Searching...
Tampilkan postingan dengan label Ikhlas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ikhlas. Tampilkan semua postingan
Selasa, 26 Februari 2013
17.56 0

Subhanallah! Derita Kanak-Kanak 4 Tahun mengalami Kanser Mata



Subhanallah! Derita Kanak-Kanak 4 Tahun mengalami Kanser Mata | Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang kanak-kanak kecil apabila dirinya menghidap penyakit kanser mata.

Penyakit tersebut telah mengundang masalah kerana terdapat ketumbuhan di bahagian mata yang tampak kian membesar. Ibu bapa kanak-kanak ini memerlukan bantuan kewangan bagi memastikan kanak-kanak ini mendapat rawatan yang sebaiknya. Semoga cepat sembuh!

KUALA KRAI – Seorang kanak-kanak penghidap kanser mata berusia empat tahun dari Kampung Keroh, dekat sini, terlantar di hospital sejak awal bulan ini selepas keadaan penyakitnya itu bertambah teruk.

Kanak-kanak malang itu, Muhammad Azim dibawa ke Hospital Kuala Krai pada 3 Februari lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat Kota Bharu, kerana berlaku pendarahan.

Ibunya, Nik Zuraidah Nik Yali, 39, berkata, sejak dikesan mula tumbuh pada pertengahan 2011, bonjolan kecil di kelopak mata kiri anaknya itu seolah-olah ‘hidup’ apabila semakin hari semakin membesar.

“Sejak disahkan menghidap Retinoblastoma atau sejenis kanser mata kanak-kanak, sudah banyak kali anak saya menjalani pembedahan dan kimoterapi tetapi keadaannya tidak banyak berubah.

“Kami hantar dia ke HKK baru-baru ini untuk buang ulat dalam bonjol tetapi masa dibersihkan, ada pendarahan dan terpaksa dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian sehingga hari ini,” katanya, semalam.

Nik Zuraidah berkata, sejak Muhammad Azim berada di HUSM, dia dan suami, Nor Hazri Ahmad, 40, terpaksa bergilir-gilir menjaganya menyebabkan salah seorang daripada mereka terpaksa meninggalkan kerja.

“Kami terpaksa bergilir-gilir kerja sebab nak jaga dia. Saya kerja seminggu, kemudian cuti untuk jaga anak di hospital dan suami pula kerja seminggu.

“Saya tak tahu sampai bila kami kena bergilir-gilir begini kerana kali terakhir anak saya masuk wad, ambil masa tiga bulan baru dibenarkan keluar sedangkan kami berdua hanya kerja kilang papan,” katanya.

Katanya, dengan pendapatan tidak menentu suami yang hanya dibayar gaji mengikut hari bekerja manakala pendapatannya pula sekitar RM500, keadaan itu amat membebankan mereka sekeluarga.

“Kami kena belanja tidak kurang RM150 seminggu sejak Muhammad Azim dimasukkan ke HUSM dan pada masa sama, ada dua lagi anak kami di rumah masih bersekolah dan perlu ditanggung,” katanya.

Menurutnya, walaupun dia ada menerima RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan itu hanya cukup untuk menampung perbelanjaan harian.

Sementara itu, Nik Zuraidah merayu agar permohonannya untuk mendapatkan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bagi meringankan beban kewangannya diberi pertimbangan sewajarnya pihak berkenaan.

“Saya hantar sendiri permohonan ke Balai Islam Lundang pada Julai tahun lalu tetapi sampai sekarang masih tidak ada jawapan. Kalau dapat wang zakat Maik, boleh ringankan beban belanja kami di hospital,” katanya.

Kamis, 17 Januari 2013
17.34 0

Sebarkan : Budak umur 11 tahun,kekasih hilang


Assalamualaikum,lagi kes hilang.Malam tadi admin mendapat email ditempat kerja berkenaan seorang pelajar berumur 11 tahun yang disyaki hilang pada 12/01/2013 bersamaan hari sabtu lebih kurang pukul 2.30pm di Tesco Bukit Beruntung ketika ke tandas.

Jadi atas dasar ingin membantu keluarga mangsa,memang admin berhasrat untuk publish kan berkenaan hal ini kepada kengkawan di rangkaian media sosial mahupun media blogging kerana diantara kita sendiri tahu,boleh dikatakan disemua tempat kat Malaysia sekarang boleh melayari internet.Lagipun dengan kecanggihan gadget-gadget yang timbul,semakin cepat sesuatu informasi sampai ke hujung jari kita.Tup tup pagi ini lihat kat kosmo sudah keluar berita tentang kes ini.Admin mohon kerjasama anda semua untuk sebarkan berita ini tidak kisah di FB,Blog atau lain-lain medium.Semoga usaha kecil dari kita dapat balasan dariNYa.amin.

Berikut adalah berita yang ditulis oleh kosmo.


TERATAI dan kekasihnya Muhamad Shahril dicari sebab menghilangkan diri daripada keluarga masing-masing sejak seminggu lalu.

HULU SELANGOR – Seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dilarikan kekasihnya ketika sedang menjamu selera bersama datuk dan neneknya di sebuah medan selera di pasar raya Tesco dekat Bukit Sentosa di sini Sabtu lalu masih belum lagi ditemui.

Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, dipercayai dilarikan oleh kekasihnya yang dikenali sebagai Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, 17, pada pukul 2.30 petang.

Mengikut maklumat keluarga mangsa, Teratai sebelum ini pernah menghilangkan diri selama sehari bersama lelaki sama tetapi pulang semula ke rumah selepas dipujuk oleh keluarganya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin berkata, budak perempuan dan kekasihnya itu didakwa mengenali satu sama lain ketika bermain satu permainan atas talian kira-kira tiga bulan lalu.

Bagaimanapun, menurut beliau, apabila hubungan mangsa dan kekasihnya yang tinggal di Kota Warisan, Sepang diketahui keluarga mangsa, keluarga budak perempuan itu melarang mangsa berjumpa kekasihnya itu.

Dalam tempoh perhubungan itu, kekasih Teratai didakwa pernah menghantar sebentuk cincin kepada mangsa dengan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang lebih serius.-kosmo





Jumat, 04 Januari 2013
18.47 0

Sila sebarkan : Pelajar Universiti Malaya hilang 3 Januari 2013



Laporan kehilangan seorang pelajar Universiti Malaya yang hanya disedari semalam (3 Januari 2013).

Nama: Siti Shairah ZakariaFakulti: Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM)Tahun Pengajian: Tahun 1Menetap: KK3, UMAsal: Kelantan(Gambar di atas)

Sesiapa sahaja mempunyai maklumat tentang kehilangan pelajar ini, anda dikehendaki melaporkan dengan segera di nombor yang disediakan di bawah.


Kami, MPPUM mengambil serius perkara ini kerana perkara ini adalah di bawah kuasa PDRM. Kami berharap tiada sebarang laporan palsu yang diberikan.

Nombor yang boleh dihubungi: 016-934 5286 / 013-299 7954

Mohon kerjasama kepada semua blogger mahupun pelawat blog ini dapat sebarkan sama ada di blog mahupun di facebook.semoga bantuan kita semua mendapat balasan dariNya.Amin



sumber dari fb Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya 12/13 [Official]