Searching...
Rabu, 02 Oktober 2013
18.24 0

JAWAPAN PEDAS UNTUK SUAMI ...jika kita malas ehhh!!

”Awak dah check minyak hitam? Air ?” itu soalan rutin seharian dan sepetang si suami kepada saya…

”Tak check pun … nape? “

(Dah macam Iklan Pertonas tu pulak kan…? ~kenapa saya suka rumah saya…kenapa saya suka rumah saya……….sebab dia bessssst..!! ~ )

Sebagai seorang wanita yang bijak berhujah, saya pun jawablah dengan segala hujah² yang bernas. (Laaaa.. macam iklan beras lah pulok.. hehehe…)

”Sebab, saya tak mau orang lelaki rasa diri tidak diperlukan…” (sekilas pandang di sisi sebelah kanan, saya nampak si suami buat-buat tak dengar....)

Ye la kan, sekarang ni ramai wanita yang berkerjaya dan boleh berdikari. Ramai yang di luar sana dapat menguruskan hidup dengan baik sehingga kadang-kadang saya rasa kesian pada lelaki kerana sedikit demi sedikit penguasaan kuasa mereka terhakis.

” Walau pun saya boleh buat bang… tapi saya sengaja tak buat sebab saya nak awak rasa diri tu berharga, diperlukan sangat-sangat oleh isteri awak ni…. Nanti kalau dah semuanya saya buat, nampaklah sangat kebijaksaan saya ni… tercabar pula orang lelaki nanti…”

HEHEHE!!! Logik tak jawapan tu? Topik hangat untuk hari yang sejuk… alahai…

09.13 0

Terkilan Kenduri Kahwin Akhirnya Jadi Tragedi,Keluarga Pengantin Minta Maaf


Terkilan Kenduri Kahwin Akhirnya Jadi Tragedi,Keluarga Pengantin Minta Maaf 


ALOR SETAR: Pengantin perempuan yang majlis perkahwinannya di Sungai Petani, Kedah pada Sabtu lalu menyebabkan kematian empat orang kerana keracunan makanan memohon maaf kepada semua yang terlibat atas ketentuan yang berlaku.

Haslina Yusof berkata, beliau sedih dan terkilan dengan kejadian yang menimpa sanak saudara dan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu.

Empat orang yang maut itu keracunan makanan selepas menikmati juadah kenduri kahwin berkenaan termasuk sepupu Haslina sendiri, Norshazana Mohd Rashid, 24, yang meninggal dunia di rumahnya di Sungai Petani.

"Saya tidak sangka boleh jadi begini," katanya kepada wartawan .

Haslina, 23, merayu agar tidak ada mana-mana pihak yang menaruh syak wasangka dan memberi tanggapan serong terhadap keluarganya.

Katanya, beliau dan keluarga sudah cukup menanggung malu atas apa yang telah terjadi.

Mereka juga tidak berniat untuk menganiaya sesiapa apatah lagi menaruh racun ke dalam makanan seperti yang ditohmah oleh sesetengah pihak.

Sementara itu, bapa Haslina, Yusof Ahmad, 52, juga terkilan dan sedih kerana tidak menyangka majlis perkahwinan pertama dalam keluarganya itu bertukar jadi bencana.

"Saya sebagai tuan rumah nak minta maaf banyak-banyaklah berlaku pada kenduri baru-baru ini. Saya pun tak sangka yang boleh jadi macam itu. Saya panggil kawan-kawan untuk datang makan kenduri ini dengan iklhas, tak ada niat nak buat jahat atau apa," katanya.

Apa yang menyebabkan beliau lebih terkilan ialah antara mangsa keracunan yang dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia itu adalah saudara-maranya sendiri.

Yusof turut memaklumkan beliau dan ahli keluargnya juga cirit-birit dan muntah-muntah dan ditahan di hospital selama tiga hari. Mereka hanya dibenarkan pulang pada pagi Rabu.

Sementara itu, jenazah mangsa keempat, Wang Razali Yaacob, 56, selamat dikebumikan pada pagi Rabu di Tanah Perkuburan Masjid Al-Atiq, Kampung Merbok, Sungai Petani.

Allahyarham meninggal dunia pukul 7.15 malam Selasa di Hospital Sultan Abdul Halim setelah sakit perut dan muntah-muntah selepas pulang dari majlis perkahwinan itu.

Dua lagi mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut yang maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan dan Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma yang meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan.

Dalam pada itu, polis masih menunggu laporan perubatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mengumpulkan laporan berkenaan daripada empat buah hospital daerah dan dijangka akan siap dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalili Ariffin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh selepas menerima laporan itu bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk melihat unsur khianat atau kecuaian.

Setakat ini, 270 orang dilaporkan mendapatkan rawatan di hospital kerana keracunan makanan daripada majlis kenduri kahwin itu.-astro awani

09.00 0

Jawab Soalan PMR Dalam Wad Selepas Bersalin


Jawab Soalan PMR Dalam Wad Selepas Bersalin | KOTA BHARU - Seorang calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sini, terpaksa menduduki peperiksaan terbabit di wad sebuah hospital...

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor,15, berkata, akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya yang dikenali dua tahun lalu, dia disahkan mengandung setelah perutnya terus membesar.

Remaja terbabit yang bersalin secara normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat untuk menduduki peperiksaan.

Menceritakan detik hitam itu, dia terpedaya  dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya.

"Akibat termakan pujuk kerana kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak.

"Ibu dan ayah begitu marah dengan perbuatan saya ini  memandangkan saya masih bersekolah dan mereka dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin membesar," katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Nor berkata, dia kini menyesal dengan perbuatannya itu dan mengharapkan keputusan peperiksaannya lebih baik daripada peperiksaan percubaan sebelum ini yang hanya memperolehi 2A.

"Saya nak berjaya dalam peperiksaan ini dan harap dapat sekurang-kurangnya 4A dalam enam mata pelajaran yang diambil supaya saya dapat buktikan bahawa saya masih mampu meneruskan pelajaran untuk ke tingkatan 4 nanti serta dapat menebus kesalahan lalu," katanya.

Nor berharap, selepas ini dia dapat meneruskan persekolahan dan menumpukan perhatian dalam pelajaran walaupun pernah terlanjur dan tidak mengulangi kesilapan lalu.-sinar harian
05.13 0

SEDIH! Apabila Khidmat Wan Maimunah Tidak Diperlukan Lagi


SEDIH! Apabila Khidmat Wan Maimunah Tidak Diperlukan Lagi | Apa sudah jadi? Itulah soalan yang pertama terpacul di mulut Murai Batu selepas mendapat tahu mengenai perkembangan terbaru mengenai pelakon serba boleh, Wan Maimunah.


Dengarnya, hidup pelakon ini sudah semakin susah dan khidmatnya kini dikhabarkan tidak lagi diperlukan oleh mana-mana pihak produksi tempatan. Malah, Murai Batu dapat tahu, Wan Maimunah yang lebih mesra  disapa ibu itu juga sudah pun tidak ingat drama terakhir yang dilakonkannya.

Dalam erti kata lain, dia sudah lama tidak berlakon.

Menurut sumber, ibu sudah tidak lagi menerima sebarang tawaran walaupun masih lagi sihat dan boleh berlakon sama seperti dulu. Malah, Murai Batu diberitahu lagi, ibu kini hanya meniaga di hadapan rumahnya saja demi mencari nafkah sesuap nasi.

Lebih menyedihkan, niat ibu untuk berniaga di pasar malam juga tidak kesampaian disebabkan dia tidak mempunyai wang untuk dijadikan modal. Yang penting, dari kisah ini, Murai Batu rasa pihak SENIMAN perlu membantu menyelesaikan ceritera sedih yang melanda Wan Maimunah.

Setahu Murai Batu, masih ramai lagi anak seni tempatan perlu bantuan dan mengalami masalah lebih teruk lagi tanpa disedari orang lain. Mungkin perkara sebegini tidak akan jadi kalau sistem hiburan tempatan sistematik dan berlaku adil.-murai.com

03.37 0

BR1M Tidak Perlu Diteruskan - Dr Mahathir


BR1M Tidak Perlu Diteruskan - Dr MahathirPETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.

Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini Selasa.

"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.

"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata ekonomi negara dijangka tidak akan mengalami kesan yang besar akibat penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat, ini kerana perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara kini semakin berkurangan.

Beliau berkata jumlah dagangan negara tidak bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika Syarikat, kecuali ia terjadi di masa yang lepas.

"Kesannya sedikit sebanyak ada, tetapi kita bukan berdagang semuanya dengan Amerika Syarikat," katanya.

Dr Mahathir berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat mencapai 20 peratus satu masa dahulu tetapi sekarang sudah merosot kerana kemampuan membeli di Amerika Syarikat telah berkurangan.

Operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan selepas Kongres menolak pelan kesihatan yang dibawa Presiden Barack Obama. - BERNAMA


sumber= mstar via cari
Selasa, 01 Oktober 2013
05.56 0

Masya Allah! Anak Sulung 10 Tahun Dijadikan Pemuas Nafsu Bapa Sendiri


Masya Allah! Anak Sulung 10 Tahun Dijadikan Pemuas Nafsu Bapa Sendiri KUALA TERENGGANU - Seorang penjaga dusun tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun, dalam kejadian di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun.

Menurut sumber, perbuatan jijik suspek berusia 38 tahun terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.

Perubahan ketara anak sulung daripada tiga beradik itu mula disedari ibu saudaranya selepas mangsa dirogol dalam kejadian terbaru 12 September lalu, kira-kira jam 9.30 malam di sebuah kebun di Bandar AMBS Dungun sebelum memaklumkan kepada ibunya.

“Mangsa yang belajar di sebuah sekolah asrama akan pulang ke rumah neneknya setiap dua minggu bagi menghabiskan cuti hujung minggu, sementara ibunya menetap di Wakaf Tapai, Marang kerana bekerja di sana.

“Semasa itulah, suspek ambil kesempatan mengajak mangsa bermalam di kebun tempat dia bekerja tidak jauh dari rumah nenek sebelum melakukan perbuatan terkutuk tanpa kerelaan mangsa,” katanya, semalam.

Sumber berkata, disebabkan terlalu takut, mangsa hanya membiarkan suspek yang turut memiliki dua isteri itu melakukan perbuatan jijik itu terhadap dirinya buat sekian kalinya.

“Sebaik melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah ibu yang juga nenek mangsa pada keesokan harinya,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa yang trauma mula menunjukkan perubahan sikap dengan sering menjauhkan diri, serta dilihat sentiasa berada dalam ketakutan setiap kali berdepan dengan suspek dan disedari ibu saudaranya sebelum memaklumkan kepada ibunya.

“Sejurus menerima berita itu, ibu mangsa berusia 30-an segera ke sekolah untuk berjumpa mangsa dan selepas puas dipujuk, barulah mangsa berani membuka mulut menceritakan kejadian sebenar.

“Mangsa turut mendakwa menjadi pemuas nafsu bapanya sejak berusia 10 tahun lagi, dan hanya berdiam diri kerana bimbang akan diapa-apakan bapanya yang sering mengugut akan memukul dan bertindak lebih kasar jika dia menceritakan kepada ibunya,” katanya.

Terkejut dengan pendedahan mangsa, ibu mangsa yang juga isteri pertama suspek membuat laporan polis pada 23 September lalu sebelum suspek ditahan di rumah isteri keduanya di Wakaf Tapai, Marang, kira-kira jam 11.10 pagi, kelmarin.

Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Rosila Nik membenarkan suspek direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.-sinar harian