Searching...
Selasa, 01 Januari 2013
18.27 0

Kenapa restoran mamak sangat popular?



Kenapa restoran India muslim atau dikenali sebagai Mamak di negara kita cukup popular terutama sekali apabila bercerita mengenai masakan dan gerai-gerai mamak yang bukan sedikit wujudnya di Malaysia. Apakah kekuatannya?

Masyarakat mamak atau disebut ‘mapley’ di Malaysia adalah keturunan Tamil-Muslim yang berwarganegara Malaysia. Berabad dahulu, masyarakat India Muslim ini kebanyakkannya berhijrah dari India Selatan ke Semenanjung Tanah Melayu dan pelbagai lokasi di Asia Tenggara. Kehadiran masyarakat India Muslim yang dianggap sebahagian daripada masyarakat India Malaysia ini melengkapkan lagi perpaduan kaum di negara kita. Sama seperti penerimaan golongan ini ke Malaysia, begitu jugalah makanan mamak yang disajikan.


Beroperasi 24 jam

Carilah diceruk manapun, pasti gerai dan restoran mamak ini sentiasa beroperasi 24 jam. Mungkin ini juga penariknya mengapa masakan mamak semakin diterima pelbagai golongan. Dan tidak keterlaluan jika dikatakan ada juga yang ‘ketagih’ dengan makanan mamak.

Suatu ketika dahulu, orang India Muslim hanya berniaga nasi kandar secara kecil-kecilan di tepi-tepi jalan dan kemudiannya menawarkan minuman. Ia kemudiannya dikembangkan kepada gerai yang lebih besar sehingga ke konsep restoran serta mempelbagaikan hidangan dengan operasi 24 jam.

Presiden Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, perniagaan restoran mamak mampu memperoleh pendapatan lumayan berdasarkan usaha gigih seseorang pengusahanya.

Industri restoran mamak mampu menjana ekonomi kira-kira RM8 bilion setahun berdasarkan kajian terhadap lebih 7,500 restoran mamak di negara ini. Konsep makanan sepanjang masa pada harga berpatutan menjadi kunci utama kepada kejayaan tersebut.

Trend budaya masyarakat baru

Kewujudan restoran atau kedai makan yang beroperasi selama 24 jam sehari bukan sekadar menyediakan kemudahan pengunjung untuk mengisi perut yang lapar, tetapi fungsinya kini lebih daripada itu apabila turut dijadikan tempat bertemu, melepak dan mengadakan perbincangan dengan kenalan.

Kini, impaknya lebih drastik apabila turut disediakan perkhidmatan wifi yang membolehkan mereka onlinesecara percuma walaupun hanya sekadar minum segelas teh tarik. Suasana di restoran ini ‘hidup’ sepanjang hari tanpa mengira siang mahupun malam.

Selera pengguna

Dulu, masakan dan gerai-gerai mamak lebih popular di Pulau Pinang sahaja di mana cukup terkenal dengan nasi kandar. Namun kini, pengusaha restoran mamak lebih cekap memahami selera dan citarasa pengguna serta mengikuti trend dan pasaran semasa.

Daripada nasi kandar, makanan berlauk dan bergoreng, makanan ringan, hidangan Asia serta Barat sehingga ke pastri dan kek, semunya tersedia di sini mengikut selera pelbagai golongan pelanggan yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah sehingga melibatkan orang kenamaan yang melibatkan masyarakat berbilang bangsa.

Pensyarah Antropologi Sosial di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Sarjit S. Gill, berkata, kewujudan restoran mamak 24 jam ini berjaya mengumpul masyarakat majmuk di negara ini.

Ia menggambarkan kehadiran restoran mamak 24 jam ini sebagai salah satu faktor yang menggalakkan pembentukan budaya masyarakat baru yang mengalami evolusinya yang tersendiri.




sumber
06.43 0

Kunjunganku ke Kelantan,Indah rupa dari khabar







Indahnya Kelantan...

Sebenarnya, sejak setahun lalu, selepas menjadi penulis sepenuh masa, saya begitu ingin ke Kota Bharu, Kelantan untuk menikmati suasana di sana. Kali terakhir – juga pertama kali – saya ke sana pada 1995 sempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional di Kem Kijang.

Baru-baru ini, pihak tertentu sibuk mengeluarkan kenyataan betapa miskin dan mundur negeri Kelantan. Pasti sahaja segala kenyataan itu bertujuan politik; apatah lagi Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin hampir.

Maka, pada akhir Februari lalu, saya mengambil keputusan untuk ke Kelantan – khususnya Kota Bharu – untuk melihat sendiri segala “kemunduran” dan “kemiskinan” yang diperkatakan pihak berkenaan.
Bagi saya, daripada bergantung serta percaya bulat-bulat pada apa yang dikatakan orang, lebih baik saya pergi sendiri untuk melihat, mengalami serta merasai sendiri suasana sebenar di sana.

Sebaik sahaja saya menyatakan keinginan untuk ke Kota Bharu menerusi ruangan status di Facebook, reaksi positif yang diterima amat memberangsangkan.

Begitu ramai rakan-rakan di ruang siber – kebanyakannya belum pernah saya temui secara bersemuka – tampil “mempersilakan” saya melakukan kunjungan yang dirancang.

Mereka yang bukan anak Kelantan juga menyokong cadangan saya untuk ke Kota Bharu; khususnya apabila saya sudah menyatakan sejak awal bahawa saya mahu menulis siri artikel berdasarkan pengalaman saya ke tempat berkenaan.

Harus saya akui bahawa sebelum saya membeli tiket bas ekspres untuk ke Kota Bharu, saya sudah pun dapat merasai kemesraan, kesantunan serta segala nilai positif yang terdapat dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan.

Begitu ramai rakan-rakan di Facebook yang mencadangkan tempat-tempat yang perlu dilawati dan makanan yang perlu dicuba. Begitu juga beberapa frasa penting dalam loghat tempatan yang wajar saya ketahui untuk memudahkan komunikasi.

Maka, saya tidak was-was untuk pergi ke Kota Bharu walaupun saya tidak ada kenalan atau saudara-mara di sana. Saya pergi sebagai “orang luar” untuk mendapatkan pengalaman baru secara objektif.

Rombongan besar

Saya tidak pernah menyangka bahawa segala urusan akan menjadi begitu mudah. Amy Suzani Mohd Ainuddin, salah seorang mangsa royalti teks Komsas, menawarkan untuk mengatur tempat penginapan dan perjalanan sepanjang saya di Kota Bharu.

Begitu juga, Nur Hidayah dari Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan (Yaatim) tampil menyatakan kesediaan untuk mengatur program yang sesuai sepanjang saya berada di sana.

Seorang lagi mangsa royalti teks Komsas, Rohani Deraman yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan kini tinggal di Johor Bahru turut melahirkan keinginan untuk ke Kota Bharu.

Maka, akhirnya, kami semua bertemu di Kota Bharu pada 11 Mac 2012 untuk sama-sama merasai suasana yang dilabelkan sebagai “mundur” dan “miskin” oleh pihak tertentu atas kepentingan politik.

Pada masa sama, Nik Faridah Mamat yang menyertai Bengkel Penulisan Cerpen anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada 26 Februari lalu mencadangkan supaya saya tidak melepaskan peluang bertemu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tentu sahaja saya mahu bertemu Tok Guru! Saya pernah dibawa mengunjungi beliau pada 1995 dan saya dapat melihat serta merasai sendiri sifat-sifat mulia yang dimiliki pemimpin itu.

Hasil maklumat yang diberikan Nik Faridah, saya berjaya menghubungi Wan Nik Wan Yussof, setiausaha politik kepada Menteri Besar Kelantan. Dipendekkan cerita, beliau bersedia mengatur pertemuan seperti yang dihajati.

Sekitar seminggu sebelum saya bertolak ke Kota Bharu, Tasya iaitu anak Amy Suzani dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan. Nur Hidayah mengambil alih “tugas” untuk mengatur aktiviti sepanjang saya dan rakan-rakan penulis berada di Kota Bharu.

Nur Hidayah juga mendapatkan bantuan adik angkatnya, Abdul Mutalib Awang untuk menjadi pemandu kereta dan pemandu pelancong selama empat hari saya di sana. Pemuda berumur 23 tahun itu sanggup mengambil cuti bagi memastikan tetamu mendapat layanan yang sempurna.

Turut sama dalam “rombongan” ini ialah Zainab Ngah, seorang penulis dari Perak yang kini menetap di Terengganu. Walaupun kesihatannya agak terjejas, beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama saya dan Rohani untuk meninjau sendiri segala “kemiskinan” dan “kemunduran” yang diperkatakan pihak tertentu.

Cikgu Roshidayu Che Mat yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan kini tinggal di Shah Alam turut datang bersama suami dan anaknya untuk sama-sama meninjau keadaan di Kota Bharu.

Saya turut berpeluang bertemu Wan Asyeah Wan Nawang, seorang penulis yang sebelum ini saya kenali berikutan komen negatif yang beliau berikan terhadap saya berhubung kontroversi novel Interlok Edisi Murid dan Kamus Dewan.

Beliau segera meminta maaf dan mengakui bahawa komen negatif yang beliau berikan di Facebook pada tahun lalu adalah terlalu emosional dan “terikut-ikut cakap orang”.

Bagi saya, tidak menjadi masalah kerana saya bersedia menerima apa sahaja komen yang mahu dikemukakan.

Agak menarik bahawa hubungan kami berdua menjadi rapat dan mesra. Pasti orang tidak akan percaya bahawa Wan Asyeah pernah menulis komen negatif mengenai saya sebelum ini!

Murah dengan senyuman

Ada suatu perkara yang meninggalkan kesan dalam hati saya. Dalam perjalanan ke rumah Wan Asyeah, beliau singgah untuk membeli murtabak. Beliau membeli murtabak daging (lembu) untuk dihidangkan kepada rakan-rakan penulis yang datang.

Saya sangat tersentuh – secara positif – kerana beliau membeli sekeping murtabak ayam khusus untuk saya kerana beliau tahu dan sedar bahawa saya tidak makan daging lembu.

Insiden kecil ini amat bermakna kerana walaupun majoriti penduduk di Kelantan adalah orang Melayu beragama Islam, mereka amat sensitif terhadap budaya kaum/agama lain.

Semua yang saya paparkan ini berlaku dalam masa tidak sampai 24 jam saya berada di Kota Bharu. Orang ramai yang saya temui di tempat awam pula murah dengan senyuman.

Menceritakan pengalaman di Kota Bharu, Roshidayu berkata, pertemuan itu amat istimewa dan sukar dilupakan.

“Istimewa kerana berpeluang bertemu beberapa penulis yang sebelum ini hanya saya kenali melalui karya atau bersembang menerusi Facebook. Saya juga gembira kerana dapat sama-sama memberikan maklumat sebenar mengenai Kelantan kepada golongan penulis,” katanya.

Zainab Ngah pula melahirkan kekaguman melihat segala kemajuan – fizikal, sosial dan rohani – di Kota Bharu berbanding di Terengganu.

“Kalau nak suruh bandingkan antara Terengganu dan Kelantan, saya lebih kagum dengan Kelantan, baik dari segi pusat membeli-belah, rangkaian jalan raya dan bangunan tinggi. Terengganu Cuma berbangga dengan Taman Tamadun Islam yang tersergam indah Masjid Kristal yang tidak diiktiraf untuk solat Jumaat, serta replika masjid-masjid seluruh dunia. Kalau Kelantan dikatakan mundur, ternyata Terengganu pula lebih mundur,” katanya.

Bagi Rohani Deraman, beliau pernah tinggal di Kota Bharu pada tahun 1980-an. Melihat akan segala pembangunan di sini sekarang, beliau melahirkan rasa kagum dan bangga.

“Kota Bharu membangun sejajar bandar-bandar lain; termasuk di Lembah Klang. Rasa-rasanya tidak ada beza dengan segala kemudahan yang ada di Johor Bahru. Cuma, apa yang tiada di sini adalah pusat-pusat hiburan, panggung wayang dan kedai nombor ekor.

Mungkin itulah ‘kemajuan’ dan ‘pembangunan’ yang dimaksudkan pihak tertentu apabila melabel Kelantan sebagai negeri yang mundur,” kata penulis sepenuh masa itu.

Saya akan menulis lagi mengenai pengalaman saya di Kota Bharu; khususnya mengenai “kemunduran” dan “kemiskinan” yang dihebohkan pihak tertentu.

Sama-samalah kita buat kesimpulan sama ada keadaan di Kota Bharu, Kelantan “indah khabar dari rupa” atau “indah rupa dari khabar”. -FMT

(Ditulis oleh Penulis Uthaya Sankar SB @ uthayasb.blogspot.com)

Kelantan, indah rupa dari Khabar.


sumber dari facebook I ♥ KELANTAN


05.52 0

[PANAS] Serina Redzuwan bersuara diatas fitnah keatas dirinya


Baru-baru ini rotikaya dan juga Beautiful nara telah pun mengeluarkan satu artikal yang mengatakan bawah Serina Redzuawan anak kepada chef terkenal malaysia telah mengeluarkan testimoni palsu tentang product kesihatan yang di jual oleh serina redzuawan dan ini telah menyebabkan SERINA REDZUAWAN bengang dan menafikan sekeras-kerasnya cerita yang dikeluarkan oleh dua blog gossip yang terkenal di malaysia iaitu rotikaya dan beautiful nara dengan mengatakan artikal itu adalah satu pembohongan dan berikut adalah kata-kata serina kepada beautifulnara dan roti kaya dilaman twitternya.












sumber
03.43 0

Siang cari duit,malam?



RIO DE JANEIRO : Seorang bekas askar yang hanya dikenali sebagai Bobo menghabiskan masa pada waktu siang dengan mencari barang-barang yang boleh dikitar semula untuk dijual.

Bagaimanapun, apabila malam menjelma, dia menggunakan wang yang diperoleh daripada titik peluhnya sendiri untuk membeli kokain.

“Kadangkala saya tidak tidur sepanjang malam.
“Saya bekerja untuk membantu menampung ketagihan saya.

“Namun, saya hanya menggunakan kokain pada waktu malam,” katanya yang enggan mendedahkan namanya yang sebenar.

Pihak berkuasa Brazil kini berusaha untuk membantu para penagih dadah dan menghentikan penyebaran tabiat tersebut dalam kalangan penduduk. – Agensi
03.39 0

Isu saman Johan sudah berakhir - Ogy



Pada beberapa bulan lalu, pelakon dan pengacara serba boleh, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali Kak Ogy telah menyatakan hasratnya untuk menyaman Johan (Raja Lawak).

Ia berikutan, sewaktu mereka mengacarakan Festival Filem Malaysia Ke 24, Johan telah melakukan lawak yang agak tidak boleh diterimanya.

Menurut Fauziah yang dipetik dari Utusan Malaysia tak lama dulu;
“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita. Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu”.
Oleh demikian, dia nekad untuk menyaman Johan.

Namun, hari ini, menerusi Malaysiadigest, Fauziah memberitahu kes saman berkenaan sudah lama selesai.
“Tentang kes saman tu, ianya sudah lama selesai. Saya tak jadi saman dia dan saya sudah pun lupakan hal itu. Memang pada ketika itu saya berkecil hati dengan dia.

“Sekejap saja, lepas tu dah tak ada apa dah. Sekarang kami okay,” katanya.
Tambahnya, sewaktu program Mentor baru-baru ini, mereka ada berjumpa di belakang pentas dan semuanya berlaku seperti biasa.

Baguslah jika begitu, sekarang dah tahun 2013, adalah lebih elok melupakan perkara lama dan membuka lembaran baru.

Sekarang ini pun Kak Ogy sedang sibuk menguruskan perniagaan restorannya, Ogy D’Greenwood yang terletak di Gombak.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar..


Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN via siakapkeli
03.37 0

[VIDEO]Tarian goyang itik meletop di Indonesia



Geleng kepala apabila penulis mendapat tahu kini ada pula tarian dangdut terbaru di Indonesia.
Jika sebelum ini pelakon dan penyanyi dangdut, Inul yang amat terkenal dengan tarian Goyang Gerudi kini ada pulak satu tarian lain muncul.

Tapi yang kelakarnya ia digelar Goyang Itik!
Goyang Itik ini diilhamkan oleh penyanyi, Zaskia Shinta yang kini namanya semakin meningkat naik.
Bukan kerana suaranya sedap atau apa, tapi kerana goyang pinggulnya itu.



“Memang kedengarannya nyeleneh, tapi bukan berarti goyangan yang seronok atau vulgar. Kami lebih suka menyebutnya sensualitas elegan, artinya, goyangan kami tetap diusahakan sopan,” ujarnya.

Bagi penyanyi berusia 22 tahun ini, Goyang Itik amat diminati oleh ramai orang.
Jadi dia tidak akan berhenti untuk terus melakukan aktiviti tarian yang diciptanya itu.
Tengok saja video ini. Macam-macam! Jangan lepas ni ada Goyang Beruk ke, Goyang Tenuk ke sudah, tak ke haru!





Oleh: KASIH ISA via siakapkeli