Searching...
Selasa, 01 April 2014
05.17 0

Sejarah April Fool Adalah Tarikh Dimana Umat Islam Dibunuh

Sejarah April Fool Adalah Tarikh Dimana Umat Islam Dibunuh



Sejarah April Fool

Sebenarnya April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.



04.49 0

Surat Amaran Dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Buat Penjawat Awam Yang Jalankan Perniagaan Internet!

MESTI BACA!!! Surat Amaran Dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Buat Penjawat Awam Yang Jalankan Perniagaan Internet!


Penjawat awam merupakan golongan yang turut terkena tempias dengan kenaikan kos sara hidup. Justeru, ramai yang mengambil inisiatif menjalankan perniagaan sampingan secara atas talian seperti menjual produk kesihatan, kecantikan dan pakaian.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang kakitangan awam yang bekerja dibawah kerajaan, tugas hakiki tidak boleh diabai dan perlu dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

Mungkin disebabkan menyedari semakin ramai penjawat awam alpha dengan tugas masing-masing, satu surat khas bertarikh 6 March 2014 telah dihantar oleh JPA kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk memantau pegawai/staff awam yang menjalankan perniagaan atas talian. Berikut adalah isi surat berkenaan :

PEMANTAUAN KE ATAS PEGAWAI AWAM YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN

2. Tanggungjawab pegawai awam dalam memelihara integriti perkhidmatan awam semasa menggunakan kemudahan media sosial di internet. Berdasarkan pemerhatian, jabatan ini mendapati terdapat pegawai awam menggunakan media sosial untuk menjalankan pernaigaan sama ada penjualan produk atau perkhidmatan termasuk pada waktu pejabat. Keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan boleh menjejaskan imej pegawai awam dan Kerajaan.

3. Pada dasarnya, pegawai awam yang terlibat dengan perniagaan melalui media sosial atau dalam talian adalah disifatkan melakukan pekerjaan luar. Di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mana-mana pegawai awam yang bercadang untuk melakukan pekerjaan luar hendaklah dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya.

Kepada penjawat awam yang mahu dan sedang menjalankan perniagaan atas talian, pastikan anda mengambil langkah mendapatkan kebenaran bertulis seperti arahan KPPA diatas! -tengoktvonline

01.07 0

NGERI!!! Kejadian Air Pasang Surut Akhirnya Undang Tragedi (12 Gambar)

NGERI!!! Kejadian Air Pasang Surut Akhirnya Undang Tragedi (12 Gambar)


Dipengaruhi oleh taufan "Trami", gelombang besar 20 meter tinggi yang jarang muncul di Qiantang River Haining,  Laoyancang.Fenomena air pasang surut ini amat jarang belaku menyebabkan ribuan orang datang kemari untuk melihat sendiri.

Walau bagaimanapun, bahaya yang berlaku semasa tontonan yang menyeronokkan bertukar trajedi memusnahkan tembok dinding pengadang air pasang surut setinggi 20 meter, menyebabkan kecederaan yang hampir 30 pelancong di tempat kejadian.

Ini adalah kejadian dirakamkan oleh seorang wartawan Channel Haining di tempat kejadian penonton menonton diLaoyancang pada 13:00 petang [Ogos 22]. Daripada gambar ini, kita boleh melihat gelombang pasang surut menghentam tembok laut dari barat ke timur dan menghempas ke arah penonton, di atas empangan. Arus yang deras juga menghentam ke bahagian atas pagar kawat, di belakangnya. Jarak antara kedudukan jurugambar ini adalah kurang daripada 10 meter. Mujurlah, wartawan tidak cedera.












00.52 0

Pelakon Ariana Rose Jual Bayi?

Pelakon Ariana Rose Jual Bayi?


Menurut portal mStar, pelakon Ariana Rose, Sharisa Haris Chong menjadi mangsa keadaan apabila laman sosial palsu yang dikaitkan dengan dirinya telah membuat satu jenayah berat apabila si pelaku menjual nama anak (dengan menyatakan anaknya telah meninggal dunia) untuk meraih simpati dan pendapatan dari orang ramai.

Menurut sumber, si pelaku itu merupakan orang yang pernah berkerja dengan dirinya 2 tahun dahulu sebagai pembantu jurusolek dan pakaian.

    "Pada mulanya saya anggap ia perkara biasa apabila ada individu membuat akaun palsu menggunakan gambar-gambar dan maklumat peribadi saya, namun saya terkejut apabila dia melakukan urusan jual beli yang salah di sisi undang-undang.

    "Saya sedar perkara ini apabila ramai mangsa yang terpedaya menghubungi dan menghentam saya di laman sosial peribadi milik saya yang sebenar," -Shahrisa

Kes ini disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)