Searching...
Tampilkan postingan dengan label tempatan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tempatan. Tampilkan semua postingan
Jumat, 28 Maret 2014
05.25 0

Gempar!!! Kakak Kepada Penumpang Indonesia Dakwa Terima 'Missed Call' Pada 11 Dan 13 Mac

Gempar!!! Kakak Kepada Penumpang Indonesia Dakwa Terima 'Missed Call' Pada 11 Dan 13 Mac



Pihak keluarga Firman Candra Siregar, penumpang pesawat MH370, hingga saat ini masih belum bisa menerima pernyataan dari Pemerintah Malaysia bahwa pesawat jatuh di Samudera Hindia. Pasalnya, keluarga masih mendapat panggilan melalui saluran Skype dari iPad milik Firman.

“Saya lihat ada missed call pada tanggal 11 dan tanggal 13 Maret, dari iPad yang dipegang Firman,” kata kakak kandung Firman, January Siregar, seperti dikutip Vivanews, Kamis (27/3).

Hal inilah yang masih meyakinkan pihak keluarga bahwa Firman dan penumpang lainnya selamat. Apalagi, hingga saat ini tidak ditemukan bukti-bukti berupa puing dari pesawat.

January yang juga Ketua Persatuan Marga Siregar Kota Medan mengatakan, informasi ini sudah diberitahukan ke pihak Pemerintah Malaysia dan maskapai Malaysia Airlines.

Untuk itu, kata January, pihak keluarga Firman dan keluarga penumpang asal Indonesia telah mengirimkan petisi agar Malaysia dan maskapai memberikan informasi yang akurat dan transparan.

“Kami juga berharap agar pemerintah Malaysia tidak menghentikan proses pencarian hingga pesawat MH370 ditemukan,” kata January.

Proses pencarian hari ini masih dilanjutkan. Namun, upaya pencarian terkendala cuaca. Mereka harus berpacu dengan waktu, karena menurut prediksi Biro Meteorologi Australia, cuaca hari ini diprediksi akan memburuk.

Sebelumnya, Komite Dewan Fatwa Nasional Malaysia dalam rapat Selasa (25/3) malam memutuskan, belum saatnya melakukan Shalat Ghaib untuk para awak dan penumpang Pesawat MH370 yang beragama Islam. Pasalnya, mereka menunggu ditemukannya mayat atau bagian dari mayat penumpang MH370 sebagai bukti. Meskipun, pemerintah telah mengumumkan bahwa pesawat itu berakhir di Samudera Hindia dan memperkirakan seluruh penumpangnya tewas.


04.49 0

Salah Seorang Penumpang MH370 Post Sesuatu Minta Tolong Dari Diego Garcia

GEMPAR!!! Salah Seorang Penumpang MH370 Post Sesuatu Minta Tolong Dari Diego Garcia

Misteri Philip Wood : Penumpang MH370 Posting Minta Tolong Dari Diego Garcia

Berdasarkan kajian awal, gambar yg diberikan oleh Philip memang berkordinat di Diego Garcia . Beliau meletakkan satu gambar hitam sebgai gambar profilenya. Ya Allah, takut pula bila dpt berita ini.
Mesejnya berbunyi :

I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly.

Link forum: http://archive.4plebs.org/pol/thread/27834494/#27834944

Profil Philip Wood: http://www.nydailynews.com/news/texas-family-missing-malaysia-airlines-passenger-hope-alive-article-1.1723968

Di forum tersebut Philip sempat mengupload gambar hitam sebagai Picture Profilenya :
http://img.4plebs.org/boards/pol/ima…5192158752.jpg

Dan dengan menggunakan software online Jeffrey’s Exif Viewer untuk menganalisa data exif dari gambar hitam tersebut, maka data lengkap akan terlihat :
http://regex.info/exif.cgi?dummy=on&…5192158752.jpg

Camera: Apple iPhone 5
Date: March 18, 2014 8:49:41PM
Location: Latitude/longitude: 7° 18′ 58.3″ South, 72° 25′ 35.6″ East
( -7.316197, 72.426544 )

Di akhir postingan forum tersebut ada hal menarik :

“OP photo is interesting because it’s not actually just a pure black picture, you can see noise if you zoom in. He is in a dark room. “

JIka ini benar, maka harapan penumpang #mh370 masih hidup masih ada. Sama sama kita doakan.
Sampai saat ini saya tetap optimis penumpangnya selamat semua & dilepaskan oleh para pembajak.- suarainsan

03.04 0

Kisah Derita Seorang Isteri VIP

Kisah Derita Seorang Isteri VIP

Sekadar gambar hiasan ihsan dari Google

Menjadi isteri orang kenamaan atau VIP tidak menjanjikan kebahagiaan. Itu dihadapi seorang wanita di sini apabila kini berdepan trauma selepas didera secara mental oleh lelaki yang dikahwini sejak 14 tahun lalu.

Malah, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 37, turut memberitahu, dia sering dimaki hamun oleh suaminya yang berstatus Datuk  berusia 63 tahun itu.

Menurutnya, keadaan itu sudah berlarutan hampir 10 tahun dan merasakan hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman, sekali gus menuntut agar suami menceraikannya secara baik menerusi proses mahkamah.

Lisa berkata, suaminya sering melontarkan kata-kata kesat terhadapnya serta sanggup mengatakan dirinya sebagai 'perempuan sial', 'bodoh' dan pernah mengugut untuk menghantarnya ke hospital mental gara-gara dirinya cuba membunuh diri.

“Saya tidak tahan lagi dan pernah suatu hari dia menggunting rambut saya secara paksa hanya kerana marah saya berkawan dengan orang luar kerana kebetulan saya memang aktif berpuisi di radio.

“Dia juga turut menyekat saya untuk berhubung dengan keluarga termasuk ibu bapa saya sendiri, malah pernah menghalau saya dari rumah.

"Paling tidak tahan, dia pernah mencabul pembantu rumah saya,” katanya yang mengadukan masalah itu di Pejabat Pembela BN Melaka, dekat sini, semalam.

Lisa berkata, hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima anak berusia dari 14 hingga tujuh tahun.

“Saya kesal berkahwin dengannya sebab dia tidak meletakkan kedudukan seorang isteri di tempat yang betul dan sekarang saya serta anak-anak sudah enam bulan tidak tinggal bersamanya.

“Setakat ini sudah 29 kali saya menuntut cerai dengannya dan masuk kali ini barulah saya memfailkan tuntutan fasakh,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Guaman Pembela BN, Mohd Adly Ithnin berkata, di dalam kes terbabit, masing-masing tidak lagi boleh meneruskan perkahwinan dan membuatkan penangguhan tuntutan berkaitan seperti tuntutan harta serta nafkah anak-anak.

“Kes ini boleh diselesaikan secara baik sekiranya si suami bersetuju perkara berkaitan harta diselesaikan dengan mahkamah yang lain, bukannya di dalam bab fasakh.

“Isu menjadi rumit sebab pihak suami cuba memasukkan semua perkara ke dalam satu,” katanya.- Sinar Harian
Kamis, 27 Maret 2014
17.04 0

Kita Sudah Terangkan Macam-Macam Pada China,Kalau tidak Puas Hati Juga Tak Tahulah...

Kita Sudah Terangkan Macam-Macam Pada China,Kalau tidak Puas Hati Juga Tak Tahulah...


UNTUK makluman, Malaysia sudah menyatakan komitmen kita untu bekerjasama rapat dengan Kerajaan China dan berkongsi sepenuhnya semua maklumat berkaitan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Naib Menteri Hal Ehwal Luar China yang juga wakil khas kerajaan China, Zhang Yesui semalam telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Zhang dan Hishammuddin juga diberi taklimat komprehensif teknikal oleh Kumpulan Kerja Antarabangsa diketuai AAIB dan penemuan satelit Inmarsat mengenai kedudukan pesawat yang penerbangannya berakhir di Lautan Hindi selatan.

Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) dan Jabatan Penyiasatan Kemalangan Pesawat (AAID) juga hadir dalam talimat teknikal itu. CAAC dan AAID sudah pun menganggotai dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Kerja Antarabangsa itu.

Persoalannya, sejauh mana Zhang dan anggota rombongannya itu akan pulang ke negara mereka dan menjelaskan semua ini kepada pemimpin tertinggi dan rakyatnya mengenai betapa bersungguhnya kerajaan kita dalam menangani isu ini.

Diharapkan selepas ini, Zhang kena pergi berjumpa rakyatnya yang tengah terpekik-pekik di depan kedutaan kita untuk menceritakan apa yang sedang dan kita tengah lakukan untuk menjejaki MH370.

Dengan terperincinya maklumat yang kerajaan kita bagi ini, harap pemimpin China tahulah apa yang patut mereka lakukan.

Kalau lepas ini masih nak tuduh Malaysia sembunyi maklumat, orang pertama yang perlu humbankan ke Lautan Hindi adalah Zhang dan pegawai-pegawainya itu.

Habis cerita!


-mynewshub
16.17 0

PAS Yakin MH370 Dirampas Oleh Individu Tertentu

PAS Yakin MH370 Dirampas Oleh Individu Tertentu


Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.

“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.

“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.

“Saya doakan mudah-mudahan ada harapan untuk mereka selamat dan takziah kepada keluarga penumpang.

“Takziah bukan bermaksud kematian saja, tetapi bencana yang menimpa ahli keluarga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Mohd Zawawi Saleh mengharapkan supaya ahli keluarga mangsa tabah dan kuatkan semangat.

“Sekiranya ditakdirkan penumpang pesawat MH370 mati, kita harap ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa mereka.

“Dalam situasi ini juga, penumpang-penumpang dan anak kapal itu dikira sebagai syahid akhirat,” katanya.- sinar harian
16.10 0

Abdul Rahim Akui Kenyataan MH370 Berpatah Balik Tidak Tepat

Abdul Rahim Akui Kenyataan MH370 Berpatah Balik Tidak Tepat


Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abd Rahim Bakri mengakui, kenyataan beliau yang mengatakan MH370 berpatah balik (turn back) berkemungkinan setelah menerima arahan dari pusat kawalan adalah tidak tepat.

 “Saya ingin menjelaskan bahawa ia hanya merupakan andaian saya semata-mata serta kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku.

 “Selepas membuat semakan, saya ingin tegaskan bahawa andaian saya adalah tidak tepat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, ketika perbahasan di Parlimen Abd Rahim berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM ) tidak mengambil tindakan terhadap MH370 yang membuat  turn back ketika melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia arahan daripada menara kawalan udara (ATC), Subang.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan daripada Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang mempersoalkan tindakan Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud memaklumkan ada berlaku ‘turn back' sehari selepas kehilangan MH370.- sinar harian
14.28 0

'Ayah Masih Lagi Hidup' - Anak Kapten Zaharie

'Ayah Masih Lagi Hidup' - Anak Kapten Zaharie

Ada yang boleh menerima kenyataan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perjalanan MH370 yang sepatutnya tiba di Beijing berakhir di selatan Lautan Hindi. Ada juga yang tidak boleh menerima kenyataan berkenaan dan masih berharap agar penumpang serta krew MH370 dijumpai dengan selamat. Antara mereka adalah anak bongsu juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Menerusi laporan myMetro hari ini, Ahmad Seth Zahari, 26, berkata dia tidak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini memandangkan pesawat berkenaan sudah lebih dua minggu dilaporkan hilang. Bagaimanapun nalurinya masih kuat menyatakan bahawa ayahnya masih hidup.

“Selagi tidak tengok dengan mata saya sendiri serpihan atau bukti pesawat berkenaan terhempas, saya percaya ayah masih hidup.”
“Saya tenang dan tidak terkejut. Itu yang boleh saya katakan sebaik mendapat berita perjalanan MH370 yang dikendalikan ayah berakhir di selatan Lautan Hindi.

“Ini mungkin kerana naluri saya kuat mengatakan ayah masih hidup. Walaupun saya tahu peluang itu (masih hidup) tipis tetapi selagi tiada bukti menunjukkan perkara itu, saya rasakan yang ayah masih ada,” katanya dipetik laporan berkenaan.

Walaupun bersikap tenang, namun riak wajah pelajar sebuah kolej bahasa asing itu gagal menyembunyikan seribu kesedihan kerana selepas 18 hari, misteri kehilangan pesawat dikendalikan bapanya belum menemui sebarang jawapan yang pasti.


Rabu, 26 Maret 2014
13.50 0

Pihak Daily Mail Dakwa Rumahtangga Kapten Zaharie Retak

Pihak Daily Mail Dakwa Rumahtangga Kapten Zaharie Retak


Di sebalik semua pihak masih lagi bersedih dengan tragedi yang berlaku terhadap pesawat Malaysia Airlines MH370, media barat pula dilihat semakin gemar menjatuhkan hukuman terhadap juruterbang pesawat terbabit iaitu Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Terbaharu, akhbar tabloid UK, Daily Mail terus memainkan spekulasi berkaitan kehidupan peribadi Zaharie, bapa kepada tiga orang anak, yang mungkin menjadi penyebab utama kepada insiden malang tersebut.

Menerusi akhbar tersebut yang memetik sumber daripada seorang rakan Zaharie yang enggan dikenali menyatakan ada kemungkinan masalah rumah tangga yang dialami Zaharie menjadi penyumbang kepadanya untuk bertindak di luar batasan semasa sedang bertugas mengendalikan pesawat tersebut.

Menurur rakannya itu lagi yang juga merupakan seorang juruterbang, Zaharie juga didakwa mempunyai skandal dengan wanita lain sehingga mendorong isterinya berpindah keluar daripada kediaman mereka.


Lantas, Zaharie, 53, didakwa berasa sangat kecewa dengan keputusan isterinya itu sehingga membuatkan fikirannya seakan tidak ‘stabil’ untuk menjalankan rutin kerjanya.

Penyiasatan kini tertumpu kepada Zaharie berikutan dia mempunyai simulator penerbangan di rumah selain kehidupan peribadinya yang dilihat lebih rumit daripada pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Namun seperti yang diperkatakan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebelum ini, semua penumpang dan anak kapal MH370 adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Jadi, diharapkan anda tidak terpengaruh dengan segala spekulasi yang dibawakan oleh media antarabangsa yang saban hari cuba memprovokasi keadaan yang sudah sedia rumit ini.


13.46 0

TUDM Sangka Pesawat Diarahkan Oleh Menara Kawalan Untuk Patah Balik

TUDM Sangka Pesawat Diarahkan Oleh Menara Kawalan Untuk Patah Balik


Kementerian Pertahanan menjelaskan, pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.

Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri (kiri) berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.

Bagaimanapun, TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat hari ini.

“(Pergerakan patah balik) itu dikesan di dalam radar kita.

“Cuma kita menganggap bahawa pergerakan patah balik itu dilakukan oleh pesawat Malaysia Airlines dan dilakukan pesawat yang tidak memberi ancaman dan pesawat pihak kita.

“Jadi kita menganggapnya satu arahan daripada menara kawalan, mungkin ia boleh membuat lencongan,” katanya sewaktu ucapan penggulungan titah diraja bagi Kementerian Pertahanan di Parlimen, petang ini.

Bagaimanapun, tegas Abdul Rahim, jawapan muktamad hanya akan diketahui apabila serpihan pesawat itu ditemui kelak.

“Kami rasakan ia akan berakhir dan menuju ke Selat Melaka atau Laut Andaman.

“Jadi apabila kita perasaan ada patah balik, hari berikutnya kita maklumkan pasukan yang bertanggungjawab dalam SAR (mencari dan menyelamat) kerana kalau kita tak maklumkan, sebagai pemilik radar utama kita tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya lagi, mendedahkan maklumat sedemikian kepada orang awam juga melibatkan “keselamatan nasional”.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan daripada laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut).


13.38 0

Kassim Ahmad Ditahan Penguatkuasa Agama

Kassim Ahmad Ditahan Penguatkuasa Agama


“Semua pejabat agama yang ada tak boleh pakai. Saya ajar Islam yang sebenar dan bagi saya jawab sendiri dengan ALLAH. Waran tangkap semua ni mengarut sahaja. Pergi balik!"

Itulah antara kata-kata dikeluarkan oleh sasterawan dan pemikir Dr Kassim Ahmad ketika pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) menahan beliau di rumahnya di Kulim Golf & Country Resort kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Ketua Penguatkuasa PADK, Azmi Rejab berkata, sebaik diarahkan untuk melaksanakan waran tangkap ke atas Kassim, pihaknya ke kediaman sasterawan itu kira-kira jam 12 tengah hari, namun tiada sesiapa di rumah ketika itu.

“Hanya kira-kira jam 2 petang, Kassim pulang bersama seorang rakan menaiki kereta. Apabila pegawai penguatkuasa agama memperkenalkan diri dan memaklumkan tujuan mereka ke situ, Kassim enggan memberi kerjasama sebaliknya menyuruh mereka balik.

"Keadaan menjadi semakin tegang apabila beliau mula bertindak agresif dan tidak mahu dirinya dipegang atau masuk ke dalam van PADK," katanya.

Azmi kemudiannya memaklumkan kepada Kassim bahawa PADK hanya melaksanakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Walaupun waran tangkap ditunjukkan, Kassim masih enggan mengikut arahan.

Menurut Azmi, untuk mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini, PADK telah memaklumkan kejadian itu kepada Balai Polis Kulim Hi–Tech untuk meminta bantuan.

"Dengan bantuan polis, Kassim akhirnya dibawa ke Balai Polis Kulim sebelum dua pegawai PADK mengiringi beliau ke Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang kira-kira jam 10 malam," katanya.

Penahanan ke atas Kassim dibuat selepas Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama. -sinar harian
11.58 0

Hishammuddin Mohon Agar Warga China Bersabar Kerana Ianya Melibatkan Warganegara Lain Juga

Hishammuddin Mohon Agar Warga China Bersabar Kerana Ianya Melibatkan Warganegara Lain Juga


Segelintir ahli keluarga yang melakukan protes di Kedutaan Besar Malaysia di Beijing diharap dapat bersabar kerana insiden Malaysia Airlines MH370 bukan sahaja melibatkan warganegara China. Pesawat yang hilang sejak 8 Mac itu juga mempunyai penumpang dari negara-negara lain juga.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akui agak sukar untuk memberikan sebarang jawapan.

"Secara peribadi, ia agak sukar untuk saya. Sebagai seorang ayah dan saudara, saya memahami apa yang mereka sedang lalui. Selagi kita belum jumpa objek itu dan mengesahkan ia adalah milik MH370, kita tidak boleh memberikan mereka sebarang jawapan.


"Saya juga berharap agar pihak keluarga di Beijing dapat memahami bahawa bukan mereka sahaja yang kehilangan orang tersayang di dalam pesawat Malaysia Airlines MH370. Bagi mereka di China, mereka perlu faham bahawa kita di Malaysia juga ada kehilangan ahli keluarga. Ia melibatkan warganegara lain juga," kata Hishammuddin ketika sidang media yang diadakan di PWTC petang tadi.

Beliau turut berkata bahawa keadaan terkawal di kedutaan Malaysia di Beijing susulan tunjuk perasaan di sana. Insiden berkenaan juga tidak menjejaskan kerajaan China dan Malaysia.

"Hubungan government-to-government (G2G) mempunyai kefahaman yang erat dan mendalam," tambah Hishammuddin.

Di Beijing, kira-Kira 200 anggota keluarga 154 penumpang warga China dalam pesawat MH370 berarak dengan membawa sepanduk di depan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing bagi melahirkan kekecewaan mereka berkaitan berita tentang nasib pesawat itu.

Pada mulanya, tunjuk perasaan itu berlangsung secara aman namun bertukar menjadi tidak terkawal apabila mereka dihalang memasuki premis berkenaan oleh anggota keselamatan yang berkawal di depan kedutaan berkenaan.

06.27 0

Korang Tak Akan Jumpa Pusara Aku - Gurauan Kapten Zaharie Kepada Rakan

Korang Tak Akan Jumpa Pusara Aku - Gurauan Kapten Zaharie Kepada Rakan


Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah pernah bergurau kepada kenalan rapatnya bahawa rakannya itu tidak akan menjumpai pusaranya menjadi petanda yang beliau akan pergi buat selama-lamanya.

Bernama melaporkan dipetik Utusan Online, Mohaza Mohaza, kenalan rapat kepada Zaharie berkata, dia tidak menyangka bahawa gurauan juruterbang itu pada Aidilfitri lalu di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang merupakan satu kiasan untuk pergi meninggalkan semua.

“Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.

“Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin,” katanya.

Anak kepada Zaharie, Ahmad Idris Zaharie turut berkongsi rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.

Di laman Facebook ‘Friends of Captain Zaharie MH370′, Ahmad Idris menulis;

“Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah.”


06.16 0

Kisah Sebenar Juruterbang Air Asia X Yang Digantung Tugas

Kisah Sebenar Juruterbang Air Asia X Yang Digantung Tugas


Syarikat penerbangan AirAsia bertindak menggantung tugas seorang juruterbangnya ekoran kritikannya di laman sosial berhubung operasi mencari pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan menyebut, tindakan itu bagi menyiasat sama ada juruterbang yang bertugas di anak syarikatnya, AirAsia X itu melanggar polis syarikat.

“Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook,” katanya dalam satu tulisan di Twitter.

Sementara itu, AirAsia X pula menjelaskan, pegawai tersebut melanggar “arahan khusus” agar tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka.


Ketua pegawai eksekutifnya Azran Rani Osman berkata, arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangannya membuat kenyataan yang mengguris perasaan.

“(Ada) arahan khusus kepada kru kami dalam membuat komen terbuka berkenaan MH370. (Ada) tanggungjawab untuk tidak menyakitkan perasaan (orang lain),” katanya, juga di Twitter.

Ketika dihubungi, AirAsia X berkata tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara itu.

Kenyataanya itu timbul selepas beberapa blog menyebarkan gambar didakwa sebagai tulisan juruterbang tersebut di Facebook.

Dalam tulisan itu, juruterbang berkenaan didakwa mengkritik kerajaan kerana mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.

“Demi (carutan)… Adakah bukti kukuh MH370 terhempas?! Tak betul jika terus buat anggapan bila anda tidak ada bukti untuk pertahankan dakwaan itu!

“Serpihan (yang disyaki)… masih tidak dipastikan dari pesawat! Tunjukkan kami bukti dan kemudian beritahu MH370 telah terhempas.

“Sehingga itu, berhenti sembunyikan fakta! Jelas sekali, walau kepada orang buta bahawa ada bertan-tan maklumat yang kerajaan tahu dan tidak mahu dikongsikan!,” tulisan itu dipetik.

Malaysiakini sedang mendapatkan ulasan juruterbang berkenaan, yang difahamkan telah memadakan akaun Facebook beliau.


01.58 0

Pegawai Kanan AirAsia X Digantung Selepas Hantar Mesej Awam Mengenai Isu MH370

Pegawai Kanan AirAsia X Digantung Selepas Hantar Mesej Awam Mengenai Isu MH370


 Seorang pegawai kanan Air Asia X telah digantung daripada syarikat penerbangan kos rendah itu selepas menghantar satu mesej awam di Facebook yang menafikan pesawat MH370 telah terhempas dan menunjukkan bahawa kerajaan telah menyembunyikan maklumat mengenai pesawat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan penggantungan itu lewat malam Selasa melalui Twitter, menyatakan bahawa penggantungan itu dibuat sementara menunggu siasatan terhadap pegawai berkenaan telah melanggar dasar syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani memberi jawapan penjelasan kepada Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan yang memberi komen terhadap 'post' Fernandes bahawa penggantungan itu diberikan bukan kerana dasar syarikat tetapi sebagai 'arahan khusus' berdasarkan sensitiviti persekitaran mengenai penerbangan MH370. - mStar Online
01.49 0

Luahan Sedih Dari Isteri Pramugara MH370

Luahan Sedih Dari Isteri Pramugara MH370


Isteri kepada seorang pramugara Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, Intan Maizura Othaman redha dengan pemergian suaminya selepas mengetahui nasib pesawat malang yang hilang sejak 8 Mac itu berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Isteri kepada pramugara Hazrin Hasnan, berkongsi kedukaan menerusi akaun Instagram miliknya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkembangan terkini pencarian pesawat itu malam Isnin.

Beliau berkata:"positif dan berharap awak masih hidup dan akan kembali ke rumah ... hari berlalu pergi dan masih tiada berita daripada sesiapa sehingga malam tadi 24 Mac 2014, pukul 21:30 saya menerima berita yang tidak diingini mengatakan kamu dan mereka yang lain bersemadi di lautan yang dalam, Lautan Hindi ... wow ia sungguh mengejutkan."

Dalam mesej pada 10.30 malam tadi Intan Maizura berkata: "Allah Maha Agong kerana meminjamkan kamu sebagai satu anugerah kepada saya buat masa yang singkat tetapi semuanya adalah kenangan-kenangan baik dan manis. Semoga Allah tempatkan kamu di tempat orang-orang yang beriman ... Saya cintakan kamu B."

Intan Maizura menerima berita itu dengan hati terbuka dan menyifatkan Allah lebih menyayangi suaminya.

"Sungguh mengejutkan kepada saya tetapi Allah mencintaimu lagi ... saya redha pemergian kamu B, " katanya.

Intan Maizura berkata akan sedaya-upaya menjadi seorang wanita yang tabah dalam meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal dan menjaga kedua-dua anaknya.

"Saya akan memberitahu Iman secara berperingkat bahawa dia telah kehilangan ayahnya dan Muhammad akan menjadi kekuatan saya untuk meneruskan kehidupan... insya-Allah Iman dan Muhammad tidak akan mengecewakan kamu," katanya.

Penerbangan MH370 ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.- mStar Online
01.36 0

GEMPAR! Pengantin Lelaki Ini Tiba-Tiba Melompat Bersilat

GEMPAR! Pengantin Lelaki Ini Tiba-Tiba Melompat Bersilat

Gambar hiasan ihsan dari Google images

Orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan di Taman Keladi dekat sini kelmarin gempar apabila pengantin lelaki yang lengkap mengenakan pakaian mempelai meninggalkan kerusi tempat duduk pengantin yang telah dikhaskan.

Tindakan pengantin lelaki, Mohd Shahfizal Muhammad Shahfawi, 27, yang bekerja di sebuah syarikat industri itu turut mengejutkan pasangannya, Nor Hasliza Abd Rashid, 24, yang sedang disandingkan bersama ketika itu.

Bukan sahaja tetamu yang hairan, malah ibu bapa pengantin turut terkejut menjadikan suasana sedikit cemas dan kelam-kabut.

Bagaimanapun, tindakan Mohd Shahfizal itu dilakukan bagi membolehkannya membalas ‘panggilan’ salah seorang ahli pertubuhan silat yang sedang dalam pertunjukan ketika itu.

Dia dilihat mengambil tempat di lokasi pertunjukan silat bersama beberapa ahli pertubuhan berkenaan sebelum mempamerkan kemahiran yang dimiliki dalam seni mempertahankan diri tersebut.

Tindakannya mendapat perhatian pengunjung yang kemudian mengerumuni tempat pertunjukan bagi menyaksikan dengan lebih dekat.

Menurut Shahfizal yang juga Jurulatih Silat Lincah Malaysia, tindakan itu dilakukan bagi ‘membalas’ pergerakan setelah dicabar anak buah yang sedang membuat pertunjukan ketika itu.

Mohd Shahfizal berkata, dia terus memulakan langkah apabila dicabar anak buah yang sedang beraksi.

“Saya juga tidak menyangka akan turut serta membuat pertunjukan kerana mengikut perancangan awal, hanya anak buah sahaja yang terlibat.

“Tetapi, secara tiba-tiba mereka ‘mencabar’ saya untuk turut serta dan saya menyambut cabaran itu tanpa dirancang. Namun Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar akhirnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Nor Hasliza yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta turut terkejut dengan tindakan suami yang secara tiba-tiba meninggalkan kerusi pengantin untuk beraksi.

“Saya juga tidak menyangka suami akan membuat persembahan kerana dia pun tidak membuat sebarang persiapan,” katanya.- sinar harian
01.32 0

MH370 : Kata-Kata Akhir Dari Seorang Anak Kepada Ibu Sebelum Berlepas

MH370 : Kata-Kata Akhir Dari Seorang Anak Kepada Ibu Sebelum Berlepas


Kata-kata terakhir Khairul Amri Selamat, 29, yang dilafazkan kepada ibunya, Normah Jaafar, 56, sebelum berlepas ke Beijing, China dengan menaiki pesawat MAS MH370, 8 Mac lalu atas urusan kerja masih lagi terngiang-ngiang di telinga.

"Mama, adik nak pergi dah..." Itulah kalimah terakhir yang diucapkan Khairul Amri.

Normah berkata, setiap kali ke luar negara, anak bongsunya itu akan menghubunginya  dan sering berbual panjang.

Namun sebelum kejadian, hanya itu sahaja kata-kata yang diucapkan oleh Khairul Amri, dan sebaliknya dia yang banyak bercakap.

“Itulah yang saya ralat sangat. Dia cakap itu sahaja, memang tak cakap apa-apa dah.

“Tapi saya sudah bersedia untuk terima segala kemungkinan. Saya reda dan pasrah jika itu ketentuan-Nya,” katanya.

Menurut Normah yang juga Guru Tabika Kemas Kerayong Makmur, selepas mendengar pengumuman oleh Perdana Menteri malam kelmarin menerusi televisyen, dia agak terkejut dengan berita itu, malah tidak menjangka penantian selama 17 hari bernoktah tidak seperti diharapkan.

Katanya, pihak MAS ada memaklumkan kepadanya untuk bersiap sedia segala kelengkapan atau keperluan untuk di bawa ke Perth, Australia pada bila-bila masa sahaja.

“Saya nak pergi ke sana. Kalau tak dapat melihatnya (Mohd Khairul Amri), dapat tengak lokasi pun cukuplah.

“Bohonglah kalau kata saya tak sedih. Tapi saya kena kuatkan semangat hadapi semua ini dan saya memang sudah bersedia untuk ke sana (Australia),” katanya ketika ditemui di kediamannya di  Taman Kerayong Makmur, dekat sini.

Normah turut ditemani adik kandungnya, Mohd Sabri, 45, serta isteri, Mastura Jantan, 45, berikutan beliau tidak boleh ditinggalkan bersendirian kerana masih mengalami gangguan emosi.

Turut menemani Normah ketika itu, Penyelia Kemas Daerah, Manila Abd Latif serta rakan sekerja termasuk jiran tetangga dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Bera yang turut membacakan Surah Yassin yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kamping (JKKK) Felda Bukit Puchong, Muhammad Amin Sardi.-sinar harian
01.28 0

#MH370 : Hancur Luluh Hati Saya

#MH370 : Hancur Luluh Hati Saya


"Hancur luluh hati saya apabila mengenangkan kesedihan tidak tertanggung yang dialami keluarga terbabit dan tiada kata-kata yang dapat meredakan kesedihan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya.

Sejurus selepas sidang akhbar mengenai MH370 awal hari ini, Ahmad Jauhari berkata beliau bukan berkata demikian kerana kedudukannya sebagai CEO MAS, tetapi sebagai seorang bapa dan anak.

"Setiap anggota keluarga MAS mendoakan kesejahteraan 239 roh mereka yang menaiki MH370 dan orang yang mereka sayang pada hari yang memilukan ini. Kami (MAS) mendoakan kesejahteraan dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," kata Ahmad Jauhari yang mengalirkan air mata apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman tentang nasib pesawat itu malam semalam.

Beliau berkata seluruh warga MAS turut berasa sedih dan pilu. "Sedih kerana kesemua mereka yang menaiki Penerbangan MH370 pada 8 Mac tidak akan dapat lagi berjumpa dengan keluarga masing-masing. Dan kini, keluarga terbabit terpaksa menjalani kehidupan tanpa orang yang mereka sayangi. Satu lagi perkara yang tidak patut dilupakan ialah 13 rakan kami dan rakyat Malaysia lain juga menaiki pesawat itu.

"Izinkan saya menyatakan dengan sejelas-jelasnya tentang peristiwa petang semalam bahawa satu-satunya motivasi bagi kami (MAS) ialah untuk memastikan bahawa dalam tempoh yang amat singkat, keluarga berkenaan dapat mendengar berita sedih itu sebelum dunia mendengarnya," kata beliau.

Beliau berkata dengan sedapat mungkin, MAS menyampaikan berita itu secara peribadi kepada keluarga terbabit atau melalui telefon dan menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) hanya sebagai langkah susulan untuk memastikan hampir 1,000 anggota keluarga terbabit mendapat berita itu dari syarikat penerbangan tersebut sendiri, bukan dari media.

Ahmad Jauhari berkata seperti orang lain, MAS juga menunggu berita itu daripada pihak berkuasa.

"Kita tahu bahawa walaupun terdapat banyak petunjuk ketara, namun tidak terdapat pengesahan tentang identiti sebarang serpihan yang diperkatakan itu. Sukar untuk meramalkan berapa lama masa yang perlu diambil. Tetapi, selepas 17 hari, pengumuman yang dibuat malam tadi dan dikongsi dengan keluarga terbabit, merupakan hakikat yang perlu kita terima sekarang," katanya.

Beliau berkata apabila MAS mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa penyiasatan, persiapan akan dibuat untuk membawa keluarga terbabit ke kawasan penemuan sekiranya mereka ingin berbuat demikian, tapi untuk  waktu ini, mereka akan terus membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Sementara itu, Ahmad Jauhari mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari yang benar-benar bersifat global ini.

"Peristiwa yang belum pernah berlaku dalam sejarah penerbangan ini menjadikan 18 hari lepas sebagai tempoh yang paling mencabar dan terpaksa diharungi oleh seluruh pasukan kami di MAS. Saya amat terharu dengan ketekunan, dedikasi, rasa prihatin yang diutuskan serta sokongan yang diberi oleh pasukan kami yang hebat ini.

"Kami tidak tahu kenapa dan kami tidak tahu bagaimana tragedi dahsyat ini terjadi. Tapi, sebagai keluarga MAS, kami mendoakan kesejahteraan untuk penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370," katanya.  

Setelah 17 hari gerakan mencari dan menyelamat dijalankan, semalam, Najib mengumumkan bahawa laluan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Beliau membuat pengumuman itu berdasarkan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK dan Inmarsat, syarikat dari United Kingdom yang menyediakan data satelit berkenaan.

Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac. Pesawat itu dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Bernama
Jumat, 21 Maret 2014
20.55 0

Rekod Komunikasi 54 Minit Terakhir MH370 Dengan Menara Kawalan Didedahkan

Rekod Komunikasi 54 Minit Terakhir MH370 Dengan Menara Kawalan Didedahkan


Komunikasi pada 54 minit terakhir antara pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara kawalan didedahkan The Telegraph.

Laporan itu juga mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama dan menara kawalan, dan lain-lain pengawal trafik udara , bermula dari masa Boeing 777-200ER itu berlepas dari landasan hingga ke kedudukannya di ketinggian yang mencecah puluhan ribu kaki di atas Laut China Selatan.

Transkrip bermula pada 00.25 dengan arahan am daripada menara kawalan kepada juruterbang pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS). Perbualan terperinci bermula pada 00.36.

Ia termasuk pertukaran dari satu lokasi di mana penyiasat percaya pesawat itu telah disabotaj, dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid , 27: "All right, good night. "

Penganalisis berkata urutan mesej yang muncul sebagai "perfectly routine". Walau bagaimanapun, mereka berkata terdapat dua ciri yang menonjol sebagai berpotensi ganjil.



Yang pertama adalah mesej dari kokpit pada 01:07. yang memberitahu menara kawalan, pesawat itu terbang pada 35,000 kaki. Ini mengulangi mesej yang disampaikan enam minit lebih awal.

Tetapi, ia berlaku pada 1:07, ketika ACARS, peranti isyarat pesawat, menghantar mesej terakhir sebelum ia dipadamkan dalam masa 30 minit kemudian, seperti disengajakan. Satu transponder berasingan telah dipadamkan pada 01:21, namun penyiasat percaya ACARS telah ditutup sebelum 01:19 iaitu ketika komunikasi dari Fariq.

Ciri lain yang pelik, yang boleh dijadikan sebab pesawat itu disyaki mengalami kemalangan adalah bila hilangnya komunkasi dan seterusnya penyerahan pengawal trafik udara di Kuala Lumpur kepada petugas di Bandaraya Ho Chi Minh.

"Jika saya mahu merampas pesawat tersebut, ia akan menjadi point di mana saya akan melakukannya," kata Stephen Buzdygan, bekas juruterbang British Airways yang memandu 777s.

"Mungkin ada sedikit ruang kosong di antara pengawal trafik udara ... Ia adalah satu-satunya masa semasa penerbangan mereka akan mungkin tidak telah dapat dilihat dari bawah," katanya.

Maklumat yang didedah The Telegraph itu menambah spekulasi mengenai nasib MH370, sama ada ia adalah mangsa kemalangan tiba-tiba atau dirampas. Transkrip ini juga menunjukkan bahawa jika juruterbang yang terlibat, mereka sangat berhati-hati untuk menyembunyikan niat sebenar mereka.

Menurut transkrip kokpit, dari saat tanda masuk di 12.36 apabila pesawat itu masih di atas darat, Fariq, melakukan rutinnya memberitahu lokasi, kenaikan dan ketinggian.

Walaupun dia telah mengambil pendekatan yang sedikit kasual dan pada masa-masa berlepas dari kata-kata rasminya, tidak apa-apa tanda bahawa kapal terbang akan hilang.

Sesetengah pakar berkata mereka tidak melihat apa-apa yang boleh membuatkan mereka merasa ada perbuatan jahat munkin telah berlaku.

The Telegraph mendakwa mereka telah berulang kali meminta pihak MAS, Pihak Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan pejabat Perdana Menteri untuk mengesahkan rekod komunikasi ini namun hanya pejabat Perdana Menteri memberi jawapan bahawa data itu tidak akan didedahkan.

Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi 8 Mac dalam penerbangannya ke Beijing.

Namun pesawat itu dilaporkan hilang dari radar awal pagi 8 Mac dan masih hilang hingga ke hari ini.

07.11 0

Rakan Karib Tampil Beri Penerangan Jawab Fitnah Keatas Set Simulasi Kapten Zaharie

Rakan Karib Tampil Beri Penerangan Jawab Fitnah Keatas Set Simulasi Kapten Zaharie


Salah seorang rakan kepada juruterbang MH 370, Thanos Kontogiannis mendedahkan perbualannya dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi menjawab fitnah terhadap rakannya itu.

Memetik laporan sebuah portal tempatan, Kontogiannis juga tidak puas hati ada pihak yang memburukkan imej Kapten Zaharie semata-mata dia memiliki sebuah simulator penerbangan di rumahnya.

Di laman blognya, motionsim.blogspot, Kontogiannis yang merupakan moderator X Sim DE berkongsi mesej perbualan mereka menerusi email.

Dalam perbualan itu mereka berkongsi maklumat dan idea untuk membina simulator yang lebih baik.

Kontogiannis seorang jurutera di Qualcomm membekalkan komponen Motion Controller bagi menaik taraf simulator Kapten Zaharie dan juruterbang lain.

Dalam blog itu juga, Kontogiannis menjelaskan hampir semua juruterbang berminat memiliki simulator penerbangan.

Dalam hal ini, Kapten Zaharie mempunyai minat yang mendalam sehingga membina simulator penerbangan sendiri.

Bagi Kontogiannis, segala tuduhan dan fitnah terhadap Kapten Zaharie adalah tidak berasas.-sinar harian