Searching...
Tampilkan postingan dengan label automotif. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label automotif. Tampilkan semua postingan
Rabu, 27 Maret 2013
18.32 0

Gambar,Video Dan Harga Model Terbaru Toyota Vios 2013



Gambar,Video Dan Harga Model Terbaru Toyota Vios 2013 | Toyota Vios, sebuah sedan kompak dalam segmen B tidak dinafikan sangat berjaya di pasaran Malaysia. Generasi pertama dan kedua Vios mendapat tempat di hati kebanyakan daripada kita, sehinggakan ramai yang telah memilikinya walaupun harga yang ditawarkan oleh UMW Toyota untuk rakyat Malaysia bagi saya agak tinggi.

Menjelang suku kedua tahun 2013 ini, Toyota Vios generasi ketiga mula mengambil tempat dan kembali mencuri perhatian ramai peminatnya di kalangan negara-negara ASEAN. Pelancaran global Vios 2013 berlaku di negara jiran Thailand hari ini, bertempat di pameran automotif Bangkok International Motor Show 2013. Maklumat lengkap model berkenaan juga kini sudah boleh dilihat di laman sesawang Toyota Thailand.

Antara perubahan ketara yang dapat dilihat ialah penampilan luarannya kali ini begitu dominan dan berlainan sama sekali berbanding model sebelumnya, terutamanya perubahan di bahagian muka depan dan belakang. Ianya juga termasuk kehadiran papan pemuka berwajah baru yang telah meminggirkan lokasi meter yang dahulunya berada di bahagian tengah, secara drastik kembali berada di bahagian bawah roda stereng.

Sejujurnya, ini kali pertama saya mempunyai perasaan kagum terhadap sebuah model bernama Vios, apabila model berkenaan berani berubah, mengadaptasi gaya bahasa rekaan terbaru Toyota, yang sebelum ini dapat dilihat pada model-model terbaru yang dilancarkan di pasaran Jepun dan Eropah.
Cuma berkenaan teknologi enjinnya, Toyota Vios 2013 masih mengekalkan penjana kuasa sebelumnya, dilengkapi enjin 1NZ-FE 1.5 liter dengan kuasa 109ps bersama-sama tork maksimum 141Nm. Sistem transmisinya juga masih mengekalkan kotak gear automatik empat kelajuan, termasuk versi manual lima kelajuan. Toyota mungkin mempunyai alasan tersendiri kenapa tiada perubahan yang berlaku di bahagian tersebut.

Sistem gantungan (suspension) juga antara yang menjadi tanda tanya, memandangkan ramai di antara kita yang menginginkan sebuah Vios dengan karektor bercirikan perlumbaan, namun mungkin sedikit hampa apabila sistem gantungan belakang masih mengekalkan ‘Torsion beam with stabilizer’, digandingkan bersama ‘Mcpherson strut with stabilizer’ di bahagian depannya.

Untuk pasaran Thailand, empat varian ditawarkan, dimulai varian tertinggi 1.5S dan 1.5G, diikuti kemudiannya oleh varian 1.5E dan 1.5J. Varian 1.5E dan 1.5J turut dilengkapi pilihan transmisi manual lima kelajuan, dengan kesemua varian dilengkapi transmisi automatik empat kelajuan standard.

Menyentuh mengenai senarai harga yang ditawarkan oleh pengeluarnya untuk pasaran Thailand, Toyota Vios 2013 berharga dari 559,000 THB untuk varian 1.5J manual, dengan harga tertinggi 734,000 THB menjadi milik varian teratas 1.5S. Untuk lebih spesifik, senarai di bawah menerangkan dengan lebih jelas harga yang ditawarkan untuk kesemua varian Vios 2013 di pasaran Thailand.
Toyota Vios 1.5S (4A/T) – 734,000 THB (RM77,597.75)Toyota Vios 1.5G (4A/T) – 699,000 THB (RM73,897.58)Toyota Vios 1.5E (4A/T) – 649,000 THB (RM68,611.63)Toyota Vios 1.5E (5M/T) – 614,000 THB (RM64,911.47)Toyota Vios 1.5J (4A/T) – 589,000 THB (RM62,268.49)Toyota Vios 1.5J (5M/T) – 559,000 THB (RM59,096.92)


Jumat, 04 Januari 2013
18.40 0

[4 Gambar] Nissan Grand Livina edisi 2013


Sebagai pelopor jualan kenderaan MPV no.1 (dalam kategori bukan buatan Malaysia) di Malaysia, Nissan bakal memperkenalkan Grand Livina baru yang lebih menarik dan mempunyai teknologi terkini pada tahun 2013.

 Antara spec yang menarik ialah keyless system, dan shock sensor dan permukaan speedometer putih yang lebih menarik. Berikut merupakan gambar-gambar kenderaan MPV Grand Livina 2013 yang telah dilancarkan di China.








Sumber Gambar: Paultan via melayukini
Kamis, 03 Januari 2013
00.33 0

Terkini : 16 Gambar Proton Preve Hatcback



Dijangka akan dilancarkan pada suku pertama 2013, pengeluar kereta nasional negara, PROTON kini sedang rancak melakukan pelbagai uji-kaji sebelum pelancarannya. Model ini membawa kod nama P3-22A ( atau Prevé hatchback) adalah lanjutan daripada versi sedan Proton Preve yang dliancarkan pada suku pertama 2012.

Berikut beberapa gambar spyshot yang berjaya dirakam dalam tempoh sebulan yang lalu (Disember 2012):











Menariknya, beberapa peminat automotif tempatan melakukan pelbagai versi rendering mereka sendiri berdasarkan gambar spyshot di atas.