Searching...
Selasa, 27 Agustus 2013
23.17 8

(VIDEO) Hero Tangkap Peragut Berlagak Macam Bagus


Hero Tangkap Peragut Berlagak Macam Bagus | Kita memang memuji dan memberi penghargaan kepada orang ramai yang membantu anggota polis membanteras jenayah jalanan paling utama, jenayah ragut.

Agak sukar untuk anggota polis memantau keseluruhan kawasan memandangan kejadian ragut biasanya terjadi di kawasan terpencil dan kesanggupan orang ramai membahayakan diri mengejar dan memberkas penyamun dan peragut.

Tetapi!!

Lelaki di video yang dimuatnaik oleh Malaysia Crime Awareness Campaign di laman Facebooknya ini tidak wajar dicontohi sebaliknya silap-silap dia pulak di belasah.

Menurut keterangan video, seorang peragut telah berjaya di berkas Taman Desa Jaya, Kepong pada 26 Ogos lalu berhampiran Maybank.

Bagaimanapun, waktu kejadian tidak dimaklumkan.

Cuba perhatikan seorang lelaki yang memegang helmet dan tersenyum macam “kera kena belacan” di depan kamera yang dipegang rakan-rakannya.

Keji kan perbuatan dia, cuba memastikan visual dia menendang dan membelasah peragut tu dapat dirakam dan direkodkan untuk menunjukkan dia konon-konon hero lah.

Peragut itu juga manusia, sesudah diberkas serahkan sahaja kepada pihak polis mematuhi undang-undang yang digunapakai dalam negara kita untuk mendakwa peragut itu.

Jika mangsa yang mencuri memukul peragut, saya boleh faham kerana si mangsa marah apabila barang miliknya dicuri tetapi apabila entah siapa-siapa dari mana masuk campur dan membelasah peragut tu lebih teruk kadangkala ada sampai mati, kenapa?

Kenapa perkara itu menjadi budaya di negara kita. Jadilah manusia yang bertamadun kerana kita sudah hampir sampai menuju taraf negara maju.

Kepada lelaki yang jantan di luar sana, jadilah orang yang mematuhi undang-undang janganlah meletakkan undang-undang yang ada di tangan kamu sendiri.

Bukan macam lelaki ini.


8 komentar:

  1. Wallahu'alam, sian jugak tgk peragut tu tapi semua yang berlaku ada hikmahnya. Pengajaran buat peragut dan biar Allah sahaja yang menentukan nasib pemuda yang menangkap peragut ni.

    BalasHapus
  2. laki yg nak belasah tu betul2 bodoh. tak berotak. kita hukum ikut undang2 la. tau la marah. tapi jgn la sampai nafsu menguasai fikiran.

    BalasHapus
  3. biarla dia nok gaya gok sebab tolong tangkap peragut.terima kasih pada yang menolong menangkap peragut.

    BalasHapus
  4. biar je kena ragut..... biar polis jer kejor... ape mende la tukang tulis.... kalo la emak kamu kene ragut.... jngn kejar,nanti polis kejar... ahahah lawak-lawak... ingat dok kisah ragut sampai meragut nyawa....... esok2 peragut berleluasa, tukang tulis maroh orng ramai pukul....

    BalasHapus
  5. poyo ar mamat nie... senyum2 plak... bajet good2 je...

    BalasHapus
  6. mungkin yg tulis ni tak pernah rase kenne ragut khot....klu dah pernah rase xkkan tulis cam ni...cam saye pernah kenne ragut sampai nk kenne tettak pulak saye...nk kasian lg buat peragut tu buat apew...klu kite tunggu polis datang adeke semase kite kenne ragut ade polis kat sebelah kite xde kan???mesti sehabis kenne ragut polis baru nk datang???nk biar jer kite kasian kat semue peragut cam tu...?klu ade orang kenne ragut xyah tolong lah biar jer cam tu???semue peragut mmeng xbaik nye orang???klu die baik buat apew die nk ragut...bnyak lg bende halal boleh nk buat???bgi yg tulis kat link ni wak fikirlah sendiriklu awak sendiri yg kenne ragut???sedang yg di ragut barang berharga???lu fikir lah sendiri???

    BalasHapus
  7. bertindak ikut hukum agama,bukan hukum akal....berbangga-bangga dgn kebolehan diri membelasah org dgn niat nk glamer...dah lari dari tujuan asal....hebat sangatkah?

    BalasHapus
  8. tendang mcm gay ada hati nk menunjuk...

    BalasHapus