Searching...
Tampilkan postingan dengan label teknologi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label teknologi. Tampilkan semua postingan
Jumat, 22 Februari 2013
22.57 0

Ketahui Cara Kenalpasti Handphone Asli Atau Tidak



Ketahui Cara Kenalpasti Handphone Asli Atau Tidak | Ikut langkah langkah seperti di bawah nih :

1. Taip *#06#
2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
5. Untuk semak sama ada phone korang ori atau tidak, check kod di bawah.
•02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY
•08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY
•01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD
•00 atau 03 oatau 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
•13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH
Rabu, 16 Januari 2013
19.26 0

Berhati-hati : Kini kes penipuan penjualan telefon pintar semakin berleluasa


Jika dulu smartphone atau telefon pintar merupakan gadget yang hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu sahaja.Tetapi dengan arus kemodenan dan revolusi dalam industri gadget terutamanya smart phone kini memiliki gadget ini bukan lagi sesuatu untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai satu keperluan terutamanya kepada mereka yang tahu menggunakan setiap kecanggihan gadget tersebut.Tetapi,inilah harga yang perlu dibayar oleh arus pemodenan ini.

Bila dah maju maka ramai pembuat barangan cetak rompak terutamanya dari Negara China yang mengambil kesempatan untuk meniru seratus peratus gadget terutamanya dari samsung yang kini menjadi kegilaan remaja.Sukar untuk kita membezakan yang mana palsu yang mana original walaupun kita mengaku diri kita pakar.Ini dapat dibuktikan dengan satu kisah yang dihantar oleh pembaca blog ohtidak melalui emel yang menceritakan pengalamannya semasa membeli Samsung Galaxy SII,sama-sama kita baca dan ambil perhatian dari kisah dibawah.


Pada 29/12/2012 aku pergi ke Plaza Alam Sentral Shah Alam untuk membeli Samsung Galaxy S2 untuk abg ipar aku..biasala nak cari yang paling murah kan..So aku survey la 5-6 buah kedai nak buat comparison..aku dah banyak kali beli phone kat sana..S plus..Note..tp mungkin hari tu kelam kabut so aku tak pikir sangat..just sambar je..sbb apa yg aku paham selama 10 tahun duk Shah Alam ni..Plaza Alam Sentral tak jual barang tiruan..

so dengan confident aku tanya cina tu tentang galaxy S2 ni ( tingkat 3 kedai dekat escalator..selang 3-4 kedai dari kedai SAMSUNG)..dia pun offer aku Original SME set dengan AP set..harga mmg cun la..siap kasi free aksesori lagi..kita dengar free ape lagi..sbb seblum ni tak penah aku beli Samsung dapat SD card..casing…tetiba dapat..aku ape lagi..so dia terang la kat aku..SME set dengan AP set ni sama..Cuma beza warranty..SME warranty SAMSUNG dan AP warranty kedai..so normal la tu kan..aku pun belek2 la phone tu…sbb aku tak pernah cek details pasal S2 ni..aku pun percaya cakap cina tu..aku dah tanya berulang2 jgn jual china or recond set kat aku..fuhh dengan selamba dia cakap ‘’if china set..dia takkan kasi satu tahun warranty maa’’…



Dengan happy aku balik..dapat AP set RM 1050.00 maa…..balik aku charge..pastu aku terus update version 2.0.3 gingerbread tu ke version 4.0.1 ICS..tuhan nak tunjuk…tetiba hanset tu problem software..pelik gak aku..sbb seblum ni AP set aku update selamber je…so aku rujuk la ke kedai cina lain kat kampung aku (time cuti new year)…dia tgk jer cek2 belakang betri..’’ni CHINA set maaa..u da kena tipu maa..berapa u beli?..ini tepi jalan punya handset maa’’…perggh..berderau darah aku dengar..dengan pastas aku drive balik Shah Alam..

1/1/2013 aku pun pergi jumpa cina dekat PAS tu..dia mati2 taknak mengaku..so aku bawak handset tu pegi kedai lain suruh cek..mmg cina situ pun cakap tu China Set…siap tunjuk aku comparison lagi dengan yg betul punya..so aku bergaduh2 dekat 3 jam kat situ..dia tetap taknak pulangkan duit aku balik..dia marah aku sebab pergi update version la..dia cakap if nak update hantar kedai dia..dia hantar kilang nak update..dia ingat aku tak pergi sekolah ke?..siot..lepas tu kasi alasan cakap tu AP korea la ape la..lepas tu aku tarik pekerja perempuan melayu dia pergi cakap dekat tempat lain..aku pressure dia tanya suruh dia cakap jujur..mula2 dia pun tak mengaku..nak cover boss dia kan..last2 dia mengaku..boss dia jual handset tipu..

so aku mintak refund..dia tak bagi..tapi dia boleh plak offer aku ‘AP set yang betol’..siot je kan…trade in..aku kena tambah RM 200..memang dasar penipu.. Sebab dah malas nak kena tipu lagi..atas nasihat kawan2…aku pun pergi Balai Polis buat laporan..dan polis pun suruh aku pergi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan tribunal buat laporan..tapi agak mengecewakan dengan layanan pihak KPDN yang lebih menyebelahi pihak cina tu..siap suruh aku pikir masak2 if nak buat laporan kes ni…aku pun balik dengan kecewa…sbb mereka tak ada kuasa nak tangkap..dakwa..if paling berat pun hukuman denda RM 5000 atau penjara dan lepas tu cina tu still boleh jual handset tiruan dan tipu orang Melayu dengan selambernyer…dia ckap if nak lebih2..kena pergi mahkamah civil..upah lawyer..bla bla..hmm..

Pastu 3/1/2013..tetiba seorang detektif polis call aku..nak barang bukti..dia nak pergi serbu kedai cina tu..and tangkap..perrghh aku rasa mcm cerita Gerak Khas..1st time aku rasa nasib aku dibela polis..seblum ni asyik menyamannn je kan..kira-kira 2-3 jam lepas tu..Inspektor dorg call aku..bagitahu cina tu dah bagi statement dan bersetuju nak refund duit aku if aku tarik balik report..so atas nasihat polis taknak kes ni panjang2 aku pergi la amik refund..aku puas hati la bab refund..tapi kecewa sebab dia still boleh tipu orang melayu dengan sewenang2nyer..

So kepada KPDN hope korang udah2 la makan gaji buta..guna la kuasa yang ada..buat kerja yang sepatutnya..buat skuad Polis IPD seksyen 9..dan Seksyen 11..terima kasih kerana buat kerja yang aku rasa ni just jenayah kecil and KPDN yang patut ambil tindakan..

Buat  kawan2 yang nak beli handset..berhati2la..cek betul2..detail..compare dengan SME..if nak selamat beli SME terus..or nak betul2 murah beli yang kat tepi jalan..mcm kat jalan TAR or jalan pasar…




sumber dari OHTIDAK

Kamis, 10 Januari 2013
05.56 0

Telefon Pintar Paling Nipis Di Dunia




PARIS – Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile.

Setebal cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari pertama pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.



Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9 sentimeter dan dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz dan perisian Android 4.1 Jelly Bean.

Model terbaharu itu akan mula dijual di China pada hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran lain di dunia termasuk AS dan Eropah. – Agensi

Sabtu, 05 Januari 2013
20.07 0

Giliran Celcom lancar 4G LTE


Pengalaman hab Celcom 4G LTE membolehkan pelanggan menikmati kelajuan rangkaian terbaik.

CELCOM Axiata Bhd, menyambut ketibaan tahun baru dengan memberikan pelanggan peluang menikmati kelajuan Celcom 4G LTE menerusi hab pengalaman Celcom.

Jenama baru Celcom 4G LTE itu dilancarkan di ibu pejabat di Menara Celcom dan boleh didapati kedai perdana Blue Cube di Sunway Pyramid yang akan memperlihatkan kebolehan telefon pintar dan tablet menggunakan rangkaian 4G LTE Celcom baru dalam tempoh enam bulan akan datang.


Pengalaman Hab Celcom 4G LTE menggunakan spektrum LTE 2600 MHz yang akan membolehkan pengguna menikmati kelajuan sehingga 10 kali lebih cepat.

Pelancaran ini wujud selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) peruntukkan spektrum 2.600 MHz kepada pembekal perkhidmatan telekomunikasi.

Celcom telah bekerja dengan rakan-rakan infrastruktur rangkaian sejak 2011 yang bertaraf dunia, untuk mewujudkan rangkaian mudah alih LTE pada satu platform RAN (Radio Access Network) yang membolehkan ia untuk melaksanakan peningkatan rangkaian yang cepat dengan lancar di seluruh 2G , 3G dan rangkaian 4G.-sinar harian