Bukti Kenapa Harimau Tak Akan Jadi Jinak Walaupun Dipelihari Dari Kecil
Bukti Kenapa Harimau Tak Akan Jadi Jinak Walaupun Dipelihari Dari Kecil | Seorang pelatih haiwan dikejarkan ke hospital selepas diserang harimau jagaannya di Zoo Australia, Queensland. Jurucakap zoo berkata, David Styles, 30, cedera parah tetapi stabil selepas lehernya tembus dibaham harimau yang dikendalikannya sejak kecil. “Pada awalnya keadaan tidak berbahaya tetapi harimau itu dipercayai terlalu teruja ketika bermain dengan Styles dan haiwan berkenaan membaham mangsa,” katanya. Kejadian itu berlaku ketika kira-kira 50 orang pengunjung melihat aksi Styles bersama harimau jagaannya.
Zoo berkenaan memang popular kerana ia diasaskan pakar hidupan liar dan personaliti televisyen, mendiang Steve Irwin. Jurucakap zoo berkata, Styles masih mendapatkan rawatan di hospital. Pengarah zoo itu, Wes Mennon berkata, pekerja lain menyaksikan insiden berkenaan dan menarik Styles yang bertugas di situ sejak sembilan tahun lalu. “Ketika insiden itu, pasukan kecemasan kami dikejarkan ke tempat kejadian segera. Mereka bertindak profesional dan tenang. Saya sanjung mereka,” katanya. Pihak berkuasa berkata, mangsa mengalami luka parah dan dalam keadaan sedar ketika diterbangkan ke hospital di Brisbane.
Pegawai perubatan Andrew Haggerty berkata, kecederaannya mungkin lebih buruk. “Leher ialah kawasan yang rumit dan mengandungi struktur penting termasuk pembuluh darah dan saluran udara. “Sebarang pendarahan di kawasan itu boleh menyebabkan komplikasi,” katanya. Laporan mengatakan Styles digigit selepas pertunjukan dan harimau berkenaan menyerang di bahu dan leher sebelum cuba melemaskannya di kolam dalam sangkar. Zoo Australia yang menyimpan tiga harimau Bengal dan lapan harimau Sumatera.- Agensi
0 komentar:
Posting Komentar