Searching...
Jumat, 17 Januari 2014
09.04 0

Isu Ditahan Di Sweden : Anak Luahkan Perasaan Tidak Selesa

Isu Ditahan Di Sweden : Anak Luahkan Perasaan Tidak Selesa | KUALA LUMPUR - Empat anak pasangan warga Malaysia, yang ditahan polis Sweden setelah didakwa memukul mereka kerana enggan bersolat, menyatakan rasa tidak selesa tinggal bersama keluarga angkat berlainan agama di negara itu.

Anak sulung pasangan itu yang mahu dikenali sebagai Aisyah, 14, berkata, beliau dan tiga adik lelakinya yang berusia 7, 11 dan 12 tahun ditempatkan bersama keluarga angkat yang disediakan pihak khidmat sosial negara itu sejak ibu bapa mereka ditahan pada 18 Disember lepas.

Aisyah berkata mereka tidak gembira dengan keadaan di dalam rumah berkenaan.

"Kami tidak gembira tinggal dengan keluarga angkat sebab keluarga ini bela anjing.

"Keluarga angkat juga makan makanan tidak halal...walaupun kami tidak diberi makanan itu tetapi kami berkongsi pinggan mangkuk yang sama," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Aisyah berkata mereka juga berulang kali menyatakan hasrat pulang ke Malaysia secepat mungkin namun tidak dibenarkan pihak khidmat sosial.

Katanya mereka juga tidak dibenarkan bertemu ibu bapa dan anggota keluarga dari Malaysia.

Menurutnya seminggu selepas penahanan ibu bapa mereka, keluarga dari Malaysia datang untuk bertemu dengan mereka namun tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa Sweden.

Anak kedua yang mahu dikenali sebagai Ammar pula berkata mereka mahu pulang ke Malaysia secepat mungkin kerana tidak tahan tinggal dengan keluarga angkat itu.

"Kami rindukan mummy dan daddy...kami nak balik Malaysia tapi mereka tidak benarkan. Kami sedih, setiap kali balik sekolah mummy dan daddy tiada.

"Sebelum ini, mummy dan daddy hantar dan ambil kami di sekolah. Sekarang terpaksa naik kenderaan awam sendiri. Adik bongsu pun menangis setiap hari sebab rindukan mummy dan daddy," katanya.

Tahanan reman pasangan suami isteri itu, yang dipercayai kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan guru yang bercuti tanpa gaji, dilanjutkan dua minggu lagi bagi membantu siasatan. - Bernama

08.58 0

Pekerja Kain Pakistan Dituduh Mencabul

Pekerja Kain Pakistan Dituduh MencabulSEREMBAN – Seorang pekerja kedai kain warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan mencabul kanak-kanak berusia sembilan tahun, dalam kejadian awal Januari lalu.

Tertuduh, Muhammad Sallem, 28, yang diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di sebuah butik di Nilai 3, di sini kira-kira 5 petang, pada 6 Januari lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh merayu agar dikenakan wang jaminan yang rendah memandangkan dia datang ke negara ini untuk bekerja bagi menanggung ahli keluarganya di Pakistan dengan memperoleh pendapatan sebanyak RM800 sebulan.

Siti Khairiah menetapkan wang jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin warga tempatan serta pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Beliau menetapkan sebutan kes pada 17 Februari depan. – Sinar Harian Online

08.57 0

Aksi Panas Remaja Bertudung Labuh Dan Pasangannya (3 GAMBAR)

Aksi Panas Remaja Bertudung Labuh Dan Pasangannya (3 GAMBAR) |  Gambar pasangan melakukan perbuatan tidak senonoh kini tersebar di internet.

Adegan panas yang dipercayai dirakamkan secara curi itu memaparkan pasangan muda berkenaan berpeluk dan bercium di tempat awam tanpa perasaan malu.

Apa yang menarik perhatian, wanita yang dirakam dalam gambar ini memakai jubah, bertudung labuh dan berniqab.

Mungkin, suasana angin yang sepoi-sepoi bahasa di tepi sungai membuai perasaan pasangan ini hingga tidak mengawal diri agaknya.

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka sudah berkahwin atau belum tapi melakukan perbuatan begini di tempat terbuka sudah tentulah satu kelakuan yang melanggar batasan adab. - REM RAMZI via mynewshub