dia menyewa di Taman Pantai Mas.

“Memang kami berhasrat untuk tinggal bersama namun, masa belum sesuai. Kali terakhir saya bertemu dengannya adalah dua minggu lalu ketika kenduri di rumah (Bahau). Dua hari lalu kami ada berhubungan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS),” katanya.

Mazlinda yang merupakan seorang suri rumah redha dengan pemergian suaminya.

Hampir 50 pegawai dan anggota trafik menziarahi mangsa di Bilik Mayat HPD.

Jenazah kemudiannya dituntut keluarga sekitar jam 12 tengah hari di Bilik Mayat HPD sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Felda Keratong 7 Bandar Muazam Pahang.

Allahyarham meninggalkan dua anak Qurratul Ain Dayana, 5, dan Mohd Shah Mirza,1.-sinar harian
23.37 0

[6 GAMBAR]Tragedi Motosikal Hanyut Dalam Banjir Di Terengganu


Banjir pada tahun ini dicatatkan antara yang terburuk terutama sekali di kawasan pantai timur. Banjir yang telah berlaku ini telah mengorbankan beberapa nyawa seperti yang dilaporkan oleh pihak media. Pada masa yang sama, terdapat satu kejadian yang cukup mencemaskan. Seorang lelaki nyaris maut dihanyutkan dalam banjir di Terengganu baru-baru ini. Namun dirinya berjaya diselamatkan akan tetapi motosikalnya terus dihanyutkan sehingga tenggelam dibawa arus. Boleh lihat gambar di bawah ini.


Turutan gambar detik-detik cemas seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di sini, hari ini.


Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu. Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal.



Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu. Banjir yang melanda Terengganu sejak Ahad semakin bertambah buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 2,594 pagi ini berbanding 1,301 malam tadi.


sumber
23.33 0

Kisah Ular Terkam Jenazah Pelacur


Seksaan dalam kubur itu benar. Tetapi masih ramai lagi yang alpa dengan perintah Allah SWT. Banyak kejadian pelik yang Allah tunjukkan kepada kita tentang balasan orang yang tidak mengikut perintahNya. Antaranya yang telah berlaku di Makkah. Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang berada di sana dan menyaksikannya di depan matanya tentang seekor ular yang tiba-tiba berada dalam lubang kubur. Ular tersebut sangat besar dan mampu menelan jenazah dalam sekelip mata. Semoga kisah ini menjadi iktibar kita bersama.


“Dialah yang memperlihatkan kepadamu tanda tanda kekuasaanNYA dan menurunkan untuknya rezeki dari langir. Dan tiadalah mendapat pengajaran kecuali orang orang yang  kembali kepada ALLAH” Surah al-Mukmin, ayat 13.


Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah khatib Masjid Rahman di Banyu Urib, Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia merantau ke Mekah untuk menuntut ilmu dengan ditemani abangnya, Hj.Yassin Hashim. Setelah 17 tahun menetap di Tanah suci dia kembali ke kampung halamannya pada 1997 dan mengajar di sekolah sekolah agama di kampung kelahirannya. Lantaran ingin berkongsi pengalaman menarik ketika menetapa di Mekah, Ustaz Zainul diterbangkan khas dari Surabaya untuk temu bual ekslusif dengan wartawan Mastika, Norimanah Seman.

Perkuburan Ma’ala di Mekah yang terletak berhampiran makam Siti Khadijaah riuh rendah. Suara orang bercakap dalam nada cemas dan menjerit jerit  menyebabkan tumpuan  saya yang ketika itu sedang solat, terganggu. Suara abang saya, Hj. Yassin yang mengimami solat Asar juga tenggelam timbul. Terus terang saya katakan, saya tidak dapat bersolat dengan khusyuk. Suara orang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu tumpuan. Selesai salam, saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan perkuburan. Saya lihat penjaga kubur berdiri tercegat di tepi lubang, orang ramai yang mengiringi jenazah bertempiaran lari. Ada yg tertonggeng kerana tersepak batu, yg merangkak pun ada.

“Tolongggggggg, anak saya!” jerit seorang wanita apabila melihat anaknya berdiri hampir dengan liang kubur. Seorang lelaki sedang berlari sempat menyambar kanak kanak itu dan diserahkan kembali kepada emaknya.
“Apahal ribut ribut tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri dibelakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang  bergegas  ke kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun  menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.

Saya berjalan menghampiri penjaga  kubur, Ahmed berbangsa Afrika. Hanya dia seorang saja yg berani berdiri di situ sedangkann orang ramai yang mengiringi jenazah sudah lari bertempiaran. Mereka berdiri jauh di tepi pagar. Muka Ahmed kelihat cemas, matanya tajam memandang ke dalam liang.

“Apa masalahnya, ni?” tanya saya dalam bahasa Arab. Lelaki itu hanya menuding jarinya keliang lahad tanpa mampu berkata apa apa. Seekor ular besar dengan mulut ternganga luas hingga menampakkan taring tajam yang panjang kelihatan tersembul di pintu lubang kubur. Badannya sahaja sebesar pemeluk orang dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmed mengelak beberapa tapak apabila ular itu menjulurkan kepalanya seperti hendak menerkam jenazah yang dipikul oleh kawan kawannya. Setelah gagal untuk mencekup jenazah, ular yang bercampur aduk warnanya itu memasukkan semula kepalanya ke dalam lubang. Namun apabila kawan kawan Ahmed cuba melangkah, ular itu akan menerkam semula dengan mulut terngangga menampakkan lidah yang panjang. Saya memgucap panjang apabila mata ular itu yang merah bercahaya merenung tajam ke arah jenazah yang diletakkan di atas pengusung.

“Ya Allah, janganlah mayat tu ditelah,” doa saya. Hati bertambah bimbang apabila melihat mulut ular itu terngangga luas boleh memuatkan sebuah motosikal. Serentak mereka mengundur untuk menyelamatkan diri. “Kalau kecil boleh juga saya kais dengan kayu. Tapi iiiiii ni besar, mulutnya saja sama besar dengan lubang kubur. Kalau saya masukkan juga jenazah itu bukan kebumi namanya tetapi campak ke rahang ular,” kata Ahmed, tercunggap cunggap.Orang ramai lari bertempiaran. Ada  yang terjerit jerit akibat terlalu takut. Beberapa minit kemudian mereka terus menutup semula lubang kubur itu. Ahmed berjalan ke sebuah  lagi kubur , lima meter saja jaraknya dari kubur tadi. Perlahan lahan  dia menarik penutup nya yang diperbuat daripada batu.

Di Mekah kedaan kuburnya  yang berlainan dengan  di Malaysia. Disana lubang kubur sudah siap digali dan disimin dindingnya kecuali lantai. Dan disimin dindingnya kecuali lantai. Setelah jenazah di kebumikan ia ditutup semula. Pintunya diperbuat dari besi atau  batu. Setahun kemudian kubur itu akan dibuka semula untuk diisi dengan jenazah baru. Biasanya satu liang boleh digunakan untuk enam jenazah. Namun ada juga boleh memuatkan hingga seratus. Jenazah baru hanya akan ditanam di dalam  lubang itu jika jenazah yang ditanam setahunlalu sudah tiada ataupun hanya tinggal tulang. Tulang tulang itu akan dikuis ke tepi untuk memberi ruang pada jenazah baru.

Ahmad membuka lubang  tersebut dengan berhati hati. Apabila terbuka sepenuhnya, segera dia melenting. Ular yg  sama terpacul lagi ditengah tengah lubang kubur! Ahmed melompat ke belakang, kawan kawan nya lari lintang pukang. “Lain macam je ular ni, bang. Ular sawa bukan,  tedung  pun bukan, anaconda tidak mungkin. Ular apa ni bang” bisik saya pada abang. “Inilah agaknya ular al-Syujak al-Aqra seperti yg pernah nabi sebut sebut dalam sabdanya, yang akan menyiksa sesiapa yang meninggalkan solat dan melakukan maksiat,” kata abang. Aneh sekali, bagaimana ia boleh berada di dalam lubang kubur itu.

“Tutup balik,” Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya membantu. Ahmed beralih pula ke kubur  lain. Dia mengagak  lubang itu sudah dua tahun tidak digali semula. Orang lain yg pada mulanya ramai tidak berani mendekati. Mereka hanya berdiri di tepi pagar tembok. Tinggallah kami berenam, Ahmed dan kawan kawannya, abang serta saya.

SYYYYYYYYYYY!! Bunyi desiran dari arah lubang pada pintu kubur yang terbuka sedikit. Ahmed dan rakan rakannya segera berhenti mengangkat penutup lubang kubur tersebut. Masing masing terdiam dan memasang telinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada lagi bunyi yang kedengaran. “Ahhhh!! Bunyi  pasir runtuh agaknya,” beritahu Ahmed sambil tersenyum cuba menyedapkan hati. Ahmed lantas mengajak kawan kawannya menyambung kerja. Perlahan lahan mereka membuka penutup lubang kubur hingga terbuka luas. “Alhamdulillah …” Ahmed bersyukur, tidak ada lagi ular besar yang menganga di muka lubang. Di bahagian dasar lubang hanya tinggal tengkorak dan beberapa tulang yang belum reput. Ahmed masuk ke dalam kubur untuk mengumpul tulang tulang itu  dan diletakkan di sudut, kemudian naik semula untuk mengangkat jenazah wanita itu.

Perlahan lahan Ahmed dan tiga kawan kawannya megusung jenazah wanita tersebut ke tepi lubang. Saya hanya memerhati sahaja mereka melakukan kerja. “Berhenti!!!!” tiba tiba Ahmed menjerit.  Dua orang kawannya yg memikul jenazah terkejut. Nyaris nyaris jenazah tercampak. Segera jenazah dibawa keluar dan diletakkan diatas pasir. Mereka hanya tercegat memerhati. Ahmed menggeleng geleng kepala, tidak percaya dengan apa yang berlaku. Orang ramai bercempera sekali lagi.

“Subhanallah ….. ular lagi,” terpacul dari mulut saya. “Kamu pasti ular itu tidak ada disitu, tadi?” tanya abang. Ahmed termenung memerhatikan rahang ular yang terbuka luas. Di wajahnya ternampak keletihan. Dia pun sudah hilang punca untuk menjawab peryanyaan saya tadi. “Subhanallah,” hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya sambil menoleh ke arah saya. Ahmed menggaru garu kepala, tak tahu apa yang perlu dibuat. Menurutnya, tidak ada lubang pun di dinding liang yang boleh dilalui oleh ular sewaktu dia mengumpulkan tulang tadi.

“Mungkin tanah haram tak mahu terima jasadnya,” kata abang. Ahmed mengangguk dan bersetuju dengan kata kata abang. “Kalau begitu mengapa tak dikebumikan  saja di Jeddah?” saran saya kepada Ahmed. “Seharusnya begitu, mungkin ada yang tak kena,” kata abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddah sahaja tanah halal yang paling hampir. Ahmed, saya dan abang menaiki satu kereta untuk bersama sama mengiringi jenazah ke Jeddah. Dalam samar sama hari yang sudah merangkak senja jenazah itu dikebumikan. Alhamdulillah! Semuanya dapat disempurnakan dengan selamat.

Dalam perjalanan pulang ke Mekah, tiada lain yang kami bualkan kecuali kejadian itu. Saya benar benar insaf dan gerun akan kekuasaan Allah. “Salah satu keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosa mereka akan ditangguhkan sehingga akhirat. Namun tidak mustahil ALLAH akan membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak lain sebagai ingatan pada yang masih hidup,” tegas abang. Kata kata itu membuat saya berfikir kembali rahsia di sebalik kejadian yang baru kami alami. Kepada kenalan rapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal usulnya. Menurut mereka wanita itu berasal dari Mesir, bertugas sebagai jururawat di Hospital Aziziah. Ia   memang seorang yang  rajin, taat, cantik dan lunak suaranya apabila melayan pesakit. Namun apabila malam menjelma, pakaian seragam jururawat ditanggalkan. Maka terserlah lah kecantikannya yang meruntun hati setiap lelaki yang memandang.

Bibirnya, mata, rambut ikal mayang, berkenig lebat dan berhidung mancung menjadi bonus untuk memikat hartawan. Dengan kelebihannya dia sering menggunakan nya untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan. Daripada cerita kawan kawannya yang saya temui, si gadis manis berusia 25 tahun itu menjadi ‘perawat jiwa’ kelas atasan. Setiap malam dia menerima jemputan daripada saudagar kaya yang menawarkan bayaran tinggi. Selama bertahun tahun kerjanya tidak ada siapa yang mengetahui.

Namun hari tidak selalu panas, kadang kadang hujan ditengah hari. Di tengah kemashuran namanya meniti di bibir para hartawan, wanita itu diserang penyakit misteri. Tidak ada ubat moden yang mampu menyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad tempatnya berkerja. Yang menginsafkan setiap kali kawan kawan setugas datang menziarahi, dia kan bercerita segala kegiatannya selama ini. Peristiwa itu sesungguhnya  menginsafkan betapa siksa kubur itu jangan dipermainkan, sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya: ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur beginda bersabda:

“Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi kerana tidak membersihkan dirinya daripada air kencing.”

Itu baru dosa kecil yang nabi sebutkan, sudah mendapat seksa kubur yang cukup azab. Inikan pula dosa yang besar seperti berzina, melacur, tentunya lebih azab lagi.

- Mastika April 2004 -


sumber
23.28 0

Janji KFCM kepada isterinya



 Majlis resepsi pasangan pengantin, Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Eiluniey Natasha Jaafar berlangsung meriah di Dewan Ballroom, Hotel Renaissance, Kota Bharu  malam kelmarin.

Apek dan Leuniey dilihat sama cantik sama padan itu, tampak menyerlah dengan persalinan songket berwarna maroon keemasan direka Ezuwan Ismail yang ditaja oleh Atikah Songket dengan perhiasan mahkota untuk pengantin perempuan selain pemakaian tanjak dan keris pada pengantin lelaki.



Hampir 1,500 tetamu hadir,  antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Ketua Istiadat Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa, Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin
Abdul Rahman dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah.

Dalam majlis itu juga, bapa tiri pengantin perempuan, Nazri ketika berucap, mengharapkan Leuniey dapat menjalani kehidupan rumah tangga dengan baik. Beliau mengharapkan mereka bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

“Selama ini ‘papa’ dan ‘mama’ jaga Leuniey sehingga 21 tahun dan kini dia sudah jadi milik orang.

“Harapan kami agar Fahmi (Apex) curahkan kasih sayang,” katanya.

Dalam majlis itu, Apex pun ada melafazkan janjinya  untuk bahagiakan isterinya si Leuniey ni. Tengok ayat Apex, romantikkan, untungla Leuniey ni.

“Saya akan bahagiakan dia seumur hidup, tidak kira apa juga keadaan walaupun sakit, jatuh bangun karier saya untuk melayari bahtera rumah tangga kami dengan bahagia.

“Leuniey memahami karier saya dan mudah dibawa berbincang. Insya-ALLAH, saya akan beri kasih sayang dan jaga dia dengan baik,” katanya.

Kalau peminat nak tahu Leuniey ni pandai memasak rupanya. Bertuah lah Apex dah la bini lawa lepas tu pandai masak pula tu. save la sikit kan.

Apex memuji kemahiran isterinya menyediakan hidangan pembasuh mulut pavlova, selain kek serta masakan tomyam.

Sementara itu menurut Apex, buat masa ini, dia dan isteri masih belum menentukan destinasi pilihan bulan madu mereka.

Apex mengakui masih gementar, namun mengharapkan, majlis di kediamannya pada 5 Januari ini di Kampung Cherang dengan tema ala kampung dan satu lagi majlis resepsi di Hotel The Royale Bintang, Damansara Kuala Lumpur berjalan lancar.
23.25 0

60 pelanggan hidung belang sehari dilayan



KUALA LUMPUR – Seramai 10 pelacur mampu melayan 60 pelanggan dalam sehari sekaligus mendedahkan betapa larisnya sindiket pelacuran yang premisnya diserbu di Laman Rimbunan Kepong, di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan oleh Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman yang diketuai Inspektor Mohamad Mohd Jais, pada jam 10.30 malam itu, sindiket terbabit didapati menggunakan gadis-gadis warga asing berusia di antara 20 tahun hingga 28 tahun.

Jurucakap polis berkata, sebelum ini, sindiket itu beroperasi di sebuah rumah di Metro Prima Kepong dengan kelengkapan empat bilik khidmat seks.


Katanya, bagaimanapun, berkemungkinan sambutan pelanggan menggalakkan, sindiket tersebut mengembangkan perniagaan tidak bermoral itu ke premis kedai dengan kemudahan lapan bilik.

Tidak cukup dengan itu, premis itu juga turut menyediakan kemudahan asramanya untuk pelacur yang ditempatkan  di tingkat dua, sementara bilik-bilik pelacuran di tingkat satu.

“Hasil daripada serbuan ke atas premis itu, sembilan pelacur iaitu lima warga China, dua Thailand dan dua Vietnam ditahan.

“Turut ditahan ketika serbuan itu, seorang penjaga wanita dan tiga pelanggan warga tempatan,” katanya.

Beliau berkata, ratusan stok kondom, termasuk yang terpakai turut ditemui.

Hasil risikan selama minggu itu juga, premis berkenaan dipercayai baru beroperasi sebulan.

Kesemua ditahan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bahagian Sentul untuk tindakan selanjutnya.
23.20 0

Kisah Benar Singa Yang Lehernya Dililit Dawai Untuk 3 Tahun


Seekor singa betina di Tanzania masih hidup walaupun lehernya dililit dawai untuk 3 tahun. Sepanjang penyeksaan itu, dia telah dijaga baik oleh sekumpulan singa yang lain dengan mencari makanan untuknya. Pada Ogos lepas, pihak Rangers dari Mikumi National Park berjaya memutuskan dawai tersebut. Kini singa tersebut tengah dalam masa penyembuhan.








sumber
23.17 0

Resipi Baru - Anak ayam goreng hanya di Filipina



Korang pernah makan anak ayam goreng? Kalau kat Kenny Rogers tu ayam kecik..tapi bukan anak ayam.. Terliur tak tengok gambar kat atas nih? Anak ayam goreng BBQ tu.
Fakta Ringkas:

1. Merupakan salah satu makanan popular yang dijual di sebuah pasar di Manila, Filipina
2. Ayam-ayam yang digunakan merupakan anak-anak ayam jantan yang direject dari industri penternakan ayam di sana. Ini kerana hanya ayam betina yang diperlukan untuk menghasilkan telur
3. Anak-anak ayam jantan ini dibunuh sejak dari hari pertama mereka menetas lagi.
4. Untuk tidak merugikan, ia kemudiannya dijual pula ke pasar-pasar utama di Manila
5. Cara penyediaan anak ayam goreng ini amat mudah. Hanya paruh dan usus yang dibuang sebelum ianya digoreng dengan mentega. Tulang-temulang ayam ini tidak dibuang kerana masih lembut dan enak dimakan sekaligus bersama isi ayam.







sumber
23.14 0

[Gambar]Majlis perkahwinan Siti fazurina dan suami



Baru-baru ini kecoh dengan cerita pelakon wanita, Siti Fazurina yang didakwa melarikan diri dari keluarganya selain berkahwin secara senyap-senyap.

Pelbagai cerita dari sudut negatif yang timbul buat diri Fazurina yang mengatakan dia tidak menghormati ibunya selain penyebab ibunya jatuh sakit.

Namun, Isnin lalu Fazurina dan suaminya telah membuat sidang media dan menjelaskan kedudukan sebenar situasi dirinya.

Kata Fazurina, dia bernikah secara sah di dalam negara dengan suaminya, Hykal Zulkifli berwalikan ayah saudaranya.

Malah, majlis pernikahannya juga dihadiri oleh sanak saudara kecuali ibu dan adiknya.
Justeru, kata Fazurina tidak timbul soal dia kahwin senyap dan lari meninggalkan keluarganya.
Dalam kekecohan dengan isu yang sensitif itu, Fazurina tetap menguntum senyuman dan menggembirakan hatinya sendiri.

Diharapkan penjelasan Fazurina itu tidak ada lagi timbul cerita-cerita negatif tentang pernikahnnya.
Walaupun tidak ramai yang tahu tentang pernikahannya, tapi cukuplah didoakan kebahagian buat diri Fazurina.

Jom layan gambar-gambar sewaktu majlis pernikahan Fazurina.







sumber
23.10 0

Jom lihat apa yang ada di Pasar Tomohon,Indonesia



Kebanyakan dari kita membayangkan daging pelik-pelik seperti tikus,kucing,anjing,kelawar,ular etc yang dijual di pasar banyak terdapat di negara China,Vietnam,Myanmar dan sebagainya..Tetapi pasar di negara jiran kita,Indonesia tidak ketinggalan turut menjual pelbagai jenis daging yang meloyakan tekak..

“Di samping menjual berbagai keperluan sehari-hari, pasar inijuga menjual berbagai jenis daging dan binatang. Di situlah uniknya, binatangyang dijual tidak akan Anda temukan di pasar-pasar tradisional lain diIndonesia. Binatang-binatang ini, baik yang dijual dalam keadaan hidup atau sudah mati, biasa dijadikan santapan bagi penduduk sekitar Tomohon.

Binatang pertama yang saya lihat adalah babi yang sudah mati. Babi ini diangkutdengan sepeda motor oleh pedagangnya. Sebenarnya daging babi umum dijual dimana-mana, namun baru kali saya menemukan babi yang masih utuh. Ukurannya pun sangat besar.

Melangkah masuk ke pasar yang penuh sesak saya melihattumpukan binatang lain. Ternyata itu adalah tumpukan tikus yang telah dipanggang. Tampaknya tikus menjadi salah satu barang dagangan yang cukup laku,karena banyak jumlah pedagang yang menjajakan binatang ini cukup banyak

Babi hutan pun dijual di pasar ini. Berbeda dengan babi ternak yang ukurannya besar dan berwarna putih, ukuran babi hutan lebih kecildengan bulu berwarna hitam. Sebagian sudah dikuliti, dan sebagian lainnya masih utuh.

Ada pula satulapak yang menjual ular besar dan sudah disembelih. Terlihat beberapa pembeli tengah menunggu daging ular dipotong dan ditimbang. Kelelawar juga dijual sebagai bahan masakan, sayapnya sudah dipisahkan dari tubuhnya.

Binatang lain yang tampaknya juga banyak dijual di Pasar Tomohon adalah anjing.Adaanjing-anjing yang masih hidup — yang akan dibunuh dengan cara dipukul oleh pedagangnya bila ada pembeli. Ada pula anjing-anjing yang sudah dibakar dan dibumbui. Anjing-anjing ini dibakar dalam keadaan utuh sehingga terus terang saja saya sedikit ngeri.”




sumber
23.03 0

Cha Cha Tak Cemburu Dengan Emma Maembong



KUALA LUMPUR – Penglibatan pelakon remaja, Siti Aisyah atau Cha Cha Maembong ke dalam dunia lakonan tempatan terlebih dahulu dari kakaknya, Emma Maembong tidak menampakkan sinar pada dirinya berbanding Emma.

Ini kerana, wajah Emma lebih banyak dilihat dalam drama-drama tempatan berbanding dirinya.
Namun, Cha Cha melihat perkembangan seni lakonannya yang tidak berapa naik berbanding kakaknya adalah kerana bergantung kepada tuah masing-masing.

Bagi Cha Cha, Emma lebih bertuah kerana bakatnya dilihat oleh ramai pihak dan gembira kerana perkembangan seni lakonan Emma diterima ramai.

“Mungkin tuah Emma lebih dahulu berbanding saya di dalam bidang ini.
“Tapi saya rasa bertuah juga apabila Emma kini sudah semakin dikenali menerusi drama-drama yang pernah dilakonkanya walaupun dia masih baru lagi,” kata Cha Cha yang dipetik dari portal Buahmulut.com.

Kata Cha Cha, Emma sememangnya layak untuk menerima tawaran berlakon lebih darinya dan percaya itu rezeki buat kakaknya.

Justeru, dia langsung tidak cemburu dengan perkembangan kerjaya Emma dan percaya masanya nanti akan tiba nanti.

Malah, dia juga berfikir masih terlalu muda untuk cepat dikenali ramai memandangkan Cha Cha masih perlu belajar selok-belok dunia hiburan sebelum meraih populariti.

“Mungkin dah itu rezeki dia, saya pun tidak kisah dan tidak pula timbul perasaan cemburu kepada Emma berkenaan populariti yang diperolehinya pada masa ini.

“Lagi pun dia kakak saya dan saya pun masih muda, banyak benda yang saya masih perlu belajar dan perjalanan dalam bidang ini juga masih jauh lagi.

“Tak mengapa jika saya masih kurang dikenali pada waktu ini kerana ketika ini adalah proses pembelajaran saya terhadap industri ini,” katanya.-buahmulut.com
22.58 0

Tiada Desakan Faralyna & Hairul Azreen Segera Kahwin


Faralyna sudah jarang bertemu dengan kekasihnya, Hairul kerana kesibukan masing-masing dengan komitmen lakonan.

PETALING JAYA: Pelakon Faralyna Idris berkata dia berasa bertuah kerana keluarganya tidak pernah mendesak untuk dia dan kekasihnya iaitu aktor Hairul Azreen segera berkahwin.

Aktres berusia 21 tahun ini berkata, orang tuanya tidak pernah memaksa mereka mendirikan rumah tangga dalam tempoh tertentu walaupun hubungan mereka sudah mencecah empat tahun.

“Saya amat bertuah kerana orang tua terutamanya bapa begitu memahami. Memang ada juga bapa saya bertanya sekali-sekala tetapi dia faham kerjaya kami sedang berkembang.


“Yang penting, keluarga tidak pernah mendesak kami agar segera berkahwin,” katanya.

Ditanya adakah dia dan Hairul menetapkan tempoh tertentu bagi mendirikan rumah tangga, Faralyna berkata, perkara itu masih jauh dalam perancangan kerana kerjaya lakonannya sedang meningkat naik pada waktu ini.

Faralyna berbangga dengan kerjaya Hairul yang kian berkembang pada tahun ini.

“Untuk kami berkahwin, mungkin lama lagi kerana kerjaya Hairul sedang meningkat sekarang.

“Sudah lama dia berusaha dan baru kini dia menikmatinya, jadi biarlah dia kukuhkan kerjanya dahulu,” ujar pelakon drama bersiiri Debunga Lalang ini.

Tambah Faralyna, kesibukan jadual lakonan masing-masing pada kebelakangan ini membuatkan mereka sudah jarang bertemu berbanding sebelum ini.

“Mujurlah kami rapat dengan keluarga satu sama lain. Kalau saya ada waktu lapang, saya akan meluangkan masa dengan keluarga Hairul dan begitu juga sebaliknya,” jelasnya.

Mengenai persaingan sengit dengan aktres-aktres baru pada hari ini, Faralyna berkata, senario itu tidak menggugatnya secara peribadi kerana kerjayanya masih berjalan dengan lancar selepas lima tahun bergelar anak seni.

22.53 0

Maut ditetak ibu saudara


INILAH rumah di mana Muhammad Muaz mati ditetak ibu saudaranya di Kampung Kejai, Tawar, Baling semalam.

BALING – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mati dibunuh oleh seorang ibu saudaranya dalam kejadian di rumah datuknya di Kampung Kejai, Tawar dekat sini semalam.

Ibu saudara mangsa yang menghadapi masalah mental sejak 20 tahun lalu dipercayai sudah menerima rawatan sebanyak lapan kali.


Mangsa, Muhammad Muaz Mohd. Izwani mati ketika dikejarkan ke Hospital Kulim.
Anak sulung daripada dua beradik yang tinggal di Arau, Perlis dan berkunjung ke rumah datuknya sejak petang kelmarin ditetak dengan sebilah parang di kepala, tangan dan leher oleh wanita berusia 36 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 12.10 tengah hari.

Katanya, suspek yang juga ibu saudara mangsa kemudian ditahan polis dan dikenakan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Suspek sebelum ini memang mempunyai rekod dan pernah beberapa kali dirawat termasuk di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan,” katanya.

Jelasnya, ibu mangsa, Faizah Idris, 30, yang cuba membantu untuk menyelamatkan anaknya turut cedera di belakang kepala serta tangan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.-kosmo

22.51 0

Diikat,tetak hingga meninggal


DIBUNUH…anggota polis membawa masuk mayat mangsa ke dalam trak untuk dibawa ke HSB.

KUALA NERANG: Tiga lelaki ditemui mati dalam keadaan diikat dan badan dipenuhi kesan tetakan senjata tajam dalam sebuah kebun getah berhampiran Kampung Cebar, Tanjung Piring, dekat sini.

Mereka dikatakan diikat sekumpulan 13 lelaki kira-kira jam 11 malam Sabtu lalu, namun seorang rakan mangsa berjaya meloloskan diri dan membuat laporan polis kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Sumber berkata, mangsa yang terselamat itu dikatakan lewat membuat laporan polis kerana bersembunyi selama satu hari dipercayai bimbang anggota kumpulan terbabit berjaya mengesan jejaknya.

Menurutnya, lelaki itu kini dirawat di Hospital Kuala Nerang akibat kecederaan dialaminya.

“Siasatan awal mendapati tiga lelaki yang ditemui mati berusia antara 18 dan 30 tahun. Semua mangsa dan rakan mereka yang membuat laporan polis dipercayai berasal dari Arakan, Myanmar,” katanya.-hmetro

22.49 0

Kenapa hanya perempuan melayu diserang histeria?


PELAJAR perempuan Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar dipujuk anggota penyelamat apabila mengugut untuk terjun dari tingkat dua bangunan sekolah itu – Sumber Berita Harian

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana salah nya… … ..Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB… ..Misteri di Asrama Puteri terjawab!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu.
Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang engan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik..

Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!
Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah?
Jawap!!!” Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???”
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab…

“”Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat”"
“”Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik,Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK… “”
“”Aduhai… (korang nyanyilah sendiri lagu ni sampai habis..) hehehehe…..


sumber
22.47 0

Tizz Zaqyah enggan bersama kembali dengan Remy ishak



KUALA LUMPUR : Selepas beberapa tahun menyulam kasih dan berkongsi suka duka bersama, pasangan pelakon, Tizz Zaqyah dan Remy Ishak berpisah juga akhirnya pada tahun ini.

Dalam menyelusuri kehidupan cinta mereka berdua yang terlalu rahsia, hingga kini wanita yang berkulit putih itu masih lagi berahsia tentang punca perpisahan mereka.

Walaupun sudah kembali solo, soalan yang kerap diajukan kepada Tizz adalah sama ada dia mahu menyambung kembali hubungan cinta dengan aktor kacak itu atau tidak.


Bagi Tizz, dia memberitahu kemungkinan untuk kembali kepada bekas kekasihnya itu tidak pernah difikirkan selepas berpisah.

Tizz ketika ini mempunyai misi utama iaitu untuk memberikan sepenuh perhatian kepada kerjaya lakonannya.

“Kemungkinan untuk berpatah balik itu mungkin tidak ada agaknya. Saya tak pernah fikir perkara ini, malah kini hanya fokus pada kerjaya,” kata Tizz yang dipetik dari laporan Metro Ahad, semalam.

Baru-baru ini dikhabarkan Tizz dan Remy kembali bercinta dan dilihat mesra antara mereka berdua.

Namun, itu semua hanyalah lakonan mereka semata-mata untuk drama Cinta Jangan Pergi arahan Kabir Bhatia.

Biar pun sudah tidak berpacaran, Tizz masih lagi mampu untuk berinteraksi secara profesional dengan Remy bagi menjayakan sesi pengambaran tersebut.

“Bila bekerja, kita kena profesional. Jangan sesekali campur adukkan hal peribadi dengan kerja. Walaupun ada dugaan, bagi saya itu adat dan perkara biasa. Tidaklah sampai mengganggu fokus kerja.

“Dalam drama ini, kami jadi pasangan kekasih dan tak ada masalah untuk kami cipta keserasian kerana sudah biasa. Kami buat apa yang skrip dan pengarah mahu,” katanya.

Pergilah ke mana sahaja pastinya akan ada sahaja cerita yang timbul yang cuba dikaitkan antara Tizz dengan Remy.

Malah, masih ada lagi pihak yang cuba mengorek kedudukan hubungan antara Tizz dan Remy.

Bagi Tizz, dia tidak mahu orang ramai memikirkan lagi kisah lalu antara dia dan Remy serta mahukan kehidupan yang sekarang ini diteruskan.

“Beginilah. Apa yang berlalu biarlah berlalu. Usah dikenang atau meletakkan apa-apa harapan lagi.

“Saya tak berani nak cakap lebih-lebih, apatah lagi soal membabitkan hubungan sesama manusia. Semua itu urusan Allah SWT,” terang Tizz.-mynewshub.my
22.45 0

Raja Azmi akui sunyi apabila tidur bersendirian di katil



KUALA LUMPUR : Penerbit dan penulis skrip kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman mengakui kehidupannya semakin sunyi selepas enam bulan bergelar janda.

Raja Azmi, 53, berkata perasaan itu membelenggu terutamanya pada waktu malam apabila dia terpaksa tidur bersendirian tanpa suami di sisi.

“Sebelum ini, tidak rasa sangat tetapi sejak akhir-akhir ini rasa sunyi semakin menebal pula terutamanya apabila saya hendak tidur.


“Pada 27 Disember lalu, genap enam bulan saya dan suami (Jalani Sidek) berpisah. Saya semakin sunyi apabila tidur seorang diri di katil,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Raja Azmi dan bekas jaguh badminton negara itu bercerai talak satu pada 27 Jun lalu di Mahkmah Syariah Rendah Gombak Timur selepas 28 tahun berumah tangga.

Pasangan terbabit mengambil keputusan tersebut atas alasan tidak lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain konflik yang berpanjangan.

Ditanya mengenai hubungan dengan bekas suami, Raja Azmi berkata, mereka masih berkawan dan saling menghubungi seperti dahulu cuma dia menghormati batas-batas antara mereka.

“Hubungan saya dan bekas suami masih baik dan kami kekal bersahabat seperti sebelum ini.

“Saya belum terfikir soal pengganti dan berasa selesa dengan keadaan sekarang.

“Saya tidak boleh cari (pengganti), kalau ada biarlah ia datang sendiri,” kongsinya yang masih dalam proses pra-produksi filem terbaharu berjudul Anak Ikan.-mstar online
22.44 0

Kilafairy Jual Barang Rosak?



KUALA LUMPUR : Berkesempatan menjual barang-barang di Femes Bazaar, Rasta, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) minggu lalu membuatkan pelakon dan penyanyi wanita, Syakila Nisha Jangir Khan atau Kilafairy dilabelkan sebagai penipu.

Ini kerana terdapat beberapa pembeli yang membeli barang-barangnya ketika jualan itu berlangsung mendakwa barangan yang dibeli tidak berkualiti atau rosak.


Namun, menurut cakap Kilafairy yang dipetik dari Buahmulut.com, Kilafairy berkata, dia tidak menerima sebarang makluman negatif mengenai barang-barang atau pakaian yang dijual dari para pembelinya.

Kata Kilafairy, dia hanya menerima makluman positif sahaja dari pelanggan-pelanggannya.

“Saya pun tidak pasti kalau ada barang ataupun pakaian yang dijual itu tidak berkualiti. Setakat ini maklum balas yang saya terima semua mengatakan ‘ok’.

“Malah ada yang kata barang yang dibeli dari saya itu lebih cantik dari dalam gambar yang mereka tengok,” kata Kilafairy.

Kilafairy mengakui dia tidak mengetahui bagaimana cerita mengatakan dia adalah penipu boleh timbul.

Tetapi, sekiranya benar dakwaan yang mengatakan barang-barangnya tidak berkualiti, anak gadis kepada penyanyi Rohana Jalil itu meminta maaf atas kekhilafan dirinya.

“Jadi timbulnya isu kata saya tipu pembeli dengan jual barang tidak berkualiti, saya pun tak tahu macam mana. Apa yang boleh saya katakan saya mintaf maaf kalau benar apa yang dikatakan oleh pembeli tersebut.

“Saya akui saya jual barangan dan pakaian yang murah dibawah RM150. Jadi saya pun tak boleh nak jamin sangat pasal kualiti,” katanya.

Pun begitu, Kilafairy tidak melatah dengan cerita negatif yang timbul kepada dirinya.

Bagi Kilafairy, maklum balas yang diterima seperti itu dapat memperbaiki kebolehan dirinya dalam menjalankan perniagaan.

“Tapi elok juga kalau ada maklumbalas yang macam ini. sekurang-kurangnya saya tahu bukan semua barang yang saya jual itu bagus,” terang Kilafairy.–MyNewsHub
22.42 0

[GAMBAR]Sekitar majlis resepsi perkahwinan Apek dan Leuniey



Selepas selamat bergelar suami isteri pada 28 Disember yang lalu, pasangan Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha terus di’raikan oleh kaum keluarga, rakan rakan dan para peminat di sebuah majlis resepsi yang berlangsung meriah di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

Dalam majlis resepsi pertama yang berlangsung malam tadi, pasangan popular ini mengenakan busana songket rekaan eksklusif pereka terkenal Ezuwan Ismail. Lagi gambar selepas ini.

















sumber
22.35 0

Tetap pasrah walaupun banglo diroboh


lokasi rumah Jamaluddin (dalam bulatan di kiri) dan Zulhasnan (kanan) yang akan dirobohkan.

KUALA LUMPUR – Dua bekas menteri Kabinet terpaksa menyambut kedatangan tahun baru 2013 dengan berita sedih apabila banglo mereka di Puncak Setiawangsa di sini yang berdepan insiden tanah runtuh baru-baru ini disahkan tidak selamat dan terpaksa dirobohkan.

Mereka ialah Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.


Jamaluddin pernah memegang jawatan sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi manakala Zulhasnan Rafique pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Mohd. Taufik Harun berkata, keputusan untuk merobohkan banglo mereka dibuat kerana struktur tanah di kawasan itu tidak selamat.

Beliau berkata, langkah itu juga bertujuan memberi ruang kepada zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.

Menurutnya, sebanyak tujuh buah rumah yang terletak di Jalan Puncak Setiawangsa 2 dikesan mengalami keretakan yang boleh mengundang bahaya.

“Kita sedang cuba untuk menyelamatkan tiga atau empat buah rumah di kawasan itu termasuk rumah dua ahli parlimen berkenaan.

“Bagaimanapun, semua itu bergantung pada keadaan dan jika perlu untuk dirobohkan, kita terpaksa melakukannya demi menjaga keselamatan penduduk yang lain,” katanya ketika ditemui di lokasi tanah runtuh di sini semalam.-kosmo

22.33 0

Apabila nafsu sudah menguasai diri

DICEKUP…pasangan yang ditahan dalam Ops Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, semalam.


BATU PAHAT: Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.

Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.

Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.

“Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.

“Kami dapati pasangan itu belum mempunyai ikatan sah dan tetap dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup dan berdua-duaan sedangkan mereka bukan mahram,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, setiap ibu bapa perlu mengingatkan anak masing-masing batasan pergaulan walaupun mereka sudah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJSJ) 1997.
“Selagi belum ada ikatan, ibu bapa dan individu itu sendiri perlu menjaga batas pergaulan masing-masing,” katanya.
22.27 0

Yahudi makin sesat,sekolah di Israel lahirkan lulusan nabi



Yahudi semakin sesat. Di negera Zionis itu ada sekolah yang bakal lahirkan lulusan dengan gelaran ‘nabi’.
Sekolah bernama ‘Cain and Abel School for Prophet’ itu mengenkan bayaran 200 shekel (sekira 53 dolar AS) bagi siapa saja yang berniat memiliki gelaran nabi. Untuk mendapatkan gelar Nabi, para pelajarnya hanya perlu mengikuti 40 kelas yang singkat.

Sekolah tersebut memberikan sijil kepada sesiapa yang lulus. Peraturan di sekolah itu juga tidak ketat.
Pelajar-pelajar di sekolah tersebut boleh masuk kelas hanya mengenakan t-shirt, menggunakan gadget semasa belajar, hingga ada yang memegang gitar masuk ke dalam kelas. Bahkan ada pelajar yang tidak segan keluar kelas untuk sekadar merokok.



Di sekolah ini, para pelajar belajar tentang erti mimpi, klasifikasi malaikat, dan misteri roh kudus. Mereka belajar bagaimana membezakan perasaan batin seseorang dari perilaku luaran dan penampilan.

Satu-satunya guru sekolah itu Shmuel Hapartzy percaya, Messias telah datang dan usia penebusan sudah dekat. Ertinya, sekolah itu berperanan untuk menyambut nabi baru.

Peliknya, Hapartzy mengaku tidak menjamin pengajian di sekolah tersebut boleh membantu murid-muridnya boleh terus berinteraksi dengan Tuhan.

Hapartzy menjelaskan kurikulum yang digunakan di sekolah tersebut adalah mengikut sifat-sifat seorang nabi. Sehinggakan jika murid-muridnya sudah boleh menguasai kurikulum yang diajarkan, mereka boleh mendapatkan ijazah bergelar nabi.

“Di masa lalu ada nabi. Tetapi sekarang, di zaman moden, Ketuhanan ada pada semua orang. Kita hanya perlu membuka mata kita untuk itu,” kata Hapartzy, seperti dinukil dari AP.

Sekolah itu berada di sebuah pusat keagamaan di kawasan penempatan di selatan Tel Aviv. Pusat keagamaan itu dikenali tempat yang menampung moral jalanan berbanding mempelajari soal agama. Pusat keagamaan itu mendapat sumbangan dari bayaran yuran masuk para murid-murid sekolah nabi.-detik islam