Searching...
Selasa, 24 September 2013
21.46 0

Kes Serahkan Kepada Pihak Polis


“Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen”.

Itu merupakan kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh isteri pemain bola sepak Nor Shahrul Idlan Talaha, Siti Aisya Adam menerusi Harian Metro yang dikatakan bersikap kurang ajar dan biadap terhadap pengawal keselamatan yang menjalankan tugasnya di Lapangan Terbang Subang Skypark, baru-baru ini.

Selain mengeluarkan perkataan seperti “pak cik bodoh” dan “jantan dayus”, Aisya juga difahamkan telah menendang di celah kelangkang pengawal yang dikenali sebagai Azman Mohd Nayan itu.

Sehingga kini, rakaman video berdurasi 55 saat itu ditonton hampir 260,000 pelayar Internet di laman YouTube, selain menjadi topik hangat di laman sosial facebook (FB), malah ada pihak yang turut membuat video parodi (meniru secara mengejek) isteri Mat Yo.

Ketika ditanya kepada Siti Aisya, sama ada dia memuat naik rakaman video pertengkaran itu ke Internet, dia enggan mengakui atau menafikannya.-mynewshub

0 komentar:

Posting Komentar