Searching...
Senin, 31 Desember 2012
22.45 0

Raja Azmi akui sunyi apabila tidur bersendirian di katil



KUALA LUMPUR : Penerbit dan penulis skrip kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman mengakui kehidupannya semakin sunyi selepas enam bulan bergelar janda.

Raja Azmi, 53, berkata perasaan itu membelenggu terutamanya pada waktu malam apabila dia terpaksa tidur bersendirian tanpa suami di sisi.

“Sebelum ini, tidak rasa sangat tetapi sejak akhir-akhir ini rasa sunyi semakin menebal pula terutamanya apabila saya hendak tidur.


“Pada 27 Disember lalu, genap enam bulan saya dan suami (Jalani Sidek) berpisah. Saya semakin sunyi apabila tidur seorang diri di katil,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Raja Azmi dan bekas jaguh badminton negara itu bercerai talak satu pada 27 Jun lalu di Mahkmah Syariah Rendah Gombak Timur selepas 28 tahun berumah tangga.

Pasangan terbabit mengambil keputusan tersebut atas alasan tidak lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain konflik yang berpanjangan.

Ditanya mengenai hubungan dengan bekas suami, Raja Azmi berkata, mereka masih berkawan dan saling menghubungi seperti dahulu cuma dia menghormati batas-batas antara mereka.

“Hubungan saya dan bekas suami masih baik dan kami kekal bersahabat seperti sebelum ini.

“Saya belum terfikir soal pengganti dan berasa selesa dengan keadaan sekarang.

“Saya tidak boleh cari (pengganti), kalau ada biarlah ia datang sendiri,” kongsinya yang masih dalam proses pra-produksi filem terbaharu berjudul Anak Ikan.-mstar online
22.44 0

Kilafairy Jual Barang Rosak?



KUALA LUMPUR : Berkesempatan menjual barang-barang di Femes Bazaar, Rasta, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) minggu lalu membuatkan pelakon dan penyanyi wanita, Syakila Nisha Jangir Khan atau Kilafairy dilabelkan sebagai penipu.

Ini kerana terdapat beberapa pembeli yang membeli barang-barangnya ketika jualan itu berlangsung mendakwa barangan yang dibeli tidak berkualiti atau rosak.


Namun, menurut cakap Kilafairy yang dipetik dari Buahmulut.com, Kilafairy berkata, dia tidak menerima sebarang makluman negatif mengenai barang-barang atau pakaian yang dijual dari para pembelinya.

Kata Kilafairy, dia hanya menerima makluman positif sahaja dari pelanggan-pelanggannya.

“Saya pun tidak pasti kalau ada barang ataupun pakaian yang dijual itu tidak berkualiti. Setakat ini maklum balas yang saya terima semua mengatakan ‘ok’.

“Malah ada yang kata barang yang dibeli dari saya itu lebih cantik dari dalam gambar yang mereka tengok,” kata Kilafairy.

Kilafairy mengakui dia tidak mengetahui bagaimana cerita mengatakan dia adalah penipu boleh timbul.

Tetapi, sekiranya benar dakwaan yang mengatakan barang-barangnya tidak berkualiti, anak gadis kepada penyanyi Rohana Jalil itu meminta maaf atas kekhilafan dirinya.

“Jadi timbulnya isu kata saya tipu pembeli dengan jual barang tidak berkualiti, saya pun tak tahu macam mana. Apa yang boleh saya katakan saya mintaf maaf kalau benar apa yang dikatakan oleh pembeli tersebut.

“Saya akui saya jual barangan dan pakaian yang murah dibawah RM150. Jadi saya pun tak boleh nak jamin sangat pasal kualiti,” katanya.

Pun begitu, Kilafairy tidak melatah dengan cerita negatif yang timbul kepada dirinya.

Bagi Kilafairy, maklum balas yang diterima seperti itu dapat memperbaiki kebolehan dirinya dalam menjalankan perniagaan.

“Tapi elok juga kalau ada maklumbalas yang macam ini. sekurang-kurangnya saya tahu bukan semua barang yang saya jual itu bagus,” terang Kilafairy.–MyNewsHub
22.42 0

[GAMBAR]Sekitar majlis resepsi perkahwinan Apek dan Leuniey



Selepas selamat bergelar suami isteri pada 28 Disember yang lalu, pasangan Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha terus di’raikan oleh kaum keluarga, rakan rakan dan para peminat di sebuah majlis resepsi yang berlangsung meriah di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

Dalam majlis resepsi pertama yang berlangsung malam tadi, pasangan popular ini mengenakan busana songket rekaan eksklusif pereka terkenal Ezuwan Ismail. Lagi gambar selepas ini.

















sumber
22.35 0

Tetap pasrah walaupun banglo diroboh


lokasi rumah Jamaluddin (dalam bulatan di kiri) dan Zulhasnan (kanan) yang akan dirobohkan.

KUALA LUMPUR – Dua bekas menteri Kabinet terpaksa menyambut kedatangan tahun baru 2013 dengan berita sedih apabila banglo mereka di Puncak Setiawangsa di sini yang berdepan insiden tanah runtuh baru-baru ini disahkan tidak selamat dan terpaksa dirobohkan.

Mereka ialah Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.


Jamaluddin pernah memegang jawatan sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi manakala Zulhasnan Rafique pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Mohd. Taufik Harun berkata, keputusan untuk merobohkan banglo mereka dibuat kerana struktur tanah di kawasan itu tidak selamat.

Beliau berkata, langkah itu juga bertujuan memberi ruang kepada zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.

Menurutnya, sebanyak tujuh buah rumah yang terletak di Jalan Puncak Setiawangsa 2 dikesan mengalami keretakan yang boleh mengundang bahaya.

“Kita sedang cuba untuk menyelamatkan tiga atau empat buah rumah di kawasan itu termasuk rumah dua ahli parlimen berkenaan.

“Bagaimanapun, semua itu bergantung pada keadaan dan jika perlu untuk dirobohkan, kita terpaksa melakukannya demi menjaga keselamatan penduduk yang lain,” katanya ketika ditemui di lokasi tanah runtuh di sini semalam.-kosmo

22.33 0

Apabila nafsu sudah menguasai diri

DICEKUP…pasangan yang ditahan dalam Ops Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, semalam.


BATU PAHAT: Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.

Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.

Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.

“Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.

“Kami dapati pasangan itu belum mempunyai ikatan sah dan tetap dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup dan berdua-duaan sedangkan mereka bukan mahram,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, setiap ibu bapa perlu mengingatkan anak masing-masing batasan pergaulan walaupun mereka sudah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJSJ) 1997.
“Selagi belum ada ikatan, ibu bapa dan individu itu sendiri perlu menjaga batas pergaulan masing-masing,” katanya.
22.27 0

Yahudi makin sesat,sekolah di Israel lahirkan lulusan nabi



Yahudi semakin sesat. Di negera Zionis itu ada sekolah yang bakal lahirkan lulusan dengan gelaran ‘nabi’.
Sekolah bernama ‘Cain and Abel School for Prophet’ itu mengenkan bayaran 200 shekel (sekira 53 dolar AS) bagi siapa saja yang berniat memiliki gelaran nabi. Untuk mendapatkan gelar Nabi, para pelajarnya hanya perlu mengikuti 40 kelas yang singkat.

Sekolah tersebut memberikan sijil kepada sesiapa yang lulus. Peraturan di sekolah itu juga tidak ketat.
Pelajar-pelajar di sekolah tersebut boleh masuk kelas hanya mengenakan t-shirt, menggunakan gadget semasa belajar, hingga ada yang memegang gitar masuk ke dalam kelas. Bahkan ada pelajar yang tidak segan keluar kelas untuk sekadar merokok.



Di sekolah ini, para pelajar belajar tentang erti mimpi, klasifikasi malaikat, dan misteri roh kudus. Mereka belajar bagaimana membezakan perasaan batin seseorang dari perilaku luaran dan penampilan.

Satu-satunya guru sekolah itu Shmuel Hapartzy percaya, Messias telah datang dan usia penebusan sudah dekat. Ertinya, sekolah itu berperanan untuk menyambut nabi baru.

Peliknya, Hapartzy mengaku tidak menjamin pengajian di sekolah tersebut boleh membantu murid-muridnya boleh terus berinteraksi dengan Tuhan.

Hapartzy menjelaskan kurikulum yang digunakan di sekolah tersebut adalah mengikut sifat-sifat seorang nabi. Sehinggakan jika murid-muridnya sudah boleh menguasai kurikulum yang diajarkan, mereka boleh mendapatkan ijazah bergelar nabi.

“Di masa lalu ada nabi. Tetapi sekarang, di zaman moden, Ketuhanan ada pada semua orang. Kita hanya perlu membuka mata kita untuk itu,” kata Hapartzy, seperti dinukil dari AP.

Sekolah itu berada di sebuah pusat keagamaan di kawasan penempatan di selatan Tel Aviv. Pusat keagamaan itu dikenali tempat yang menampung moral jalanan berbanding mempelajari soal agama. Pusat keagamaan itu mendapat sumbangan dari bayaran yuran masuk para murid-murid sekolah nabi.-detik islam