Searching...
Jumat, 25 Oktober 2013
18.17 0

Cuepacs Tidak Berpuas Hati Soal Bonus


Cuepacs Tidak Berpuas Hati Soal Bonus | Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kecewa dengan bonus setengah bulan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2014 yang diumumkan petang tadi.

Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda, berkata pihaknya menuntut bonus sebanyak dua bulan, tetapi Najib memberi bonus setengah bulan.

“Kita tidak berpuas hati kerana penjawat awam bergantung kepada bonus setiap tahun kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk persekolahan dan perayaan.

Azih berkata, bonus adalah pengiktirafan kepada penjawat awam kerana banyak memberi sumbangan dalam melaksanakan perkhidmatan kepada kerajaan.

Beliau berkata, Cuepacs mengakui pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen yang berkuatkuasa esok bakal menjejaskan penjawat awam kerana ia menyebabkan pertambahan kos sara hidup rakyat, ditambah lagi dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Kenaikan harga makanan pasti berlaku, bukan sahaja kepada penjawat awam tetapi semua rakyat turut merasai kesannya terutama kerana kenaikan harga gula ini. Ini belum termasuk GST yang kita tidak tahu lagi impaknya kepada rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Cuepacs memuji kerajaan kerana memberi tambahan kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari RM500 kepada RM650.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Cuepacs menyarankan kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014.

Azih berkata, pemberian bonus tersebut wajib diberikan kepada penjawat awam kerana kos sara hidup semakin meningkat kini.

Pembentangan Bajet 2014 oleh Najib sebentar tadi antaranya menyaksikan rakyat bakal berdepan dengan cukai GST bermula 1 April 2015 sebanyak 6 peratus, kenaikan harga gula berkuatkuasa esok dan BR1M 3.0 diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450. – The Malaysian Insider.
18.14 0

Tiga Pelajar Mengaku Bersalah Buli Rakan Sekolah (2 GAMBAR)


Tiga Pelajar Mengaku Bersalah Buli Rakan Sekolah (2 GAMBAR) |BUKIT MERTAJAM –  Tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Seberang Jaya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Jumaat atas pertuduhan membuli seorang rakan mereka pada awal bulan Mac lepas.

Kesemua pelajar berusia 15 tahun dan baru selesai menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Norzafirah Mohamed Ali.

Nurzafirah membenarkan setiap pelajar diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 November depan untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman.



Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah pada 2.25 petang 4 Mac lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain manakala kesemua pelajar tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan klip video berdurasi seminit 32 saat yang tersebar di laman sosial YouTube, memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya di sebuah bilik. -BERNAMA
18.05 0

Seluar Dalam Nora Danish Untuk Dijual?


Seluar Dalam Nora Danish Untuk Dijual? | Selepas nama Rozita Che Wan atau Che Ta dikaitkan dengan penjualan branya, kini nama aktres comel Nora Danish pula dikaitkan dengan penjualan seluar dalam.

Hai macam-macam apabila manusia dah terlebih kreatif ni.

Dah sah-sah saiz seluar dalam yang ditunjukkannya itu bukan saiz yang dipakai oleh Nora.

Mungkin nak melakukan jualan, itu yang diletaknya nama Nora Danish agar ruangan iklan itu menjadi lebih catchy dan dapat menarik perhatian pembeli kot..


17.52 0

GEMPAR!!!Mayat tergantung ditemui selepas 8 tahun


GEMPAR!!!Mayat tergantung ditemui selepas 8 tahunPARIS - PERANCIS . Pemilik baru sebuah apartmen terkejut selepas menemui mayat lelaki tergantung di kediamannya di sini, minggu lalu.

Sumber polis memberitahu, siasatan awal mendapati, mayat reput tersebut adalah bekas pemilik rumah terbabit yang berumur lingkungan 40-an dan dipercayai menggantung diri kira-kira lapan tahun lalu.

Menurut jiran, mereka menyangka lelaki tersebut yang juga seorang pengawal keselamatan telah pulang semula ke Kemboja kerana didakwa menghilangkan diri selepas memfailkan aduan berhubung pemecatannya kepada jabatan buruh pada 2005, dipetik dari laporan AFP.
Kamis, 24 Oktober 2013
17.59 0

Syahrini Mandi Air Zamzam Agar Lebih Putih?


Syahrini Mandi Air Zamzam Agar Lebih Putih? | Penyanyi Indonesia, Syahrini telah satu mengeluarkan satu kenyataan berkaitan petua kecantikan yang pasti menimbulkan kontroversi jika diungkapkannya di negara ini.

Menurut bekas teman wanita Anang ini, dia menjadikan zamzam sebagai air mandian sebagai petua agar kulit lebih cerah.

Sebab itulah, dia sering memesan air zamzam dalam kuantiti yang banyak setiap kali ada keluarga atau saudara maranya ke tanah suci.

Syahrini mengeluarkan kenyataan ini ketika ditemui pihak media sedang menanti ketibaan ibunya yang pulang dari mengerjakan ibadah haji di Bandara Soekarno Hatta, Isnin lalu.

Sayang sekali, di saat tak semua orang mampu menikmati air zamzam, penyanyi seksi ini memanfaatkannya untuk dibuat mandi.

Kalau di Malaysia yang mana orangnya cukup sensitif isu agama, tentu dah bernanah telinganya kena tarbiyah bukan?

17.57 0

Logikkah Rossa Dapat Gelaran ‘Datuk’?


Logikkah Rossa Dapat Gelaran ‘Datuk’?RASANYA ramai sudah sedia maklum penyanyi terkenal, Jamal Abdillah, 54, dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk, sempena ulang tahun keputeraan ke-83 Sultan Pahang.

Pada masa yang sama, seorang lagi penyanyi Indonesia, Sri Rossa Roslaina Handiyani atau Rossa juga turut dikurniai gelaran yang sama.

Kami pasti ramai yang mengerutkan dahi apabila mendapat tahu perkhabaran ini.

Yalah, kalau Jamal, memang sangat logiklah beliau mendapat penghargaan itu kerana sudah bertapak dalam dunia seni sejak menjurai pertandingan Bintang RTM 1979.

Beliau  juga masih aktif menjayakan pelbagai persembahan sehingga sekarang.

Bukan mahu menidakkan pencapaian Rossa, tapi apa sumbangan dia terhadap negara kita ya?

Adakah dia membantu mempromosikan nama industri hiburan Malaysia hingga ke persada Asia?

Apapun, kami juga menjadi sepositif mungkin. Manalah tahu ada sumbangan Rossa yang kita tidak nampak sebelum ini. Hermm..tahniahlah.