PENTING!!! Wanita Tidak Perlu Malu Jika Ada Buasir
Ramai wanita yang menderita buasir berasa rendah diri dan malu.
BUASIR atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Buasir terjadi disebabkan terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum sehingga menyebabkan dinding vena darah teregang atau membonjol. Kadangkala boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.
Ramai beranggapan buasir adalah penyakit yang kerap menyerang lelaki, namun hakikatnya nisbah antara lelaki dan perempuan untuk menghidapinya adalah sama. Umumnya, penghidap buasir sering berasa rendah diri dan malu lebih-lebih lagi melibatkan wanita.
Kebanyakan wanita yang menderita penyakit ini selalu berlengah-lengah mendapatkan rawatan. Alasan malu berjumpa doktor dan diketahui umum menjadikan ramai antara mereka lebih senang mengambil rawatan dan pengubatan secara tradisional.
Sikap bertangguh dan hanya bergantung pada rawatan tradisional tanpa merujuk kepada doktor perubatan lebih pakar adalah tindakan kurang bijak.
Menerusi rawatan moden kini, pesakit buasir boleh sembuh sepenuhnya tanpa perlu menderita lama. Apa yang perlu diatasi adalah perasaan malu dan rendah diri.
JENIS BUASIR
Buasir dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.
Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
Buasir luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.
Gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
Penawar Paling Mujarab Bagi Penyembuh Buasir
Jika Berminat boleh hubungi menerusi whatsapp/sms/panggilan ke 011-15732984 Puan Sulaihah
sumber utama : Majun Buasir Paling Mujarab