Searching...
Rabu, 05 Maret 2014
16.40 0

Ramai Yang Dengki Dengan Awal?

Ramai Yang Dengki Dengan Awal?

SEMENJAK beberapa minggu lalu, timbul khabar angin yang mendakwa pengacara kacak, Awal Ashaari tidak lagi mengacarakan Melodi disebabkan kontraknya bersama program hiburan popular terbitan TV3 tidak diteruskan.

Khabar angin itu mula tersebar apabila ada pihak memberitahu bahawa Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 32, dikatakan mempunyai masalah disiplin dengan kerjanya.

Bagaimanapun, Awal, ketika ditemui pada majlis pelancaran program realiti The Band berkata, dia agak terkejut apabila gosip itu mula dihebohkan sedangkan hakikatnya, dia baharu sahaja memperbaharui kontrak selama setahun bersama Melodi pada awal tahun ini.

Lebih mengejutkan, Awal mendapat tahu, gosip itu bukannya datang daripada pihak produksi Melodi, tetapi berpunca daripada seorang artis yang mungkin menyimpan hasrat untuk menduduki ‘kerusi’ panas selaku pengacara program berkenaan.

“Jika betullah cerita itu, sudah pasti awal-awal lagi Michelle selaku penerbit akan menghubungi saya. Ditambah pula hubungan saya dengan kru produksi sangat rapat.

“Bukan itu sahaja, terdapat juga khabar angin yang mengatakan bahawa terdapat beberapa orang pelakon telah diuji bakat bagi menggantikan tempat saya, tetapi pihak produksi menafikan perkara tersebut dan ia terbukti dengan kontrak baharu yang ditawarkan," jelas Awal menceritakan keadaan sebenar.

Mengulas mengenai masalah disiplin pula, sambil tersenyum Awal menjelaskan ia juga omong kosong yang sengaja ditokok tambah pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya.

Menurut suami kepada Scha Al-Yahya itu, dia tidak pernah ponteng kerja, sebaliknya memberikan komitmen penuh terhadap tanggungjawab selaku pengacara di samping pasangannya, Zizan Razak.

“Sekiranya saya tidak dapat datang ke set rakaman Melodi, saya akan maklumkan lebih awal kepada pihak produksi supaya ia tidak mendatangkan masalah.

“Tetapi, walau apa sekali pun gosip yang ingin mereka sebarkan, biarkanlah. Mulut orang saya tak boleh nak tutup. Alhamdulillah, rezeki di Melodi masih di pihak saya," ujarnya yang mengakui menjadi pengacara Melodi bukannya tugas mudah kerana cabaran dan risikonya sangat tinggi.

Ditambah lagi, terdapat juga rakan-rakan artis yang cuba menjauhinya dek kerana cerita sensasi mereka disiarkan di Melodi, sedangkan Awal hanya melaksanakan tugasnya selaku penyampai.

“Setelah tiga tahun mengendalikan program ini, barulah saya tahu betapa mencabarnya berada di posisi saya sekarang. Bukan sekadar ramai yang iri hati, malah saya turut dibenci. Tetapi saya hanya reda kerana itu lumrah yang perlu dihadapi," katanya.-utusan

16.27 0

Juhi Chawla Luah Kekesalan Dengan Sikapnya


Ketika kerjaya lakonannya berada di puncak, Juhi Chawla, 47, menolak ba­nyak tawaran berlakon dan kebanyakan filem itu kemudiannya menjadi filem ‘blockbuster’.

“Saya agak berlagak waktu itu. Saya ingat apabila saya menolak setiap tawaran yang datang, industri filem Bollywood akan merudum.

“Ketika itu saya berasakan yang diri ini sangat diperlukan dalam industri filem kerana saya masih muda dan pelakon wanita paling berjaya,” katanya.

Juhi berkata, tawaran berlakon filem seperti Raja Hindustani, Dil Toh Pagal Hai dan Judaai yang ditolak, semuanya menjadi ‘boxoffice’.


“Saya sangat bodoh kerana membuat keputusan yang salah. Saya tak kisah dan tidak malu untuk bercakap mengenai sikap saya dulu kerana semuanya sudah berlalu. Saya berharap pelakon baru belajar dari kesilapan saya itu,” katanya.

Juhi berkata, antara sebab dia menolak tawaran berlakon filem berkenaan kerana ia menampilkan dua heroin dan dia tidak menyukainya.

“Apabila saya menolak tawaran berlakon Dil Toh Pagal Hai, mereka berikan watak itu kepada aktres lain dan seorang daripadanya Karisma Kapoor. Disebabkan keangkuhan saya, Karisma akhirnya jadi sangat popular,” katanya.

Menurut Juhi, dia berani menolak tawaran kerana ketika itu dia ada banyak projek filem.

Terbaru, Juhi muncul dalam filem Gulaab Gang sebagai ahli politik.

“Saya masih berlakon cuma saya terpaksa memilih filem dan watak yang sesuai dengan usia saya sekarang. Saya tertarik dengan Gulaab Gang kerana ia menampilkan sesuatu yang baru dan saya gembira dapat berlakon dengan Madhuri Dixit buat kali pertama.

“Dalam filem ini, dialog saya ‘keras’, bersikap aneh dan suka memanipulasi keadaan iaitu karektor yang tidak pernah saya bawa sebelum ini. Saya minta pihak produksi mengubah sedikit skrip saya tetapi ia tidak sesuai dengan jalan cerita lalu skrip asal terpaksa dikekalkan,” katanya.

Peranannya sebagai ahli politik dalam Gulaab Gang digambarkan seperti kehidupan sebenar ahli politik terkenal di India iaitu Sush­ma Swaraj, Sonia Gandhi dan Mamta Banerjee.

Waktu yang berlalu, kini Juhi tidak lagi melihat aktres sezamannya seperti Madhuri dan Karisma sebagai pesaing.

“Tiada lagi istilah pesaing dalam kamus hidup saya malah saya bangga dengan kejayaan mereka. Saya juga pernah berlakon dengan Manisha Koirala dalam filem I Am.

“Terasa industri filem sama macam dulu apabila dapat berkumpul semula dengan mereka. Kalau ada yang berubah pun dengan kehadiran produser dan pengarah baru,” katanya.-hmetro
16.23 0

Hanez Suaraya Tuntut Nurliyana Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Hanez Suaraya Tuntut Nurliyana Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka (VIDEO)

“Semua fakta dijelaskan, saya tuntut dia minta maaf secara terbuka atas tuduhan dilemparkan.”

Demikian permintaan pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, atau Hanez terhadap wanita dikenali sebagai Nurliyana Abdul Manan, 29, yang membuat kenyataan mendakwa artis itu merampas suaminya.

Nurliyana yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya, Romie Razin Adilha, 34, sebelum ini mengeluarkan kenyataan mendakwa Hanez menjadi penyebab keretakan rumah tangga mereka.

Hanez berkata, kenyataan Nurliyana yang dia menjalin hubungan dengan Romie sejak lapan bulan lalu juga satu fitnah.

“Saya dan Romie berkenalan pada 20 Disember tahun lalu selepas Nurliyana memfailkan perceraian pada 8 Oktober tahun lalu.

“Saya buat sidang media ini untuk menjelaskan (fitnah) ke atas saya. Kalau lepas ini orang nak hina atau cakap apa pun itu hak mereka.

“Yang penting saya dah jelaskan fakta sebenar untuk membersihkan nama saya,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel di sini, semalam.

Pada majlis itu, Hanez ditemani peguam syarie Wan Norliyana Abd Rahman dan Romie turut hadir bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Kekecohan timbul apabila kenyataan Hanez kepada Harian Metro bertarikh 25 Februari lalu mengenai status lelaki itu didakwa seorang duda anak dua menyebabkan pelakon itu dikritik banyak pihak.


Hanez dituduh memutarbelitkan kenyataan sebenar dalam rumah tangga lelaki itu dan didakwa menjadi punca keretakan perkahwinan pasangan terbabit.

Bagaimanapun, pada Jumaat lalu, Hanez sekali lagi tampil mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada semua pihak atas kenyataan mengenai status teman lelakinya.-hmetro
16.17 0

'Saya Sedar Sejak Dulu'

'Saya Sedar Sejak Dulu'

“Sejak berusia 10 tahun, saya sedar rupa saya agak berlainan berbanding adik-beradik lain, lebih mirip kepada keturunan India.

“Selepas bertanya kepada ibu, baru diberitahu saya adalah anak angkat yang diserahkan satu pasangan India,” kata Salmah Abdullah, 32, yang mahu mencari keluarga kandungnya yang terpisah sejak kecil.

Dia yang kini menetap di Kampung Tok Khamis, Pasir Puteh berkata, selepas kematian ibu angkatnya, Che Nga Ishak, dia berusaha mencari keluarga kandungnya biarpun tahu ia bukan mudah.

Katanya, berdasarkan dokumen diperoleh daripada arwah ibu angkatnya, bapa kandungnya dikenali sebagai Jaganathan Ponnusamy manakala ibunya Munimah Kannan.

“Saya diserahkan kepada seseorang bernama Abdul Kadir Said ketika dilahirkan di Estet Sungai Emas dekat Padang Kubu, Kemaman, Terengganu.

“Selepas Abdul Kadir berpindah ke Pasir Puteh, saya diserahkan kepada Che Nga yang juga emak mentua untuk dipelihara,” katanya yang kini mempunyai dua anak berusia sembilan dan 11 tahun.

Salmah berkata, dia mendapat tahu ibu bapanya sudah meninggal dunia, namun memperoleh alamat seorang abangnya yang sudah memeluk Islam bernama Mohd Yusof Nadajaga Abdullah.

Katanya, dia dan suami, Mohd Rozain Muda, 58, kemudian cuba mencari abangnya yang tinggal di Rahan dekat Seremban, Negeri Sembilan, tetapi hampa apabila mendapat tahu abangnya itu sudah berpindah sejak enam bulan lalu.

“Selepas bertanya kepada penduduk di situ, saya diberitahu abang saya bekerja sebagai mekanik dan sudah memeluk Islam.

“Saya juga mendapat tahu saya adalah anak ketujuh daripada sembilan beradik.

Jika boleh saya mahu bertemu mereka semua,” katanya.-hmetro
Senin, 03 Maret 2014
05.01 0

Kisah Benar Pengalaman Menakutkan Wanita Menaiki Teksi Dipandu PER 0G 0L Bersiri!

Gambar hiasan

Kisah Benar Pengalaman Menakutkan Wanita Menaiki Teksi Dipandu PER 0G 0L Bersiri!

Sejauh mana kebenaran kisah ini, hanya mereka yang pernah menjadi mangsa saja yang tahu. Jadi, usahlah kita petikaikan kenapa mangsa itu, kenapa mangsa ini. Sama ada benar ataupun tidak, jadikanlah kisah dibawah ini sebagai satu pengajaran dan peringatan terutamanya kepada kaum wanita.

Jika anda dapati ada bunyi semburan minyak wangi atau penulen udara di dalam teksi, SILA ARAHKAN TAXI TERSEBUT UNTUK SEGERA BERHENTI!! Ianya telah berlaku kepada seorang wanita kira-kira pukul 0:45. dia mendapat ke dalam teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa melayu. Ketika dia berada di teksi untuk beberapa minit, dia tiba-tiba terdengar bunyi semburan dan terdapat bau seperti penulen udara. dia berasa pelik mengapa pemandu tersebut meletakkan dua jenis pembersih udara dalam teksi beliau. “Bau tersebut segera mengingatkan saya tentang emel yang pernah saya baca. Saya mula menjadi sedar di sekeliling saya. Tetapi sedutan penulen disimpan dan muncul setiap beberapa minit. Saya mula berasa sangat bimbang dan takut.

Secara beransur-ansur, saya merasakan bahawa badan saya mula berasa lemah dan lemah. Penulen disimpan di pertengahan dari tempat duduk belakang, betul-betul di belakang saya. saya benar-benar merasakan seluruh badan saya semakin lemah, saya cuba mengarahkan pemandu tersebut untuk membiarkan saya turun di tepi jalan. Tetapi dia terus cuba untuk bercakap dengan saya dan bertanya kepada saya mengapa tidak menurunkan saya di destinasi saya sahaja. Saya berfikir yang dia sedang cuba untuk memanjangkan masa.

Saya mulai berasa seram, saya merasakan kedua-dua tangan dan kaki saya seperti lumpuh dan tidak bertenaga, dan hampir tidak boleh bergerak. Apabila saya bercakap kepada pemandu tersebut, saya tidak mampu bercakap dengan betul, saya cuba menjerit untuk mendapatkan bantuan,tetapi tubuh badan saya benar-benar terlalu lemah.

Sesampainya di lampu isyarat, saya membuka pintu, melompat keluar dan berlari meninggalkan teksi tersebut untuk mendapatkan bantuan.

Saya benar-benar berterima kasih kepada Tuhan kerana menyelamatkan saya. Jika tidak, saya benar-benar tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku kepada saya. Saya menjadi trauma dengan kejadian ini.

Ini adalah kes yang BENAR. Sila beringat!

Saya berasa pengalaman ini perlu untuk dikongsikan dengan anda semua, tidak kira anda lelaki atau wanita ini bukan tipu dan bukanlah cerita yang direka-reka. Ia benar-benar berlaku.

Biarkanlah rakan-rakan anda, ahli keluarga dan saudara mara anda mengetahui tentang kes ini. Saya percaya anda juga sama seperti saya, tidak mahu sesiapa dijadikan mangsa dengan kes ini. ‘Sila berhati-hati apabila merancang untuk menaiki teksi, terutama wanita.’

Saya menerima e-mel beberapa bulan lalu tentang ‘seorang wanita masuk ke teksi dan berasa tidak selesa dan menjadi lemah apabila dia terhidu sesuatu seperti kemenyan yang dibakar. Dia bertindak bijak untuk mengarahkan teksi tersebut untuk berhenti serta-merta dan selepas membuang wang pada lelaki teksi tersebut ,dia segera keluar dari teksi. Beliau kemudian mendapat tahu bahawa jika dia tidak mengarahkan teksi tersebut untuk berhenti dan keluar, dia akan pengsan dan di r0 g 0l oleh pemandu lelaki teksi tersebut (atau geng p er 0 g 0l)!

Beberapa minggu lalu, seorang pengunjung ke tepekong kami yang tinggal di Puchong dan menaiki teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa India. Apabila dia duduk ke dalam teksi, dia mendapati sedikit bau pembakaran kemenyan dalam teksi. Selepas seketika, dia berasa lemah dan tidak dapat bercakap atau menjerit. pemandu teksi berbangsa India tersebut terus memandu ke jalan yang sunyi di mana tidak ada sesiapa pun orang awam disitu lalu me r0 g0 lnya. Sebelum dia dir 0g 0l, dia diberitahu oleh pemandu teksi warga india lelaki tersebut bahawa dia adalah mangsa yang keenam. Beliau bukan sahaja dir 0g 0l tetapi juga dirompak!

Apabila dia sedar, dia segera berjumpa doktor. Perkara yang menyedihkan, doktor mengetahui dia telah dir 0g 0l tetapi tidak menasihati beliau apa yang perlu dilakukan. Doktor hanya membiarkan dia membuat keputusan untuk membuat laporan polis atau tidak .sebab dia tidak mengetahui nama per 0g 0l dan juga nombor plat teksi tersebut.dan dalam keadaan ketakutan dan trauma ,dia memberitahu doktor bahawa dia tidak berani untuk melaporkan kepada polis. Doktor berkata apabila dia tidak berani membuat laporan polis, beliau telah memusnahkan laporan perubatan! Dan per 0g 0l tersebut telah mengambil beg dan keseluruhan dengan IC dia di dalamnya, dia mengetahui alamat kamu dan mungkin berani datang terus ke rumah kamu dan cuba untuk mer 0g 0l kamu lagi.

Sila beringat selalu agar tidak menaiki teksi yang berbau yang tidak menyenangkan yang menbuat anda ragu-ragu dan kalau boleh, jika anda mampu berbuat demikian, membuat panggilan atau sms kepada rakan-rakan atau saudara mara anda dan biarkan mereka tahu nombor pendaftaran teksi dan jika boleh, nama pemandu teksi tersebut.
Sabtu, 01 Maret 2014
05.56 0

Cara Memohon Skim Latihan 1Malaysia SL1M Online

 
Cara Memohon Skim Latihan 1Malaysia SL1M Online
Skim Latihan 1Malaysia atau SL1M merupakan sebuah program untuk mengurangkan kadar pengangguran disamping membantu individu yang bergelar graduan mendapatkan peluang pekerjaan.
Program ini turut meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Syarat Layak Memohon SL1M
1)Graduan mestilah Warganegara Malaysia

2)Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
3)Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada Kerajaan Malaysia
4)Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan
5)Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima
6)Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia
Borang Pendaftaran Online
Sila layari http://www.epu.gov.my/web/guest/e-internship