Searching...
Jumat, 01 Februari 2013
18.00 0

Akibat Kena Pukul



Akibat Kena Pukul | Sepasang suami isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerjabermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.

Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang uatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya…kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam,kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?”
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. ..Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan “Tak tahu… !”
“Saya tak tahu Tuan..! “
“Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata
“Ita buat ayahhh.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu.

Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Menangis terusak-isak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia
menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. 

Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas. “Bagi minum panadol tu,” balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. “Petang nanti kita bawa ke klinik.Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. “Tiada pilihan..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. “Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor. Si bapa dan ibu
bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
“Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul.
Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
“Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah,sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorangpun yang melihat suasana itu tidak menangis….
“Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana?
Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu.Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram…..lepaskan marah anda…
02.00 0

Efek Negatif Tidur



Efek Negatif Tidur

Jam berapa anda bangun tiap hari? Habis subuh?Berhati-hatilah, bangun tidur yang tidak teratur akan mengakibatkan efek negatif bagi kesihatan. Berikut alasannya..

1. Masalah metabolisme

Jika Anda tidur terlalu lama, tubuh tidak akan berfungsi sesuai ritmenya. Anda akan merasa lapar dalam jangka waktu lama dan hal ini mempengaruhi kecepatan metabolisme. Hal ini akan membuat bobot tubuh meningkat.

2. Lesu

Tidur berlebihan akan membuat Anda merasa lesu karena metabolisme Anda masih bekerja dalam ‘set’ malam hari. Tubuh membutuhkan waktu lebih lama untuk memulai sistem dan tidak dapat berfungsi normal. Jika Anda benar-benar ingin tidur sedikit lebih lama, usahakan jangan lebih dari tiga puluh menit.

3. Kehilangan waktu produktif

Para ahli menganggap pagi hari adalah waktu paling produktif karena pikiran Anda masih segar. Jika Anda tidur terlalu lama maka akan akhirnya kehilangan banyak waktu produktif dalam sehari. Sehingga, Anda harus menyelesaikan pekerjaan sampai larut malam dengan terburu-buru.

4. Disorientasi

Tidur terlalu lama membuat Anda sulit berkonsentrasi dalam waktu lama. Kecuali, setelah bangun tidur Anda langsung berolahraga. Lalu, karena metabolisme tidak bisa berhenti otak akan membuat Anda merasa lapar.

5. Sakit kepala

Cairan serebrospinal bergerak ke otak ketika Anda tidur terlalu lama. Kondisi ini, jika berlangsung dalam waktu lama dapat menyebabkan sakit kepala parah dan bahkan menyebabkan kebutaan. Jadi, pikirkan lagi jika Anda ingin tidur lebih lama.
01.03 0

Kenapa Saya Sayang Isteri Saya?



Kenapa Saya Sayang Isteri Saya? | Bila Allah SWT suratkan jodoh kita kan, itulah pasangan yang terbaik buat kita.

Masa susah susah dulu dialah yang sama sama susah dengan saya

Dialah yang usaha sama sama cari nafkah untuk kami sekeluarga

Dialah yang sama sama pergi kerja dengan saya tapi bila kami balik (kebetulan kami satu pejabat) saya dah terlepek keletihan, dia sambung lagi buat kerja-kerja rumah.. Walau letih tapi dia masih senyum dan tanya;

“Abang nak makan lauk apa malam ni bang? Budak-budak Ain dah masakkan sup ayam. Tak pedas tu untuk abang..”

Dialah yang tengok dan bantu anak-anak buat homework, ajar mengaji..

Masa saya buat keputusan untuk berhenti dari kerja dengan jawatan besar di swasta dan berhasrat untuk menjadi pensyarah di universiti di selatan tanah air dengan gaji yang tak sampai suku dari pendapatan saya terdahulu dia tak halang bahkan dia kata;

“Bagusnya abang jadi pendidik ni… Selagi students amalkan apa yang abang ajari, selagi tu ada talian hayat pahala untuk abang nanti. Takpa..abang pursue aja cita cita abang…Adalah rezeki kita dan anak anak tu..”

Walau masa itu saya terpaksa tinggal tanpa dia di Johor dan pulang hanya hujung minggu (kadangkala tak pulang kerana ada bengkel dan sebagainya di hujung minggu)

Masa itu kami tiada pembantu rumah. Najwa baru berusia, 9 tahun, Ayeip 7 dan Afiff 5. Ain berulang alik dari Ulu Yam ke KL bekerja. Pulang seawal mungkin kerana anak kami beriga tinggal di rumah sendirian hanya dipesan pada jiran tetangga untuk jenguk jengukkan.

Pada masa itu gaji Ain lebih besar dari saya..

Dialah yang tanggung kebanyakan komitmen keluarga kami…

Ada kala dia yang tanggung belanja saya di Johor…

Dia yang bagi duit pada saya untuk bagi duit bulanan untuk belanja makmdan ayah di kampung…

Dua tahun hidup kami berasing asing…

Kalau ada isu di rumah… Dia jarang kongsi masalah sebab taknak susahkan saya… Dia kongsi cerita yang best best saja..

Cerita Najwa dapat No 1 di sekolah, cerita yang happy happy..

Dia taknak susahkan hati saya..

10 tahun dia tanggung semua tu… Sehingga kami berhijrah ke Liverpool

Sekarang barulah dia rasa seronok tinggal di rumah dengan perniagaan sendiri.. Ada masa dengan anak2.. Ada masa full ime dengan suami..

Sapa kata jadi surirumah sepenuh masa tu senang? Terutamanya dengan 5 orang anak dan suami yang cerewet macam saya? :-p

Tapi dia sabar aja.. Kalau dia penatpun dia diam…tak pernah complain..

Dia pernah kata..

” I won’t trade anything for the time that I have now..being a full time mother to my kids and be there for my husband 24 hours a day.

Tak payah nak risau nak ambil cuti tahun kalau anak sakit.. Atau nak holiday..

Cuma kena bodek big boss kat rumah aja kalau nak apa apa kan?”

Without her kami sekeluarga hilang kemudi..

She is everything to the family..

Being a mother and a wife is the hardest job in the world!

And how could I not love her for that?

For the sacrifices that she had endured with me…with us?

So sayanglah isteri kita ya?

Kalau dia ada kat sebelah kita sekarang ciumlah pipi dia..

Kalau dia tengah masak kar dapur sorang sorang .. Tinggallah tv tu sekejap..letaklah iphone tu..ipad tu..gi ke dapur dan peluk dia dari belakang..

Cakap kat isteri…

” Thanks ya sayang… For EVERYTHING!”

Tak perlu hadiah mahal mahalpun…

Mesti dia terharu…

Tak caya gi cuba.. :-)

P.s:

Ni gambar kami..yang sebelah kiri tu 14 tahun lepas masa saya masih debab dan yang kanan tu yang terkini..

Masa saya tak hensem nipun dia kata sayalah yang paling hensem pada dia..

Macamanalah saya tak sayang Ain kan?

I love you sayang… Till Jannah..In Shaa Allah :-)

Artikel ini penulis dapat dari facebook Cerita Dari Hati, dharapkan anda mendapat sesuatu dari perkongsian ini…



sumber
01.02 0

Subhanallah : Inilah Sebenarnya Rahsia Jantung Manusia



Subhanallah : Inilah Sebenarnya Rahsia Jantung Manusia | Jantung, organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah bag berdenyut yang tidak pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia itu?

Rahsia kerja jantung ini sekali lagi menunjukkan betapa sempurna dan lengkapnya daya seni Allah dalam penciptaan-Nya.
“(Yang memiliki sifat-sifat seperti itu) ialah Allah Tuhan kamu. Tidak ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia. Dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu, “[QS. Al-An'am: 102]

Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetak 3 bilion kali tanpa henti. Jantung tetap bekerja dengan menurunkan denyutan 10 – 30 denyutan / minit ketika tidur. Hal ini menghasilkan penurunan tekanan darah, yang berlaku dalam tidur nyenyak. Jika saja jantung berhenti berdenyut, maka akan berakhirlah hidup kita.

SUBHANALLAH, INILAH RAHSIA JANTUNG MANUSIA

Jantung berdenyut dengan kadar yang berbeza-beza, bergantung pada aktiviti. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak, maka jantung berdenyut lebih cepat, + 120 kali / minit. Ketika sedang berisitirahat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60-80 kali / minit.

Jantung adalah kantung berdenyut dan diperbuat daripada otot yang sangat kuat. Otot ini disebut otot jantung (miokardia) yang tidak pernah lelah mengecut sekali atau lebih dalam setiap saat. Saat berada dalam tahap perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki dua jantung. Namun seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu menjadi satu dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang bertugas tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.

Berat jantung kurang lebih 312 gram mampu berdenyut sekitar 60-80 kali / minit dan berdenyut selama setahun sekitar 40 juta kali denyutan. Apabila digunakan sebagai alat penggerak, jantung mampu mengangkat beban yang berukuran 2 kati (1 kati = 448,28 gr) setinggi kaki dengan kerja kerasnya dalam satu denyutan. Kadar darah yang didorong oleh jantung orang dewasa yang sihat ketika berfungsi dengan kuat mencapai sekitar 20 liter / minit.

Sementara perjalanan darah melalui jantung memerlukan masa 1.5 saat, sedangkan dari jantung ke paru-paru kemudian kembali ke jantung lagi (peredaran darah kecil) memerlukan masa 6 saat. Jantung mengeluarkan 8000 liter darah / hari, termasuk jumlah darah yang beredar memanjang + 150 km melalui setiap rangkaian tubuh, dan memindahkan darah yang terdapat makanan dan oksigen. Bekalan oksigen penting bagi organ vital sistem pengangkutan, lima minit saja tidak ada oksigen, maka otak akan mengalami kerosakan.

Jantung berfungsi sebagai raja yang mengepalai seluruh anggota tubuh, ia adalah pancangan kehidupan, sumber nyawa kehidupan dan panas badan. Jantung adalah sumber munculnya pemikiran, pengetahuan, kelemahlembutan, keberanian, kemuliaan, kesabaran, kekuatan menahan diri, rasa cinta, keinginan, kerelaan, kemurkaan dan sifat-sifat sempurna yang lain. Seluruh anggota tubuh, baik yang nampak mahupun yang tidak nampak adalah tentera bagi jantung.

Setiap apa yang dilihat oleh mata langsung dihantar ke jantung. Kerana keterikatan yang dalam antara mata dan jantung, apabila ada sesuatu di dalam jantung, maka boleh tampak di mata. Mata merupakan cermin dari jantung yang menterjemahkan apa yang berlaku di dalam hati, sebagaimana lisan merupakan penterjemah dari apa yang didengar oleh hati. Kerana itu banyak didapati dalam Al-Qur’an tiga hal tersebut digabung jadi satu.
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta Pertanggungjawabannya.” [Qs. Al-Israa (17): 36]
Sementara Harun Yahya mengungkapkan, berliter-liter darah berdetak tanpa henti naik turun di sekujur tubuh dan itu semua dimobilisasi oleh jantung.

Setiap benda memerlukan penggerak agar boleh terus bergerak. Pelbagai kenderaan atau bahkan sebuah kereta mainan remote control bergerak dengan motor. Begitu juga darah yang beredar di sepanjang tubuh pun memerlukan sebuah motor. Motor yang memainkan darah kita siang malam selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun, adalah jantung kita.

Jika kita memegang urat nadi dan menunggunya sebentar, maka akan terasa denyutan jantung kita. Jantung mengepam + 152 juta liter (40 juta gelen) darah sepanjang hidup. Darah sebanyak itu setara dengan minyak sebanyak 10,000 kereta tangki, angka ini cukup hebat tentunya. Sekarang jika diibaratkan kita menuang secawan air dari satu baldi ke ember lain, 70 kali seminit. Akhirnya tentu otot tangan dan pergelangan kita akan sakit dan perlu berehat. Padahal, jantung melakukan tugas seperti ini sepanjang hidup dan tidak pernah berehat.

Darah yang mengedari tubuh kebanyakan tersusun dari air (jika, sel, protein dan hormon dipisahkan dari darah, yang tinggal adalah plasma yang 95%-nya adalah air). Oleh kerana itu Jika peringkat visikositas air menyerupai ter atau minyak zaitun yang bervisikositas 100 juta lebih tinggi dari ter, jelas tidak ada jantung yang boleh mengepam darah melalui rangkaian kapilari tubuh. Tingginya visikositas air membuat darah melalui pembuluh-pembuluh darah yang halus tanpa halangan dan perlambatan.

Bayangkanlah bagaimana Allah menciptakan pam dengan bentuk yang paling sempurna di dunia ini sekarang tengah berdetak di bahagian kiri dada kita, Subhanallah …

Dengan rancangannya yang istimewa dan gerak tak kenal henti, jantung membuat seluruh darah dalam tubuh menyelesaikan 1000 pusingan penuh dalam sehari. Subhanallah!




sumber
01.00 0

Cara Kekalkan Cinta Jarak Jauh



Cara Kekalkan Cinta Jarak Jauh | Berikut adalah tips cinta ringkas untuk mengekalkan hubungan cinta jarak jauh.
1) Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap.
Ya, kalau boleh selagi kudrat masih ada, selagi sihat dan selagi ada wang, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan anda yang nun jauh di sana. Dengan berjumpa pasangan anda walaupun seketika akan recharge balik kenikmatan dan keindahan cinta anda berdua.
2) Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan.
Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh tidak kekal adalah disebabkan rasa ‘insecurity’ pada diri kita sendiri. Kita asyik berfikir “Ah mesti dia ada lelaki lain kat sane, sia-sia je aku setia” , ” Betul ke hubungan ni boleh di bawa ke jinjang pelamin nanti? Cari sini lagi best.” dan ______________(isi tempat kosong).
Jadi anda harus menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan membersihkan diri anda dari sebarang ketakutan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan.
3) Beri kejutan kepada pasangan anda
Hubungan yang sudah lama sering bertukar menjadi hubungan yang bosan kerana masing-masing sudah ‘selesa’ dengan perbuatan masing-masing. Kalau dulu bukan main lagi sentiasa senyum dan maintain macho, pakai wangi-wangi, rambut sikat kemas dan macam-macam lagi perkara yang control.
Cara untuk memecah pola hubungan bosan ini adalah untuk meletakkan elemen of surprise iaitu sebarang kejutan yang bermakna kepada pasangan anda. (saya tidak menanggung sebarang kejutan yang membawa padah seperti sakit jantung ya  )
Kejutan yang betul akan memberi pasangan anda perasaan terkejut kegembiraan disamping terharu dengan tindakan anda sekaligus mengukuhkan lagi perasaan cintanya kepada anda.
00.00 0

Malam Berinai Liyana Jasmay


Malam Berinai Liyana Jasmay  | Sabtu ini, status Liyana Jasmay akan bertukar daripada “single” kepada “married“. Sebagai persediaan untuk hari bahagianya, semalam telah diadakan majlis malam berinai yang telah dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan rapat Liyana Jasmay.

Bertemakan Bollywood, antara rakan selebriti yang hadir ialah Nabila Huda, Lisa Surihani dan Umie Aida. Majlis malam berinai ini nampak sangat meriah. Yang pasti, Liyana Jasmay confirm sedang berdebar-debar menunggu detik pernikahannya pagi Sabtu kelak.