Searching...
Minggu, 02 Februari 2014
17.41 0

Benarkah Lelaki Kelantan Pemalas?

Gambar hiasan

Benarkah Lelaki Kelantan Pemalas? | KOTA BHARU 1 Feb. – Masalah lelaki pemalas dan bersikap senang lenang sehingga membiarkan isteri berhempas-pulas bekerja, tidak sepatutnya dikaitkan dengan lelaki di Kelantan sahaja kerana perkara tersebut boleh berlaku di mana-mana.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat negeri, Mumtaz Md. Nawi berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang aduan khusus mengenainya, namun masalah sebegitu diakui memang wujud dalam kalangan masyarakat hari ini.

“Tidak tepat jika mahu menggambarkan kebanyakan lelaki Kelantan bersikap begitu sehingga menyebabkan banyak kes penceraian, kerana di negeri-negeri lain juga ada masalah serupa.

“Cuma saya ingin tekankan, zaman golongan suami sahaja bertanggungjawab mencari rezeki dan menyara keluarga sudah berlalu, kerana hari ini isteri juga perlu memainkan peranan sama. Tanggungjawab menjaga anak-anak juga tidak terletak di bahu isteri sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud semalam menyifatkan golongan lelaki pemalas yang mengabaikan tanggungjawab melindungi dan mencari nafkah keluarga sebagai ‘ayam jantan’ yang hanya aktif berkokok dan membiak.

Menurut Mohd. Nassuruddin, fenomena lelaki pemalas yang suka lepak di kedai kopi dan leka bermain dam aji semakin membimbangkan di negeri ini sedangkan sikap itu ditegah dalam Islam.

Mengulas lanjut, Mumtaz menasihatkan golongan suami mengubah sikap masing-masing dengan mengutamakan keluarga dan mengetepikan perkara lain yang sekadar bersifat hobi semata-mata.

0 komentar:

Posting Komentar