Searching...
Sabtu, 02 Maret 2013
00.33 0

TERKINI: 15 Gambar Sekitar Ketibaan Jenazah Insp Zulkifli Mamat & Kpl Sabarudin Daud



TERKINI: Gambar Sekitar Ketibaan Jenazah Insp Zulkifli Mamat & Kpl Sabarudin Daud | Dari Allah kita datang, pada Allah juga kita kembali…

Takziah diucapkan kepada kedua-dua anggota keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46.

Jenazah dua anggota komando polis komando VAT 69 yang terkorban semalam dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo tiba sekitar tengah hari tadi.

Berikut merupakan di antara foto-foto yang sempat dirakamkan oleh jurufoto Mynewshub semasa jenazah tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang.

Al-Fatihah….















Jumat, 01 Maret 2013
23.54 0

Abby Abadi Luah Perasaan Kecewa Mengenai Isu Lahad Datu


Abby Abadi Luah Perasaan Kecewa Mengenai Isu Lahad Datu | Isu pencerobohan Lahad Datu sememangnya menjadi topik yang sedang hangat dibincangkan di alam siber sekarang ini. Salah seorang selebriti yang turut meluahkan pendapatnya ialah Abby Abadi. Umum mengetahui yang Abby Abadi kini sudah pun berjuang di bawah paksi Pakatan Rakyat.
abby abadiSudah pasti, kerajaan Malaysia diserang oleh Abby kerana dikatakan lambat mengambil tindakan untuk mempertahankan keamanan di Lahad Datu. Antara kata-kata yang dikeluarkan oleh Abby menerusi Twitternya ialah:-lahad datu
lahad datu
lahad datu
Setiap orang sememangnya mempunyai pendapat masing-masing mengenai isu ini. Apa pun marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada tentera Malaysia yang telah terkorban mempertahankan Lahad Datu daripada serangan tentera Sulu hari ini. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

23.49 0

Bekas Pelawak Bob Lokman Bekerja Sebagai Penjual Buku, Kacang Dan Nasi



Bekas Pelawak Bob Lokman Bekerja Sebagai Penjual Buku, Kacang Dan Nasi | PETALING JAYA: Bekas Pelawak Bob Lokman menyara kehidupannya dengan bekerja sebagai penjual buku, kacang dan nasi selepas meninggalkan dunia seni untuk menyertai parti politik.
Bob atau nama sebenar Muhammad Hakim Lokman, 48, berkata beliau terpaksa melakukan pekerjaan tersebut untuk melangsaikan beberapa hutangnya yang masih tertangguh.
"Selepas sudah tidak terlibat lagi dengan dunia hiburan, saya menyara kehidupan dengan menjual buku-buku, kacang dan nasi.
"Saya terpaksa berniaga kecil-kecilan bagi menyara kehidupan untuk melangsaikan hutang-hutang yang masih ada," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat apabila ditanya tentang perkembangan terbaharu beliau.
Bob Lokman yang pernah menjadi juri pada program Maharaja Lawak dan penulis lirik lagu Isabella (nyanyian Search) itu telah menyertai parti PAS dan banyak melakukan ceramah untuk parti itu.
Beliau turut menjual buku dan kacang di lokasi tempat ceramah yang dianjurkan parti berkenaan serta di kawasan rumahnya di Sungai Buloh, dekat sini.
Dalam pada itu, menyentuh sejauh mana penglibatannya dalam bidang politik, Bob berkata, dia tidak berniat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) akan datang.
"Perjuangan saya adalah untuk Islam dan bukan untuk menjadi wakil rakyat. Saya hanya menyokong parti yang menegakkan dasar-dasar Islam," ujarnya.
Katanya, dia telah mengambil pendekatan untuk menjalani hidup secara sederhana selepas tekad meninggalkan dunia seni.
Ketika ditanya adakah benar beliau mengkritik program kerajaan Jelajah Janji Ditepati (JJD) seperti dilaporkan akhbar Bob berkata, laporan berkenaan adalah benar dan ia akan diteruskan dalam siri ceramahnya akan datang.
Dalam laporan tersebut, Bob menyifatkan bahawa penganjuran program JJD sebagai bertentangan dengan syariat Islam.
16.24 0

Lahad Datu: Penceroboh Bersenjata Mulakan Dahulu Serangan - PM




Lahad Datu: Penceroboh Bersenjata Mulakan Dahulu Serangan - PM | PEKAN, 1 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.

Perdana menteri berkata beliau telah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi.

Najib turut mengesahkan dua anggota keselamatan Malaysia terbunuh dan tiga lagi cedera manakala 10 hingga 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh.

"Mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden tembak-menembak antara pasukan keselamatan negara dengan kumpulan penceroboh yang diketuai adik Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram, yang telah berkubu di Felda Sahabat 17 di Tungku, Kampung Tanduo, daerah Lahad Datu sejak 9 Feb lepas.

"Saya tidak lagi buat keputusan. Terserah kepada mereka (panglima ATM dan Ketua Polis Negara) untuk ambil tindakan...mereka akan diberikan kuasa sepenuhnya.

"(Kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka," kata Najib.

Perdana menteri berkata kumpulan itu kini dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera laut negara telah meningkatkan tahap keselamatan di perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan dua anggota keselamatan.

Terdahulu Najib melancarkan jentera pilihan raya kawasan parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Pekan yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.

-- BERNAMA
16.20 0

Pencerobohan Lahad Datu : 2 Wira Negara Terkorban



Pencerobohan Lahad Datu : 2 Wira Negara Terkorban | komando cedera
12 penceroboh maut
PDRM, tentera diberi kuasa penuh ambil tindakan


Lahad Datu: Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban, manakala 12 penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina maut dalam kejadian tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di sini, semalam.

Pemimpin kumpulan itu juga menuntut bertemu dengan pemimpin atasan mereka, namun sebaik sampai mereka membuat tuntutan ke atas Sabah yang didakwa sebahagian daripada wilayah mereka.

Kejadian jam 9.59 pagi dan berakhir 20 minit kemudian turut menyebabkan tiga lagi anggota keselamatan cedera.

Penceroboh rakyat asing yang maut antara 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan keselamatan di FELDA Sahabat 17, Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu.

Mereka cuba keluar dari kepungan pasukan keselamatan dan mula melepaskan tembakan apabila terserempak dengan anggota keselamatan yang mengetatkan kepungan.

Anggota yang terbunuh ialah dari skuad Komando 69, iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor.
Tiga anggota yang cedera ialah Koperal Azman Ampong, Koperal Mohd Tarmizi Hashim dirawat di Hospital Lahad Datu, manakala Konstabel Mohammad Qaiyum’aiqal Zolkifli yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Sediakan makanan
Dalam operasi itu, pasukan keselamatan turut merampas dua M-16, dua raifal separuh automatik, dua pistol, magazzine peluru, peluru pelancar roket dan beg pakaian.

Pertempuran berlaku selepas kerajaan beberapa kali mengadakan rundingan dengan kumpulan itu yang menceroboh negara 12 Februari lalu bagi diselesaikan secara aman.

Sebelum ini, kerajaan turut menyediakan bekalan makanan dengan harapan mereka bersetuju menamatkan pencerobohan di kampung itu dan pulang ke negara asal.

Pemimpin kumpulan itu juga menuntut bertemu dengan pemimpin atasan mereka, namun sebaik sampai mereka membuat tuntutan ke atas Sabah yang didakwa sebahagian daripada wilayah mereka.

Kerajaan turut beberapa kali berkompromi mengubah tarikh akhir supaya kumpulan itu meninggalkan Lahad Datu, namun mereka terus menetap di situ dan enggan keluar.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedih dengan kejadian itu berkata, beliau memberi kuasa penuh kepada pasukan keselamatan untuk mengambil apa saja tindakan untuk menumpaskan kumpulan penceroboh terbabit.

Pasukan keselamatan katanya, sudah mengepung mereka sepenuhnya. Bot Tentera Laut Diraja Malaysia sudah berkawal di perairan dan Tentera Darat turut berkawal bagi mengelak penceroboh melarikan diri.

Penceroboh mula tembak
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, pada sidang medianya petang semalam, berkata kumpulan penceroboh melepaskan tembakan terlebih dulu apabila terserempak dengan anggota keselamatan menjalankan operasi mengetatkan kepungan.

“Pasukan kita tidak mempunyai pilihan selain membalas tembakan itu. Kita sebenarnya sudah memberi peluang kepada kumpulan terbabit dengan mengadakan rundingan, tetapi nampaknya mereka enggan keluar seperti diarahkan,” katanya.

Hamza berkata, sehingga lewat petang semalam, keadaan dilaporkan terkawal.

Beliau turut menafikan polis mengeluarkan perintah berkurung di Lahad Datu dan daerah lain seperti disebarkan pelbagai pihak, terutama di internet.

“Mengikut Akta Polis, perintah berkurung hanya boleh dikeluarkan Pesuruhjaya Polis Sabah dan saya tidak ada mengeluarkan arahan seumpama itu kerana keadaan di sini terkawal,” katanya.


Gambar terakhir arwah



08.36 0

Isu Lahad Datu : Kronologi Pencerobohan Kumpulan Bersenjata Dari Selatan Filipina





9 Februari - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

1 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.


Sumber- BERNAMA