Searching...
Selasa, 26 Februari 2013
23.00 0

Aidil Zafuan Kecewa Dengan Rita Rudaini


Aidil Zafuan Kecewa Dengan Rita Rudaini | Logik juga pertanyaan yang diajukan oleh suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan ini. Buat anda yang tidak tahu, semalam Rita menyatakan yang dia masih menyayangi suaminya dan mahu mengetahui apa sebab dia akan diceraikan ketika ditanya oleh hakim Mahkamah Rendah Syariah Seremban.
Namun Aidil Zafuan yang ditemui oleh MalaysianDigest mempersoalkan kenyataan isterinya itu. Kata Aidil:-
Kalau dia sayangkan saya, kenapa dia masih buat macam-macam kenyataan di media yang mengaibkan saya sendiri sebagai suami dia dan juga mengaibkan keluarga saya? Dia juga tahu kenapa saya keluar rumah. Tak perlulah saya bercerita tentang hal peribadi kami. Biar saya dan dia saja yang tahu. Sekarang ini saya mahu bercerai secara baik. Jangan bawa lakonan dia diluar masuk mahkamah. Depan hakim dia cakap dia sayang saya, tapi depan saya dia cakap tak sayang, saya tak tahu apa yang dia nak
Malah Aidil meluahkan rasa kecewanya kerana Rita tidak membenarkan anak-anak mereka untuk berjumpa dengan keluarganya. Paling kasihan apabila anak-anak mereka tidak mengenali datuk dan nenek sebelah Aidil. Kata Aidil lagi:-
“Saya nak dia dan anak-anak balik berjumpa dengan keluarga saya. Tapi dia tak mahu. Dari situ sudah nampak dia tidak mengikut kata-kata saya sebagai suaminya. Bagi saya, saya tidak nampak jalan untuk kami berdamai. Memang dia ada benarkan saya berjumpa dengan anak-anak tapi dia tak benarkan saya bawa anak-anak jumpa keluarga saya. Anak-anak hanya kenal atuk dan nenek sebelah sana (ibubapa Rita), tapi dia tak kenal atuk dan neneknya di sini. Itu saya rasa tidak adil
Aidil juga turut menegaskan penceraian yang diinginkan tiada kaitan dengan Zareema yang dikatakan mempunyai hubungan dengannya. Kalau memang dah tak ada jalan lain, Rita pula redha dan menerima penceraian ini. Lagi dipanjangkan lagi kelam kabut dan makin banyak cerita mengarut akan keluar. Terimalah kenyataan dan teruskan hidup anda.
22.00 0

Lisa Surihani Terharu Terima Ucapan Yusri Di Radio Era FM



Lisa Surihani Terharu Terima Ucapan Yusri Di Radio Era FM | PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani, 26, bergenang air mata dan berasa terharu selepas menerima kejutan ucapan istimewa daripada suaminya, penyanyi Yusry Abdul Halim, 40, menerusi saluran radio Era FM sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 23 Februari lalu
Menurut Lisa, pada malam ulang tahun itu, suaminya turut mendedikasikan sebuah lagu istimewa bertajuk Selamat Hari Kita yang turut diputarkan stesen radio berkenaan ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah restoran untuk makan malam.
"Kisahnya, Yusry ingin membawa saya ke sebuah restoran sempena menyambut ulang tahun pertama kami namun ketika dalam perjalanan dia suruh saya membuka stesen radio Era.
"Ketika itu penyampai Adi Fashla sedang bertugas yang meminta pendengar untuk menghubunginya jika mahu membuat ucapan.
"Bagaimanapun saya benar-benar terkejut apabila selepas hebahan itu, suara Yusry pula yang ke udara sambil menuju ucapan istimewa kepada saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini Selasa.
Rakaman ucapan itu dirakamkan terlebih dahulu.
Kata Lisa, ketika itu dia tergamam dan terharu sambil menganggap ia adalah kejutan paling bernilai dalam hidupnya.
"Saya terharu sebab walaupun dia sibuk dengan urusan kerja namun dia masih ada masa untuk buat lagu untuk saya. Dia ada beritahu saya yang dia berasa bimbang kalau-kalau ada rakan-rakan yang terlibat dengan pembikinan lagu itu membocorkan perkara itu kepada saya," katanya.
Jelasnya, lagu tersebut juga diperdengarkan kepada umum buat pertama kali pada malam ulang tahun perkahwinan mereka itu.
Sementara itu, Lisa memberitahu setelah setahun usia perkahwinan mereka, dia berasa sangat bahagia dan bersyukur dapat melalui hari-hari tersebut dengan orang yang tersayang dalam hidupnya.
"Setahun ini adalah yang paling indah dan bahagia buat saya sebagai seorang isteri kepada Yusry. Banyak perkara yang saya pelajari dan sedang cuba untuk belajar menjadi seorang isteri yang terbaik," ujarnya yang mengakui kini lebih menitik beratkan soal penampilan dan gaya selepas berkahwin.
Bercakap soal cahaya mata, Lisa berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada Allah.
"Saya sudah bersedia tapi ini rezeki Allah, insya-Allah kalau ada rezeki ini saya akan beritahu. Saya tahu ramai peminat yang menunggu dan mendoakan yang terbaik buat kami," ujarnya.
20.49 0

AWAS : Jangan Bekukan Air Tin Dalam Peti Ais



AWAS : Jangan Bekukan Air Tin Dalam Peti Ais | Tolong ingatkan adik-adik kita, bukan setakat memanaskan air tin tetapi membekukannya pun tidak boleh.

Di daerah Jiading, Shanghai, seorang budak lelaki mengalami kecederaan yang dasyat apabila air tin yang dibekukannya meletup dengan kuat sejurus dibuka penutupnya. Ini menyebabkan pipi budak berkenaan, terkoyak dengan 31 jahitan manakala mukanya menerima 7 jahitan.

Memanaskan atau membekukan air berkarbonat, merupakan satu tindakan yang sangat merbahaya kerana menyebabkan Karbon Dioksida yang larut dalam soda berkenaan akan terlerai menyebabkan berlakunya satu tekanan yang tinggi di dalam air tin berkenaan.

P/S: Baca di luar air tin. Ada dinyatakan jangan dipanaskan atau dibekukan di bawah takat beku 0 ° c. Sekadar peringatan untuk para pembaca.



20.00 0

Sharifah Sakinah Tidak Pernah Mengakui Kesilapannya


Sharifah Sakinah Tidak Pernah Mengakui Kesilapannya  | Orang perempuan kalau bergaduh sesama mereka, memang dasyat sungguh. Kalau tak bertegur sapa berbulan-bulan itu adalah perkara biasa. Nak mengaku kesalahan dan minta maaf lagilah satu perkara yang mustahil. Agaknya itulah yang terjadi di antara Julia Ziegler dan Sharifah Sakinah ini.
Beberapa minggu lepas, Sharifah Sakinah ada mengeluarkan kenyataan yang hubungannya dengan Julia Ziegler telah pulih. Namun nampak gayannya itu hanya mimpi belaka. Julia Ziegler masih tidak memaafkan Sharifah Sakinah kerana Sharifah Sakinah masih belum mengakui kesilapannya. Kata Julia:-
Saya tahu dia ingin berbaik dan sudah bercakap dengan beberapa orang artis serta rakan dalam industri bahawa dia ingin meminta maaf dengan saya tapi kenapa tidak berjumpa saya terus. Sekalipun dia sudah meminta maaf secara peribadi saya tetap tidak akan berkawan rapat dengannya semula kerana saya sudah serik dengan apa yang telah terjadi selama ini. Dia tidak perlu beri kenyataan kepada media bahawa kami sudah berbaik, walhal dia yang memulakan perkara ini dan tidak pernah mengakui kesilapannya.
Nampak gaya macam kedua-duanya taknak bertolak ansur. Tak apalah. Masing-masing pun tengah muda. Darah panas lagi. Semoga suatu hari nanti kematangan akan muncul dalam diri mereka sekaligus kemaafan akan dipinta dan diberi. Tak gitu? Info asal Mstar Online.
19.00 0

Shila Amzah Tidak Mahu Dipinang



Shila Amzah Tidak Mahu Dipinang | PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah menegaskan tidak membenarkan mana-mana lelaki masuk meminang dirinya buat masa ini dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.
Berita Harian melaporkan pada Rabu bahawa Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, 23, dilaporkan kini lebih berani bersuara berbanding hanya menutup mulut dan meluahkan rasa menerusi Twitter ketika kemelut antara kekasihnya, Sharnaaz Ahmad dan bapanya hebat diperkatakan baru-baru ini. Dia yang tetap ditemani kedua-dua ibu bapanya bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan diri selain menganggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.
“Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.
“Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik konsep jam Oris di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya, pada Selasa.
Dalam pada itu, Shila mengakui lebih senang meluahkan perasaan menerusi karya muzik.
Namun begitu, dia enggan mengulas panjang tentang lagu terbarunya, Masih Aku Cintadan Cinta Hati ditujukan khas kepada Sharnaaz.
“Saya tak nak komen hal itu. Sekarang saya mahu tumpukan perhatian kepada pembikinan dua album iaitu album Melayu dan Mandarin dalam tahun ini. Yang pasti, dua dendangan berkenaan dimuatkan dalam album itu yang dijangka dipasarkan Mei ini.
“Saya mahu menggembirakan hati orang dan peminat. Mereka seperti keluarga sendiri apabila memberi sokongan tidak berbelah bagi walau ketika pelbagai andaian meletus. Mereka teguh berdiri di belakang saya dan tidak sewenangnya percaya aneka cerita dipaparkan,” katanya.
Turut dicalonkan dalam Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon bagi kategori Artis Asia sebaris dengan Psy, Shila memaklumkan dia juga tidak sabar menjadi tetamu Allah bersama keluarganya, Mac ini, bagi mengerjakan umrah.
Dia yang sudah mengosongkan jadual kerjaya selama dua minggu sejak tahun lalu berharap perjalanan dan ibadat mereka dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.
“Saya memang sibuk kerana jadual penuh setiap minggu sejak memenangi Asian Wave tahun lalu. Kalau bukan kerana isu itu (kontroversi) pun saya sudah dihambat waktu. Syukur nawaitu mengerjakan umrah sekeluarga bakal terlaksana. Sekembali dari Tanah Suci, baru rakaman album akan disambung semula,” katanya.
18.16 0

Bapa Nikahkan Anak Perempuan Berumur 12 Tahun Untuk Elak Maksiat



Bapa Nikahkan Anak Perempuan Berumur 12 Tahun Untuk Elak Maksiat | KULIM – Seorang penduduk kampung bersetuju untuk mengahwinkan anak perempuannya berusia 12 tahun dengan pemuda 19 tahun, mengatakan bahawa mereka tidak perlu terjebak dengan perbuatan haram.

Saad Mustafa berkata dia telah berfikir masak-masak tentang perkahwinan anaknya yang masih muda itu dan sedar tanggungjawab dalam kehidupan selepas berkahwin.

“Lebih baik mereka berkahwin daripada melakukan sesuatu yang tak elok (tidak wajar),” katanya di rumahnya di Kampung Padang Cina di sini, Khamis.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan anak perempuan Saad, Nur Fazira Saad, 12, telah berkahwin dengan Mohd Fahmi Alias, 19, minggu lalu selepas keluarga kedua-dua pihak bersetuju untuk menyatukan mereka.

Majlis akad nikah akad pasangan itu telah diadakan pada Sabtu selepas Nur Fazira mendapat kebenaran Mahkamah Syariah Kulim untuk berkahwin kerana dia masih di bawah umur.

Nur Fazira, yang akan memasuki umur 13 tahun bulan depan dan Mohd Fahmi telah mengenali antara satu sama lain untuk tempoh yang agak lama. Saad, 43, berkata dia telah meminta Mohd Fahmi untuk berkahwin dengan anak perempuannya selepas dia anaknya tidak pulang satu malam bulan lepas.

“Keesokan harinya, saudara saya di kampung berhampiran memberitahu saya bahawa Fazira Nur tinggal di tempat Mohd Fahmi,” katanya.

Saad berkata anak perempuannya kemudian memberitahunya bahawa tidak ada apa-apa yang telah berlaku kerana dia telah menghabiskan harinya dengan Mohd Fahmi sebelum dia dihantar ke rumah saudara.

“Saya mengarahkan dia memanggil Mohd Fahmi. Apabila Mohd Fahmi datang ke rumah saya, dia memberitahu saya bahawa dia akan bertanggungjawab terhadap anak perempuan saya dan akan menjaganya.

“Saya kemudian menjawab jika demikian, mereka harus berkahwin,” katanya, sambil menambah dia berharap anaknya akan dijaga oleh suami dan keluarganya.

Akhbar harian itu memetik Mohd Fahmi sebagai berkata bahawa dia berjanji untuk menjadi suami yang baik untuk Nur Fazira.

“Lebih baik berkahwin dan bukannya terlibat dalam maksiat (hubungan haram). Saya bersetuju memang pelik berkahwin pada usia yang begitu muda,” katanya.

Nur Fazira, yang telah berhenti sekolah selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas, berkata dia tidak menganggap umur menjadi halangan, sambil menambah bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik.

Majlis bersanding pasangan itu akan diadakan di Kampung Naga Lilit, Padang Serai, pada tengah hari Sabtu.

P/S: Pemikiran orang Melayu apabila buat baik semuanya tak kena. Tapi kalau buat dosa ada pula yang puji. Zaman tok nenek kawin awal tak ada masalah pun didik anak-anak sampaikan ramai yang berjaya. Baik kahwin awal dari terus buat dosa. tengok artis sekarang lah peluk sana sini tak ada ikatan langsung. Manusia sekarang sudah tidak kenal azab Allah di akhirat nanti. Macam tak pernah diajar. nauzubilah...