Searching...
Selasa, 01 Januari 2013
03.24 0

Murahnya harga diri,sanggup jual tubuh demi McDonald



Seorang remaja menghadapi pertuduhan pelacuran kanak-kanak setelah cuba untuk berdagang seks untuk mendapatkan makanan.

Faelyn Ritz, 18, telah ditangkap selepas dia dan seorang gadis berusia 14 tahun telah bersetuju untuk mengadakan hubungan seks dengan dua lelaki dan sebagai balasannya mereka dapat makan di McDonald.
Polis menghampiri Faelyn Ritz selepas melihat dia dan gadis berusia 14 tahun itu bersama dua orang lelaki membincangkan perjanjian di kawasan Priest and Broadway.

Ketika bercakap dengan pegawai-pegawai, Faelyn Ritz mengakui bahawa dia telah mencapai persetujuan dengan lelaki itu untuk menukar khidmat seksual dan makanan di McDonald.

Dist juga mendedahkan bahawa dia telah menjadi pelacur sejak usia 15 dan mengenakan caj $ 200 sejam untuk perkhidmatannya.

Faelyn Ritz berkata dia berkenalan dengan gadis berusia 14 tahun itu melalui seorang kawan, tetapi tidak mengetahui umurnya sehingga mereka masuk ke sebuah bilik di Motel 6.

Faelyn Ritz juga menyatakan bahawa dia dan gadis itu telah bersetuju pada ketika itu untuk melacur demi McDonald.

Faelyn Ritz menambah bahawa dia ada merancang untuk mengambil sebahagian wang gadis 14 tahun itu hasil daripada kerja pelacuran. Faelyn Ritz telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara Tempe, Arizona. – Agensi
03.08 0

Imbas kembali 2012 : kisah runtuhnya rumah tangga 16 artis

Sasha bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 10 Julai lalu dengan talak satu selepas lima tahun berkahwin.


PETALING JAYA: Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tahun 2012 yang akan melabuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi menyaksikan pelbagai kisah suka dan duka di alam rumah tangga.

Rumah tangga yang dibina oleh sebahagian selebriti kita tidak mampu bertahan lama. Ada di antaranya belum sampai setahun melayari bahtera itu.

Itulah dinamakan takdir. Jodoh, ajal dan maut tiada siapa yang dapat menolaknya.


Bahagia Hattan hanya dua bulan

Penyanyi yang popular dengan lagu Bisa Bonar, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 48, melafazkan talak satu terhadap isterinya Farah Asyikin Othman di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 12 Januari 2012.

Mereka bernikah pada 11 November 2011. Sepanjang dua bulan berkahwin, terdapat masalah yang akhirnya menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah secara baik.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman yang berusia 13 tahun. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.

Sharifah Aleya & Ashraf punyai zuriat kembar

Sesuatu yang amat bermakna terhadap perkahwinan Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, dengan Muhammad Ashraf Aasimidin, 32, apabila rumah tangga yang dibina pada 8 Disember 2007 membawa nikmat dengan zuriat kurniaan Allah.

Hasil perkahwinan itu mereka memperoleh bayi perempuan kembar iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena yang kini berusia tiga tahun.

Tapi sayang, hubungan suami isteri itu tidak kekal lama apabila kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada 29 Februari 2012.

Ashraf melafazkan talak satu terhadap Aleeya di Mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.

Jimmy melakukan lafaz cerai secara khuluk iaitu tebus talak sebanyak RM1 terhadap Suhaila pada 10 Oktober lalu.

Bahtera Adda (Butterfly) roboh tidak sampai sebulan

Hasrat untuk kekal bahagia tidak terlaksana. Vokalis kumpulan Butterfly, Adda atau nama sebenarnya Nur Syuhada Baharuddin, 24, bercerai talak satu dengan Ridzuan Mohammad.

Mereka bernikah pada 30 Mac 2012 tetapi sayangnya selepas 17 hari, rumah tangga mereka roboh.

Ridzuan melafazkan talak satu terhadap Adda pada 17 April 2012 melalui satu panggilan telefon.

Raja Azmi & Jalani Sidek berpisah selepas 28 tahun

Angka 28 tahun bukannya satu jumlah yang singkat. Tapi apakan daya jika setakat itu sahaja jodoh di antara Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, dengan bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek, 49.

Pasangan itu bernikah pada 22 Disember 1984 dan mengambil keputusan bercerai pada 27 Jun 2012. Lafaz cerai dilakukan Jalani atau nama sebenarnya Mohamed Jalani Mohamad Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur dengan talak satu.

Tarikh 27 Jun itu juga merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Raja Azmi yang ke 53 tahun.

Hasil perkahwinan mereka, kedua-dua pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18.

Ana Dahlia dan Chef Riz mempunyai sebab tersendiri merahsiakan kemelut rumah tangga mereka.

Sasha Saidin & Salyo sembunyi kisah rumah tangga

Bekas penyanyi Elite iaitu Sasha Saidin, 36, berjaya menyembunyikan kemelut rumah tangganya dengan Salyo Priyanto, 37, yang dibina selama lima tahun.

Pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 10 Julai 2012 dengan talak satu.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna yang kini berusia tiga tahun.

Ia merupakan perkahwinan pertama buat Salyo dan kedua untuk Sasha.

Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau Johan Abdullah Skinner pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Park, London.

Sham (Kamikaze) & Farazila lakukan “muasyarah”

Bekas anggota kumpulan Kamikaze iaitu Shamri Mohd Salleh, 36, atau Sham tidak lagi bergelar suami kepada Fazila Abdul Jabar, 31, sejak 1 September 2011.

Pada akhir bulan Ogos lalu, Farazila telah memfailkan cerai terhadap Sham kerana sudah tiada persefahaman.

Bagaimanapun Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang mendengar permohonan itu menjelaskan rujuk perbuatan yang dilakukan pasangan tersebut selepas lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie.

Mereka juga telah melakukan “muasyarah” iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tetapi pernikahan berkenaan sebenarnya sudah terbatal.

Mereka juga ditegur kerana tidak melaporkan kepada mahkamah ketika lafaz cerai dibuat sebelum ini.

Pasangan berkenaan bernikah pada 17 Ogos 2008 dan pada 30 Ogos 2012, mereka sudah tinggal secara berasingan.
Raja Azmi dan Jalani berpisah selepas 28 tahun berkahwin.

Jimmy Shanley tebus talak RM1

Perkahwinan yang penuh dengan kontroversi. Itulah rentetan hidup pelakon Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 33, dengan anak jutawan kosmetik produk Natasya iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, 26.

Jimmy melakukan lafaz cerai secara khuluk iaitu tebus talak sebanyak RM1 di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya, pada 10 Oktober 2012.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Zahrah Shanley yang berusia lebih setahun.

Punca Dirahsiakan antara Ana Dahlia & Chef Riz

Pelakon Ana Dahlia dan Chef Riz mempunyai sebab tersendiri untuk merahsiakan kemelut rumah tangga mereka.

Kedua-dua pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2011 tetapi pada 10 Disember 2012, Chef Riz atau Mohd Nadzri Redzuawan, 31, secara rasmi menceraikan Ana Dahlia dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kajang.

Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar , 29, dan Riz telah diijabkabulkan di Taiping, Perak, pada 11 Disember 2011

Ia merupakan perkahwinan kedua buat Ana.




02.36 0

Kelab eksklusif di Kuala Terengganu diserbu anjur parti liar

Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU - Sebuah kelab eksklusif diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) kerana menganjurkan parti liar sempena sambutan tahun baru awal pagi tadi.
 
Pihak penganjur turut menyediakan minuman keras untuk para pengunjungnya.
 
Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata empat remaja perempuan Melayu berumur lingkungan 20-an turut ditahan kerana berpakaian tidak sopan di tempat awam.

Beliau berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai penganjuran parti itu melalui laman Facebook.
 
"Melalui risikan kami, pihak penganjur mengenakan caj RM50 seorang bagi menyertai parti berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Serbuan dilakukan oleh 80 anggota dan pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan polis.  - Bernama
02.28 0

Kenapa Dimitri Petratos memilih Kelantan?


Pemain skuad U23 Australia, Dimitri Petratos ke Kelantan atas desakan Legenda Juventus, Alessandro Del Piero yang juga pemain sydney FC.

“I actually consulted Sydney FC teammate Del Piero about my move to Malaysia and he just said that I need to follow what my heart says.”

“I want to play football, to achieve something better.

“So I made up my mind and just moved to Kelantan.

“And I think I’ve made a good decision.”

“I really love the crowd here.”

“I made my research about Kelantan and I was thinking of doing something different, so that’s why I’m here.”

“I love the fans here. I have already played twice for Kelantan in KB (Kota Bharu), and the fans are actually great. I love the environment here.”

“I have great teammates. They are all nice and funny. I’m really enjoying my stay here.”


sumber
02.14 0

13 pasangan remaja berkhalwat dicekup




KUANTAN — Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mencekup 13 pasangan remaja berumur 18 tahun hingga 25 tahun dalam operasi cegah jenayah syariah sempena sambutan Tahun Baharu 2013.

Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIP, Mohd. Raffli Abd Malik berkata, pasangan berkenaan dicekup di beberapa hotel bajet di bandar ini dalam operasi bermula pukul 9 malam tadi dan berakhir kira-kira pukul 6.30 pagi ini.


"Kebanyakan pasangan yang ditangkap berumur dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun dan mereka didapati berkhalwat di hotel-hotel murah sekitar pusat bandar selepas meraikan sambutan tahun baharu.

"Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Katanya, JAIP sentiasa mengadakan operasi dalam usaha membanteras umat Islam daripada terjebak dalam kes jenayah syariah seperti berkhalwat. — BERNAMA

02.03 0

Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2013/2014



Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan mula dibuka pada 7 Januari - 15 April 2013. Jualan No. Unik ID di BSN juga boleh dibeli bermula dari tarikh tersebut.

Berikut adalah Pekeliling Prosedur Pengurusan Permohonan Kemasukan Ke  IPTA/Politeknik/ILKA Sesi Akademik 2013/2014 bagi :  


Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut. 

Anda juga dinasihat untuk meneliti tarikh-tarikh penting mengenai permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA di SINI.