Searching...
Jumat, 17 Januari 2014
08.50 0

Pentadbiran Sekolah Mohon Maaf Isu Guru Dipaksa Buka Tudung

Pentadbiran Sekolah Mohon Maaf Isu Guru Dipaksa Buka Tudung |  Susulan kes seorang guru mualaf di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat, Johor diarahkan membuka tudung dan diancam keselamatannya; pentadbiran sekolah berkenaan membuat satu permohonan maaf secara terbuka, hari ini.

Permohonan maaf dibuat Pengerusi Lembaga Pengurusan sekolah terbabit, Pang Ah Ngang, 72, dan Guru Besar, Chiew Swee Tuan di hadapan guru mualaf terbabit yang dirahsiakan nama Islamnya, Choi Yi Shan, 25, di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi.

Turut hadir, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak; Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd. Nazri Kasmin.

Guru berkenaan menerima permohonan maaf itu dan berkata tidak mahu mengheret isu ini lagi dan hanya mahu menumpukan perhatian kepada tugas beliau.

Dilaporkan bahawa guru itu telah dipindahkan sementara waktu ke sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi sementara Jabatan Pendidikan Johor menyiasat kes itu.
 Semalam, Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia, Rafiq Naizamohideen mengeluarkan kenyataan memberi tempoh selama 24 jam kepada ahli jemaah pengurus SJKC Nan Ya untuk memohon maaf kepada umat Islam negara ini.

Selain itu, beliau turut mendesak agar Guru Besar sekolah terbabit dipecat kerana gagal memahami sensitiviti umat Islam negara ini.

Sementara Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim pula dalam satu kenyataan media turut melahirkan dukacita terhadap insiden ini namun beranggapan ucapan maaf sahaja tidak cukup untuk menyelesaikannya.

“Kes ini tidak boleh diselesaikan sekadar permohonan maaf daripada pihak berkenaan kerana ia melibatkan keselamatan awam. PPUNJ juga berasa amat kesal dengan sikap berdiam diri Guru Besar sekolah terbabit yang seolah-olah merestui tindakan terkutuk itu.”

“Kami mendesak Kementerian Pelajaran agar mengambil tindakan tegas terhadap Guru Besar sekolah tersebut, bersesuaian dengan peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan kes seumpama ini tidak berulang lagi,” tegas Hahasrin yang dipetik Astroawani.com.

08.48 0

3 Gambar Ngeri,Kanak-kanak Parah Tersepit Di Eskalator

3 Gambar Ngeri,Kanak-kanak Parah Tersepit Di Eskalator |Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun mengalami kecederaan serius hingga terpaksa menjalani pembedahan selepas terjatuh di eskalator yang sedang bergerak di sebuah pusat beli belah di Jakarta, Indonesia.

 Lim Yuan Hong dikatakan sedang melompat-lompat di tangga eskalator sebelum terjatuh membuatkan badannya tersepit di celah tangga bergerak tersebut, ketika insiden yang berlaku sekitar jam 9 malam di Pluit Village Mall, Penjaringan pada 27 Disember lalu.

Ketika kejadian kanak-kanak tersebut bersama ibu dan pengasuhnya.

Ketua Polis Penjaringan, Sujudi Ario Seto yang mengesahkan kejadian ini menyatakan siasatan masih berjalan namun punca utama dipercayai kerosakan eskalator.

Insiden tersepit antara tangga eskalator bagaimanapun bukan kali pertama menimpa. Empat kes serupa turut dilaporkan di China setakat Mei tahun lepas sahaja, malah ada yang meragut nyawa.

Selain ciri-ciri keselamatan eskalator yang harus dipertingkatkan, ibu bapa atau orang dewasa yang membawa anak-anak juga seharusnya lebih peka mengawasi anak-anak ketika membawa mereka ke pusat beli belah sebab benda buruk nak berlaku kadang-kadang dalam sekelip mata saja! – REM RAMZI

Sumber: indoboom.com

Rabu, 15 Januari 2014
08.13 0

30 Lelaki FB Sudah Saya Tiduri - Qila (Kisah Benar)

30 Lelaki FB Sudah Saya Tiduri - Qila (Kisah Benar) | Usianya baru mencecah 20 tahun,namun dia mendakwa ditiduri secara rela oleh 30 lelaki yang dikenalinya dari facebook.hanya mahu dikenali sebagai qila.Remaja berasal dari selatan air itu mengaku pada mulanya seronok melalui hidup sebagai ‘playgirl’ sebelum ditimpa musibah.

Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman lelaki seperti rakan lain yang berwajah cantik tetap menebal dalam diri. Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yang mahu mengenali dirinya, dia menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.

Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun. Bukan tiada yang menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan hanya ikut kepala sendiri.

“Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, terutama di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana rimas dan benci dengan sikap penyibuk mereka. “Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya sibuk berpeleseran dan ‘enjoy’ dengan teman lelaki mencari keseronokan dunia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, sebaliknya tinggal sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa. Tidak terlintas langsung kerisauan di hatinya kerana keseronokan bersama teman lelaki yang dikenali melalui fb membuatkan dia terus hanyut.

“Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya tidak memberangsangkan.

Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman lelaki sentiasa datang silih berganti untuk menemani.

“Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan masalah besar,” katanya.

Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada hari sama. “Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang yang mengesyaki saya sudah ‘dijamah’ lelaki, selain melihat perubahan pada wajah yang mempunyai ‘mata panda’ akibat mengambil dadah berlebihan.

“Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. Disebabkan tiada pilihan, akhirnya saya mengaku,” kata anak kepada pekerja kilang ini. Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan dengan sikapnya. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis bermasalah.

“Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusahakan perniagaan jahitan langsir dan pakaian,” katanya yang kini menghidap ketumbuhan di rahim.sumber-siakapkeli.com