Searching...
Kamis, 03 Oktober 2013
06.00 0

Kenyataan Tidak Bertanggungjawab - Shila Amzah


Kenyataan Tidak Bertanggungjawab - Shila Amzah | Sebelum ini, penyanyi terkenal Nurshahila Amir Amzah atau Shila Amzah pernah menulis di laman Twitternya mengenai perasaan traumanya terhadap keganasan lelaki kepada wanita kerana disebabkan perbuatan bekas kekasih kepada dirinya sebelum ini.

Lantas, disebabkan kenyataan sensasinya itu banyak pihak mula menuding jari terhadap bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad berhubung kenyataan penyanyi wanita itu.

Namun, menerusi Twitternya, Shila menjelaskan, “saya langsung tak kaitkan cerita saya dengan sesiapa pun. Jadi tolong takyah kaitkan la…Siapa yang tulis itu memang tak bertanggungjawab la”.


“Tolonglah blog yang bertanggungjawab ini. Maaf cakap tapi kalian tak jaga langsung sensitiviti orang lain. Tulis ikut sedap sahaja,” tulisnya lagi.

Bagi penulis, Shila seharusnya menyedari statusnya sebagai seorang selebriti, kerana apa sahaja yang dicakap, diluah atau ditulis di laman-laman sosialnya pasti akan menarik perhatian orang ramai.

Lagi-lagi kalau benda itu sesuatu yang negatif. Jika Shila tidak mahu dikaitkan dengan sebarang kontroversi atau cerita panas dia seharusnya bijak memikirkan perkara yang sepatutnya dikongsikannya bersama peminatnya di luar sana.

Tak gitu?

05.58 0

4 Gambar Menyentuh Perasaan Kemalangan Maut Di Kuala Kubu


4 Gambar Menyentuh Perasaan Kemalangan Maut Di Kuala Kubu  | MENYAYAT HATI…Dua wanita dan bayi berusia setahun terbunuh akibat nahas jalan raya yang melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dikatakan hilang kawalan sehingga terbabas dan terjunam ke dalam sungai, pagi tadi.

Kejadian menyayat hati di Kuala Kubu Bharu itu telah mengakibatkan kedua-dua wanita berkenaan mati serta-merta di tempat kejadian.



Menurut info yang diperoleh menerusi laman Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu itu, bayi lelaki tersebut  telah dihanyutkan sejauh lebih kurang dua kilometer sebelum dijumpai oleh anggota bomba yang bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Operasi menyelamat itu turut disertai jabatan bomba Tanjung Malim dan anggota polis dari Balai Hulu Bernam.-mynewshub
05.41 0

Lelaki Hidung Belang Guna Posmen Untuk Pikat Rita Rudaini


Lelaki Hidung Belang Guna Posmen Untuk Pikat Rita Rudaini | Nyata tidak mudah bergelar selebriti, apatah lagi dikurniakan dengan pakej menawan. Rita Rudaini Mokthar, 37, umpamanya mengakui sejak rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak, 26, dilanda badai lebih setahun lalu, ada lelaki hidung belang cuba mendekati.

Namun, hasrat itu tidak diluahkan secara langsung , sebaliknya khidmat orang tengah digunakan bagi ‘membeli’ jiwanya. Bagaimanapun, tiada satu pun yang berjaya mendekati disebabkan sifat tegasnya.

“Memang tidak dinafikan ada yang cuba mendekati, lebih-lebih lagi setelah saya sah bercerai. Biasanya, rakan yang menjadi ‘posmen’ kerana mereka digunakan sebagai orang tengah. Saya hanya mampu ketawa apabila ada yang berusaha mendekati.

“Setakat ini, tiada seorang pun yang berani berdepan atau berhubung terus dengan saya, mungkin kerana mereka tahu saya seorang yang tegas. Saya pun tidak suka melayan. Selepas habis perjumpaan dengan mana-mana wakil urusan perniagaan, saya lebih suka untuk terus saja balik ke rumah.

“Buat masa ini saya malas hendak fikir mengenai pengganti. Tumpuan saya kini hanyalah kepada anak dan perniagaan produk kecantikan yang baru diusahakan bersama seorang rakan kongsi,” kata Rita yang sah menjanda kali kedua pada 5 September lalu.
05.38 0

Inilah Lelaki Paling Pendek Di Dunia (GAMBAR)


Inilah Lelaki Paling Pendek Di Dunia (GAMBAR)KATHMANDU - NEPAL. Seorang warga emas sanggup pergi ke Kathmandu bagi menunaikan hasratnya untuk diiktiraf dalam Rekod Dunia Guinness sebagai lelaki paling pendek di dunia.

Master Nau, 73, dari Bhairahawa mempunyai ketinggian 41 sentimeter (sm).

Anak saudaranya, Seema Sheikh berkata, kehadiran Nau disambut meriah media dari pelbagai agensi.

"Master Nau gemar melancong dan suka berkongsi tentang kehidupan hariannya," katanya.

Difahamkan, rekod manusia paling pendek di dunia ketika ini dipegang seorang lelaki warga Nepal, Chandra Bahadur Dangi, 74, dengan ketinggian 54.6sm, laporan dipetik dari AP.
04.49 0

Naik Angin Apabila Anak Menangis


KUALA TERENGGANU - Hasrat murni seorang isteri menegur perbuatan panas baran suaminya yang memukul dan memarahi anak perempuan mereka, bertukar episod ngeri apabila dia ditampar dan ditumbuk, dalam satu kejadian di Kampung Surau Panjang, di sini, Isnin lalu.

Bukan itu sahaja, mangsa, 26, yang cuba melindungi anak yang baru berusia empat tahun itu turut cedera di tangan dan paha dalam usaha menyelamatkan dirinya daripada cuba ditikam dengan pisau oleh suspek, 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika pasangan suami isteri itu sedang tidur, sebelum dikejutkan dengan tangisan anak mereka.

“Tangisan kanak-kanak itu berlarutan walaupun puas dipujuk oleh mangsa sehingga menyebabkan suspek yang tidak selesa dengan gangguan bunyi bising itu naik angin.

“Suspek kemudian mula memarahi anaknya, namun mula bertindak kasar dengan memukul anak yang tidak tahu apa-apa itu sebelum mangsa cuba masuk campur dengan menegur perbuatan suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zamri berkata, namun, suspek yang seperti dirasuk itu semakin bengang dengan teguran mangsa sebelum bertindak memukul dan menumbuk mangsa.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengambil sebilah pisau di dapur dan cuba menikam mangsa, namun berjaya dielak dan hanya terkena pada tangan dan paha mangsa.

“Selepas melihat kecederaan dialami mangsa, suspek mula takut sebelum melarikan diri meninggalkan kedua beranak itu,” katanya.

Susulan kejadian, mangsa menerima tiga jahitan di tangan.

Jelasnya, mangsa yang tidak berpuas hati diperlakukan sebegitu rupa serta bimbang keselamatan diri dan anaknya mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Chendering, sebelum suspek ditahan beberapa jam kemudian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.-sinar harian
Rabu, 02 Oktober 2013
18.26 0

Hati Seorang Ayah

“Abah, nak 10 ringgit” kita mesti biasa buat ayat ni kan? Abah, Abi, Bapak, Papa, Ayah, Baba.. walaupun panggilannya berbeza tapi untuk orang yang sama. Seorang lelaki yang sedaya upaya mencari nafkah dalam membesarkan anak-anaknya. Jarang sekali kita bicara hal ayah.

Orang garang, bercakap bila perlu dan kurang menunjukkan kasih sayang. Mungkin ini alasan bila ditanya kenapa kita kelihatan kurang mesra dangan ayah tapi PERCAYALAH apa yang kita nampak dari segi zahir berbeza dengan batinnya. Jauh disudut hati seorang ayah ini, amat menyayangi anak-anak. Cuma mungkin dia tak pandai menunjukkan kasih sayangnya.

Seorang yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan segala makan dan pakai kita. Jarang sekali kita cuba menyelongkar akan kepayahan seorang insan yang dipanggil ayah ini. Mungkin kita kenyang diwaktu dia sedang lapar. Pernah tak kita fikir betapa susahnya seorang ayah berkerja keras dari pagi sampai ke petang dan hasilnya diberi kepada anak-anaknya. Benar, itu adalah tanggungjawab tapi sejauh manakah kita bersyukur bila dikurniakan seorang ayah yang bertanggungjawab??

Demi melihat anak-anaknya berjaya dan sentiasa merasa gembira, banyak sangat keringat si ayah perlu korbankan. Apa yang dibenak fikirannya ialah “Biarlah aku kerja susah, janji anak-anak aku tidak berlapar”.

Begitulah nilai kasih sayang seorang ayah. Jadi pada mereka yang masih ada ayah, hargailah dan gembirakanlah hati mereka.. TAK TERBALAS SETITIK PELUH AYAH dalam membesarkan kita…