Searching...
Sabtu, 31 Agustus 2013
04.05 0

Jangan Tiru Gaya Hidup Gadis Yang Nak Sangat Kurus Ini (11 GAMBAR)


Jangan Tiru Gaya Hidup Gadis Yang Nak Sangat Kurus Ini (11 GAMBAR) | Si gadis, Valeria Levitin ini ingin menjadi seorang model sejak dari usia yang muda. Tetapi dengan tubuh badannya yang agak besar, dia mungkin tak mempunyai peluang yang cerah. Jadi dia bernekad untuk kuruskan badannya sehingga satu tubuh yang mungkin bakal menakutkan anda juga. Jadi jangan tiru ye gadis-gadis di luar sama. Kini pada usia mencecah 39 tahun, beratnya cuma 25kg.

Gambar 1 - 4 adalah ketika dia masih dalam keadaan sihat. Seterusnya gambar terkininya yang kurus.













04.00 0

Awas wanita skirt pendek, anda mungkin jadi mangsa lelaki ini! (3 GAMBAR)


Awas wanita skirt pendek, anda mungkin jadi mangsa lelaki ini! (3 GAMBAR) | Sudah lumrah wanita, nak cantik, nak lawa mesti bergaya. Tapi kalau begaya kena pada tempatnya, ok la juga..kalau isteri, melawa untuk suaminya...

Tapi kalau nak cantik dengan berpakaian seksi dengan memakai skirt pendek di tempat awam, ini bakal mengundang bala!

Banyak buaya-buaya darat yang menunggu untuk sedia 'menerkam' atau dalam kes ini 'merakam'.

Aksi lelaki miang ini dirakamkan di dalam sebuah pengangkutan awam yang sesak. Kelihatan beliau menggunakan telefon bimbitnya untuk menangkap gambar atau merakam video seorang gadis yang memakai skirt pendek.




03.56 0

10 Benda Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Duit

Gambar hiasan

10 Benda Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Duit | Percayakah anda di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit

1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .


7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.


03.53 0

Menarik! Kenapa Lalat Susah Dipukul?


Menarik! Kenapa Lalat Susah Dipukul? | Ramai diantara kita yang merasa bosan dengan binatang kecil bernama lalat ini. Lebih-lebih lagi dengan kitaran hidupnya yang lincah apabila anda hendak memukulnya. Pastinya akan membuat anda akan semakin bosan dan hamun bukan?. Namun pernahkah anda merasa ingin tahu dan ingin mengetahui alasan mengapa lalat susah dipukul atau ditangkap?

Seorang saintis bernama Dickinson mengaku telah mempunyai jawapan atas soalan tersebut. Ia mengatakan bahawa sekarang ia telah mempunyai jawapannya. Dickinson yang juga melakukan kajian bersama Esther M dan Abe M Zarem mendedahkan bahawa ia telah menemui rahsia tersebut setelah melakukan beberapa pengintipan dengan cara merakam manuver atau gerakan sejumlah lalat yang hendak dipukul dengan menggunakan kamera digital canggih yang boleh merakam benda kecil dan mikroskopik dengan kelajuan dan resolusi tinggi.

Penyelidikan yang mereka hasilkan mendapati bahawa lalat dapat mengenali ancaman dengan cepat berdasarkan lokasi ancaman. Otaknya akan langsung akan mengira dengan cepat seberapa jauh ancaman terhadap dirinya sebelum memutuskan untuk mengepakkan sayap dan terbang. Setelah ia meramalkan arah ancaman, kemudian kakinya bertumpu untuk terbang ke arah yang berlawanan. Semua persiapannya untuk segera melarikan diri boleh dilakukan serangga ini dengan sangat cepat, iaitu hanya memerlukan masa 100 milisaat (1/100 dari 1 detik) selepas ia mengesan adanya ancaman bahaya.

“Perkara tersebut amat luar biasa kerana membuktikan begitu cepatnya otak lalat untuk dapat memproses maklumat deria yang kemudian menjadi respons gerakan yang hampir menyerupai gerakan refleks,” ujar Dickinson.

Bahkan, lalat mampu menetapkan bentuk tubuhnya bersesuaian ancaman. Perkara ini menjelaskan bahawa lalat telah mengintegrasikan dengan sangat baik antara maklumat visual yang diterima dari mata dan maklumat metasensorik di kakinya. Penemuan ini memberi petunjuk lebih dalam mengenai sistem saraf lalat dan membuktikan bahawa di otak seekor lalat terdapat suatu sistem pemetaan posisi ancaman yang sangat kompleks dan berlangsung sangat cepat.

“Ini adalah sebuah bentuk transformasi rangsangan yang kemudian menjadi gerakan yang kompleks dan kajian kami selanjutnya adalah berusaha untuk mencari bahagian otak yang menguruskannya,” ujarnya.

Berdasarkan hasil penyelidikan yang dijalankan tersebut, Dickinson juga memberikan tips mudah untuk memukul KO haiwan ini. Ia menyarankan bahawa saat yang paling berkesan untuk memukul lalat adalah bukan pada saat kedudukannya siap terbang. Perkara tersebut kerana masa yang diperlukan oleh gerakan tangan sewaktu terangkat hingga saat gerakan memukul tentunya memerlukan waktu yang relatif lama dan lebih dari 100 milisaat dan biasanya sungguh sukar bagi manusia untuk dapat melakukan pukulan yang tepat dengan waktu 1/100 saat..


03.48 0

Apa Akan Jadi Jika Telur Direndam Dalam Cuka? (12 GAMBAR & VIDEO)


Apa Akan Jadi Jika Telur Direndam Dalam Cuka? (12 GAMBAR & VIDEO) | Jom Bereksperimen,agak-agak korang apa akan jadi dengan telur ini?

Jom saksikan,lagi 11 keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.













Lihat video


03.35 0

Mengarut! Kacang Walnut Palsu Buatan China (4 gambar)


Mengarut! Kacang Walnut Palsu Buatan China (4 gambar) | Apa nak jadi la dengan diorang nie..semua nak diciplaknya.Setakat ciplak alat telekomunikasi,itu perkara biasa.Tempoh hari ada pendedahan pasal kepak ayam palsu made in China dan yang terbaru admin jumpa,Kacang Walnut pun ada yang palsu.

Lagi 3 keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.




03.30 0

SERAM! Kisah Benar - Kemalangan Dengan Hantu

Gambar hiasan

SERAM! Kisah Benar - Kemalangan Dengan Hantu | Ini ada satu kisah benar yang agak seram, Kisah ini berlaku sekitar 2008. Semua yang diceritakan ini adalah benar, tiada yang tak benar melainkan benar-benar belaka.

 Aku masih ingat lagi. Masa tu tahun akhir degree. Aku dan member sekolej di Kelantan terpaksa transfer kredit ke another kolej di Kedah untuk meneruskan perjuangan dalam pengajian agama. Kolej baru tu di Alor Setar. Korang tahu kan kolej apa. Terpaksa kerana pada tahun tu, kerajaan M’sia menutup pintu sambung belajar ke al-Azhar, Mesir dan menetapkan syarat2 baru yg lebih ketat. Beribu-ribu pelajar menerima khabar malang itu dengan sakit hati dan redha. Ok skip to da story.

Aku baru kali pertama jejak kaki ke Kedah. Bertolak dengan kereta kancil pagi-pagi lagi ke Kedah. Selesai sahaja urusan pendaftaran di kolej baru kira sebelah petang, malamnya ada kawan-kawan ajak balik rumah sebab ada seminggu lagi nak mulakan pengajian. Aku pun apa lagi, tengah malam tu jugak aku setuju untuk balik ke Kelantan semula. Tak tahu lah kenapa malam tu terus nak balik. Walhal badan tengah penat baru sampai dari Kelantan-Kedah.

Jam hampir pukul 12 malam. Dengan kancil cikai, ada aku dan 3 lagi rakan lain. Tapi awal-awal bertolak, aku tak drive. Aku bagi kat member lain drive. Aku rest kat belakang dengan sorang member lagi. Biarkan dua lagi kat depan tu sembang-sembang. Aku akhirnya terlelap dengan member sorang lagi kat belakang. Kroh kroh.

 Sedar-sedar driver berhenti dekat sebuah kedai makan. Kalau tak silap, jalan tu namanya jalan Jeniang-Sik. Member nak buang air rupa-rupanya. Tapi oleh kerana ramai customer kat kedai makan tu guna tandas, si member ni ambik jalan mudah buang air kat tepi semak dekat kawasan gelap dekat situ. Dua-dua member kat depan buang air. Wallahua’alam dorang ni cuci dengan air ke tak. Okay, perjalanan diteruskan. Actually aku pun tak tahu sangat tentang jalan tu. Aku ingat kawan aku tu lagi tahu la kot dari aku. So aku biar je dia drive. Sekali lagi terlelap kat belakang dengan member. Sedar-sedar dah jauh sampai ke tempat yang gelap. Lalu jalan yang gelap tade orang. Rumah pun tade tepi2. Tak tahu kat mana. Aku tanyalah member, “kat mana?” Dia jawab dia sendiri pun tak tahu kat mana. Sepatutnya masuk satu simpang ni utk tembus ke Baling-Gerik. Tapi tak jumpa simpang/cabang tu. Aku pun suruh dia u-turn.

Ok. Time dia u-turn kete tu, tibe-tibe aku dan member kat belakang rasa seriau gile. Naik semua bulu2 roma kami berdua kat belakang. Aku tanya member kat belakang tu, dia rasa tak apa aku rasa. Dia kata dia pun sama. So kitorang sama2 baca ayat-ayat al-Quran senyap2. Perjalanan diteruskan..50KM rupa2nya kitorang tersesat ke jalan gelap tu. Jumpalah akhirnya satu simpang ni. Apalagi driver terus masuk. Tapi tambah cemas bila salah simpang la plak. Masuk jalan yang gelap gak. Aku pun tak sedap hati dah. Aku mintak tukar driver lak. Skang aku sendiri yang pandu kete tu.

Alhamdulillah, bila aku drive, jumpa lak simpang tu. Elok2 plak jumpa. Aku pun teruskan perjalanan melalui jalan simpang tu. Jalan shortcut sebenarnya simpang ni. Jalan kecik je. Ada la dalam 50km lebih gak kalau tak silap. Or 100Km ke jalan besar Baling – Gerik.

Tapi dengan izin Allah, jalan shortcut tu hanya ambil masa 5 minit sahaja ke jalan besar malam tu. Berpuluh2 KM boleh dapat 5minit perjalanan tak? Logik tak? Jika 10KM mungkinlah logik.

 Dengan izin Allah juga, sampai je ke jalan besar, ketiga2 kawan terlelap padahal tadi duk borak elok2. Betul2 tdo. Kecuali aku.

 Time tu hujan renyai2. Lampu tinggi kete kancil ni memang dah rosak awal2 lagi. Lampu standard je yang pasang. Memang kena bawa slow2 lah dalam keadaan hujan macam tu. Ingat lagi meter kete hanya takat 60 km/j atau kurang. Tak laju pun. Kete time tu lak sedang menaiki kawasan bukit. Memanglah takleh pecut.

 Tiba-tiba….

Aku ternampak kelibat putih dengan banyak sekali di depan kete betul tak sampai 50 meter di hadapan kete tibe2 muncul! Apa lagi aku cuba brek kuat2 sambil pulas stereng ke kanan. Tapi gedegang!!!! Hancur remuk bonet kete aku. Terempuh jugak benda tu..Kawan2 semua tersedar terkejut. Bawak 60km/j tapi brek macam 140km/j. Logik tak? Tapi itulah kenyataannya.

Pintu kiri sebelah depan takleh buka lgsg. Lampu pecah. Tapi mentol dia elok2 terpasang. Lampu tinggi yang rosak tibe2 elok kembali. Nasib baik kete tak mati, boleh terus berjalan. Aku dah cuak dah. Takut2 terlanggar orang ke. Tapi aku tengok ke belakang. Memang tade apa2! Lembu ke binatang2 lain ke..takde pape!! Serius tade! Tapi kete aku rabak.

Perjalanan diteruskan dalam keadaan aku bingung. Tertanya2 pada kawan aku. Kawan2 aku tak nampak apa yang aku nampak. Dorang pun blur. Sampai di satu tempat, kami berhenti check kereta. Memang teruk gak lah kete. Kalau nak repair kena beribu gak la. Kami lgsg tak perasan kat mana kami berenti tu. Rupa2nya di belakang tu kubur Cina yang luas. Anda mesti perasan kalau lalu lebuhraya ni. Tapi kami tak perasan benda ni.

Perjalanan diteruskan gak. Sampai ke Tasik Banding, ingat nak rehatlah. Penat dan bingung. Tapi baru je nak rehat. Tak sedap hati. Tengok di side mirror macam ada something je kat belakang tgh renung kitorang. Tapi macam tadi gak, hanya aku yang perasan. Aku kata, teruskan je lah perjalanan. Tak payah rehat.

So aku teruskan perjalanan.

Jalan lagi dalam kepenatan. Tapi tak lama. Tak sampai setengah jam, kami berempat penat teramat sangat2. Nampaklah satu kontena trailer lama kat tepi jalan. Aku pun decide nak rehat tepi trailer tu je lah. Tu je kenderaan yang ada kat tepi jalan gelap tu. Tade kenderaan lain. Sekurang2nya ada peneman dalam hati ni kata. So, aku park kete dekat trailer tu. Padamkan lampu kete, tak matikan enjin, free gear dan tarik handbrake. Tak sampai 1 minit, keempat-empat tertdo..

Tibe-tibe…

Kawan (1st driver) melaung2 nama aku. “Dee! kereta2!” Aku cepat2 bukak mata. Terkejut! Kereta jalan sendiri menaiki bukit!

Lampu tak pasang, gear masih free, handbrake masih tak turun. Tapi kereta jalan! Aku tengok kaki kanan aku bergerak sendiri hentak2 pedal minyak. Apa hal kaki aku ni?! Kete lak bergerak ke arah gaung. Aku kekalutan dan bersusah payah cuba stopkan kaki aku, nyalakan lampu dan akhirnya dapat kawal balik kete.

 Skip cerita. Sampai kat rumah, after hantar semua kawan2 balik. Aku tertdo. Petangnya tibe2 ummi kejutkan aku. Ayah aku kena sampuk hantu meracau2. Suara dia dah bertukar jadi suara perempuan! Suara perempuan yang menengking2.

Skip cerita lagi. Akhirnya after ayah dah berubat. Aku dan kawan2 juga berkumpul kembali. 3 je berkumpul. Sorang lagi tak dapat datang sebab dia duk jauh. So berubatlah kitorang sebab bulu roma meremang tak turun2 dari pagi sampai petang. Semua muka pucat je. Tanyalah ustaz tempat berubat tu. “Ia” ada skang bersama2 kitorang. Ustaz tu pun berinteraksi lah dengan benda tu. Lalu dia cite la asal usul benda tu.

Ustaz tu kata pompuan tu asalnya wanita cantik, digilis trailer time nak lintas jalan kat simpang yg kitorang sesat tu. Jadi dia dendam pada manusia. Wallahua’alam. Skang rupanya mengerikan..pale sebelah hancur dan berdarah2 baju..

 Then, after berubat dan ustaz tu hantar balik benda tu ke tempat asal dia datang. Kitorang ok balik. Alhamdulillah. Kalau tak, terasa berat badan dan tak sedap badan je.


Kami semua seram. Taknak lalu dah jalan Jeniang-Sik malam2.
Percayalah. Ni kisah saya alami sendiri.

 P/s: Sumber dari Facebook. tak tahu benar atau tidak.. Sesiapa yang pernah melalui jalan Jeniang-Sik bolehlah kongsikan bersama kami.
03.27 0

SERAM! Kisah Seram Di Highway Bukit Gerik & Highway Gerik-Baling (Gambar)


SERAM! Kisah Seram Di Highway Bukit Gerik & Highway Gerik-Baling (Gambar) | Kisah seram ini sebenarnya dikongsikan oleh seorang pembaca di forum CariGold... Layan~

Minggu lepas kami sekeluarga dapat berita adik Ipar aku eksiden motor dgn kereta kat Kg di Kuala Terengganu.

Jadi kami sekeluarga diminta utk balik mlm tu juga...
Tetapi dlm perjalanan (baru nak masuk Baling) kami dpt call, adik kesayangan kami dah pulang ke Rahmahtullah... Allah lebih sayangkan dia... Al-Fatihah...
Jadi kami teruskan juga perjalanan keTrg dgn hati yg tabah...
Setelah semua selesai, Ahad mlm Isnin kami kena pulang ke Penang sebab aku ada kerja yg perlu disiapkan, dan kami bertolak dari K.Trg dlm 10.30mlm...

Mula masuk H'way Bukit Grik dlm 1.30 pagi... dan sepanjang prjalanan aku rasa mcm biasa..cuma bini aku ckp dia pening dan rasa nak muntah..mgkn sebab jln bengkang-bengkok...
Alhmdllah, kami sampi ke Grik dlm kul 4.10pagi gitu, dan kami stop kat R&R sebab aku nak p toilet...
mcm biasa aku lock kereta kalau aku tggl sat anak bini aku, tapi alhmdllah mlm tu aku tergerak nak kasi on alarm...

Tiba-2 kereta aku bunyi alarm, then aku bergegas p tgk kereta aku, tak ada apa-2 berlaku...
Then aku p dptkan bini aku, dia nmpk mcm takut... Aku tanya kenapa? Dia kata ada org lalu mundar mandir depan keta aku tu, tgk direct kat depa dlm keta... Then, masa tu keta aku berbunyi...Then tiba-2 org tu hilang... So aku pujuk bini ckp maybe org driver lorry dkt-2 situ yg lepak sama....

Then kami teruskan perjlanan ke Penang... start nak masuk H'way baru Grik-Baling dlm kul 4.30pagi...
Aku nampak kabus tebal... Rasa berat hati nak teruskan...ingat nak U-turn...jadi aku plan nanti kalau kat depan ada lampu jln aku nak U-turn... Tapi bila terus...still takder lampu jln, sebab bateri solar utk lampu tu dah habis kot... so aku make desicion teruskan perjlanan...

Tiba-2 aku rasa semcm jer...Then bini aku tiba-2 mcm terkejut! Aku pesan kat dia baca apa yg patut...Aku pun sama baca apa yg patut... Then tiba-2 aku rasa keta aku mcm berat... aku tekan myk juga (masa tu gear 5 dan turun bukit!) Then aku tak puas hati aku drop gear 4... masa tu turun bukit! Hangpa bayangkan turun bukit guna gear 4  Utk pengetahuan, bila kereta dah bergerak lama, pick-up dia ada skit... Sebelum tu, aku belasah gear 5 naik bukit...Tapi ini turun bukit gear 4.

Alhmdllah depan kami ada lori balak..rasa ringan semula... Bila aku dah overtake lori tu...tak lama aku rasa berat balik... Mcm tadi gak, turun bukit aku henyak gear 4...Aku nekad. Aku mesti lawan balik demi anak bini aku.... Sepnjg nak kuar h'way tu nak sampai ke Baling, dlm 3-4 kali aku rasa mcm tu... Kadang-2 aku mcm terasa nak tgk tepi cermin...tapi bila tgk takder apa-2... Alhmdllah, kami dpt kuar dari H'way tu dan sampai ke Baling... Then takder rasa apa-2...Lepas tu ada bukit-2 nak menghala ke Kulim tu selamba jer aku naik bukit guna gear 5....

Then sampai ke BKE Kulim, aku stop kat Petronas tu nak rest aku ckp kat bini aku... (Sebenarnya aku saja nak stop, tak nak balik terus kot-2 kalau ada benda ikut, dia akan stay kat situ...) Lepas aku ckp kat bini aku, barulah bini aku rasa 'burden' yg dia rasa tadi hilang tiba-2..rasa lega... Kami selamat sampai rumah kat seberang jaya dlm kul 7.30 pagi... itu pun aku sempat lagi p beli nasi kandar kat Jalil bagan...

Sampai rumah baru kami bincang pasal apa yg berlaku... Bini aku ckp, masa perjalanan nak ke K.Trg pun dah ada nampak benda pelik... Dia nampak mcm org tua lelaki kat tepi jln kat atas bukit Grik lambai tangan sambil senyum kat dia... Then masa nak balik ke Penang, still org yg sama lambai tangan kat dia, tapi kali ni tak senyum. Then dia kata masa kat H'way Grik Baling tu org tua tu ada follow keta kami! Bini aku nampak. Dia lawan juga dgn beranikan diri buat tak tahu jer... Kuat juga bini aku. Tahniah!

Then masa kereta kami rasa berat tu, dia pun rasa berat juga...Ingatkan aku jer as driver rasa kereta berat...
Dia ada nmpk mcm benda putih follow kereta kami... Nauzhubillah..! Tapi Alhamdullah, kami selamat sampai rumah....Then kami cerita benda tu kat family kat kg,... Adik ipar aku yg sorang tu cerita, dlm bulan lepas, member dia terbabas kereta kat H'way Baling Grik sebab rasa benda yg sama..kereta rasa berat, then lost control terbabas... dia kata kami Alhamdullah kuat juga dpt lawan....

Jadi aku pesan kat korang, kalau nak lalu H'way Baling grik tu, kalau boleh jgn lewat sgt..Tunggu sat kat Pekan Grik tu...dah masuk subuh, then boleh la kot tempoh jln tu... Tapi kalau kuat, belasah jer...
Lagi kalau korang ada any experience or info tntg topik aku bukak ni, boleh la share kat sini...
At least takder la member-2 kita kena benda yg sama aku kena..or maybe lagi teruk!
03.00 0

Cara Tentukan Lelaki Masih Ada Teruna Atau Tidak


Cara Tentukan Lelaki Masih Ada Teruna Atau Tidak | Memang sukar untuk mengetahui calon suami anda masih teruna atau tidak. Tentu anda ingin mengetahuinya ker‐ana anda mengharapkan suami yang berstatus sama seperti anda iaitu sama-sama mempunyai keperawanan.

Ini adalah rahsia untuk mengetahui apakah calon suami anda masih teruna atau tidak.

Bertanya Terus Anda boleh mengetahui status keper‐awanan suami anda dengan cara menanyakan terus dengan yang empun‐ya badan. Jika ia tulus sayang dengan anda, ia pasti akan berkata jujur tentang statusnya.

Keperawanan adalah perkara yang san‐gat peribadi. Ianya boleh menjadi harta yang paling berharga bagi mereka yang berjaya mempertahankannya hingga masanya berkahwin dan boleh saja menjadi aib jika mereka sudah tidak dara lagi. Oleh kerana itu, anda harus bertanya tentang keperawanan kepada suami anda dengan hati-hati. Jangan sampai soalan itu menyinggung perasaannya.

Dengan berdialog Menurut ilmu psikologi, seorang lelaki jika diajak untuk berbincang mengenai topik keperawanan akan terlihat jelas status kesuciannya dilihat dari cara dia dalam memberi respon perbincangan tersebut. Jika dia kelihatan sangat tertarik atau dia ingin sekali mendapatkan keteran‐gan terhadap topik yang sedang dibicarakan menandakan bahawa dia masih teruna namun sebaliknya jika dia menghindar atau mengalihkan perbin‐cangan dari topik yang sedang dibicarakan, kemungkinan dia sudah tidak teruna lagi atau dia mempunyai masalah dengan kesuciannya.

Sentuhan fizikal Seorang lelaki boleh disimpulkan masih teruna atau tidak dari kenalan fizikal pada masa berhubungan seks dengan pasangannya. Caranya adalah dilihat dari cara pemanasan sebelum melakukan hubungan suami isteri. Lelaki yang masih teruna akan keli‐hatan tegang kerana baginya ini adalah pertama kalinya dia berhubungan intim dengan pasangannya. Malah mungkin dia tidak tahu bagaimana cara berhubungan intim yang baik dan apa peranannya ketika berhubungan intim. Dia juga akan melakukan terpancut awal ketika melakukan penembusan awal.

Mudah terangsang Lelaki yang tidak teruna biasanya akan mudah terangsang dengan hal-hal yang berbau porno atau segala aktiviti yang berkaitan dengan sentuhan fizikal den‐gan lawan jenis.

Warna zakar Keperawanan dapat dikenalpasti dari warna zakar si lelaki. Jika kepala zakar berwarna merah / kemerah-merahan, maka lelaki tersebut dipastikan masih teruna namun jika kelenjar zakar berwarna gelap atau malah terdapat sedikit kecacatan pada warna gland zakar, maka lelaki tersebut tidak teruna kerana gland penisnya sudah sering terkena gesekan.

Air mani Lelaki yang sudah tidak teruna akan mudah terangsang dengan hal sentuhan atau perkataan yang membuat mereka menjadi lebih ghairah. Ketika mereka sedang terangsang secara automatik akan mengeluarkan air mani.



Jumat, 30 Agustus 2013
18.01 0

Izreen Azminda Bengang Dan Marah Rakan Artis Di Instagram? (3 GAMBAR)


Izreen Azminda Bengang Dan Marah Rakan Artis Di Instagram? (3 GAMBAR) | Beberapa minggu yang lalu, kehidupan Izreen Azminda dilihat cukup bahagia dan tenang dengan kehadiran bayi sulung yang lahir pada 13 Julai yang lepas.

Namun tiada angin tiada ribut, Izreen Azminda tiba-tiba memuat naik sekeping foto mengandungi kata-kata tidak puas hati terhadap seseorang di Instagram malam semalam.

Melalui perbualan antara Rita Rudaini dan Izreen di foto tersebut, difahamkan terdapat beberapa orang rakan selebriti yang memburuk-burukkan nama Izreen dan menabur fitnah terhadapnya.


Apakah yang terjadi sebenarnya? Siapa pula pelakon berlagak alim yang dimaksudkan Izreen?


17.58 0

Fida - Takkan Saya Nak Pakai Baju Kelawar?


Fida - Takkan Saya Nak Pakai Baju Kelawar?  | Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim tidak menyalahkan segelintir peminat yang telah melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya ekoran beberapa keping gambarnya yang ketara menampakkan bentuk badan, dimuatkan sendiri oleh pelantun lagu Apo Kono Eh Jang? ini di laman instagramnya, baru-baru ini. Sebaliknya Fida menyifatkan peminat berkenaan telah tersalah anggap.
Menjelaskan mengenai perkara sebenar, Fida berkata dia sebenarnya baru dilantik sebagai duta produk pelansingan badan Emorra Be Slymm juga produk kecantikan Emorra GlowC, kira-kira sebulan lalu. Justeru gambar tersebut bertujuan menunjukkan hasilnya yang mengamalkan produk tersebu sejak dua bulan lalu. Sekaligus mempromosikan produk pelansingan berkenaan.

Antara gambar yang dimuat naik di Instagramnya yang mendapat kecaman teruk daripada segelintir peminat.Antara gambar yang dimuat naik di Instagramnya yang mendapat kecaman teruk daripada segelintir peminat.



“Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjukkan hasilnya.

“Masa saya upload di Instagram tu, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat tersebut dah tersalah anggap. Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana mereka tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar tu.

“Lagipun saya duta produk pelansingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan…?”, tuturnya kepada Malaysian Digest secara berseloroh.

Fida yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majalah Lisa semalam diminta mengulas mengenai respon negatif dikalangan pengikutnya di Instagram, sehingga ada yang mendakwa dirinya mangsa fesyen dan menghamburkan kata-kata yang kurang elok.

Begitu pun hal tersebut memberi pengajaran malah katanya, dia akan lebih berhati-hati dalam setiap pemakaiannya serta gambar-gambarnya yang dimuat naik di Instagram, pada masa akan datang.
Sementara itu mengenai perkembangan seni, Fida bakal muncul dengan single terbaru menerusi lagu berentak Pop Balada yang menyaksikan kolaborasinya dengan Qalam band, tidak lama lagi.
-mD

17.50 0

KESIAN : Budak 5 Tahun Melambung Setinggi 8 Kaki Disembur Air Pancut Di China (4 GAMBAR)


KESIAN : Budak 5 Tahun Melambung Setinggi 8 Kaki Disembur Air Pancut Di China (4 GAMBAR) | Seorang budak berusia 5 tahun melambung ke udara setinggi 8 kaki setelah dia bermain di kawasan air pancut di China. Baju kanak-kanak malang itu koyak dan cedera pada muka dan luka di seluruh badan setelah disembur dengan air berkelajuan tinggi. Kanak-kanak itu jatuh muka dahulu setelah melambung. Gambar kanak-kanak itu sempat dirakam oleh pengunjung yang melawat ke kawasan air pancut terkenal di wilayah Hubei itu.

Lagi 3 keping gambar dengan melayari artikel ini sepenuhnya.






17.45 0

Bapa Tawar 3 Bayi Kembarnya Kepada Orang Ramai


Bapa Tawar 3 Bayi Kembarnya Kepada Orang RamaiDENGFENG – Menyayat hati.Tiga  bayi kembar berusia 11 bulan ditinggalkan di tepi jalan oleh bapanya, dengan harapan ada pihak yang mahu mengambil mereka, atas alasan dia tidak mampu menyara anak-anaknya itu.

Xu Lin yang sudah mempunyai dua anak lelaki berusia lima dan enam tahun, menawarkan kepada orang ramai untuk membawa pulang ketiga-tiga anak kembar lelakinya itu.

Bayi tersebut dibalut dengan selimut dan dibaringkan di atas tikar ketika Xu Lin  cuba memberikan mereka kepada pejalan kaki di jalan berkenaan.

Xu Lin bagaimanapun ditangkap selepas orang ramai menghubungi polis kerana menyangka dia adalah anggota sindiket pemerdagangan orang.

Jurucakap polis berkata, Xu Lin mendakwa keluarganya kini menderita kemiskinan dan tidak mampu lagi untuk menanggung tiga bayi kembar.

Bayi-bayi berkenaan kini ditempatkan di pusat kebajikan negara.

Dalam pada itu, seorang saksi memberitahu Xu Lin memberitahu bahawa ketiga-tiga bayi kembarnya itu sihat.

``Namun dia dan isterinya tidak mampu memelihara mereka. Mereka sebelum ini mengharapkan anak perempuan,’’ katanya.

Undang-undang China berhubung satu anak satu keluarga ini menyaksikan ibu bapa dibenarkan membayar denda jika mereka mahu mempunyai lebih daripada seorang anak.

Menurut kerajaan China, undang-undang itu berjaya mengurangkan tambahan 400 juta kelahiran di negara yang mempunyai populasi 1.3 bilion penduduk itu.

Penduduk China dijangka mencecah 1.4 bilion orang pada 2020.


17.44 0

Gadis Mahu Tiduri 100,000 Lelaki Di Seluruh Dunia


Gadis Mahu Tiduri 100,000 Lelaki Di Seluruh DuniaWARSAW – Seorang gadis, Ania Lisewska, 21, mahu mengembara ke seluruh bandar di dunia ini dalam usaha untuk mencapai cita-citanya bagi meniduri 100,000 lelaki.

Ania dilaporkan memulakan hasratnya itu di bandar Warsaw dan berharap dapat mengembara ke seluruh Poland, sebelum berpindah ke negara lain bagi mencapai cita-citanya itu.

``Saya mahukan lelaki dari Poland, Eropah dan seluruh dunia. Di Poland, subjek seks adalah sesuatu yang tidak diperkatakan dan mereka yang mahu memenuhi fantasi seks akan dianggap sebagai jalang atau sakit otak,’’ katanya dalam laman facebooknya.

Setakat ini, gadis yang tidak bermaruah ini mendakwa sudah meniduri 284 lelaki walaupun sudah mempunyai teman lelaki.

Jelas Ania, teman lelakinya itu tidak gembira dengan perkara berkenaan, namun dia tiada pilihan dan terpaksa menerimanya.

Menurutnya, bagi mencapai cita-cita berkenaan, dia bercadang membuka satu laman web untuk membolehkan lelaki mendaftar dan dalam masa sama dia boleh mengemas kini aktivitinya.

Bagaimanapun ramai yang tidak percaya dengan keupayaan gadis itu untuk berbuat demikian kerana jika dia melayan 100,000 lelaki selama 20 minit bagi setiap orang, maka Ania akan menghabiskan masa selama 3.8 tahun untuk berbuat demikian.

Itupun jika dia melakukannya siang dan malam tanpa henti sama ada untuk tidur, makan atau ke tandas.

Ania juga sebelum ini cuba mendapatkan pengiktirafan daripada Guinness World Records namun tidak dilayan kerana ia tidak berminat dengan aktiviti melibatkan seks.

Selepas disoal bertalu-talu oleh pihak media mengenai perkara itu, Ania mula menukar cerita dan mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam facebook.

Dia mendakwa facebooknya telah digodam dan seseorang telah memuat naik dalam facebook itu bahawa dia menghidap AIDS.-mynewshub
17.43 0

Kenapa Dafi Mengamuk Di Instagram?


Kenapa Dafi Mengamuk Di Instagram? | Seperti trend, artis Malaysia kini sering kali menjadi mangsa kritikan dan komen-komen negatif di laman sosial Instagram, Twitter dan Facebook. Gadaffi Ismail Sabri atau lebih mesra dengan panggilan, Dafi turut menerima nasib yang sama sehingga menyebabkan dia menghamburkan kata-kata kurang enak di akaun Instagramnya pada Rabu.

Jika anda sempat membaca entri yang dibuat Dafi itu, pasti anda juga terkejut kerana perkataan-perkataan yang diluah Dafi itu cukup kasar seperti 'stupid' dan bangsat. Malah, Dafi juga mencadangkan kepada individu terbabit supaya bunuh diri sahaja. Apakah yang menyebabkan Dafi sangat beremosi?

“Saya sedang bermesyuarat ketika diberitahu mengenai komen tersebut dan saya menganggap perbuatan individu terbabit sebagai biadap serta tidak kena pada masanya. Dia juga seperti cuba mencetuskan kemarahan kerana menghantar komen yang bukan-bukan secara berkali-kali kerana tidak dilayan. Kerana marah, saya kemudiannya memuat naik akaun Instagram milik lelaki bernama 'Pipijul' itu di akaun Instagram saya dengan menghamburkan kata-kata yang kurang enak,” ujar Dafi ketika dihubungi GUA.

Bagaimanapun, Dafi akhirnya mengambil keputusan untuk memadam gambar tersebut 30 minit selepas itu atas nasihat peminat-peminatnya.

“Kadang kala saya memang akan membiarkan saja, namun mungkin hari ini reaksi saya mengejutkan sesetengah pihak. Mood saya hari ini kurang baik, sebab itulah saya mudah melenting,” ujar Dafi.

Dafi juga berpendapat sekiranya hal ini (peminat mengutuk artis) dibiarkan begitu sahaja, ia akan memburukkan fungsi laman sosial kerana ia sepatutnya menjadi medan untuk berkongsi rutin seharian dan saat-saat indah, bukan dicemari dengan anasir negatif yang tidak menjana minda. - Gua.com.my
17.41 0

6 Gambar: PDRM Siar Logo, Tatu Kongsi Gelap


6 Gambar: PDRM Siar Logo, Tatu Kongsi GelapBUKIT AMAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini di Ibu Pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bahagian Kongsi Gelap / Judi / Maksiat JSJ Bukit Aman SAC Dato' Abd Jalil Hassan dalam sidang media pada hari ini menerangkan perlunya pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini.

Beliau turut menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan berkenaan keburukan kumpulan kongsi gelap ini kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi mendapati penglibatan remaja seawal usia 15 tahun lagi.

 Kumpulan-kumpulan ini telah ditakrifkan sebagai haram di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 di mana orang yang menjadi atau menjalankan kerja sebagai seorang anggota sesuatu pertubuhan kongsi gelap atau yang menghadiri sesuatu mesyuaratnya atau yang didapati ada dalam miliknya, atau ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa buku, kira-kira, tulisan, senarai anggota-anggota meteri, panji-panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM 15,000.