Searching...
Senin, 31 Desember 2012
23.28 0

Janji KFCM kepada isterinya



 Majlis resepsi pasangan pengantin, Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Eiluniey Natasha Jaafar berlangsung meriah di Dewan Ballroom, Hotel Renaissance, Kota Bharu  malam kelmarin.

Apek dan Leuniey dilihat sama cantik sama padan itu, tampak menyerlah dengan persalinan songket berwarna maroon keemasan direka Ezuwan Ismail yang ditaja oleh Atikah Songket dengan perhiasan mahkota untuk pengantin perempuan selain pemakaian tanjak dan keris pada pengantin lelaki.



Hampir 1,500 tetamu hadir,  antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Ketua Istiadat Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa, Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin
Abdul Rahman dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah.

Dalam majlis itu juga, bapa tiri pengantin perempuan, Nazri ketika berucap, mengharapkan Leuniey dapat menjalani kehidupan rumah tangga dengan baik. Beliau mengharapkan mereka bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

“Selama ini ‘papa’ dan ‘mama’ jaga Leuniey sehingga 21 tahun dan kini dia sudah jadi milik orang.

“Harapan kami agar Fahmi (Apex) curahkan kasih sayang,” katanya.

Dalam majlis itu, Apex pun ada melafazkan janjinya  untuk bahagiakan isterinya si Leuniey ni. Tengok ayat Apex, romantikkan, untungla Leuniey ni.

“Saya akan bahagiakan dia seumur hidup, tidak kira apa juga keadaan walaupun sakit, jatuh bangun karier saya untuk melayari bahtera rumah tangga kami dengan bahagia.

“Leuniey memahami karier saya dan mudah dibawa berbincang. Insya-ALLAH, saya akan beri kasih sayang dan jaga dia dengan baik,” katanya.

Kalau peminat nak tahu Leuniey ni pandai memasak rupanya. Bertuah lah Apex dah la bini lawa lepas tu pandai masak pula tu. save la sikit kan.

Apex memuji kemahiran isterinya menyediakan hidangan pembasuh mulut pavlova, selain kek serta masakan tomyam.

Sementara itu menurut Apex, buat masa ini, dia dan isteri masih belum menentukan destinasi pilihan bulan madu mereka.

Apex mengakui masih gementar, namun mengharapkan, majlis di kediamannya pada 5 Januari ini di Kampung Cherang dengan tema ala kampung dan satu lagi majlis resepsi di Hotel The Royale Bintang, Damansara Kuala Lumpur berjalan lancar.

0 komentar:

Posting Komentar